Nuffnang Ads

Showing posts with label nephrectomy. Show all posts
Showing posts with label nephrectomy. Show all posts

Wednesday, April 29, 2015

Dah setahun buah pinggang ku meninggal

Ho ho ho, macam scary je bunyi tajuk tu kan.. hehe.. 

Tanggal 23 April 2015 hari tu cukup setahun operation saya buang tumor di buah pinggang.  Termasukla buah pinggang kanan sekali.  Syukur syukur syukur Alhamdulillah.  Itu saja yang saya mampu cakap.  Kesihatan memang sangat precious!.  Syukur masih mampu bekerja, berjalan.. hidup!.

Bila baca balik article yang saya tulis tu, brings back all the memories.  The good, the bad, semua teringat balik.  Teringat jugak how my husband and son tak balik rumah for 10 days.  Berkampung dibilik hospital.  Terima kasih yang tak terhingga! (I said it verbally to En. Suami too hehe). 

Ok people, back to work! :)




Saturday, June 14, 2014

Pembedahan buang buah pinggang - the aftermath.

Hari ni, dah dekat 2 bulan sejak pembedahan yang menghadiahkan parut sepanjang dekat sekaki kat perut saya.

Masa Doctor bagi permission untuk balik, selepas saya cakap saya dan boleh jalan slow-slow ke toilet, husband terus gi booking wheelchair.  Maklum la, memang boleh balik, tapi nak jalan all the way ke kereta tu belum larat.  By the way, urine confirm ok dan tempat tube yang disebelah pusat tu pun kering, baru doctor discharge.   Kalau tak, jangan harap!

Back track a bit.  Masa di spital, hari 1, 2, 3 saya baring je.  Tak larat nak bangun.  Hari 4 saya start duduk.  Masa ni doctor asyik monitor darah, urine dan flush yang tempat tebuk sebelah pusat tu.  Darah and urine kena reading cantik.  Yang flush tu pulak kena make sure tak de liquid keluar dari dalam perut.  

Masa hari ke 4 tu doctor suruh nurse cabut tube flush tu sebab dah kering.  Besar tube tu ada la besar kelingking.  Hari ke 5 cabut urine tube lak.  Rasa lega giler!.  Lagi la ligat saya practice bangun duduk dan jalan.  Last sekali cabut IV.  Terus rasa free and think I could fly haha.

Sampai dirumah, nak duduk disofa masih sakit.  Advice saya, elok pakai tummy support ala-ala bengkung tu.  So lebih selesa perut dan luka.  Sampai hari ni saya masih pakai.  Masa mula-mula balik rumah, saya lebih banyak baring.  Jalan ada la jugak dari bilik ke dapur, ke living room gitu je.  Nak tunduk sakit dan nak batuk jugak masih sakit. By the way, 2 hari lepas operation, saya dapat batuk sebab tekak kering sebab gas bius tu kot.  Sakit giler!!.

Anyway, dirumah batuk dah agak kurang.  Nak baring sakit, bila dah baring ok.  Nak bangun dari baring pun sakit, maklumla kat spital ada katil yang boleh gerak-gerak.  Nak mengiring pun sakit.  Duduk di sofa kena letak extra penyandar bagi tegak.

Lepas 3-4 hari di rumah, perut belah kanan sakit lak bila baring.  Kat tempat buah pinggang di buang tu.  Tanya doctor dia cakap maybe kat dalam tu still healing.  Bila baring je terus rasa menyucuk and bila tarik nafas dia makin sakit.  Tapi lepas 2-3 minit, sakit hilang.  Bila nak bangun (dengan kaki dan tangan terkial-kial nak control parut di perut lagi) dia sakit balik tapi bila dah diri ok balik.

Nak dekat 2 minggu dirumah sakit tu hilang gitu je.  Macam magic!.  Nak bangun duduk pun lebih ringan badan.  Bab makan saya tak berpantang langsung.  So far Alhamdulillah tak de masalah.  Luka diperut heals cepat jugak.  Tapi angkat berat memang tak boleh.  Memang terasa sakit.

Sekarang, nak masuk dua bulan, memang badan rasa ringan sikit.  Parut pun almost healing.  Cuma kadang-kadang tak selesa bila duk bersila lama-lama sebab perut mesti stretched.  Sakit di tempat buah pinggang dibuang pun dah tak ada.  Dan most importantly perut susut sikit dan boleh pakai balik baju-baju lama! woohoo!!!. 

Ok, sebenarnya tu second most important thing.  The most important thing is saya dah boleh tinggalkan beg ubat painkiller saya.  Kalau dulu kehulu ke hilir saya mesti bawak pain killer sebab bila ketumbuhan tu pecah, sakit!!.  Sekarang saya cuma bawak Gaviscon je. Hehehe.

Ok, pesanan diet untuk yang ada satu buah pinggang?  Less salt, less protein.  Tough! tapi try jugak la follow.  Air no less than 2 litters a day.  So sekarang saya habit bawak air kosong dari rumah walau ke mana saya pergi.  Medication? None!.  Dialysis?  None!

