Nuffnang Ads

Thursday, April 11, 2013

Jom balik mengundi. Dah beli tiket belum?

Semalam saya dah book tiket flight nak balik mengundi.  Semangat nih.  Masa tu agak banyak lagi option, dan harga pun not so bad.

Tapi hari ni, saya tengok flight nak ke Kota Bharu dah macam goreng pisang panas...  Yang gambar-gambar kat bawah ni untuk ke Kota Bharu for 1 adult dan 1 child (saya dan anak je la balik dulu).  Suami mengundi di KL je.


Air Asia siap buat sale for GE lagi...

Kota Bharu punya penangan.  Yang promo RM29 tu dah habis on the 3rd.  On the 4th laaagi la.  Tinggal la harga ala-ala MAS (tanpa bagasi lagi ni).

 
MAS pun sama...

Fire Fly not so bad.  Boleh beli lagi as of today.  Tapi harga..gulp!.

Lega jugak dah settle bab-bab tiket ni sebab orang Pantai Timur ni memang ramai kerja kat Lembah Klang dan Putrajaya.  Jadi bila semua nak dan kena balik at the same place and time, memang havoc la.  Kan best kalau peluang kerja kat sana sebanyak kat KL ni.. senang cerita.

Anyway, cepat-cepat! Mana-mana yang rasa nak balik ngan pengangkutan awam bersayap ni, sila cepat-cepat.  Kalau balik ngan kereta memang tak sanggup rasanya.  Boleh bawak sampai ke 24 jam perjalanan kalau tak kena perkiraan.

P.s.:  Undi anda amat berharga :).

Wednesday, April 10, 2013

Nak jimat - buat sendiri je lah.

Semalam dengan hari ni memang banyak benda-benda kecik tapi urgent yang kena siapkan kat office.  Kadang-kadang sampai ter-over look sebab banyak sangat. 

Kadang-kadang tengah concentrate satu benda, orang call untuk tanya benda yang lain pulak.  Nak kena tune otak tu satu hal especially benda yang langsung tak related macam hitam dan putih bezanya.  Dan untuk tune otak ni pulak kadang-kadang boleh ter'blur' kejap.

Nasib baik la ada kertas-kertas scrap A4.  Potong 2, clipkan, siap!  Jadila To-Do-List 'book'. 

Tulisan terpaksa diblur untuk mengelak dari fitnah..muehehee.
 Bukan tak nak beli buku-buku nota yang macam-macam jenis yang ada dijual kat kedai-kedai tu tapi rasa sayang lak dah beli cantik-cantik, buat conteng-conteng je.  Kalau buat macam ni, hari-hari koyak dan buang pun tak rasa sayang.  Siap recycling lagi.  Jimat dan raw material (scrap paper la tu) pun banyak kat office nih.

Disclaimer: Tidak, saya tak kedekut dan tulisan memang macam cakar ayam.

Tuesday, April 09, 2013

PRU 13 - Let's agree to disagree.

Off late, saya jadi takut dan terkejut sebab ramai yang sudah mula pandai memberi ceramah politik.  Macam cendawan lepas hujan!.  Jangan salah sangka, saya takkan menulis pasal parti politik dalam blog saya ni.... ever.. in sha allah!

Baguslah.. sekurang-kurangnya ramai yang membuktikan yang mereka ada pendirian masing-masing.  Teguh dan utuh sekali pendirian mereka.  Cuma....

Pada pendapat saya yang merupakan rakyat marhain macam anda anda semua, bila kita memberi pandangan tentang pihak idola kita untuk 'upacara' 5 tahun sekali ini, jangan lupa prinsip ini.  

JUST AGREE TO DISAGREE. 

Tidak perlu marah pada orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan korang dan yang paling penting jauhkanlah dari perbuatan dan kata-kata yang melampau dengan niat untuk menyakitkan hati mereka (kalo diorang tak dengar tak pe.. muahaha....haip!).
  
AGREE TO DISAGREE...

... dan move on.  Jangan terlalu ber'tegang urat' hingga hilang kawan, anak, adik, abang, suami dan bini.  Sebab pilihanraya ni 5 tahun sekali.  Yang saya listkan tu kekal hingga ke akhirat.  Sayang kalau ianya hilang.  And for me, it is totally disgraceful bila ianya disebabkan oleh politik.

I HEREBY AGREE TO DISAGREE WITH YOU and hope you to me too. 

Note to self:  Tiba masa dan harinya saya akan beratur untuk memilih.  Itu saja.  Peace no war!

