Nuffnang Ads

Friday, September 12, 2014

Sneak Peak...

Design baru bakal tiba kat sini!! It's 1.7 cm x 1.2 cm.. Stay tuned!
.
.
.
Tak blur enough kan?
.
.
.
.
(Well,  I sucked at marketing T_T oh well....)

Tuesday, September 09, 2014

Got me thinking, which I don't normally do at this hour......

Semalam lepas office saya shoot terus ke Post Office.  Cuma nak beli Prabayar Pos Laju tu.  Maklumla.. dapat orders...Alhamdulillah (excited giler).

Benda ni mesti dicipta sebab dah ramai yang buat online business.  Tapi benda ni boleh dibeli secara online tak?

Anyway, selalunya, kalau nak beli envelope prabayar tu saya terus ke kaunter, bagitau nak beli and diorang terus bagi je.  Tapi kali ni saya kena ambik nombor giliran lak.  Hmm bukan nak hantar pun lagi parcel tu.  Cuma nak beli je.  Pun kena ambik nombor?.  Serius tak faham.  Cari-cari special kaunter untuk beli benda-benda ni memang tak ada dalam tu.

So, saya ambik jugak la nombor.  Demi pelanggan-pelanggan terchenta.  Saya tunggu turn saya sambil tengok kiri-kanan.  Hmm, apa yang ramai-ramai orang buat kat Post Office ni?  Padahal dah pukul 6.30 pm.

Yang pegang parcel, saya boleh faham.  Yang tangan kosong pun saya boleh faham sebab mungkin macam saya, nak beli benda-benda prabayar je.  Tapi saya tengok ramai yang pegang bills.  Bill letrik, bil phone. Macam-macam.  Seriously?

Terus rasa nak buat khidmat masyarakat... bukak kaunter bergerak untuk service bayar bill secara online.  Tak payah charge apa-apa, just nak mudahkan orang ramai je.  Bergerak guna kereta and wireless broadband ke area-area taman perumahan.  So diorang boleh queue kot cermin kereta and hulur bills and saya tolong bayarkan.  No charge, FOC, just community service.  Agak-agak ada orang nak tak?

But then I guess, paying bills at Post Office is their personal preference and for own satisfaction.  Some people memang suka kesana-kemari untuk routine errands.  For past times kot.  We would never know kan?  Setengah tu pulak lebih berpuas hati bila nampak the word PAID printed on the bills.  So saya faham.. :)

P.p.s:  Post Office Malaysia, cadangan saya, buatkan satu kaunter khas untuk buat purchases macam stem ke, prabayar boxes or envelopes ke.  Sebab ramai pelanggan anda nak cepat untuk setakat beli benda-benda ni.  Plus, most branches tak de kaunter pertanyaan... asyik kena kacau queue orang je just untuk bertanya.

P.p.s: Sapa belum order pin tudung?  Come come pilih dan beli now!! :)

Friday, September 05, 2014

Bila orang kampung ke Duchess Place..

Orang kampung macam saya ni memang jarang ke tempat grand-grand ni.  So bila ada kesempatan tu memang saya seronok sangat!.

Tambah pulak ni adalah wedding family sendiri dan saya terpilih untuk menepung tawar - maklum la 'mak' pengantin.  Hehe excited tuh!

Duchess Place ni memang convenient giler kalau nak buat majlis-majlis macam ni.  Dari pihak pengurusan, hiasan, hingga ke makanan dia pun saya puas hati.  Dapat free door gift lagi.

Hiasan pulak memang menepati citarasa pengantin.  Kira nya pengantin amat puas hati lah!.

Pengantin pun boleh bersiap and make-up kat bilik khas yang disediakan.  Jadi tak payah la siap tempat lain then travel nak ke sini. 

Parking space pun memang cukup.  Tetamu yang datang senang cari dan senang dapat parking.

Jom layan gambar-gambar dia. Saya sempat snap sebelum tetamu datang.  So kalau sapa-sapa yang tengah mencari-cari tempat untuk wedding, boleh la consider tempat ni.  Totally worth it!

Location: Jalan Ampang.  Memang dah banyak map about this location.  So happy googling ye!





P.s: Saya banyak nganga bila masuk sini...
P.p.s: First time tengok En. Suami hilang macho sebab sebak nak 'lepaskan' pengantin perempuan. :)

Sunday, August 31, 2014

Teka teki yang pasti korang tak boleh jawab...Apa dia pelaburan RM5 je... tapi hasil berbaloi-baloi

Jawapannya layang-layang... Tengok anak dan suami happy main layang-layang......Priceless!!

Friday, August 29, 2014

SELAMAT HARI MERDEKA!