Exercise, still malas.  Tapi rasanya lepas 100 hari saya akan cuba cycle kat rumah.  Kenapa 100 hari? Mak saya cakap lepas 100 hari mesti badan akan rasa lagi ringan.  Ubat-ubat dalam badan pun dah hilang kot.  Entahlah.  Kita follow je pesanan-pesanan ibu-bapa betul tak?  Tak rugi pun.

P.s.  Kalau tahu badan rasa selesa macam ni, dah lama saya buat surgery ni.

P.p.s Doctor saya citer, masa operation tu, susah sangat nak korek ketumbuhan tu keluar.  Dia tempted nak toreh bentuk T kat perut saya.  Nasib baik tak buat walau pun nama saya memang start ngan huruf T!!.

P.p.p.s Jemput la click di gambar Hijab Pin tu.  Banyak pilihan pin yang cantik-cantik dan murah-murah!!

Tuesday, June 10, 2014

Day 3 - Dapat parut panjang sekaki... stress.. tapi semua dah selesai.

Hari yang dinanti-nanti dah tiba.  Nanti ke? Muahaha...dah bunyi drum roll dah dalam perut nih.  Bukan setakat butterfly in my stomach, tapi dinosaur dah ni.  Tapi, there's no turning back.  Sedari semalam buah pinggang kanan berdenyut-denyut dek salur darah kena potong.

Mak, ayah, suami, anak dan adik dah pagi-pagi datang hospital.  Pukul 9 nurse dah datang nak bawak saya ke bilik bedah.  Macam tak sabar-sabar nak belah orang pagi-pagi.  Hehe...

Nurse yang accompany saya untuk ke bilik surgery sangat sensitive dengan situation saya and family masa tu.  Siap remind saya jangan lupa salam dengan semua dan ajak anak saya "Cium pipi ibu ye...".  Alamak.. syahdu la pulak.

Anyway, bukan nak cerita pasal emotions, so lets move on.  Saya ditolak lagi sekali dengan katil-katil sekali ke bilik surgery.  Saya tak banyak fikir, cuma cuba-cuba berzikir untuk hilangkan panic dan berharap semua goes well.

Sampai kat satu area, saya nampak perkataan "Recovery" kat atas satu pintu bilik.  Katil saya di'park' kat depan bilik tu.  Then there is one lady, mungkin doctor, terangkan sedikit sebanyak pasal surgery dan mintak saya sign consent form.  Saya dipakai kan topi macam shower cap tu dan tak lama tu terus ditolak masuk bilik surgery.  Saya tak sempat fikir panjang pun.

Bilik tu kecik je.. tapi cerah sangat.  Dalam tu saya sempat tengok ada satu platform macam katil kat tengah-tengah.  Lampu penuh kat siling dan kat siling ada gambar awan satu panel dan satu panel lagi gambar pokok-pokok.  Nak kasi patient rileks ke apa gamaknya.

Ada satu nurse ke MA ke datang dan suruh saya depa tangan dan slot in metal plate bawah lengan kiri dan kanan.  Then doctor bius Dr Wee datang bagitau pasal nak bius then terus pekap hidung dan mulut saya ngan gas mask. 

Then I was out for almost 6 hours.

Pas tu dengar suara adik duk mengomel pasal nak ambik gambar.  Then suara nurse reply suh ambik gambar dekat cahaya.  Then suara En. Suami nak ambik gambar jugak.  Hmm.. saya? Tido lagi best.

Sebenarnya adik saya and husband tengah ambik gambar ketumbuhan saya tu.  Nurse bawak just nak tunjuk sebelum benda tu dihantar ke lab.  I must admit, agak besar and total weight dia selepas di cut off from blood supply is about 2kg.



Another hour baru saya sedar.  Tapi betul-betul flat.  Tak penat, tapi tak de kederat.  Rasa terbaring and tak tau and tak nak buat apa-apa.  Tak fikir apa-apa pun.  Painless.  Kat tepi saya ada machine yang control morphine masuk for painkiller.  Kat tangan kanan dah ada IV line.  Pas tu saya notice ada urine tube.  Urine pun still warna coklat.

A few moment baru teringat nak check 'belah' di perut.  Raba-raba perut terasa satu straight line of gauze/cotton pad dari bahagian tengah dada (kat ulu hati) sampai 2 inci bawah pusat. Aaaaa! Panjangnya parut??!!!  Huh, stress.  Pas tu raba-raba perut hmm betul-betul dah flat perut.. hoho happy!.  Tapi ada satu extra tube yang keluar dari perut, lebih kurang 3 inci ke belah kanan dari pusat.  Eiissh memang tak selesa walaupun tak sakit.  Tube nak keluarkan excess liquid dari tempat bedah.  Liquid yang kuar pun warna merah-merah macam dalam gambar tu.


A few moment later... tidur.


Monday, May 26, 2014

Day 2 - Embolization untuk bunuh buah pinggang ku.

Hari ke dua - throwback post :) .