Sunday, April 07, 2013

Weekend activity - MPH Online untuk DTMKKLCC

Hahaha mesti korang ingat typo kan? Muahaha... apokobondo DTMKKLCC tu.  Jangan risau, saya faham curiousity korang yang tinggi tu.  Tapi tungguuu...

Kita citer pasal shopping dulu.  Jangan risau, shopping kali ni kita akan dapat duit balik...tahun depan.  Shopping apa tu?  Mesti la shopping buku...  Tak gitu?  Ish kome ni, kalo pompuan sebut pasal shopping je mesti ingat membazir je..  Ajenya ye!... (Hah? guano buleh tukar kecek Perak ni?.. tak cukup nasi berlauk nih).
 
Actually dah banyak kali saya beli kat MPH online ni.. sebab susah sangat nak beli buku yang hot stuff.  Asyik habisss je and bila tanya staff kedai diorang asyik tak tau je bila stock baru akan masuk. Kalau online, tak de la ke-frust-an bila buku tu habis, tak de la masam muka and naik darah dengan peel staff yang tak membantu tu... kurang kedut di muka ni.

Macam mana cara nak shopping online MPH?  Haa.. entry ni akan bagi explanation yang agak detail.. bukan takat synopsis pasal web page MPH online je. 
 
Mula-mula, ambik computer, bukak web browser, key in www.mphonline.com.  Then cari buku yang korang nak.  Nak browse dulu iklan-iklan pun boleh.  Buku boleh cari ngan Tajuk, Penulis, ISBN, Penerbit atau Ebook.
 
Dan terjawab lah.. DTMKKLCC is Dari Tanjung Malim ke KLCC.  Takkan panjang cam tu nak jadi title entry ni kan?
Dah jumpa.  Harga kat sini sebelum masuk harga delivery  RM7 ye.
 
 Bila dah jumpa buku yang nak, click 'Add To Cart'.  Dan kena lah login kalau pernah register sebelum ni.  Kalau tak, sign up dulu sebagai new customer.  Registration dia simple je.. tak perlu saya tunjuk kot.
Dah sign in/up boleh la buat bayaran.
Payment option, ada saya 'drop-down' kan kat situ. Banyak gak option.  Saya pilih Maybank2u.  Address yang kita register pun akan siap-siap di'populate'kan.  Senang.
Nampak tak pull down 'Please Choose the Country' kat atas tu? Bila pilih semenanjung, harga dia RM 7 for delivery.  Lain lokasi lain la harganya tu.
Lepas je saya buat payment via Maybank2U ni, and dapat Alert page tu, terus screen hilang.


Bila login balik, tengok kat My Account, Order Status.  Then nampak la order kita tu.
Lepas step ni, communications diteruskan dengan email-email macam kat bawah ni.


Yang bestnya, saya order hari Rabu, hari Jumaat dah sampai... impressive.


Dan sekarang, tibalah masa saya khatamkan DTMKKLCC ni.  Baca 2 muka surat intro dia saja dah sakit perut gelak.

Note to self:  I love online shopping.. :) tapi belum sampai shoppaholic lagi..kot.


Saturday, April 06, 2013

Weekend activity - Kisah benar budak 3 tahun setengah.

Situasi pukul 10.30 malam.  Ibu dalam toilet master bedroom buat 'benda-benda' biasa dalam toilet.  Anak kat luar toilet sebab ibu dah dengar bunyi kelepap-kelepap tapak kaki Si 3 tahun masuk bilik tadi.
 
Tiba-tiba dengar suara kecik..'Ibuuuuuuu! Cepat la..!'  Ibu balas 'Kejap la, kenapa dik?'.. kot kot Si 3 tahun ni nak terkencing or terberrr.  Haru nanti.  'Cepat la... nanti adik nak tido'...balas Si 3 tahun.
 
Ok fine... Ibu terpaksa rushing tanpa rela... dan keluar toilet. (bersih tau!).
 
Aik? Kedudukan katil Si 3tahun ni dah berubah?  Dari sedikit jauh dari katil ibu dengan bersandarkan dinding dan ada penghadang, ala yang takut budak jatuh katil tu, di sebelah kiri katil.  Dah berubah jauh dari dinding dan jadi rapat dengan katil ibu dan penghadang berubah ke belah kanan?
 
Ibu (garu kepala)....  (dalam hati) sapa yang ubah ni.. especially penghadang tu sebab agak susah nak cabut dan pasang balik.  'Adik, adik buat ke katil ni?'
 