Hari Merdeka ke 57 dah makin hampir.  Weekend ni je.  Saya sebagai ibu memang terpanggil untuk semai semangat cintakan Malaysia pada anak saya. 

So pagi ni saya sebelum ke office, saya kejutkan anak saya untuk semai semangat cintakan Malaysia di pagi hari...., "Adik, Ibu dah nak gi kerja ye"....


Tapi dia reply dengan keadaan tengah tidur, mata masih pejam "Ibu, adik nak bendera Malaysia".  Ok.. so now I don't need to do anything then.

Selamat Hari Merdeka all!!

Tuesday, August 26, 2014

Secretary pendiam, so saya bayar RM5 je.

Saya ni memang busy business woman pekerja yang busy sikit.  Memang kadang-kadang saya ter-over-look sesetengah benda.  Especially kalau tak de orang follow up.  Orang buat senyap kita pun tersenyap sama.

Memang irritating sebab benda tu akan creeping back up.

Untuk mengelak lupa, saya kena ada secretary.

Tapi saya ni bukan la bos.  Jangan berangan la nak ada secretary.

So saya kena beli secretary sendiri.  Memperkenalkan.....

Cik Secretary saya a.k.a Ipad Manual Rub.  Tempat duduk nak warna pink.  Tapi dia pendiam, tak banyak songeh, so saya ok.
Bayar gaji tak mahal.  And dia akan remind saya pasal benda-benda yang saya kena buat hari-hari sampai la kena padam --> right on my face!.

On another occassion, hari tu pergi seminar kat hotel kat tengah-tengah KL.  Masuk-masuk je dewan, terkejut sebab nampak ketumbuhan saya tergantung kat tengah-tengah ceiling dewan tu.  Ni ha....


Soooo awkward.  Macam jumpa boyfriend lama yang sangat parasite yang you dah berusaha untuk get rid of him sampai masuk hospital 10 hari and yet he is now hanging on the ceiling.  Dan you kena tengok dia for the whole day!.  Awkwarddd!! 

Yes, ketumbuhan saya tu kaler and rupa macam tu la.  Eewww!.  Size tak de la sebesar ceiling.

Feel sorry for the hotel.  Kurang satu prospect.  Other than that the food is awesome!!!!

P.s.  Secretary tu saya beli kat Daiso!
P.p.s. Dah beli pin tudung saya ke belum? To kat atas tu ada page dia. Kbai!.

Friday, August 22, 2014

MH17

Wednesday, August 20, 2014

Kemaruk Pin Tudung

Pada yang selalu baca blog ni mesti korang nampak saya sekarang tengah kemaruk Pin Tudung / Shawl Pin.  Maklum la, side income yang tak seberapa.  Agak kemaruk la kejap.

Bila masuk office pun, mula-mula saya check, if there is any email from the supplier.  Ok ke tak barang-barang yang saya order.  Nak kena baca betul-betul and fahamkan betul-betul sebab kebanyakkan supplier tu bukan dari Malaysia.  Nanti lost in translation laks hehe.  Tapi so far alhamdulillah.

Pas tu lak, kemaruk fikir, apa la design yang sesuai nak diorder.  Kalau ikutkan dua kali adik saya Miimocraft tu join bazaar fest, ramai yang minat motif kiut-miut, flower la, butterfly la.  Yang saya ni pulak personally suka yang pelik sikit, katak la, tengkorak la, so agak conflict personality sikit masa nak pikir design tu.

Tapi sapa la saya tanpa customer, so saya ikutkan dengan suka hatinya. :)

Sales so far alhamdulillah, ye lah saya jual tak mahal, so tak de la masyuk sampai boleh resign dari jadi zombie ni, tapi harap-harap dapat la seringgit dua buat beli breakfast hari-hari hehe.  Yang penting customer puas hati, dan saya seronok menjual.

Pada customer saya, saya berterima kasih from the bottom of my heart!.  Harap puas hati dan sila la datang lagi ke kedai online saya ni.

Pada yang masih belum beli lagi tu, jom la jemput tengok-tengok design-design yang ada.  Sekarang ni saya dalam process menambah design yang ada. (tu yang kemaruk tu).  So keep coming ye!


Tak kiut ke lagu ni?  Cun aper!! hehehe..


Wednesday, August 13, 2014

Kita perlu de-stress supaya tidak depressed....

Agak mengejutkan bila dengar news comedian Robin Williams meninggal.  Suicide sebab depress mengikut berita. 

Saya memang minat dengan lakonan Robin Williams ni.  Especially dalam Good Will Hunting.  Memang touching dengan cara yang sangat genius.

