Nuffnang Ads

Sunday, March 10, 2013

Cuti-cuti Malaysia – Tok Senik Resort, Langkawi

Seperti biasa, saya suka cerita pasal hotel sana sini so that people would know where to stay and what to expect from that place.  Kalau tak suka hotel yang saya cerita ni pun tak apa.. :)

Jadi kali ni nak citer pasal cuti-cuti Malaysia kat Tok Senik Resort, Langkawi pulak. 

Walaupun resort ni kat Langkawi, saya tak akan cerita apa activity yang selalu orang buat di Langkawi in general contohnya shopping sebab saya tak minat (uhukk).  Dari shopping pinggan mangkuk, periuk belanga sampai la ke chocolate memang dah jadi activity wajib kat Langkawi ni.  Tapi saya tak minat sangat (uhukkk..uhukkk).

Tok Senik Resort ni boleh dikatakan macam satu perkampungan Melayu.  Dengan rumah-rumah kecik ‘nicely scattered’ (ada ke term ni).  Maksudnya rumah-rumah tu dijarakkan antara satu sama lain, tapi still cantik layout dia.  Nama-nama rumah pun nama-nama Melayu.  Bentuk pun bentuk rumah Melayu.
 
Resort ni, kalau datang Langkawi untuk betul-betul bercuti, dan bukan shopping, sangat-sangat la sesuai.  Sebab location dia not too close to Kuah Town.  Akan tetapi not too far to travel to the town.  Tak jauh mana pun… Langkawi pun tak besar mana kan?  Other places pun still ok macam Pantai Klebang etc. 

In fact, senang kalau shopping barang-barang besar bila stay kat sini, sebab tak perlu naik lift etc.. Parking je depan 'rumah' kita, angkut la banyak mana barang pun ke dalam/keluar rumah sebab dah macam rumah landed biasa je.

Exact location is here.
 
Masa kitorang pergi tu Chinese New Year.  So faham-faham saja lah betapa ramainya umat kat Langkawi ni.  Dari menunggu ferry sampai dah lemau, kereta sewa yang dah tak de choice, semua stress hilang bila masuk area resort ni.  Process checkin semua pun very smooth.

Saya dapat duduk di Rumah Jaafar (classic betul nama).  Kira macam semi D la sebab share dengan another 'Rumah'.  Bilik memang besar, so kalau  takat nak share 4-5 orang tu still comfortable.  Siap ada extra tilam single lagi diorang kasi. 
 

Decorations kat dalam tu memang terasa style rumah kampung zaman dulu-dulu.  Bila bukak tingkap pulak terus nampak sawah padi.  Suasana pagi laagi la peaceful je rasa.  Memang relax habis lah!.  Toilet dia agak kecik tapi still ok and bersih.


Di sebab kan time kitorang pergi tu umat terlalu ramai, we chose to eat in saja.  Dah try keluar tapi either fully packed atau makanan dah abis.  Maklumlah CNY.  Tapi nasib baik room dining dia memang sedap and banyak varieties.  Western pun ada, Thai pun ada kalau tak silap.  Harga agak mahal, tapi still berbaloi sebab service and quality dia memang tip top.

Breakfast pulak served at Warung Tok Mat.  Agak jauh sikit dari bilik kitorang, so kena naik kereta, tapi tak sampai 2 minit pun.  Nak jalan memang agak terasa la jugak jauhnya.  Food dia ok ok saja, Malay style dengan sedikit western yang simple-simple.  Nothing special for me to snap a photo.

So pada yang minat nak merasa duduk rumah kampung, boleh la pergi resort ni.  Tapi make sure pergi la Langkawi time off peak.  Kalau tak, sure lebih penat dari relax.

Note to self:  Hujung bulan ni dah cuti sekolah!!!... Alah, doesn't make any difference pun.  Bukan ada anak bersekolah lagi..huhu

8 comments:

  1. menarik bercuti rumah-rumah klasik macam ni. macam atas bukit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. yg ni lagi real sebad dekat sawah bendang...

      Delete
  2. Saya sudah pernah ke Langkawi atas urusan syarikat. Kalau ada rezeki hendak bawa famili pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tu.. bawak gi island hopping...

      Delete
  3. kalau nak pegi ke Langkawi..poketnya kena byk duitkan?
    Salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ain, poket kena banyak kalau nak shopping.. kalo saya shopping tolak tepi.. baru save budget... yang penting hotelnya best.

      Delete
  4. Tak pernah lagi pegi tempat ni...lagi pun pegi Langkawi pun jarang...hehe
    Tak molah gi suasana kg sebab dah jemu dah duk rumah kg!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. bestnya dapat duk rumah kampung.. then boleh pergi hotal moden kat Langkawi.. mcm saya ni duk rumah kek lapis je..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...