Anak, sambil cekak pinggang, muka sombong bangga giler dan nafas didada tercungap-cungap sebagai bukti, 'Ye la.. ibu dalam toilet lama sangat!'.  Setelah diconfirm dengan En Suami, kot kot la Si 3 tahun ni take kredit keja abah dia, memang kredit 100% boleh dibagi pada Si 3 tahun ni sebab abah dia duk layan Arsenal kat living room.
 
Note to self: Seriously Si 3 tahun dah boleh susun dan alih penghadang katil tu? Okeh kalau macam tu, ibu nak test letak mop dan baldi lak.. mana tau bila keluar dari toilet, bilik ibu dah bersih termop!.  Ala mop kan lagi senang... tak gitu Dik?
 
 
 
 
 
 

Wednesday, April 03, 2013

Wordless Wednessday - Bungkus satu!


 

Tuesday, April 02, 2013

Eh eh.. dah April?

Just to note, it is going to be Jamadilakhir too.
Happy Anniversary Mok dan Ayoh, semalam 1st April.  Semoga dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.  Amin.  Sesungguhnya kesetiaan dan kesabaran Mok Ayoh dalam mengharungi alam rumah tangga menjadi contoh terbaik untuk anak-anakmu.  #syahdu#
Rindunya....
Credit adikku http://bibie-says.blogspot.com/

Kalau March is known for marching, April is known for April Fools.  Sampai kan ada shopping outlets yang buat April Fools’ sale.  What is April Fools’ day anyway?  Tak faham ambo.  A day for pranks and practical jokes?  Hmm.. hari-hari pun apa salah nya hahaha..

Kalau kat oversea satu lagi celebration ialah Easter Sunday.  Pun tak ada kena mengena ngan kita orang Islam… takat suka tengok decorations je..

April jugak bulan kebesaran kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W iaitu pada 20 April Tahun Gajah.  Nak senang ingat, jom nyanyi lagu ni.. (altogether now).

Tercipta satu lembaran sejarah di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.

Abdullah nama bapanya, Siti Aminah ibunya,
Riang gembira, menyambut mulia, terima putera yang utama.

Tercipta satu lembaran sejarah di anah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.

Muhammad nama diberi,gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri terima putera yang berbakti.

Tercipta satu lembaran sejarah di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh sa'adah,
Bermulalah sebuah kisah.

Malam Isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 April Tahun Gajah lahirlah zuriat yang sa'adah.



Note to self:  Lepas tu Rejab, Syaaban, pas tu eh.. Ramadhan dah..?  Time wait for no one.

Monday, April 01, 2013

Minat dengan mamat No. 1 ni.

Saya memang minat dengan sorang mamat ni.  Especially lepas kawin memandangkan En Suami lagi minat kat mamat ni. 
Encik Tiger

Masa mengandung siap tunggu kalau Tiger Woods main game.  Game golf ni selalunya main weekend.  So weekend yang ada tournament memang kami kat rumah mengadap TV je lah.  Minat sangat-sangat. 

Masa berpantang Tiger Woods scandals got exposed.  Frustnya jangan cakap la sebab bila someone yang kita minat buat hal, kita pun rasa 'tertipu' gitu.  Sebab he always had the clean image with his respect to his parents and his 'caring' image to his family.  Some people said because of his unconditional love for his father yang menyebabkan dia a bit lost when his father passed away and only then he started the scandals.

Whatever the reason, he was having his down moment.

Masa tu saya dan suami asyik duk membebel je kenapa la dia ni bodoh sangat.  One after another perempuan buat pengakuan.  Tapi deep down kami masih minat dia (ewah sentimental lak).  And bila ada tournament yang dia join kami still hope dia menang.  Tapi tak menang2 jugak... frust!.  And kalau dia tak main, tournament tu nampak hambar je.

Tapi saya tetap minat.  Kenapa? Sebab salute dengan cara dia berjaya sebagai professional golfer yang mana colored people tak penah join let alone excel macam dia ni.  Respect on how he looks up to his father and how his father guided him to be where he is now - at the top.  Respect dengan dia punya hard work untuk berjaya dan how he maintains his humble attitude masa tengah berjaya - career wise that is.  Besides, banyak commentator golf tournament cakap, Tiger Woods ni ada 'aura' dia tersendiri.. macam Mawi dalam AF la ibaratnya.

And now that he had his down moment, he did not give up and impressively handles it very very well.  I can not imagine how anybody can handle the humiliations any better than him.  I guess he got everyone's forgiveness when he mention the magic word 'Sorry' - the toughest word indeed.  He admitted his mistakes.  That's how he gains back people's trust.

And last weekend, Tiger Wood menang and with it, regaining the number one ranking in the official World Golf Rankings for the first time since October 2010.

