Nuffnang Ads

Tuesday, February 07, 2017

*sniff* *yawn* *cough* waking up from slumber terus shopping kat Fashion Valet!

Lama betul tido dari dunia blog ye? 'Bangun' je terus pandai bukak website and nak cerita pasal Fashion Valet.  

Maklum la, first time shopping kat FV baru-baru ni.  Ye, memang saya ketinggalan :D.

Lagipun sekarang kan banyak weekend panjang, CNY la, next is Thaipusam.  Makanya ada la majlis wedding.  Kali ni belah shuben.  So terpaksa la cari proper attire.  Takkan la nak pakai baju kurung lusuh yang memang sehelai tu je yang muat.  Baju raya last year entah macam mana tailor tu pi buat terbesar lak.. goboh je rasa bila pakai.  Tak alter lagi sampai sekarang heh.

Anyway, since I ni sibuk sangat bekerja *cough*, maka mesti la saya lebih prefer beli online je.  Tapi beli baju online ni agak gamble skit la.  Satu, whether the size really fits us.  Kadang-kadang indah gambar dari rupa.  Second, is the seller can be trusted?.  Third, berapa lama it takes for the seller to ship our items sebab kadang-kadang dah last minute baru la decide nak beli baju.  Kalau ship within 7 days memang sorry la I'm not a fan.

Tapi shopping kat FV ni so far meet all my requirements.  It definitely is  a trusted seller, and they ship in 1 day!.  First timer pulak dapat RM10 off.




Sign up kat page ni free je and sangat simple.  Overall look of the page tu pulak sangat 'Vivy'.  Hehe I mean all white, simple but clear fonts, clean arrangement.  I like!!




So lepas sign up, you all akan dapat email confirmation dan welcoming email.  Lepas tu terus boleh start shopping!.  Apa yang saya cari? Of course la I cari Duck scarf heh.  Dah lama sangat berkenan tengok Vivy tu pakai.  Lagipun sesuai la untuk gi wedding kan. 

Nak cari barang kat FV page ni senang je.  Guna je search function dia.   Search function tu akan bagi recommended item names juga.  Simple.  Bila nak jumpa barang yang nak, terus add to Cart.  Cuma nak tegur sikit la, gambar untuk Duck scarf ni lighting dia terlebih sket kot so the actual colour that I got is slightly darker.  Sikit je.  Tak de la sampai nak hantar email complain. 

Anyway, from the Cart, boleh la fikir-fikir, then kalau confirm nak, terus je check out.  Cara bayaran lak credit card boleh, bayar online transfer pun boleh.  Senang!  Lepas tu acara menunggu...

...sampai budak delivery sampai kat muka pintu anda.

Satu lagi saya suka pasal FV ni, bila delivery tu dah on the way, which normally on the next day, diorang akan hantar message "Hi! Your FV order FV-XXX will be sent to you today".   Then after few hours "We are delivering your FV order FV-XXX now.  Approximately 9 KM away from you".  Haa.. masa ni kalau sisturss semua kat luar rumah cepat-cepat la balik.  Or kalau duk dalam tandas tu pandai-pandai la budget masa untuk bukak pintu.  Memang sangat convenient!.

Then the package comes.  Exciteddd sangat. Masa deliver tu, the delivery staff akan mintak sign and key in ic number.  Tu je.  Done.

*bukak package*
*sengih-sengih*
*perasan jadi Vivy*
*tengok cermin, pengsan!*
*terus jadi Duck addict*


Wednesday, October 07, 2015

Dah nak darjah satu - ibu yang stress

So my son akan masuk darjah 1 next year.  Walaupun masa tu dia baru turn 6, tapi it's ok.

So sebagai ibu, bila anak pertama, err the only child, nak masuk darjah satu memang la kelam kabut/ jiwa kacau.  

Bukan fikir pasal uniform, text books, yuran etc yang nak kena bayar atau beli, tapi more kepada sekolah mana, ok ke sekolah tu?  Boleh ke anak kita yang always seems to be so small and fragile ni nak beli makan kat kantin?  Tak kena tipu ke nanti?  Healthy ke?  Kalau bawak bekal (kalau dia nak bawak) tak kena paw ke nanti :D.

Budak-budak sekolah nanti ok ke?  Cikgu helpful ke?  Akan stress tak dia?  Bila nak join sukan-sukan lak?

How about sekolah agama, perlu ke? baru darjah satu kott, tak penat ke dia? tapi kalau tak hantar, tak ketinggalan ke dia nanti?  Dan sekolah-sekolah ni nanti dapat ke bantu dia jadi manusia yang berjaya/berguna?  All sorts of intangible items hehe..

Tapi walau pening macam mana pun tetap kena harung juga.

Kena bagi pendidikan pada anak juga.

Kena let go juga.

Sekolah kebangsaan dah settle, dapat yang dekat dengan rumah.  Although jauh dari office saya ni, abahnya ada untuk tolong uruskan.  

Sekolah agama pun insya allah akan settle dalam masa terdekat.  Walaupun berbelah bagi nak hantar ke tidak, sebab saya asal Kelantan, dan kat sana tak ada 'sekolah agama' per se.  Cuma ada kelas fardhu ain, which is totally not compulsory dan tak de exam bagai.  So saya tak boleh nak imagine anak saya ni going to 2 schools every day.

My personal justification untuk hantar ke sekolah agama cuma 2 point: 
1. saya tak nak dia ketinggalan, 
2. saya tak nak dia ada too much time yang menyebabkan dia get involved with something yang tak sepatutnya.  