Siapa sangka beliau mengalami depression / kemurungan yang serious.

Memang hidup didunia ni penuh dengan dugaan.  No doubt about that. 

Meh saya nak kongsi satu cerita kisah benar.  Pasal seorang lelaki yang saya pernah kenal.  Beliau diduga dengan masalah duniawi.  Kalau tak silap saya masalah hutang yang bukan berpunca dari dia tapi entah macam mana dia terpaksa tanggung dan sememangnya dia tak mampu nak bayar balik.  Dia tak berkongsi masalah ni dengan orang sekeliling.  Dapat tau dia ada masalah pun sebab berhari-hari tak masuk office.  Tanya wife dia pun wife dia tak tau dia dimana.  Huru-hara jadinya.

Kawan-kawan dioffice makin risau, start la buat search and rescue.  Cari punya cari, di masjid rupanya.  Berhari-hari dia disitu.  Tak bercakap.  Selalu termenung dan menangis dalam masjid.  Kawan-kawan office dia makin risau.  Sebab nampak sangat dia ni depressed.  Bila diajak berbincang, baru la dia kongsi cerita.

And surprisingly, lepas berkongsi cerita, dia nampak lebih relieved.

Saya tak tau macam mana dia handle masalah tu.  Tapi dia handle it well dan sekarang ni saya dengar dia dah kaya-raya.  Tanah dan rumah banyak.

Alhamdulillah.

Dugaan kita masing-masing berbeza-beza.  Cara kita de-stress pun berbeza-beza.  Ada yang jerit kuat-kuat, ada yang kena masuk 'gua', ada yang membebel, ada yang buat physical activity untuk release tension.

Tapi bagi saya, if all else fail, TALK!, to someone you trust.  Wife ke, adik kakak or kawan-kawan ke.  Bukan untuk cari penyelesaian pada masalah, tapi untuk legakan beban di dada.  Ada yang suggest Helpline.  To me, it should help.  Google it and banyak nombor-nombor telefon yang keluar.  Saya tak akan letak nombor-nombor telefon tu kat sini.  CUMA, untuk yang beragama Islam, cari lah bantuan helpline dari orang islam.  Kalau tak ada?  Buat macam kawan saya tu.  Pergi ke masjid, bertafakurlah, insya allah, orang-orang surau sangat-sangat membantu. :)


P.s:  Go out and de-stress people!
P.p.s: Eh eh.... apa tu? Menariknya Shawl Pin yang awak pakai tu.  Beli kat mana ek?

Beli kat sini!!!

Thursday, August 07, 2014

Cerita pasal 'barang peliharaan' yang boleh cucuk dikepala.

Memang la 'peliharaan' sebab saya ada pelihara semua secara banyak dan semuanya untuk dijual.  Murah-murah je, confirm korang tak stress pun nak beli ke tak.  Cuma akan stress nak kenapa banyak sangat yang korang berkenan. Waahhh...

Ok, yang ni bukan 'binatang peliharaan', ini zombie a.k.a Korok ku Korok mu jua.  Amacam? Ada style tak? (ayat pondzzz sket).

Kalo pakai yang ni, orang yang geli Katak takkan dekat ngan korang.
Ni la antara hijab pin yang saya jual.  Banyak lagi yang menarik, so boleh terjah kat sini.  Boleh la kita beremail-emailan kalau nak order.

P.s:  Kandang dah tak muat, so cepat-cepat mai beli.  Takut stock habis.

P.p.s:  Untuk 'vegetarian', yang non binatang pun ader... :D

Wednesday, August 06, 2014

Wordless Wednesday - Akulah Gergasi!!

Tanpa superimpose.  Rasa macam gergasi lak makan apple ni.  Niat dihati nak buat macam logo Apple company tu tapi sekali ngap dah senget.  Terus letak duit 20sen bagi ada misdirection sebab korang mesti akan tengok duit kan.  Tapi, objective utama gambar ni nak tunjuk apple tu super kecik.... and cute....and I feel like a giant...  Sekian!. 

Monday, August 04, 2014

Dah tua-tua (ok, tak tua tapi matang) ni baru la dapat tengok macamana orang buat lemang.

Untuk korang yang dari Melaka, Perak, N. Sembilan, atau yang dah memang pakar buat lemang, korang janganla baca entry ni macam cikgu bahasa melayu tengah check karangan murid ye.  Kalo salah nanti korang rasa macam nak ambik pen merah and pangkah-pangkah lak screen ni.