Disebabkan minat sangat Tiger Woods ni masa mengandung, anak sekarang pun minat sangat tengok golf.  Dia pun dah ikut sama minat sampai kitorang nak tukar TV channel lain, dia lak sibuk marah nak tengok channel golf jugak.  Sib baik Tiger Woods dah jadi nombor satu balik Nak, seronok la jugak ibu tumpang tengok.



Layann...

Note to self: Diri sendiri pun tak penah hayun kayu golf.

Thursday, March 28, 2013

Fikiran perempuan. What's in our head?

Orang pompuan memang terkenal dengan over thinking.  Tak gitu?  Kadang-kadang benda yang tak perlu pikir, kami pikir.  Benda yang perlu pikir sekali lalu je kami pikir sampai dua tiga hari.

Dari mula bangun tido dah start berfikir macam-macam sampai la time tido balik.

Jangankan benda-benda besar, sekecik-kecik alam hatta kaler lipstick pun kami pikir.  Nanti nampak kusam or nampak over lak makeup or maybe tak perlu makeup langsung.  Bergantung pada keadaan atau tempat dituju.

Begitu juga benda-benda besar macam budget untuk kewangan keluarga.  Mana bills yang boleh cut, kita suggest pada Yang diPertuan (suami la tu).  Kadang-kadang Suami yang tegur untuk kita berjimat.. so orang pompuan jugak la yang rearrange balik budget tu.  Termasukla kerja-kerja clerical lain termasukla buat calls sana-sini kalau perlu.

Bercakap pasal bils ni pun banyak jugak yang difikir.  Bila date due, berapa amount untuk bayar, yang mana boleh di ‘Internet banking’ kan, yang mana perlu buat secara ‘walk-in’.  Yang mana out of budget, yang mana below budget, duit lebih boleh buat/beli apa..bla bla bla… huh.. tulis pun penat.

Pemilihan sekolah untuk anak pun dalam fikiran.  Mana sekolah yang bagus tapi within family budget.  Kalau sekolah yang gah pun kalau tak mampu, cekik diri sendiri je nanti.  Kalau sekolah yang tak seberapa nanti kesian kat anak kot kot tak dapat the best exposure.. maklumlah anak ni raja dimata mak bapak.

Kalau yang bekerja pejabat akan fikir anak kat sekolah dah makan ke, sempat tak ambik anak balik nanti, jam tak jalan, kalau jam apa alternative.. mintak tolong En. Suami ambik ke?  Kalau nak kena work extra hour pulak kena fikir, ok ke anak nanti, boleh ke En Suami jaga anak sampai kita balik.  Marah tak dia?

Kadang-kadang pemikiran orang pompuan ni boleh sampai years ahead.  Nanti kalau dah retire nak duduk mana, apa income, insurance medical perlu beli ke, anak-anak macam mana, hutang-hutang sekarang sempat ke abis bayar sebelum retire, bila nak pergi umrah/haji, bila nak start ambik collagen... huhu.

Tak cukup dengan self triggered thinking, orang lain punya thinking pun masuk sekali.  Bila orang discuss cara berdiet, dah kita pun start fikir, aku ni macam mana, balik nanti kena timbang berat, baju-baju lama dah tak buat... aaaaaaaa!!!!

And the best part about orang ppuang ni, kami boleh pikir ALL of the above at the SAME TIME!.  Tak kira la time tu time kat pejabat, kat rumah time mandikan anak, time makan etc.

Jangan pulak ada yang memperkecilkan atau meremehkan ‘kebolehan’ kami ni.  Dah kami dijadikan begini.. terima lah kami seadanya.  Kami ni bukan orang lain, ibu/isteri/kakak/adik/anak korang jugak….

Note to self:  Sebenarnya diri sendiri tengah pening! Muahaha…  Lega dapat En. Suami yang supportive. 

Sunday, March 24, 2013

Dah cuti sekolah... Jom kawin..eh??

Dah pun cuti sekolah... Mana-mana parents yang ada anak bersekolah tu bawak-bawak la diorang berjalan kalau ada kelapangan...(dan budget)..  Macam saya yang belum ada anak bersekolah, elok la kerja macam biasa.  Saja bagi laluan pada yang nak bercuti.

