Hari Jumaat tu ada ternampak iklan kata ada flat for sale diarea dekat dengan UPM. Actually tak de la plan nak beli rumah ke apa tahun ni. Tapi bila ternampak iklan tu terasa mebuak-buak pulak nak pergi tengok.
Point pertama saya rasa macam tu sebab kawasan tu kawasan student. Yang kedua sebab harga rumah ni agak mampu-milik buat saya. Saya ni bukan a high-risk taker. Point ketiga sebab dengar cerita MRT nak lalu Seri Kembangan. Point keempat sebab dekat dengan office. So kalau nak pergi kutip sewa pun not an issue for me. Lunch hour pun boleh pergi.
Memandangkan flat tu flat PKNS, saya terus call PKNS Bangi untuk check kot-kot ada syarat untuk beli rumah PKNS ni. Dari confirmation yang saya dapat tak ada apa-apa requirement dari segi minimum income atau first house purchase. So tick lagi satu checkbox.
Bila dah google sana sini tengok gambar and baca sedikit sebanyak pasal area ni saya terus set appointment dengan owner. The next day hari Sabtu tu terus pergi buat ‘site visit’.
Site visit:
Nampak ok. Luas flat is about 650 sqft. 2 rooms, one bathroom. Bilik not so tiny and the living room pun quite spacious. Wiring all newly done. Water pressure is ok too. There was a leaking at the hall but the seller has fixed that too. The tenant confirmed on it.
Unit location: tingkat 4. Tapi surprisingly naik tangga tak penat pun (am I that fit? hahaha)
Flat tu sekarang ada tenant. Student UPM jugak and ada transport sendiri. They all looked decent. So tak payah pikir getting tenant for at least a year I hope.
But the one thing yang get the biggest tick is that at the front of the flat is a surau. So hopefully ‘sejuk’ la sket area ni and ‘hot’ la sket investment ni.
Penjualnya pulak ok. Tak banyak songeh. After not much talking we decided on the price. We shook hands at 73k (at par with market value..hmm tak pe lah…) and the owner agreed to get a downpayment at 3k.
No comments:
Post a Comment