Pukul 9 pagi nurse datang bagitau, pakar radiology i.e. doctor la jugak cuma bahagian x-ray x-ray ni, dah ready untuk buat embolization.

Embolization ni satu procedure yang dibuat melalui x-ray, hence the radiologist.  Tujuan embolization ni nak tutup salur darah yang bagi makan pada buah pinggang kanan saya.  Doctor saya cakap bukan wajib buat cuma dia nak benda ni dibuat supaya nanti actual operation tu nanti tak de banyak hilang darah. 

So dari bilik ward saya ditolak dengan katil-katil sekali ke bilik procedure tu.  Rasa macam orang sakit sangat, padahal saya still boleh jalan sebenarnya.  Tapi layan je la dah orang nak tolak. Haha..

Sampai je ke bilik tu saya tengok bilik tu penuh dengan big machines with big arms and big screen.  Semua putih.  Then ada satu platform tempat untuk pesakit baring - saya la tu.  Platform ni kecik je, lebar dia just nice untuk badan saya.  Dan atas bahagian perut saya (dalam keadaan membaring) ada another plate.  I guess sebab ni procedure melalui x-ray, maka plate tu maybe play a roll in the x-ray-ing my body.

Procedure makan masa lebih kurang 2 - 3 jam tak berapa ingat dah.  Dan saya sedar sepanjang masa.  Siap tengok kat screen x-ray tu lagi.  And the best thing is doctor yang buat procedure tu siap boleh explain and show how it is done.

Nak kata tak sakit, procedure ni ada part sakitnya.  Mula-mula sakit sikit je la masa kena jab nak cucuk ubat kebas kat celah peha - tempat yang ditebuk untuk masukkan 'wire-wire' yang akan buat kerja untuk tutup salur darah (ni saya citer kot style orang kampung je la ye sebab saya pun tak tau medical term nih haha).  Masa 'wire' tu dimasukkan, memang rasa agak tak selesa tapi tak la sakit.

Bila 'wire' tu dah ditempat yang sepatutnya, doctor akan start masukkan coil ke salur darah untuk stopkan darah ke buah pinggang.  Macam kes saya, satu salur darah perlukan 5 coils dan satu salur lagi 4 coils.  Depending pada keadaan kot.  Satu coil nak masuk tu ambik masa jugak sebab lepas satu coil, diorang stop and study the blood flow.  Satu lagi masuk, tengok lagi.  Sampai la darah betul-betul stop.

Ok, backtrack a bit.  Masa doctor urologist saya cakap saya kena buat procedure embolization ni, saya bagitau dia, saya ni jenis yang tak boleh duduk diam bila baring.  So 2 jam tu agak payah untuk saya duk diam terlentang.  Nampaknya urologist saya ni take serious note pasal ni.  Dan mungkin dia inform doctor x-ray ni.

Jadi sepanjang 2 - 3 jam tu surprisingly saya boleh baring dengan tenang.  Dan staff-staff yang ada dalam bilik tu pun ok.  Bila saya genggam lepas dan genggam lepas tangan (nak jugak bergerak), diorang terus datang tanya ok ke tak.  Saya jawab ok, cuma tak leh duk diam hehe.  Pas tu saya tenang balik.

Then the actual pain comes.  Ada satu time tu doctor x-ray tu cakap dia akan tutup salur darah ke dua.  Dan bila yang kedua ni di tutup, buah pinggang tu tak akan dapat supply darah lagi.  Dan bila siap tutup, saya akan rasa sakit. Erk.. panic jap.  Tapi doctor tu siap mintak tolong jangan meronta bila sakit.  Just bagitau je nanti diorang akan jab ubat tahan sakit.

And the pain slowly datang.  Macam sakit pinggang plus sakit luka bila ketumbuhan tu pecah.  Saya bagitau doctor.  And he actually happy that saya sakit sebab ini bermakna embolization tu successful.  Terus dia panggil nurse dan jab ubat tahan sakit.  So sakit tu boleh la tahan.  Tak hilang sangat pun.

Bila semua dah siap, doctor tu tarik keluar wire-wire.  And a nurse datang untuk tekan tempat yang ditebuk tu sebab tu antara salur darah utama.  Lama jugak ditekan.  About 10 minit kot.  Pas tu dia press gauze and tape dengan tebal macam rasa ditekan jugak.  And we are done.

Saya ditransfer ke katil balik and ditolak ke bilik ward semula.  Masa ni rasa mengantuk giler.  So saya bagitau doctor kenapa saya rasa mengantuk sangat.  Dia kata oo memang sebab masa procedure tadi kita masukkan sedative.  Lorrr patut la boleh duk diam je terbaring.  Kena ubat pelali rupernyer hehehe.

So sepanjang petang dan malam hingga ke pagi tu saya terpaksa tahan sakit yang sikit-sikit tu.  Ada gak time malam mintak nurse jab sekali sebab 'terasa' sangat sakit tu.

Sambung next entry lak... Nak kena bedah!.

Thanks for reading!! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...