Activity yang confirm tak akan miss time-time cuti sekolah ni ialah majlis kahwin.  Tak gitu?  Macam saya sendiri baru je start cuti sekolah, dah pun dapat attend satu majlis.  Anak kawan En. Suami. 
Teman dulu buat kat rumah je.. :D
Kalau pergi wedding, selain dari makannnn, saya memang suka kutip wedding favors.  Lagi suka kalau yang bagi benda-benda practical.  Bunga telur tu memang la menarik kalau bagi sebab kalau tak ada macam tak berseri.  Tapi kalau bagi bekas-bekas macam ni boleh diguna pakai.  By the way, pada sapa-sapa yang nak kawin, bagi la bunga telur yang betul-betul ada telur rebus.  Tok sah lah replace dengan gula-gula ke, kek ke, wajik ke.. hilang keaslian nya.
Simple wedding, great wedding favors (boleh la buat letak rempah ratus huhu). 

Pernah saya pergi satu wedding ni, dapat bekas plastic kedap udara.  Sampai sekarang pakai untuk letak susu anak.  Practical dan tak membazir betul.

Majlis kawin ni pun boleh jadi activity yang mengeratkan silaturrahim.  Sedara-mara dapat la berkumpul, jiran tetangga pun dapat bertegur sapa.  Mana ada anak baru, boleh la kenal-kenalkan.  Mana yang single boleh la ushar-ushar dan curi sirih junjung selai dua.  Mana yang ada bini baru.......

Cakap-cakap 2 sekawan di majlis kawin (kisah benar):

A:  Aku nak balik dah.. (cari-cari slipar).
B:  Ha.. iye lah... (salam-salam)
A:  Mana ker slipar yang mahey tu...
B: ??
A:  Iye lah, datang tadi slipar mughah, balik ni nak caghi slipar mahey la pulok..
A + B : Muahaha...

And they lived happily ever after...

Selamat pengantin baru pada yang baru mendirikan rumah tangga.  Semoga berkekalan dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Note to self: Terasa nak renew vow la pulak tengok majlis-majlis kawin nih... tapi baju nikah dah tak muat...uwwaaa!

Tuesday, March 19, 2013

Kehendak dan Keperluan

'Wants and Needs'.  Lumrah manusia memang mementingkan 'keperluan' bila terdesak dan 'kehendak' bila dah mewah sikit.

Contoh yang paling mudah kita tengok macam mana umat di Malaysia ni handle wants and needs ni ialah di shopping malls.

Saya kerja dekat-dekat Putrajaya.  Dengan kata lain, dekat la dengan pejabat-pejabat kakitangan kerajaan.  Satu-satunya tempat shopping yang best kat situ ialah Alamanda.  Jadi, ikut busy body pemerhatian saya, kalau time kakitangan kerajaan ni dapat gaji, memang Alamanda ni ramai orang gomen bershopping.

Bila tengah bulan, sunyi je kat shopping outlets tapi kat food court masih ramai.  Dan time-time macam ni jugak la saya suka ke Alamanda ni.  Free and easy gitu sebab tak perlu beratur panjang dan lebih selesa memilih barang.

Bila time kerajaan dapat bonus.. HO HO HO..Homaigad.. ramai betul kaum hawa yang duk testing barang Hush Puppies, Bonia, SKII etc..Even Habib pun ada yang pergi jengah. Food court tak ramai, tapi kedai makan yang 'up' sket ramai la.  Seronok tengok diorang.  Muka ceria!  Pekerja swasta macam saya kena avoid these shopping madness time gomen dapat bonus.  Segan seh!

Kita manusia.  Memang dah lumrah.  Bila rasa 'kelapangan' rezeki, kita ada tendency nak rasa something out of normal daily routine.  Selalu hari-hari makan food court, bila dapat lebih, makan la kat Kenny Rogers ke..Subway ke.. tak gitu?

Apa-apa pun saya suka tips dari satu blog ni.  Nak buat memang kena kuat semangat.  Tapi tak mustahil sebab blogger tu sendiri pun berjaya buat.  Nak tau apa dia buat, kena la terjah sendiri article dia :).

Note to self: Wants - tak salah.. tapi takut terlebih sudah.. hehe..

Friday, March 15, 2013

Do you Sudoku?

Apa nak buat kalau dah boring tahap melampau tapi tak tau nak buat apa and at the same time nak save budget?

Beli sebijik buku seperti dibawah masa Big Bad Wolf sale tu, RM5 je, and your problem is solved!.  Bagi saya buku seketul ni cukupla untuk bekalan 'exercise' masa time breakfast pagi-pagi.  Dah habis buku ni nanti, next BBW beli lagi.


Kalau sapa yang biasa main puzzle ni, sudoku ni memang addictive.  Dah siap satu puzzle mesti rasa nak buat lagi satu.  Puas hati bila numbers tu filled up correctly.

Macam saya ni ikut mood.  Kalo time-time tip-top tu, jawapan untuk puzzle tu macam nampak-nampak je.. laju je and clean je tulisan kat kotak-kotak tu.


