Nuffnang Ads

Saturday, September 28, 2013

Orang Kelantan please take note....subtitle: "Oghey Kelate baco mmolek deh"

Orang Kelantan yang merantau di KL ni kena take note kedai ni.  Especially kalau korang mencari-cari kedai yang jual nasi berlauk yang sedap.

Kedai Kak Mah Selera Pantai Timur.  Lokasi kat bawah ni, memang terbaikkk di KL yang so far saya rasa.  Particularly nasi berlauk ikan tongkol dia.. perghh!!!! 
Walaupun 'customer service' nya kebanyakkan harinya di tahap paling corot, mengikut mood tokeynya, customer dia tetap ramai sebab nak layan nasi berlauk ni. 

Makanan Kelantan lain pun ada dia jual macam akok (sedap!), sira labu, nasi kerabu, laksam, sarey (yang ni pronounce kot Kelate deh), kuih cek mek (mengikut tekak saya, ada tempat lain yang lagi sedap.. tapi dia punya so so la), pulut pagi yang dengan kacang and kelapa tu, ermmm apa lagi ek.. alah! datang sendiri la kot kedai ni.
Hingga menjilat sudu..
P.s:  Macamana pun layanan yang korang dapat dari kedai ni, jangan cari saya..hehe.. saya cuma pelanggan biasa yang mengidam nasi berlauk macam korang.

P.p.s:  Environment medan selera ni banyak 'foreigner'.

P.p.p.s: Aarrghh nak nasi berlauk!!!

P.p.p.p.s: Korang perasan tak saya tak ambik gambar depan kedai or lauk-lauk yang ada kat kedai Kak Mah ni?  Takut nak snap sehhh!! Huahuahuahua...

Friday, September 27, 2013

Sayur den botingkek-tingkek...Penjimatan sebanyak RM3 (anggaran sebelum harga minyak naik..oppss)

Woot woot!! Berbudi pada tanah tak akan rugi.  Betul sangat-sangat.

Memandangkan tema rumah kami ni tema bertingkat-tingkat, maka saya buat la tanaman sayur secara bertingkat-tingkat jugak.

Sayur pak choy white stem on the way, yeehaaa!!
Kalau ada rezeki 2 minggu lagi boleh la dituai....kot.  Mana yang tak cukup ketinggian tu kita tuai jugaklah.. sedap jugak buat sayur goreng kicap....kan?

Kerja amatur...ada kecik ada besar...padahal sebaya...

Grow well my dear.. Baja tahi kambing banyak lagi ni...

Wednesday, September 25, 2013

Boleh dijadikan supporting document untuk buat loan rumah tak?

Jangan tanya macam mana saya terjumpa page ni....panjang ceritanya..

Tuesday, September 24, 2013

Mencari udang di D'Ombak Kolam Pancing Udang Harimau..nak buat masak.

UPDATE: Gambar tempat pancing tu guna instantstreetview so you all boleh imagine nak cari kolam tu macam mana :D




Memancing udang lagi!  Maklum lah, activity 'beriadah' disamping cari stock udang buat masak.
Kalau dulu pergi cari udang galah, kali ni nak try udang rimau lak.

Location dia kat Taman Rakan, Cheras.  Mmm nak cerita exactly kat mana tu tak berapa pandai (sebenarnya tertido masa on the way).  Tapi kalau ikut google map, tempat dia dekat arrow kat bawah ni.  Sila jangan cari arrow bila sampai kolam tu.  Tapi yang pasti dekat-dekat ngan masjid tu lah.


Preparation untuk pancing udang rimau sama je macam udang galah.  Tapi yang lagi best tempat ni, pergi bawak diri dan duit pun dah cukup.  Yang lain semua dah disediakan kat situ.  Dari joran, umpan, 'clip' (untuk balancing) sampaila ke tempat bakar udang sekali.


Customer pertama for the day.  Diorang  bukak lambat sket hari tu so pukul 4.25 baru start.

Tapi ada satu lagi benda korang kena bawak...skill.  Alah, kalau pompuan macam saya pun boleh dapat 4-5 ekor sambil makan mee goreng je takkan lelaki macho tak leh dapat sekilo sambil TAK hisap rokok...kan? (agak-agak tercabar tak? muehehe).  By the way, udang-udang dia besar so sekilo tu apa de hal...

Ye, apa yang saya tulis tu betul, saya pancing sambil makan mee goreng.  Satu, sebab lapar.  Dua, sebab kat sebelah kolam ni ada kedai makan dan boleh order untuk makan/minum dikolam.  Ketiga, sebab boring berebut joran dengan anak 4 tahun... dari saya melangut, baik makannn.  Best ooo...sruttt teh tarik sambil tarik udang.


