Nuffnang Ads

Saturday, July 27, 2013

Tak, saya tak kedekut. Tak de la selalu. Tapi benda ni reminds me of simpler time...

** UPDATE: Lokasi kedai yang saya gi beli...

Saya beli oven butterfly ni kat Jalan Ipoh... since dah ada instantstreeview ni, ni lah gambar kedai nya...

Bas tu kacau je...

Kat map dia kat situ yang ada toyol oren tu hehe..
---------------------------------------------------------------------------------

Ingat tak dulu zaman handphone Alcatel, Startec, Nokia 3310?  Satu lagi phone Motorola yang boleh baling anjing disaat kecemasan? Dan bila charge atau on the phone terus jadi panas giler?  Function dia cuma call, message dan main game ular..?  Simple.

Ingat tak dulu tak de internet dan bila nak buat research for homework kena pergi library dan fotostat articles.  Lepas tu copy sana copy sini dan campur-campur dan type atau tulis balik.  So tak de la cikgu tau yang kita plagiat sebab cikgu sendiri pun tak pernah baca buku yang kita copy tu?  Simple.

No, I'm not talking to you Gen Y kids.

Ingat tak kalau dulu, bila nak buat biskut sebab nak makan kuih raya kena berguru dengan mak, dengan pen dan buku untuk tulis resepi atau fotostat buku resepi mak (kalau ada), dan tiba-tiba rasa malas nak buat, then mintak mak yang buatkan sebab lagi sedap?  Ingat tak mak masak biskut raya tu guna apa?  Oven Butterfly.  Simple.

Jadi, untuk mengingat kembali zaman simple-simple, maka saya beli oven ni.  Thank you En. Suami yang sememangnya selalu ikut idea-idea saya yang kadang-kadang off track.  Dan buat saya lagi sayang sebab bila saya sebut Oven Butterfly, dia tahu je kat mana nak cari benda ni.

Untuk yang tak tahu macam mana rupa oven butterfly ni sebab korang dilahirkan dizaman sains dan technology macam saya, tapi bezanya saya suka barang-barang lama, maka saya display kat sini oven 'baru tapi lama' saya.  RM 90 tapi dapat diskaun 5 hinggit.  Mahal? Ye betul.  I blamed the economy and the green house effects.  Tapi at least I got to save on the electricity. 

Ta daa...! cantik tak oven ni.  Tapi yang ni dah bracket B.. i.e bersara.  Masih segak!


Yang saya beli datang dengan kotak ni.

Dan masih berkilat....Tombol pun tak pasang lagi.

Agak was-was dengan accuracy benda ni.  Tapi nanti kita buat alignment sendiri lah.

Warna kuning tak ada.  Biru pun tak de.  Putih pun tak de.  Merah pun tak de.  Magenta, cyan, turquoise pun tak de.  Stuck with the black.

So this weekend, masak cake marble je dulu for testing and temperature alignment.  Wish me luck!  And kalau ada tips nak pakai oven ni, share-share la ye! 

Disclaimer: Mak saya tak pakai oven Butterfly.  Mak saya pakai oven gas yang come with stove tu.  Lagi best!  Tapi sekarang dah mahal.

Disclaimer: Saya tak tahu pun macam mana nak guna oven tu.  Saya keluarkan dari kotak untuk ambik gambar je.  Lepas tu simpan balik dalam kotak untuk tatapan generasi akan datang.  Or at least sampai weekend ni for marble cake testing.

11 comments:

  1. Oven awak ni mengimbau kenangan buat kuih raya masa kecik2 dulu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi oven ni mmg efficient impressed betul..

      Delete
  2. Taunya oven ni tp kan Eli my mom rasanya tak de sebab kuih kuih dia bukan jenis biskut tp jenis goreng goreng dan lagi dulu tak de dapur Gas kot.... Dapur kayu je.....
    Nape tak beli yg letrik punya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letriknyer tak antic... :D

      Delete
  3. Anonymous12:50 PM

    Nk tny beli dimana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli kat jalan ipoh dear

      Delete
  4. Salam.. Sy minat sgt oven ni.. Boleh tau x Cik beli RM berapa ye?

    ReplyDelete
  5. Salam.. Sy minat sgt oven ni.. Boleh tau x Cik beli RM berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni 2 tahun lepas saya beli rm85.. Mungkin skrg dah ada gst dan sedikit inflasi hahaha 😊

      Delete
  6. Banyak jugak jasa oven ni...dr kecik2 zaman skolah rendah lg guna oven ni blajar buat kuih raya...
    Ad jgakla kadang2 kek ngan biskut rentung sebab tertidur sambil tgu biskut masak...😊

    ReplyDelete
  7. Banyak jugak jasa oven ni...dr kecik2 zaman skolah rendah lg guna oven ni blajar buat kuih raya...
    Ad jgakla kadang2 kek ngan biskut rentung sebab tertidur sambil tgu biskut masak...😊

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...