Tapi kalau time ala-ala stress, mesti ada scribble sana, potong sini, baru dapat solve.


Taaapi kalau time kita tak stress, tapi ada orang cuba nak test kesabaran, jadi la macam kat bawah ni.. hahaha... dari main Sudoku, terus jadi 'Mari Belajar A B C'.  Layankan je la intan payung Si Anak sorang tu.


Tu pun sampai 'G' je.. Dah dia dapat attention kita dia start la dapat idea lain...

So, do you Sudoku? :)

Wednesday, March 13, 2013

Wordless Wednesday - Tertangguh!


Bila semua kerja tertangguh, bila semua tak boleh nak buat, bila semua tak boleh nak access..... haruskah ku pulang?


Monday, March 11, 2013

Process beli flat - SnP dah dapat, loan la pulak.

Dah lama rasanya cerita beli flat ni tertunggak.  Bukan tak bergerak tetapi bergerak yang teramat slow.  Dua tiga hari sekali terpaksa call law firm tu untuk follow up.  Memang ada progress tapi aduhh lemah menunggu.  Tapi bukan silap law firm tu pun sebab every time ada new progress memang diorang akan update.

As per last entry pasal flat ni, SnP dah pun sign.  So few days ago dah dapat SnP yang berstamp via courier.  Since saya buat mark up harga dalam SnP, another agreement letter tentang harga sebenar rumah pun siap sekali.  Kira settle lah pasal SnP ni.

So lepas tu saya call bank untuk the next move - siapkan loan documentation pulak.  Preferably guna lawyer yang sama.  Jadi saya scan call card lawyer tu and mms pada banker tu untuk check sama ada lawyer ni panel lawyer diorang ke tidak.  The next day dia reply ok, boleh pakai lawyer tu.  The following day, saya call law firm tu and diorang confirm bank dah bagi instruction untuk proceed dengan documentation.  Dateline diorang bagi: by last week.

So hari ni, saya dah pun sign loan documentation dengan lawyer.  Ada extra payment la pulak.. shoot!!  Legal fees dalam loan tu tak dapat nak cover semua cost lawyer.  Kena bayar extra RM400 lagi.
 
Haih.. lepas sehari, sehari.  Sekarang ni menunggu la lagi. Tapi tak pe lah, hikmahnya, semua ni pengalaman.  Redhah  (redah dengan redha) je lah.  Janji dapat pasif income yang halal dikemudian hari... In Sha Allah!
 
P.s:  Stay tune tau.. nanti bila dah settle semua nya rasa nak buat recap entry... ok tak?

Sunday, March 10, 2013

Cuti-cuti Malaysia – Tok Senik Resort, Langkawi

Seperti biasa, saya suka cerita pasal hotel sana sini so that people would know where to stay and what to expect from that place.  Kalau tak suka hotel yang saya cerita ni pun tak apa.. :)

Jadi kali ni nak citer pasal cuti-cuti Malaysia kat Tok Senik Resort, Langkawi pulak. 

Walaupun resort ni kat Langkawi, saya tak akan cerita apa activity yang selalu orang buat di Langkawi in general contohnya shopping sebab saya tak minat (uhukk).  Dari shopping pinggan mangkuk, periuk belanga sampai la ke chocolate memang dah jadi activity wajib kat Langkawi ni.  Tapi saya tak minat sangat (uhukkk..uhukkk).

Tok Senik Resort ni boleh dikatakan macam satu perkampungan Melayu.  Dengan rumah-rumah kecik ‘nicely scattered’ (ada ke term ni).  Maksudnya rumah-rumah tu dijarakkan antara satu sama lain, tapi still cantik layout dia.  Nama-nama rumah pun nama-nama Melayu.  Bentuk pun bentuk rumah Melayu.
 
Resort ni, kalau datang Langkawi untuk betul-betul bercuti, dan bukan shopping, sangat-sangat la sesuai.  Sebab location dia not too close to Kuah Town.  Akan tetapi not too far to travel to the town.  Tak jauh mana pun… Langkawi pun tak besar mana kan?  Other places pun still ok macam Pantai Klebang etc. 

In fact, senang kalau shopping barang-barang besar bila stay kat sini, sebab tak perlu naik lift etc.. Parking je depan 'rumah' kita, angkut la banyak mana barang pun ke dalam/keluar rumah sebab dah macam rumah landed biasa je.

Exact location is here.
 
