Nuffnang Ads

Tuesday, December 04, 2012

'Duit bertunang' a.k.a booking fee

'Duit bertunang' dah bertukar tangan.  Owner rumah pun dah confirm terima duit tu dan dah agree yang duit tu juga merangkap downpayment.  So next step ialah cari lawyer.

Saya bernasib baik sebab kawan satu office ada simpan contact number untuk satu law firm yang dekat dengan office jugak.  So saya terus contact office lawyer tu dan set appointment.  Lunch time, saya singgah untuk bagi documents dan mintak dia siapkan draft SnP dulu so saya boleh apply loan terus.

Tu cerita minggu lepas.

Hari ni dah dekat cukup seminggu saya liaise dengan kerani law firm tu.  Draft SnP tak dapat-dapat jugak.  Ada sikit-sikit rasa berapi tapi terpaksa sabar.  Nanti kalau dia tak suka kita takut di lambat-lambatkan pulak SnP tu.  So hari ni saya call lagi (setelah beberapa hari dari Jumaat yang dijanjikan).  Katanya pukul 3 nanti dia akan email draft tu.  Harap-harap betul lah kali ni.  Kalau boleh saya nak cepat-cepat apply loan tu sebab part loan ni lah yang paling critical and the one step that will decide to go or not to go with the investment.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...