Nuffnang Ads

Thursday, March 28, 2013

Fikiran perempuan. What's in our head?

Orang pompuan memang terkenal dengan over thinking.  Tak gitu?  Kadang-kadang benda yang tak perlu pikir, kami pikir.  Benda yang perlu pikir sekali lalu je kami pikir sampai dua tiga hari.

Dari mula bangun tido dah start berfikir macam-macam sampai la time tido balik.

Jangankan benda-benda besar, sekecik-kecik alam hatta kaler lipstick pun kami pikir.  Nanti nampak kusam or nampak over lak makeup or maybe tak perlu makeup langsung.  Bergantung pada keadaan atau tempat dituju.

Begitu juga benda-benda besar macam budget untuk kewangan keluarga.  Mana bills yang boleh cut, kita suggest pada Yang diPertuan (suami la tu).  Kadang-kadang Suami yang tegur untuk kita berjimat.. so orang pompuan jugak la yang rearrange balik budget tu.  Termasukla kerja-kerja clerical lain termasukla buat calls sana-sini kalau perlu.

Bercakap pasal bils ni pun banyak jugak yang difikir.  Bila date due, berapa amount untuk bayar, yang mana boleh di ‘Internet banking’ kan, yang mana perlu buat secara ‘walk-in’.  Yang mana out of budget, yang mana below budget, duit lebih boleh buat/beli apa..bla bla bla… huh.. tulis pun penat.

Pemilihan sekolah untuk anak pun dalam fikiran.  Mana sekolah yang bagus tapi within family budget.  Kalau sekolah yang gah pun kalau tak mampu, cekik diri sendiri je nanti.  Kalau sekolah yang tak seberapa nanti kesian kat anak kot kot tak dapat the best exposure.. maklumlah anak ni raja dimata mak bapak.

Kalau yang bekerja pejabat akan fikir anak kat sekolah dah makan ke, sempat tak ambik anak balik nanti, jam tak jalan, kalau jam apa alternative.. mintak tolong En. Suami ambik ke?  Kalau nak kena work extra hour pulak kena fikir, ok ke anak nanti, boleh ke En Suami jaga anak sampai kita balik.  Marah tak dia?

Kadang-kadang pemikiran orang pompuan ni boleh sampai years ahead.  Nanti kalau dah retire nak duduk mana, apa income, insurance medical perlu beli ke, anak-anak macam mana, hutang-hutang sekarang sempat ke abis bayar sebelum retire, bila nak pergi umrah/haji, bila nak start ambik collagen... huhu.

Tak cukup dengan self triggered thinking, orang lain punya thinking pun masuk sekali.  Bila orang discuss cara berdiet, dah kita pun start fikir, aku ni macam mana, balik nanti kena timbang berat, baju-baju lama dah tak buat... aaaaaaaa!!!!

And the best part about orang ppuang ni, kami boleh pikir ALL of the above at the SAME TIME!.  Tak kira la time tu time kat pejabat, kat rumah time mandikan anak, time makan etc.

Jangan pulak ada yang memperkecilkan atau meremehkan ‘kebolehan’ kami ni.  Dah kami dijadikan begini.. terima lah kami seadanya.  Kami ni bukan orang lain, ibu/isteri/kakak/adik/anak korang jugak….

Note to self:  Sebenarnya diri sendiri tengah pening! Muahaha…  Lega dapat En. Suami yang supportive. 

7 comments:

  1. pheeewwww...

    memang betul la..

    terangguk angguk dayah sambil membaca tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan sure faham hehe

      Delete
  2. wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki^^.Pemikiran wanita dapat membantu bgi memudahkan segala pengurusan keluarga dengan jalan terbaik...

    ReplyDelete
  3. Wanita, memang cukup kukagumi..Boleh lakukan banyak perkara dalam satu masa..

    ReplyDelete
  4. Besarnyer tanggungjawab seorang perempuan...

    ReplyDelete
  5. betullah macam2 benda nak difikirkan ...hehe sangat perihatinkan kita ni sebenarnya....
    haha redho ajelah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...