Nampak kan kedai makan kat belakang nun...  Kat white board tu pulak harga-harganya.. Pakej Mesra uuu..
Ambience tempat ni pun agak 'happening' sket sebab sound radio memang dipasang ke tahap yang agak best sampai korang terlupa yang korang sebenarnya tak dapat udang sebanyak saya..i.e 4 ekor.  Sebab duk layan lagu.  Kalau tak radio Era, radio Hot FM lah tu.. dah lupa.  Dan jugak mungkin korang tak perasan umpun-umpun yang buat umpan dah bergolek-golek masuk kolam....serah diri pada udang.  Kena beli lagi, dua ringgit je untuk sepanjang 2-3 inci.


Kolam dan kawasan pancing memang di jaga bersih.  Diulangi, dijaga bersih.  Saya ulang sebab owner tu kadang-kadang berulang-ulang lap tepi kolam tempat pemancing letak tangan tu dan susun kerusi kosong 'as he goes'.  Memang selesa sampai korang lagi sekali tak perasan korang masih tak dapat udang sebanyak 4 ekor macam saya #hidung kembang#.

Bersih dan comfortable.  Jangan tanya macamana udang yang saya tarik boleh terbang dan tersangkut kat besi jaring kat dinding kolam nun...haih...#malu#
Sekali sekala dibuatnya 'ombak'.  So udang tu berjalan.  Tak de la sorang je dapat 'lubuk'nya kan?

Walaupun korang boleh tengok udang duk menari-nari depan korang macam nak suruh tangkap dengan tangan je.  Tapi awas, baca sign tu ok!


Amacam? Tempted tak?

Hari tu saya pergi dengan suami, dengan anak, kami dapat price Mesra RM 30 untuk 2 jam.  Kiranya isteri free la sebab kebanyakkan isteri bukan la terer kan..?  Tapi kalau isteri terer, suami yang dapat 4 ekor je, kira suami la yang dikira free fishing.. hehehe.  Kami bawak balik udang 800 gram.. almost sekilo.  Ok ler tu....Buat stock masuk peti sejuk.
Tapi jangan risau, korang confirm dapat bawak balik udang nyer.  Kalau dah tak terer sangat macam saya, tokey tu sendiri tolong pancing bagi kat korang.  Macam kasi markah kesian la kiranya.  Tapi kalau dia free la..dan kalau korang dah regular kat sini... kalau dia busy, sorry bebeh.

Kalau hujung minggu khabarnya (mengikut kata pemancing tegar kolam ni), bila kita dapat udang je boleh suruh budak jaga kolam tu tolong bakarkan.  Nak bakar sendiri pun boleh, tapi rugi la masa pancing tu.  So diorang start the fire, basuh, cucuk kat lidi, bakar ngan butter..nyumsss.  Amacam teruja tak?  Masa tu, yang ada gout pun boleh terlupa.

Kiter bakor ler yeop..
P.s  Encik-encik suami sekelian, bawak la wife and anak-anak memancing sekali... seronok!!  Tapi kalau tengah mengular dari office tak sempat la nak angkut anak bini kan? Ooppss!!

Diselubungi kerja....blog dah jadi hot hot chicken sh*t? Kena bertukar!!!!

Kisahnya team kami kat office ni ibarat highway north south masa cuti sekolah or cuti weekend yang panjang.  Dari 4 lanes jadi 2 lanes.  Ssumbakk.

Dari ada 4 staff down to 2 staff (bos not included).  Dari balik 5.45pm, dah terpaksa balik lewat.  Tak menarik langsung.

Blog pun sampai dah terpinggir.  Sedih.

Anyhow, life must go on.

Hope retiring at 45 is still a valid option.

P.s: Dah mula berkebun balik.  Pak choy on the way!  Weehuuu


Monday, August 26, 2013

Jangan ikut saya!!! Ke saya agent perisik terpilih? Uuuu...best tuh.

Dah cukup la mengadap benda ni kat office, kat rumah.  Takkan la nak kena ada setiap masa, setiap jejak langkah?

Nampak tak?

Nah close up.

Cuma saya kena cari kat mana screen/monitornya.  Atau pun kasut ni datang dengan cermin mata sebagai wireless monitor?

P.s:  Today is Monday.  Saya berjalan sebagai seorang perisik.  Mana James Bond nih, kena buat sesi suai kenal.  Shhh!
P.p.s:  Kedai yang jual ni kedai rahsia.  Ada dalam Spektrum Bandar Baru Ampang.