Masa kitorang pergi tu Chinese New Year.  So faham-faham saja lah betapa ramainya umat kat Langkawi ni.  Dari menunggu ferry sampai dah lemau, kereta sewa yang dah tak de choice, semua stress hilang bila masuk area resort ni.  Process checkin semua pun very smooth.

Saya dapat duduk di Rumah Jaafar (classic betul nama).  Kira macam semi D la sebab share dengan another 'Rumah'.  Bilik memang besar, so kalau  takat nak share 4-5 orang tu still comfortable.  Siap ada extra tilam single lagi diorang kasi. 
 

Decorations kat dalam tu memang terasa style rumah kampung zaman dulu-dulu.  Bila bukak tingkap pulak terus nampak sawah padi.  Suasana pagi laagi la peaceful je rasa.  Memang relax habis lah!.  Toilet dia agak kecik tapi still ok and bersih.


Di sebab kan time kitorang pergi tu umat terlalu ramai, we chose to eat in saja.  Dah try keluar tapi either fully packed atau makanan dah abis.  Maklumlah CNY.  Tapi nasib baik room dining dia memang sedap and banyak varieties.  Western pun ada, Thai pun ada kalau tak silap.  Harga agak mahal, tapi still berbaloi sebab service and quality dia memang tip top.

Breakfast pulak served at Warung Tok Mat.  Agak jauh sikit dari bilik kitorang, so kena naik kereta, tapi tak sampai 2 minit pun.  Nak jalan memang agak terasa la jugak jauhnya.  Food dia ok ok saja, Malay style dengan sedikit western yang simple-simple.  Nothing special for me to snap a photo.

So pada yang minat nak merasa duduk rumah kampung, boleh la pergi resort ni.  Tapi make sure pergi la Langkawi time off peak.  Kalau tak, sure lebih penat dari relax.

Note to self:  Hujung bulan ni dah cuti sekolah!!!... Alah, doesn't make any difference pun.  Bukan ada anak bersekolah lagi..huhu

Friday, March 08, 2013

Weekend activity - Adam dan Hawa la..apa lagi.

Kisahnya suatu ketika dulu ramai orang tengah tergila-gilakan cerita Adam dan Hawa lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa.  Sampaikan ada yang sampai termimpi si Adam tu siap pakai baju pilot lagi... orang perempuan saja lah yang mimpi pun...

Sekarang cerita tu dah pun habis ditayangkan kat Mustika HD.  80 episode semuanya.  Tak perlulah saya ceritakan synopsis cerita tu kat sini sebab terlalu ramai yang sudah maklum.

So kisah yang nak cerita ni ialah saya ni dah tertinggal keretapi.  Orang dah angau dengan hero cerita tu saya lak tak pernah tengok lakonan Aaron Aziz pun.  Maklum lah nak convert Astro jadi Astro Beyond tak nampak perlunya sebab sangat jarang tengok TV unless masa weekend.  Nak streaming/download lak sebagai pengguna broadband yang berlimit masa tu, takkan saya nak habiskan Gigabit saya tu untuk cerita ni kan?

Sekarang bila dah install Unify baru lah rasa 'free' sket nak streaming ke, download ke, blogging ke... Tak perlu lagi dah risau pasal limit.  I know, I know, people have been using it for ages.  Tapi biasa lah Tuan Punya Blog ni memang macam tu.  Dengan alasan nak tunggu benda baru tu matured baru la confident nak pakai.

So sekarang ni tengah dalam process nak khatam Adam dan Hawa la ni.. tapi bila nak berkongsi cerita dengan orang, orang dah tak layan... cerita dah basi kata diorang... waaa!! :((

Note to self: Apsal tak mimpi pun Adam Mukhriz??

E-filing done.

Yes! Tak payah pikir dah....
Note to all:  Jangan lupa dateline... 30 Apr 2013 :)

Thursday, March 07, 2013

March is for marching.

Tengah belek-belek calendar kat meja ni.  Aik? Tak de smiley face bulan ni?  Smiley face ni saya akan tanda kat calendar once a year.  Untuk menandakan public holidays.  Kasi semangat dan ceria sket bila nampak a holiday coming.
Just march.

I need my smiley face.
Aduh…  Betul kata-kata ex-bos dulu.  March is for marching.  Rasanya semua perasan bulan 3 tak de public holiday kan? (kecuali Terengganu rasanya).  So kerja, kerja, kerja… march, march, march.... undi,undi,undi.. eh?

Stress pulak rasanya.  Nak kena ambik cuti nih.  Dah lama tak rehatkan diri time orang lain bekerja.

Note to self: Last annual leave taken on January??? Biar betul!

Wednesday, March 06, 2013

Little things that made me smile - Udang Goreng???