Zaman dulu dengan zaman sekarang lain.  Dulu-dulu lepas balik sekolah, kami still ada dirumah, main dirumah, ajak kawan-kawan.  Tak ada exposure pada online games, or activity sosial yang menakutkan.  Tak de budak-budak kena culik.

And my husband and I insya allah akan cuba not to stress him with 'ambitious' or shall I say 'fictitious' exam results.  Let him have his childhood memory yang fun and full of life.  Sebab bagi saya, belajar tentang jati diri / self identity/ survival adalah lebih penting if not same as academic.


Monday, September 14, 2015

Have you ever feel so empty/lost?

I don't know if this is a religion thing, a hormone thing, a career dissatisfaction thing, a boring-life thing, a never-ending-mouse-running thing, but I am feeling EMPTY/LOST now.

Don't get me wrong, I love my family so dearly.  I love my friends and all those around me.  Tapi still I feel empty.

I can't exactly pin point kenapa and macamana rasa empty tu tapi I feel empty, sometimes lost, sometimes macam waiting for something to happen but have no control of.  Sometimes rasa macam to stop doing every thing and do nothing.  Sometimes rasa TIRED of everything.  Sometimes.... a combination of every thing.

I use to write jokingly about zombie.  But the real thing is I am the one that feel like zombie.

Hope this don't last because:


Let's read.

And just wait and see what I would feel tomorrow.

So pissed off right now. Poslaju.. you let me down big time!

Haish.. macam mana nak start entah lah.  Bila tengah geram..

As most people know, kebanyakkan material untuk hijab pin saya adalah diimport.  US, China, Canada, Scotland, Russia pun ada.  So definitely la semuanya diposkan kepada saya kat Malaysia ni.  Kalau saya kaya, saya dah terbang sana sini pickup sendiri.  Tapi kalau saya kaya, saya takkan buat business pun.  Saya akan buat untuk diri sendiri je hehe.

Anyway, bila parcel-parcel ni masuk Malaysia, haruslah guna Pos Malaysia atau Poslaju.

So, nak dijadikan hangin satu badan, parcel tak sampai, Notice slip tak de, ketuk pintu pun tak dak, alih-alih bila tengok tracking, parcel tu dah sampai ke US nun balik!!.  Haddoiiiiii, if I'm the cursing type, I would have cursed all the *tooot* words all day!!.  Punya sakit hati.

RM40 kotttt kalau nak suh pos balik.

Dengan RM tengah drop nih.

Sakit.

Friday, July 10, 2015

Hari Raya the aftermath nanti...

Alhamdulillah, dah tinggal a few days saja lagi untuk kita completekan Ramadhan.  A few days juga lagi kita akan menyambut Hari Raya.

As a worker, memang saya sangat happy, dapat cuti dan spend more times dengan family.  Tambah pulak kali ni parents datang raya di KL.  Hehe, dapat la save bajet sikit untuk travel ke KB.

Tapi sebagai peniaga dengan business sampingan tapi dah merangkap 'second critical' source of income ni, memang agak risau jugak bila musim raya.  Bila duk baca kot internet, banyak yang kata selalunya bisnes akan slow bila musim raya.  Antara factor nya sebab customer dah spend so much untuk preparation raya.  So now ramai yang akan berjimat.  Saya pun sama.

So sekarang ni tengah fikir macam mana nak maintain sale.. Ada a few strategies yang nak buat tapi kena study dulu feasible dan menguntungkan atau tak.  Masih banyak yang kena belajar.  May be I should read some books on this.


Monday, June 08, 2015

Ramadhan.. mengharap yang terbaik!

Salam!! Dan lama tak tulis hal-hal personal kat blog ni.. maklumla asyik "busy" ngan "business" kat sebelah tu...

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah nak kembali menjengah.. 10 hari saja lagi.  Sempatkah?  Insya Allah... amin amin amin...

Saya tak mengharapkan sesuatu yang terlalu bagus atau pahala melimpah ruah, sebab saya sejujurnya tidak layak.  Bukan saya tak nak.  Saya cuma harap saya berubah. Berubah jadi lebih baik.  Itu sahaja.. simple.  Bonus-bonus lain dalam bulan Ramadhan ni saya rasa sangat tinggi untuk saya capai.  So saya mengharap belas ehsan sahaja dari Allah untuk kurnia kan walau sedikittttt pahala untuk amalan baik saya dalam bulan ini..(harap ada).

Dah 40 tahun dah pun.... 

Selamat Menyambut Ramadhan!  Maaf zahir dan batin.


Friday, May 08, 2015

Perluke saya risau?



Adakah alien sedang bercakap dengan Anak?  


p.s: penangan Minecraft!

Wednesday, April 29, 2015

Dah setahun buah pinggang ku meninggal

Ho ho ho, macam scary je bunyi tajuk tu kan.. hehe.. 

Tanggal 23 April 2015 hari tu cukup setahun operation saya buang tumor di buah pinggang.  Termasukla buah pinggang kanan sekali.  Syukur syukur syukur Alhamdulillah.  Itu saja yang saya mampu cakap.  Kesihatan memang sangat precious!.  Syukur masih mampu bekerja, berjalan.. hidup!.

Bila baca balik article yang saya tulis tu, brings back all the memories.  The good, the bad, semua teringat balik.  Teringat jugak how my husband and son tak balik rumah for 10 days.  Berkampung dibilik hospital.  Terima kasih yang tak terhingga! (I said it verbally to En. Suami too hehe). 

Ok people, back to work! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...