Friday, August 23, 2013

Travelling with Kereng

Best betul berehat balik kampung sambil cuti raya hari tu.  Makan tidur, tidur makan.  Kadang-kadang suap nasi dagang kat anak, selalu-selalu suap mulut sendiri.  Nikmat, nikmat.  Alhamdulillah.

Pas tu masuk kerja dah lemau.

Nak tulis blog pun slow sebab fikiran lebih tertumpu pada perut (selain dari cermin keta pecah &$%%^^&*!@#!).

Dan kerja-kerja unpacking yang sangat-sangat tak minat.  

Maybe saya patut biar je barang-barang dalam bag tu sampai next trip.  Good idea!  Tapi maybe saya patut keluarkan air mata contact lense, berus gigi dan pencuci muka dari bag tu sebab kena guna jugak hari-hari.  

And keluarkan pakaian kecik, and baju berjalan sebab baju berjalan tak banyak dan lagipun nak pakai gi office.  Hoh?? Beg dah kosong? -_-. Kena packing lagi la nampak gayanya Raya Haji ni..

Balik kampung jugak maksudnya shopping beras siam hohoho.
Cappucino tu dari Cameron. Tasty!
Kudap-kudap pun ada jugak.  Maklumla travel balik KL lalu jalan lama.. kena la ngunyah-ngunyah sambil borak-borak dalam keta... baru best.  Semua beli kat Pengkalan Kubor.  Kalo korang tak pernah sampai, rugi besar.


Duty Ferr You.  Sapa tahu benda bulat-bulat on a stick tu memang terer.  Hint: bukan binatang.
Tapi perjalanan kitorang KL-KB-Bota-KL kali ni agak smooth.  Thanks to Waze and our entertainer Kereng.  Kereng froze bila kena aircond tapi at least dia try to entertain us dengan lagu Learn to Love Again splendidly.


Kereng dan 'stage'nya sponsored by Ambi Pur.


P.s Sadly Kereng retired early.

Thursday, August 22, 2013

Pecah kaca pecah gelas (gambar sebenar)

sikit pun tak cantik!

Tuesday, July 30, 2013

Suka buat tapi tak suka makan...macam tu la peel dengan biskut raya. Tapi yang ni exception..

Gara-gara malas dan tak reti nak buat saya pernah beli sampai RM40 sebalang.  Tu pun ada dalam 25 ketul je.  Bila beli 2 balang, tangan dah ketar nak bayar.  Tu baru satu jenis, bila sampai 4, 5 jenis?  Tapi redha je lah sebab dah gatal mengorder.
 
Raya tahun ni dah niat, order kerepek bawang je sebab kerepek orang tu buat memang sedap.  Jadi temptation tu terlalu tinggi.  Mok pun memang siap order suh bawak balik kampung kerepek ni.  Biskut raya, kita buat je dengan oven yang segak bergaya tu.
 
Dan hasilnya, dengan bantuan pemain import (adik), menjadilah  Frambozen Kenari yang tekak saya kata memang lazat!  Bila rupa ditolak tepi, makan dengan keadaan mata tertutup, memang sebijik macam yang saya beli RM40 sebalang dulu tu.  Hahaha..gelak besar puas hati sebab biskut 'mahal' ada banyak.
 
Cuba cari 7 perbezaan antara 2 gambar kat atas ni.

Terus masuk bekas takut habis sebelum raya.  Tapi sebalang dah allocate untuk kudapan lepas berbuka.
 
Modalnya baru berapa je pun.  Paling mahal telur je.  Oven segak bergaya tu pulak pakai gas je.  Tak save giler namanya tu?
 
Actually ni second try buat biskut ni.  Dua tahun lepas ada gak pernah try tapi tak menjadi.  Dengan kata lain, tak sedap langsung!.  So saya agak trauma dengan kejadian tu.  Tapi orang Kelantan kata kena hold the bull by its horn.  So saya hadap lagi sekali resipi tu dan cuba buat lagi.  Nasib baik kali ni menjadi.  Kalau tak, mesti oven tu tak nampak segak bergaya sebab kena balingan biskut.
 
Tak tau kenapa tekak ni suka sangat biskut yang berjem-jem.  Saja cari pasal nak membakar dua kali.  Maybe sebab ada crunchy and chewy at the same time kot.  Plus, biskut ni pulak ada ala-ala mini pavlova (meringue) kat atas tu and tak manis sangat.  So memang sedap.  Resipi saya ambik kat internet je pun.  Lupa dah kat web mana sebab 2 tahun lepas saya siap-siap print.
 