Ok, lemang ni dibuat dari buluh (statement mengundang lempang), pulut dan santan.  Buluh tu dipanggil buluh lemang - jenis sebenar tak pasti sebab bila saya tanya takde orang boleh jawab.  Atau mungkin jugak diorang rimas dengan soalan-soalan saya..hmmm.  Buluh tu dipotong-potong so that each buluh lemang tu ada base sikit and panjang mana korang nak, ikut suka.
Yang pasti yang gatal tu bukan orangnya... 
Bila dah potong, basuh bahagian luar dia.  Dengan sabun Fab dan penyental pinggan mangkuk atau berus sabut.  Brand sabun atau alatan lain saya tak sure.  Kalau tak basuh, gatal-gatal miang la nanti nak pegang-pegang lemang tu nanti.  Yang menyebabkan gatal tu benda putih-putih kat sambungan ruas-ruas tu.  Saya tak penah kena tapi katanya gatal giloss.. yang dah cukup menggatal tu tak yah la buat keja ni.  Bahagian dalam buluh bilas-bilas ngan air je.  Saya intai-intai jugak kat dalam kot ada penghuni - meleset.

Dah basuh, kita start buat lining.  Haa.. yang ni saya tak sure macam mana orang lain buat.  Tapi mak mentua saya nyer cara memang classic.  Dia cari daun pisang yang agak muda dan basuh.  Pisang jenis apa?  Selalunya pisang abu.  Lepas tu, kat tengah-tengah pelepah daun pisang tu kan ada batang keras tu.  So dia ambik bahagian keras tu saja i.e. buang daun kiri kanan.  Then belah dua bahagian hujung hingga ke pangkal tapi bukan sampai habis.  Jadi rupa dia macam chopstik 'mega' yang tak terbelah dua gitu.


Then dia ukur panjang daun dengan buluh, and lebihkan sikit.  Pas tu gulung daun tu guna 'chopstick mega' tadi.  Banyak mana nak gulung?  Just nice untuk lining saja.  Meaning tak de la berlayer-layer gulungan dalam buluh tu.  Cukup la satu lapis daun je.  Gulungan tu biarla selisih sikit je.  Dah gulung, sorong masuk dalam buluh.  Then loosen the 'chopstick' untuk release daun tu.  So daun stay dalam buluh.  Haish penat taip.  Layan gambor dulu.





At this point saya rasa mak mentua saya ni sure pissed off dengan saya duk snap sana sini tapi tak membantu langsung..muahaha.. cool mak cooll...

Haaaa kan dah senyum...hihihi

Ok, now that buluh lemang dah ready, kita buat 'isi' nya pulak.  Bahannya santan, garam dan pulut.  Pulut normally mak mentua saya pakai pulut susu dari Siam.  Garam kasar tu campur ngan santan bagi rasa lemak-lemak je.  Campur semua dalam periuk and make sure santan tu setinggi 1 inchi lebih kurang dari pulut.

Dah ready, masukkan santan dulu dalam suku cawan dalam buluh.  Saya tengok diorang ni guna tangan so diorang scoop santan tu dalam 2-3 scoop masuk dalam buluh.  Then baru masukkan pulut.  Masukkan dalam 2-3 scoop then tegakkan buluh sambil 'dengar' pulut tu slide jatuh ke bahagian bawah lemang.  Kalo tak dengar, curah balik and tengok lining ok ke tak.  Kot-kot berlipat-lipat dalam tu.  Kalau pulut tu tak slide jatuh, nanti lemang tu lopong kat tengah.


Dah siap isi pulut, penuhkan ngan santan.  Bagi nampak santan tu touching the surface gitu.  Dah siap, ambik daun pisang lagi and sumbat-sumbat mulut lemang tu. Haa.. siap!!

Membakar nya bagi la kat kaum lelaki.  Panas ooo...  main ngan api lagi.  Bulan posa lagi.  Mencabar tuuu.. Mula-mula api besar tak pe... tapi lama-lama ratakan bara tu untuk masak secara even.  Masa api besar tu kena la rajin putar-putar lemang tu.  Pas-pas tu putar sekali sekala pun ok.  Tapi kalau korang jenis yang hangat-hangat tahi ayam tu, tak yah la jaga lemang ni.  Kang semangat diawal membakar je.. pas tu rentung.. hehe..


Ni dahan pokok manggis kering... heaven nyer la duk kampung.  Semua ada.

Tunggu la sampai lemau.. tak mau lemau, mari kerjakan pokok buah and kucing-kucing.

 Pokok cempedak ni berbuah dari atas sampai ke akar... sapa yang tak geram.



Cara makan lemang: Belah lemang, slice-slice lemang, buang kulit daun pisang, then goreng.. nyumsss... Apa? korang tak goreng? Rugi wooo... cuba goreng sampai slightly yellow then calit ngan rendang... perrggghhh marvellous!!!  Crunchy on the outside, chewwy on the inside heh heh heh.  Gambar tak dek... tak sempat ambik gambar dah ngappp.

