Nuffnang Ads

Sunday, March 03, 2013

Alternative kepada 'potongan gaji' di RHB Now.

Pada pengguna RHB Now (internet banking) mungkin ramai dah tahu.  Mungkin ramai yang tahu tapi overlook.  Termasuk la saya sendiri.  Facility ada depan mata tapi tak digunakan sebab..... entah?

Saya ni dikira pengguna tegar internet banking.  RHB Now and Maybank2u specifically.  Tak kira nak bayar apa pun, simpan di Tabung Haji, bayar bills, credit cards, loan kereta, loan rumah, memang saya prefer internet banking.  I cringe on the idea of facing the traffic, endless search for a parking spot dan long queue kat bank's branch semata-mata untuk bayar loan kereta atau rumah.

Semua saya buat kat internet banking.

Dan saya tahu ramai yang prefer buat potongan gaji especially untuk simpanan Tabung Haji dan Zakat melalui HR masing-masing.  Tak sempat duit tu kita spend, duit tu dah masuk siap-siap dalam account sebelah sana.  Macam saya sendiri, bukan tak suka concept potongan gaji ni.  Tapi saya tak suka bila payslip saya nampak kurang dan the forms that I have to fill up.  So apa yang saya buat tiap-tiap bulan ialah transfer manually one by one via internet banking.

Tapi a few weeks ago (yes, I know, I am a slowpoke overlooked) saya baru sedar yang saya boleh buat 'potongan gaji' via Recurring Payments in my internet banking RHB Now.  So, yes, yang mudah dimudahkan lagi.

Pada yang guna RHB Now, screen kat bawah ni korang boleh guna untuk buat 'potongan gaji' sendiri.  Nak lagi bagus, set recurring date on the same date with your salary.  Pada yang dapat gaji pada date yang berbeza-beza maybe agak susah tapi boleh je agak-agak kan?

Option ni ada kat kebanyakan payment screen.
Dah siap setting, review then submit to save.

Bila-bila masa boleh buang or change if needed.  Pergi kat option Manage Future Payment je.

Update: bila dah nak dekat tarikh 'potongan' tu, you all akan dapat email notification macam kat atas ni.. efficient!
Best best!.  I am not sure if other internet banking ada facilities ni.  So boleh la kalau korang nak explore and update us?  Dengan cara ni bagi saya amount dipayslip saya nampak la 'banyak' sket...
Note to self Doa hari ini: Ya Allah, selamatkanlah rakyat Malaysia di Lahad Datu dan Semporna.... Amin.

7 comments:

  1. saya pun ada buat untuk beberapa jenis simpanan , antaranya asb :)

    ReplyDelete
  2. Maksudnya betul la saya ni slow poke haha.. baru je tau.. thanks for dropping by!

    ReplyDelete
  3. ni kira alternatif untuk si(standing instruction) jugak, kelebihan boleh ubah setiap bulan atau bila2 masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul! Tu yang suka tu..

      Delete
  4. berapa lama ia mampu buat potongan. ke ada setting yg boleh kita tetapkan contohnya setahun, sepuluh tahun atau sebagainya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, ada setting. Boleh letak expiry date.

      Delete
  5. salam.if nak buat potongan gaji untuk asb and sye nak buat ke 2 acc boleh ke? atau guna kaedah yang sama je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...