Nuffnang Ads

Tuesday, March 19, 2013

Kehendak dan Keperluan

'Wants and Needs'.  Lumrah manusia memang mementingkan 'keperluan' bila terdesak dan 'kehendak' bila dah mewah sikit.

Contoh yang paling mudah kita tengok macam mana umat di Malaysia ni handle wants and needs ni ialah di shopping malls.

Saya kerja dekat-dekat Putrajaya.  Dengan kata lain, dekat la dengan pejabat-pejabat kakitangan kerajaan.  Satu-satunya tempat shopping yang best kat situ ialah Alamanda.  Jadi, ikut busy body pemerhatian saya, kalau time kakitangan kerajaan ni dapat gaji, memang Alamanda ni ramai orang gomen bershopping.

Bila tengah bulan, sunyi je kat shopping outlets tapi kat food court masih ramai.  Dan time-time macam ni jugak la saya suka ke Alamanda ni.  Free and easy gitu sebab tak perlu beratur panjang dan lebih selesa memilih barang.

Bila time kerajaan dapat bonus.. HO HO HO..Homaigad.. ramai betul kaum hawa yang duk testing barang Hush Puppies, Bonia, SKII etc..Even Habib pun ada yang pergi jengah. Food court tak ramai, tapi kedai makan yang 'up' sket ramai la.  Seronok tengok diorang.  Muka ceria!  Pekerja swasta macam saya kena avoid these shopping madness time gomen dapat bonus.  Segan seh!

Kita manusia.  Memang dah lumrah.  Bila rasa 'kelapangan' rezeki, kita ada tendency nak rasa something out of normal daily routine.  Selalu hari-hari makan food court, bila dapat lebih, makan la kat Kenny Rogers ke..Subway ke.. tak gitu?

Apa-apa pun saya suka tips dari satu blog ni.  Nak buat memang kena kuat semangat.  Tapi tak mustahil sebab blogger tu sendiri pun berjaya buat.  Nak tau apa dia buat, kena la terjah sendiri article dia :).

Note to self: Wants - tak salah.. tapi takut terlebih sudah.. hehe..

12 comments:

  1. Normal la tu. yg penting, pandai rancang perbelanjaan dan kawal. asal cukup keperluan, ada lebihan2 sikit tu, boleh la nak penuhi kehendak stkt termampu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang takut terrrrbabas :D

      Delete
  2. plan keperluan lebih dari kehendak. Sebab semuanya duit. Antara rugi dan untung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... it's all about the money...:)

      Delete
  3. Samalah ngan Nurul.. selalu kena berjaga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu single no hal.. bila ada anak, priority 'wants' tu beralih ke anak lak..

      Delete
  4. Yang ni memang kena tahan jiwa raga nak mengekang nafsu yang ganas...haha,... tapi sejak OKje tak keje ni, dapat kawallah.... sebab tak de duit sendirikan...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. suri rumah ek? jelessss

      Delete
  5. masa dayah baca kan..
    dayah asyik cakap macam nih..

    "betul..betul betul..."

    "ha ah...betul betul betul"

    hahaha...mmg betul sgt sgt..
    *dyh swasta la..
    tapi dyh pun suka gi alamanda tgh bulan sikit..
    tak sesak sangat..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? hehe.. ramai la yang nampak 'scenario alamanda' ni hehe

      Delete
  6. hehehe.. sebab tu tak kena kawal nafsu ni bersungguh2.. sebab manusia selalu tertewas dengan nafsu je..hehe

    ReplyDelete
  7. seseorang kena pandai seimbangkan keperluan dengan kehendak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...