P.s.  Orang tua-tua cakap jangan dilangkah buluh lemang or daun pisang 'lining' tu.  Nanti lemang tak jadi.  Katanya laa..

P.p.s: Kena guna tulang 4 kerat untuk cari, potong buluh, mata untuk intai pulut dan santan, lidah untuk rasa santan, telinga untuk dengar pulut jatuh dalam buluh, mata untuk bakor dan mulut untuk anyam 'ketupat' sambil isi pulut dalam buluh and makann... Alhamdulillah.

P.p.s: Sama tak ngan cara korang?

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya!

Ok, ok, saya faham.  Semua orang tengah busy nak balik kampung or at least nak siap-siap untuk Raya kan?  So saya akan tulis pendek je.


Tak kira apa jenis kenderaan yang korang naik, travel elok-elok.  Jangan tunjuk mengada kat kampung dengan plat keta W or B korang.  Macam saya, walaupun saya menetap je di KL, dalam hati tetap orang kampung.  Saya suka drive pelan-pelan macam cari nasi berlauk pagi-pagi.  Saya stress bila orang hon-hon macam la kereta-kereta mewah saya kat atas tu tak de hon. 

Sekarang ni tengah pening nak pilih kenderaan apa kat atas tu yang saya nak naik buat balik kampung.  Motor tu dah besar dari keta lak. Tak mau, nanti kaki tak sampai, barang pun tak leh angkut banyak-banyak.  Ferrary tu macam over sangat.  Kang riak dan takbur pulak.  Lori sangat sesuai nak angkut beras siam.  Jangan sangkut ngan UPP dah. 

Eh, kejap.



Patutnya entry ni pendek je. 



Huh!!

Ok, untuk pendekkan. Selamat Hari Raya semua,  ampun maaf zahir dan batin, saya pening nak pilih kenderaan.

Tq.


Wednesday, July 23, 2014

Hijab Pins / Shawl Pins/ Pin Tudung dari Miimocraft By Mia. Murah dan cantik!

http://elly-daily.blogspot.com/p/sekarang-ni-ramai-yang-mula-pakai-hijab.html

Thank you for dropping by.  Please click here to go to our Hijab Pin / Shawl Pin page :)



Terima kasih kerana berkunjung.  Sila klik disini untuk ke page Hijab Pin / Shawl Pin kami :)









Scientific solution untuk oven Butterfly

Walaupun dapur ku meletop dek oven Butterfly, kasih sayang pada oven Butterfly tetap utuh.

So solutionnya, saya beli nih.

I think I'm turning Japanese... Loving Daiso!!
So nampak tak scientific reason behind this solution.  Apabila ada haba panas masuk ke dalam oven tu, mesti ada haba yang kena keluar.  Jadi, jikalau oven tu dilekapkan ke atas dapur, pengeluaran haba panas adalah amat terhad.  Yang ada cuma lubang-lubang kecik dioven tu.  Maka, dengan meletakkan besi atas tungku dapur, dan barulah letak oven, pengeluaran haba panas adalah lebih effective.

Faham saya setakat ini?  Bagus!

Jadi, rupa bentuk susunan peralatan itu adalah seperti berikut.


Tadaa... Tak ada dalam gambar, tapi jari kelingking saya agak melentik masa letak grill dan ovent tu atas dapur... sebab... susunan saintifik ni agak classy.

 
P.s: Theory je. Practicalnya belum lagi.  Research masih dijalankan.

P.p.s:  Serahkan pada yang pakar - iaitu En. Suami, Ibu, Bapa, Kakak atau Abang anda untuk handle benda-benda panas.  Beringat sebelum menyesal!.

Tuesday, July 08, 2014

Jom petik buah durian.

Hari Sabtu hari tu sempat balik kampung En. Suami.  Kat Batu Gajah.

Tempat ni memang la terkenal ngan buah durian kan?  Buah durian ni tak de la special apa pun.  Tunggu jatuh bedebub, cari-cari, kutip, bukak, makan.

Tapi kali ni kitorang balik, buah-buah durian yang jatuh bedebub tu bila cari-cari asyik tak dee je.  Hilang gitu je.  Hmm 'ramai tuan' betul pokok durian mertua saya ni.

Geram punya pasal, (sambil dicampur rasa kempunan), En. Suami panjat je pokok durian tu.  Gi petik buah durian.  Panjat punya panjat, sambil ketaq lutut katanya sebab gayat, dapat la durian 3 bijik.  Sebelum korang tercari-cari logic macam mana En. Suami 'panjat' pokok durian, saya nak bagi tau pokok durian tu rendah je.  Pokok durian remaja gitu.

