Pada yang selalu baca blog ni mesti korang nampak saya sekarang tengah kemaruk Pin Tudung / Shawl Pin. Maklum la, side income yang tak seberapa. Agak kemaruk la kejap.
Bila masuk office pun, mula-mula saya check, if there is any email from the supplier. Ok ke tak barang-barang yang saya order. Nak kena baca betul-betul and fahamkan betul-betul sebab kebanyakkan supplier tu bukan dari Malaysia. Nanti lost in translation laks hehe. Tapi so far alhamdulillah.
Pas tu lak, kemaruk fikir, apa la design yang sesuai nak diorder. Kalau ikutkan dua kali adik saya Miimocraft tu join bazaar fest, ramai yang minat motif kiut-miut, flower la, butterfly la. Yang saya ni pulak personally suka yang pelik sikit, katak la, tengkorak la, so agak conflict personality sikit masa nak pikir design tu.
Tapi sapa la saya tanpa customer, so saya ikutkan dengan suka hatinya. :)
Sales so far alhamdulillah, ye lah saya jual tak mahal, so tak de la masyuk sampai boleh resign dari jadi zombie ni, tapi harap-harap dapat la seringgit dua buat beli breakfast hari-hari hehe. Yang penting customer puas hati, dan saya seronok menjual.
Pada customer saya, saya berterima kasih from the bottom of my heart!. Harap puas hati dan sila la datang lagi ke kedai online saya ni.
Pada yang masih belum beli lagi tu, jom la jemput tengok-tengok design-design yang ada. Sekarang ni saya dalam process menambah design yang ada. (tu yang kemaruk tu). So keep coming ye!
Pompuan Elly..... biasalah tu...OKje pun tgh kemaruk pakai halfmoon Raya ni hehe walaupun dah lapuk apa kisah hehe
ReplyDeleteHalfmoon dah kira lapuk ke... apa style lak sekarang ye?
Delete