Nuffnang Ads

Saturday, February 23, 2013

Weekend activity - Jom mancing udang galah!

Sapa sini suka memancing?  Sapa sini suka pancing.... udang?  Saya suka, saya suka (macam Mei Mei la pulok). 

Mula-mula terjebak ni sebab mengikut En. Suami la pun sebenarnya.  Kira family outing la ni time weekend yang belum bergaji..  At first jadi tukang tunggu dan cheerleader je.  Tapi bila tengok En. Suami ni asyik menarik udanggg je.. aisy tak boleh jadi nih! Nak merasa la jugak kan?  Haaa terus melekat.  Bukan apa best betul rasa bila udang tu tarik-tarik mata pancing tu... excited!.
 
Kitorang pergi kolam pancing "Kolam Rekreasi Tepian Rimba" kat Hulu Langat.  Tempatnya bersih dan selesa (as compared to most kolam pancing la kan).  Toilet, tempat sembahyang semua ada.  Kerusi untuk duduk-duduk dan untuk yang menunggu (kaum ibu la tu) pun selesa.  Cuma makan-makan je tak de... boleh la bawak bekal wat berkelah.


Location; Sg. Serai Bt. 11, Hulu Langat.  Atas tu sign board boleh nampak dari main road.  Yang bawah tu the road to pancing :)
Sampai dalam akan nampak second sign board and boleh la start cari parking.  Parking space tak de sangat so pandai-pandai la parking tepi-tepi jalan...


To the main entrance and the opening hours.. sampai 2-3 pagi...Boleh pancing sampai lebam...
Dah sampai... boleh la register and cari tapak...
Untuk pancing udang bayaran dia as at todate RM14 sejam and minimum is 2 hours.  Kira sekali pergi RM28.  Bayaran ni ikut harga udang semasa...



Harga clearly stated kat counter (Kanak-kanak pun ada special price?)
 
This is serious busines...

Apa yang perlu untuk memancing ni mesti la joran with all the accesories, net nak masukkan udang (atau apa-apa bekas pun) and umpan.  Joran memang En Suami la yang prepare saya bukan reti pun.  Umpan ada jual kat situ.  Umpun-umpun.  Ada yang RM10 ada yang RM14.  The thing about umpun-umpun is you boleh simpan sampai seminggu pun dia tak mati.  Janji selut tu basah.  So worth the money la kan?



Udang ni punya pe-el suka duk melekat/lepak kat tepi-tepi dinding kolam tu.  So kebanyakkan pemancing akan aim kat tempat-tempat macam tu.  Tapi yang menyampahnya udang ni bila di makan umpan, dia akan mengundur masuk mana-mana lubang.  So mata pancing for sure melekat and tali sure putus (wahh macam expert je bercerita).  Tapi ada jugak udang yang saiz besar duduk tengah-tengah kolam.  So ikut nasib jugak.

Nak tahu macam mana udang ni makan umpan? mesti la kita dapat rasa tali pancing tu ditarik-tarik.  Ada orang guna pelampung kecik as indicator, ada jugak guna spring.  Either way sama je bagi saya.  Ikut suka diri sendiri nak pakai yang mana as long as boleh tahu bila udang tu tarik (ayat orang tak pandai/belasah je bila pancing).
 
Bila memancing udang galah ni, kalau dapat macam ni ok la... *sengih*

 
Tapi kalau dapat 4 ekor sejam jadi la udang yang mahal giler...(ini kisah benar..T_T)
 
So apa lagi, boleh la terjah ke kolam tu weekend ni :).. (eh chop weekend ni dah gaji weehuuu!!).

2 comments:

  1. bab umpan tu yg x berapa nk syok tu... btw salam perkenalan :)

    http://izzanyrosdin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Agak2 skrg 2017 harga sama atau dah makin mahal hahahah..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...