P.s: Actually ada beli satu lagi.. kuih batang buruk terbaik dan tersedap yang tak mungkin saya mampu buat.
 
P.p.s: Dan ada jugak terbeli lagi satu kat PKNS Shah Alam nun (gambar kat bawah).  Rupa menarik, rasa sedikit kureng untuk tekak saya.  Maybe sedap untuk orang lain.
 
 
P.p.p.s: Kenapa buat biskut time raya je?

Saturday, July 27, 2013

Tak, saya tak kedekut. Tak de la selalu. Tapi benda ni reminds me of simpler time...

** UPDATE: Lokasi kedai yang saya gi beli...

Saya beli oven butterfly ni kat Jalan Ipoh... since dah ada instantstreeview ni, ni lah gambar kedai nya...

Bas tu kacau je...

Kat map dia kat situ yang ada toyol oren tu hehe..
---------------------------------------------------------------------------------

Ingat tak dulu zaman handphone Alcatel, Startec, Nokia 3310?  Satu lagi phone Motorola yang boleh baling anjing disaat kecemasan? Dan bila charge atau on the phone terus jadi panas giler?  Function dia cuma call, message dan main game ular..?  Simple.

Ingat tak dulu tak de internet dan bila nak buat research for homework kena pergi library dan fotostat articles.  Lepas tu copy sana copy sini dan campur-campur dan type atau tulis balik.  So tak de la cikgu tau yang kita plagiat sebab cikgu sendiri pun tak pernah baca buku yang kita copy tu?  Simple.

No, I'm not talking to you Gen Y kids.

Ingat tak kalau dulu, bila nak buat biskut sebab nak makan kuih raya kena berguru dengan mak, dengan pen dan buku untuk tulis resepi atau fotostat buku resepi mak (kalau ada), dan tiba-tiba rasa malas nak buat, then mintak mak yang buatkan sebab lagi sedap?  Ingat tak mak masak biskut raya tu guna apa?  Oven Butterfly.  Simple.

Jadi, untuk mengingat kembali zaman simple-simple, maka saya beli oven ni.  Thank you En. Suami yang sememangnya selalu ikut idea-idea saya yang kadang-kadang off track.  Dan buat saya lagi sayang sebab bila saya sebut Oven Butterfly, dia tahu je kat mana nak cari benda ni.

Untuk yang tak tahu macam mana rupa oven butterfly ni sebab korang dilahirkan dizaman sains dan technology macam saya, tapi bezanya saya suka barang-barang lama, maka saya display kat sini oven 'baru tapi lama' saya.  RM 90 tapi dapat diskaun 5 hinggit.  Mahal? Ye betul.  I blamed the economy and the green house effects.  Tapi at least I got to save on the electricity. 

Ta daa...! cantik tak oven ni.  Tapi yang ni dah bracket B.. i.e bersara.  Masih segak!


Yang saya beli datang dengan kotak ni.

Dan masih berkilat....Tombol pun tak pasang lagi.

Agak was-was dengan accuracy benda ni.  Tapi nanti kita buat alignment sendiri lah.

Warna kuning tak ada.  Biru pun tak de.  Putih pun tak de.  Merah pun tak de.  Magenta, cyan, turquoise pun tak de.  Stuck with the black.

So this weekend, masak cake marble je dulu for testing and temperature alignment.  Wish me luck!  And kalau ada tips nak pakai oven ni, share-share la ye! 

Disclaimer: Mak saya tak pakai oven Butterfly.  Mak saya pakai oven gas yang come with stove tu.  Lagi best!  Tapi sekarang dah mahal.

Disclaimer: Saya tak tahu pun macam mana nak guna oven tu.  Saya keluarkan dari kotak untuk ambik gambar je.  Lepas tu simpan balik dalam kotak untuk tatapan generasi akan datang.  Or at least sampai weekend ni for marble cake testing.

Friday, July 26, 2013

Diam diam ubi berisi, tapi nak tunggu berisi tu lama so makan je la pucuk dulu.

Hari tu cerita gelugur, kali ni... pasal tanaman lagi.  Hehe.. nak buat macam mana, minat bercucuk tanam.  Tapi sebab rumah atas langit, makanya terpendam la sikit minat tu.

Ok, sapa tak kenal pokok ubi kayu kan?  Nak tanam pun senang, cucuk je dalam tanah, settle.  Pas tu tunggu sampai berisi, korek, masak, makan.
 