Anyway, cam ner rasa durian yang dipetik ni? Sedappp gilosss....  Manis sweet sweet je gitu and chewy and sedikit juicy.  Yang penting, tangan and mulut tak comot bila makan durian muda ni.  Buat masak lemak pun boleh tau.

So semalam and kelmarin dah habis 2 bijik.  Malam ni last lagi sebijik.  Tak sabar nih.


P.s.:  Durian muda ni tak berbau mulut.. Marvellous!!!

Wednesday, July 02, 2014

Ngantuknya baq hang! Dah la dapur lak meletop.

Tak tau le kenapa, lepas berbuka je mesti ngantuk sakan.  Baru pukul 9 mlm dah ngantuk gila cadbury.

So, sebab risau, I tanya la Mr. Google.  And here is what I found from WebMd:

Oooo patut la.  Bila bukak posa, first first sekali mesti minum air sirap segelas.  Tu dah berapa banyak gula.  Pas tu makan nasi berpinggan-pinggan ngan kari ngan gulai bagai.  Dah lepak kejap sambung kek buah, kuih-kuih lagi.  Heheh berapa banyak gula tu??

So malam semalam saya cuba kurang kan sket lah.  Minum air kosong je dulu time berbuka.  Nasi kurang sikit dari biasa ngan lauk-lauk, then itu je dulu.  Tengok-tengok kul 9.30 still ok, manageable.  Lega.

Tapi, nak dijadikan drama pulak, kaca stove top meletop la pulak.  Ala dapur yang jenis tempered glass top yang jenis slot in ke lubang kat atas kitchen counter tu (gambar tak sempat ambik, kalut duk cuci kaca).  Tapi kalau you all google je dapur kaca pecah sure nampak banyak gambar-gambar.  Lebih kurang gitu la gambaran nya. 

Dah la masa tu tengah guna oven Butterfly yang handsome tu atas dapur.  Masa dengar bunyi poppp tu ingatkan cermin oven yang pecah.  So bila berlari ke dapur tengok oven masih segak tapi dapur dah putih sebab kaca dah berderai.  Apa lagi, tutup api dapur, tutup gas dan cabut kepala gas terus dari tong gas.  Safety first!.

Next, tunggu En. Suami balik tarawikh hehe... tak larat nak angkat dapur tu sorang-sorang dengan parut panjang sekaki kat perut ni dek Nun!.

So hari ni EL half day untuk cari dapur ngan En. Suami.  Kalau tak, tak masak la untuk berbuka hari ni.

Monday, June 23, 2014

Orang kampung!!! Puasa nak dekat dah!

Puasa lagi seminggu! Cepatnya masa berlalu.  So apa first thing yang you all fikir bila Ramadhan dah nak sampai ni?

Girls:
1. Baju raya belum tempah.... Aaarrggghh!!!
2. Apa? Baju raya boleh tempah tapi tak boleh letak lip lap, dah tak sempat... Aaarrgghhh!!!
3. Puasa belum habis ganti... Aaarrgghhh!!
4. Biskut raya berapa jenis ni.  Nak buat? Aaarrrgghhh!!
5. Berat badan confirm akan turun.  Muehehe.
6. Nak kena beli emas ke? Orang kata ke kalau lengan tak bergelang, leher tak berantai?  Emas murah ke?
7. Nak masak apa hari-hari untuk berbuka? 
8. Sempat ke nak masak hari-hari untuk berbuka?
9. Kalau lauk tunjuk, nak tunjuk kat mana?  Semua orang sendat kat Param.
10. Gaji dapat on time macam biasa? Tak de lagi awal ke? Huh!
11. Baju melayu tak boleh beli dekat-dekat raya. Nanti tinggal yang errmmm tak cantik....
12. Anak sedara ramai dah bekerja. Lega! Kurang duit raya.
13. Apa kaler tema yang 'in' tahun ni?


Boys:
1. Nak makan apa? Alah, mak/bini/kakak/adik ada..diorang masak la tu kot.  Kot tak de apa kita berbuka kat surau/masjid.
2. Gaji dapat on time macam biasa? Tak de lagi awal ke? Huh!
3. Baju melayu beli dekat-dekat raya lah. Sekarang and bulan puasa mahal!
4. Anak sedara ramai dah bekerja. Lega! Kurang duit raya.
5. Kaler tema? Apa tema-tema? Pakai je la apa pun.

