Nuffnang Ads

Saturday, April 06, 2013

Weekend activity - Kisah benar budak 3 tahun setengah.

Situasi pukul 10.30 malam.  Ibu dalam toilet master bedroom buat 'benda-benda' biasa dalam toilet.  Anak kat luar toilet sebab ibu dah dengar bunyi kelepap-kelepap tapak kaki Si 3 tahun masuk bilik tadi.
 
Tiba-tiba dengar suara kecik..'Ibuuuuuuu! Cepat la..!'  Ibu balas 'Kejap la, kenapa dik?'.. kot kot Si 3 tahun ni nak terkencing or terberrr.  Haru nanti.  'Cepat la... nanti adik nak tido'...balas Si 3 tahun.
 
Ok fine... Ibu terpaksa rushing tanpa rela... dan keluar toilet. (bersih tau!).
 
Aik? Kedudukan katil Si 3tahun ni dah berubah?  Dari sedikit jauh dari katil ibu dengan bersandarkan dinding dan ada penghadang, ala yang takut budak jatuh katil tu, di sebelah kiri katil.  Dah berubah jauh dari dinding dan jadi rapat dengan katil ibu dan penghadang berubah ke belah kanan?
 
Ibu (garu kepala)....  (dalam hati) sapa yang ubah ni.. especially penghadang tu sebab agak susah nak cabut dan pasang balik.  'Adik, adik buat ke katil ni?'
 
Anak, sambil cekak pinggang, muka sombong bangga giler dan nafas didada tercungap-cungap sebagai bukti, 'Ye la.. ibu dalam toilet lama sangat!'.  Setelah diconfirm dengan En Suami, kot kot la Si 3 tahun ni take kredit keja abah dia, memang kredit 100% boleh dibagi pada Si 3 tahun ni sebab abah dia duk layan Arsenal kat living room.
 
Note to self: Seriously Si 3 tahun dah boleh susun dan alih penghadang katil tu? Okeh kalau macam tu, ibu nak test letak mop dan baldi lak.. mana tau bila keluar dari toilet, bilik ibu dah bersih termop!.  Ala mop kan lagi senang... tak gitu Dik?
 
 
 
 
 
 

3 comments:

  1. hehe...rajin tu...senang keje ibu lepas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sampai ke besar... :)

      Delete
  2. Hehe boleh tu try test letak mop n baldi tu.mana tau misi berjaya,matlamat tercapai.hehe jgn ibu jatuh lantai licin dah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...