Nuffnang Ads

Sunday, March 24, 2013

Dah cuti sekolah... Jom kawin..eh??

Dah pun cuti sekolah... Mana-mana parents yang ada anak bersekolah tu bawak-bawak la diorang berjalan kalau ada kelapangan...(dan budget)..  Macam saya yang belum ada anak bersekolah, elok la kerja macam biasa.  Saja bagi laluan pada yang nak bercuti.

Activity yang confirm tak akan miss time-time cuti sekolah ni ialah majlis kahwin.  Tak gitu?  Macam saya sendiri baru je start cuti sekolah, dah pun dapat attend satu majlis.  Anak kawan En. Suami. 
Teman dulu buat kat rumah je.. :D
Kalau pergi wedding, selain dari makannnn, saya memang suka kutip wedding favors.  Lagi suka kalau yang bagi benda-benda practical.  Bunga telur tu memang la menarik kalau bagi sebab kalau tak ada macam tak berseri.  Tapi kalau bagi bekas-bekas macam ni boleh diguna pakai.  By the way, pada sapa-sapa yang nak kawin, bagi la bunga telur yang betul-betul ada telur rebus.  Tok sah lah replace dengan gula-gula ke, kek ke, wajik ke.. hilang keaslian nya.
Simple wedding, great wedding favors (boleh la buat letak rempah ratus huhu). 

Pernah saya pergi satu wedding ni, dapat bekas plastic kedap udara.  Sampai sekarang pakai untuk letak susu anak.  Practical dan tak membazir betul.

Majlis kawin ni pun boleh jadi activity yang mengeratkan silaturrahim.  Sedara-mara dapat la berkumpul, jiran tetangga pun dapat bertegur sapa.  Mana ada anak baru, boleh la kenal-kenalkan.  Mana yang single boleh la ushar-ushar dan curi sirih junjung selai dua.  Mana yang ada bini baru.......

Cakap-cakap 2 sekawan di majlis kawin (kisah benar):

A:  Aku nak balik dah.. (cari-cari slipar).
B:  Ha.. iye lah... (salam-salam)
A:  Mana ker slipar yang mahey tu...
B: ??
A:  Iye lah, datang tadi slipar mughah, balik ni nak caghi slipar mahey la pulok..
A + B : Muahaha...

And they lived happily ever after...

Selamat pengantin baru pada yang baru mendirikan rumah tangga.  Semoga berkekalan dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Note to self: Terasa nak renew vow la pulak tengok majlis-majlis kawin nih... tapi baju nikah dah tak muat...uwwaaa!

2 comments:

  1. tak de sapa nk merebus telur elly zaman sekarang ni...hehe tulah sebab bagi gula2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. save budget sekali... :D

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...