Kasut/selipar raya... ok ler..
Hehe.. saja je.. actually semua soalan kat atas tu ada kat kepala saya.  Tak kira lelaki ke perempuan.  Tu belum masuk bab tukar langsir, perabot bagai.  Tekan break sikit ke kakak-kakak, abang-abang.  Bulan puasa ni kita try la save banyak-banyak.  Boleh buat invest dalam Gold Account Maybank! Muahaha..(gelak orang kaya).

Saturday, June 14, 2014

Pembedahan buang buah pinggang - the aftermath.

Hari ni, dah dekat 2 bulan sejak pembedahan yang menghadiahkan parut sepanjang dekat sekaki kat perut saya.

Masa Doctor bagi permission untuk balik, selepas saya cakap saya dan boleh jalan slow-slow ke toilet, husband terus gi booking wheelchair.  Maklum la, memang boleh balik, tapi nak jalan all the way ke kereta tu belum larat.  By the way, urine confirm ok dan tempat tube yang disebelah pusat tu pun kering, baru doctor discharge.   Kalau tak, jangan harap!

Back track a bit.  Masa di spital, hari 1, 2, 3 saya baring je.  Tak larat nak bangun.  Hari 4 saya start duduk.  Masa ni doctor asyik monitor darah, urine dan flush yang tempat tebuk sebelah pusat tu.  Darah and urine kena reading cantik.  Yang flush tu pulak kena make sure tak de liquid keluar dari dalam perut.  

Masa hari ke 4 tu doctor suruh nurse cabut tube flush tu sebab dah kering.  Besar tube tu ada la besar kelingking.  Hari ke 5 cabut urine tube lak.  Rasa lega giler!.  Lagi la ligat saya practice bangun duduk dan jalan.  Last sekali cabut IV.  Terus rasa free and think I could fly haha.

Sampai dirumah, nak duduk disofa masih sakit.  Advice saya, elok pakai tummy support ala-ala bengkung tu.  So lebih selesa perut dan luka.  Sampai hari ni saya masih pakai.  Masa mula-mula balik rumah, saya lebih banyak baring.  Jalan ada la jugak dari bilik ke dapur, ke living room gitu je.  Nak tunduk sakit dan nak batuk jugak masih sakit. By the way, 2 hari lepas operation, saya dapat batuk sebab tekak kering sebab gas bius tu kot.  Sakit giler!!.

Anyway, dirumah batuk dah agak kurang.  Nak baring sakit, bila dah baring ok.  Nak bangun dari baring pun sakit, maklumla kat spital ada katil yang boleh gerak-gerak.  Nak mengiring pun sakit.  Duduk di sofa kena letak extra penyandar bagi tegak.

Lepas 3-4 hari di rumah, perut belah kanan sakit lak bila baring.  Kat tempat buah pinggang di buang tu.  Tanya doctor dia cakap maybe kat dalam tu still healing.  Bila baring je terus rasa menyucuk and bila tarik nafas dia makin sakit.  Tapi lepas 2-3 minit, sakit hilang.  Bila nak bangun (dengan kaki dan tangan terkial-kial nak control parut di perut lagi) dia sakit balik tapi bila dah diri ok balik.

Nak dekat 2 minggu dirumah sakit tu hilang gitu je.  Macam magic!.  Nak bangun duduk pun lebih ringan badan.  Bab makan saya tak berpantang langsung.  So far Alhamdulillah tak de masalah.  Luka diperut heals cepat jugak.  Tapi angkat berat memang tak boleh.  Memang terasa sakit.

Sekarang, nak masuk dua bulan, memang badan rasa ringan sikit.  Parut pun almost healing.  Cuma kadang-kadang tak selesa bila duk bersila lama-lama sebab perut mesti stretched.  Sakit di tempat buah pinggang dibuang pun dah tak ada.  Dan most importantly perut susut sikit dan boleh pakai balik baju-baju lama! woohoo!!!. 

Ok, sebenarnya tu second most important thing.  The most important thing is saya dah boleh tinggalkan beg ubat painkiller saya.  Kalau dulu kehulu ke hilir saya mesti bawak pain killer sebab bila ketumbuhan tu pecah, sakit!!.  Sekarang saya cuma bawak Gaviscon je. Hehehe.

Ok, pesanan diet untuk yang ada satu buah pinggang?  Less salt, less protein.  Tough! tapi try jugak la follow.  Air no less than 2 litters a day.  So sekarang saya habit bawak air kosong dari rumah walau ke mana saya pergi.  Medication? None!.  Dialysis?  None!