From "The Sky is Falling" by Sydney Sheldon.

Muahahahaha!!!

Tuesday, March 05, 2013

Semboyan telah berbunyi. Selamatkanlah Lahad Datu - Sabah.

Saya bukan wartawan yang mampu menulis perkembangan di Lahad Datu secara terperinci dan tepat.

Saya juga bukan sejarahwan yang mampu mengungkit sejarah lampau kenapa dan apa sebenarnya yang terjadi.  Namun melalui pembacaan, sudah cukup untuk saya katakan Sabah adalah HAK MALAYSIA!. 

Begitu juga dengan kebanyakan orang diluar sana.

Tetapi saya yakin, saya mewakili ramai rakyat Malaysia yang bencikan peperangan, provokasi, dan perang politik!.  Kami mahukan kedamaian.

Saya masih ada adik-adik dan anak-anak kecil yang perlukan kedamaian untuk hidup dengan selesa dan membesar dengan sempurna.

Cukup cukuplah perang mulut dan perang cyber antara RAKYAT MALAYSIA sendiri yang begitu gemar menjadi wartawan dan sejarahwan tidak bertauliah.



Sama-sama lah kita doa kan kesejahteraan rakyat Sabah khususnya dan rakyat Malaysia am nya.  Itu lah yang paling penting.

Note to self:  What if it is us in Sabah?  Would we speak that loud about politics?.. Sorry agak emo :'(

Sunday, March 03, 2013

Alternative kepada 'potongan gaji' di RHB Now.

Pada pengguna RHB Now (internet banking) mungkin ramai dah tahu.  Mungkin ramai yang tahu tapi overlook.  Termasuk la saya sendiri.  Facility ada depan mata tapi tak digunakan sebab..... entah?

Saya ni dikira pengguna tegar internet banking.  RHB Now and Maybank2u specifically.  Tak kira nak bayar apa pun, simpan di Tabung Haji, bayar bills, credit cards, loan kereta, loan rumah, memang saya prefer internet banking.  I cringe on the idea of facing the traffic, endless search for a parking spot dan long queue kat bank's branch semata-mata untuk bayar loan kereta atau rumah.

Semua saya buat kat internet banking.

Dan saya tahu ramai yang prefer buat potongan gaji especially untuk simpanan Tabung Haji dan Zakat melalui HR masing-masing.  Tak sempat duit tu kita spend, duit tu dah masuk siap-siap dalam account sebelah sana.  Macam saya sendiri, bukan tak suka concept potongan gaji ni.  Tapi saya tak suka bila payslip saya nampak kurang dan the forms that I have to fill up.  So apa yang saya buat tiap-tiap bulan ialah transfer manually one by one via internet banking.

Tapi a few weeks ago (yes, I know, I am a slowpoke overlooked) saya baru sedar yang saya boleh buat 'potongan gaji' via Recurring Payments in my internet banking RHB Now.  So, yes, yang mudah dimudahkan lagi.

Pada yang guna RHB Now, screen kat bawah ni korang boleh guna untuk buat 'potongan gaji' sendiri.  Nak lagi bagus, set recurring date on the same date with your salary.  Pada yang dapat gaji pada date yang berbeza-beza maybe agak susah tapi boleh je agak-agak kan?

Option ni ada kat kebanyakan payment screen.
Dah siap setting, review then submit to save.

Bila-bila masa boleh buang or change if needed.  Pergi kat option Manage Future Payment je.

Update: bila dah nak dekat tarikh 'potongan' tu, you all akan dapat email notification macam kat atas ni.. efficient!
Best best!.  I am not sure if other internet banking ada facilities ni.  So boleh la kalau korang nak explore and update us?  Dengan cara ni bagi saya amount dipayslip saya nampak la 'banyak' sket...
Note to self Doa hari ini: Ya Allah, selamatkanlah rakyat Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.... Amin.

Friday, March 01, 2013

Weekend activity – Jom kumpul receipt untuk LHDN Income tax


It is March, LHDN dah launch e-filing baru hari ni, 1 March 2013. Sepatutnya untuk pekerja dan rakyat marhein macam saya ni ada penurunan 1% untuk cukai individu.  Lepas ni sama-sama kita buat e-filling ni dan tengok berapa kita dapat save!. 

Maka dengan ini, activity weekend kita kali ni ialah sama-sama cari receipt untuk claim balik dari Government :D.  Jangan lupa dateline submission ialah 30 April every year.

Jangan lupa korek sekali receipt Big Bad Wolf Booksale yang korang pergi dulu tu....

Err.... where’s mine anyway?.

Note to self:  Suck at filing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...