Exercise, still malas.  Tapi rasanya lepas 100 hari saya akan cuba cycle kat rumah.  Kenapa 100 hari? Mak saya cakap lepas 100 hari mesti badan akan rasa lagi ringan.  Ubat-ubat dalam badan pun dah hilang kot.  Entahlah.  Kita follow je pesanan-pesanan ibu-bapa betul tak?  Tak rugi pun.

P.s.  Kalau tahu badan rasa selesa macam ni, dah lama saya buat surgery ni.

P.p.s Doctor saya citer, masa operation tu, susah sangat nak korek ketumbuhan tu keluar.  Dia tempted nak toreh bentuk T kat perut saya.  Nasib baik tak buat walau pun nama saya memang start ngan huruf T!!.

P.p.p.s Jemput la click di gambar Hijab Pin tu.  Banyak pilihan pin yang cantik-cantik dan murah-murah!!

Tuesday, June 10, 2014

Day 3 - Dapat parut panjang sekaki... stress.. tapi semua dah selesai.

Hari yang dinanti-nanti dah tiba.  Nanti ke? Muahaha...dah bunyi drum roll dah dalam perut nih.  Bukan setakat butterfly in my stomach, tapi dinosaur dah ni.  Tapi, there's no turning back.  Sedari semalam buah pinggang kanan berdenyut-denyut dek salur darah kena potong.

Mak, ayah, suami, anak dan adik dah pagi-pagi datang hospital.  Pukul 9 nurse dah datang nak bawak saya ke bilik bedah.  Macam tak sabar-sabar nak belah orang pagi-pagi.  Hehe...

Nurse yang accompany saya untuk ke bilik surgery sangat sensitive dengan situation saya and family masa tu.  Siap remind saya jangan lupa salam dengan semua dan ajak anak saya "Cium pipi ibu ye...".  Alamak.. syahdu la pulak.

Anyway, bukan nak cerita pasal emotions, so lets move on.  Saya ditolak lagi sekali dengan katil-katil sekali ke bilik surgery.  Saya tak banyak fikir, cuma cuba-cuba berzikir untuk hilangkan panic dan berharap semua goes well.

Sampai kat satu area, saya nampak perkataan "Recovery" kat atas satu pintu bilik.  Katil saya di'park' kat depan bilik tu.  Then there is one lady, mungkin doctor, terangkan sedikit sebanyak pasal surgery dan mintak saya sign consent form.  Saya dipakai kan topi macam shower cap tu dan tak lama tu terus ditolak masuk bilik surgery.  Saya tak sempat fikir panjang pun.

Bilik tu kecik je.. tapi cerah sangat.  Dalam tu saya sempat tengok ada satu platform macam katil kat tengah-tengah.  Lampu penuh kat siling dan kat siling ada gambar awan satu panel dan satu panel lagi gambar pokok-pokok.  Nak kasi patient rileks ke apa gamaknya.

Ada satu nurse ke MA ke datang dan suruh saya depa tangan dan slot in metal plate bawah lengan kiri dan kanan.  Then doctor bius Dr Wee datang bagitau pasal nak bius then terus pekap hidung dan mulut saya ngan gas mask. 

Then I was out for almost 6 hours.

Pas tu dengar suara adik duk mengomel pasal nak ambik gambar.  Then suara nurse reply suh ambik gambar dekat cahaya.  Then suara En. Suami nak ambik gambar jugak.  Hmm.. saya? Tido lagi best.

Sebenarnya adik saya and husband tengah ambik gambar ketumbuhan saya tu.  Nurse bawak just nak tunjuk sebelum benda tu dihantar ke lab.  I must admit, agak besar and total weight dia selepas di cut off from blood supply is about 2kg.



Another hour baru saya sedar.  Tapi betul-betul flat.  Tak penat, tapi tak de kederat.  Rasa terbaring and tak tau and tak nak buat apa-apa.  Tak fikir apa-apa pun.  Painless.  Kat tepi saya ada machine yang control morphine masuk for painkiller.  Kat tangan kanan dah ada IV line.  Pas tu saya notice ada urine tube.  Urine pun still warna coklat.

A few moment baru teringat nak check 'belah' di perut.  Raba-raba perut terasa satu straight line of gauze/cotton pad dari bahagian tengah dada (kat ulu hati) sampai 2 inci bawah pusat. Aaaaa! Panjangnya parut??!!!  Huh, stress.  Pas tu raba-raba perut hmm betul-betul dah flat perut.. hoho happy!.  Tapi ada satu extra tube yang keluar dari perut, lebih kurang 3 inci ke belah kanan dari pusat.  Eiissh memang tak selesa walaupun tak sakit.  Tube nak keluarkan excess liquid dari tempat bedah.  Liquid yang kuar pun warna merah-merah macam dalam gambar tu.


A few moment later... tidur.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...