Kalau tak korek, siap sedia la tunggu dinding berdekatan terbongkah.  Jangan main-main ngan ubi ni.  Hence the term diam ubi berisi.  Sedar tak sedar ubinya dah bawah lantai rumah.  Boleh retak dibuatnya.
 
Personally saya tak tau rupanya pokok ubi kayu ni ada banyak jenis.  Yang saya tau dulu yang tangkai merah.  Suka patah patahkan tangkai dia then buat rantai.  Nak pakai memang tak cool langsung, tapi gatai jugak buat tiap kali dapat peluang cabut daun dia.  Kalau ada peluang saya akan buat and post gambar.
 
Bila balik kampung Encik Suami baru-baru ni, laaaa banyak jenis rupanya pokok ubi kayu ni.  Ada daun kuning, tangkai merah, berkedut-kedut.  By the way, yang berkedut tu sedap buat ulam or goreng tumis.

Ni gambar-gambar yang sempat snap.
Ok tak watermark gini? Stylish! 

Same handwriting.  Banyak-banyak pucuk, pucuk yang ni saya rasa paling sedap sebab agak tebal tapi lembut.

Yang ni la tangkai merah.  Masa kecik-kecik dulu suka main yang ni lah.


Yang ni pakai make up kuning.

Yang ni all green.  Pun sedap buat ulam cicah budu doyan.

P.s. Saya pernah dengar orang buat rendang pucuk ubi...hmmm tak pernah makan.  Yang saya tau rendang haiwan je.

Wednesday, July 24, 2013

Kurang asam!

Haa.. kalau macam tu mai kita belajar pasal asam keping.  Macam saya ni bukan selalu dapat experience buat asam keping.  Tau makan je.  Masak pakai asam keping pun tak pandai dulu.  Tau buat ikan rebus je pun.

Tapi bila dah kawin dengan orang Perak ni dapat la tengok orang buat asam keping secara live.  So pada sapa yang nak tau jugak, read on.

Cerita mestila bermula dari pokoknya sebab buah gelugor ni tak jatuh dari langit.  Ni la rupa pokok gelugor.



Kat pokok ni pulak dengan izinNya, keluar la buah gelugor macam kat bawah ni.  Bila masak warna dia kuning.  






Dan bila gugur je gelugor kuning ni, boleh la dikutip dan ni basuh.  Pas tu slice nipis-nipis, dibasuh lagi dan di jemur hingga kering macam kat bawah ni.  Kalau hari panas, cepat la dia kering.  Asam keping ni kalau tak basuh warnanya bila kering jadi hitam.  So lepas ni kalau nak beli dah tau la orang yang buat tu basuh ke tak kan..?  Dah tau?  Ok la..




Saya penah tengok buah gelugor ni dijual dipasar tani.  Tapi tak sure berapa harga buah dia sebijik.  Kot la ada yang nak try buat kan?


So amacam?  Kurang asam lagi?


P.s. Gelugor kali ni dapat freeee weehuu..







Tuesday, July 16, 2013

Benda dah lama tapi masih lagi excited.

Bukan apa... orang lain dah berderu-deru dah pun tapi saya masih berdikit-dikit.  Orang lain dah dapat pangkat tinggi tapi saya masih prebet.  Ni gara-gara Nuffnang.

Alah, memang dah ramai orang tau pasal Nuffnang ni kan... kalau orang lain dah dapat beribu-ribu, saya masih baru 75 sen.  Hehe tapi excited woo bila dapat.  Ye la, excited sebab duit masuk.  

Macamana saya excited bila dapat duit dividen saving account yang asyik berbaki 5 ringgit tiap-bulan (boleh agak la berapa sen dividen kan..?), macam tu jugak lah saya excited bila dapat duit 'free' macam ni.  Sapa nak bagi...kan?

Budget best #hidung kembang#


Untuk rookie macam saya yang belum cukup setahun berblogging, I have to say : Thank you Nuffnang, and keep 'em coming!



Thursday, July 11, 2013

Kena pastikan yang lebih baik kalau tak sama taraf pun......

Pencarian adik pada yang ni bermula kembali.  Bukan dalam keadaan desperate macam dulu yang mana saya sangat tergedik-gedik nak cari satu.  Kali ni lebih relax dan negotiation pun lebih mengada-ngada.  Click website Mudah.my pun lebih tertib.  Tak macam dulu sampai nak tercabut mouse.

Kalau dulu asal jumpa je satu calon, set appointment nak jumpa dan nak bercakap pun segan-segan.  Kali ni, saya ada terbaca iklan yang best, dan belum saya set appointment lagi, saya dah nego at least 25% lower.  Garang gitu....

Jadi, pada 6 July hari tu saya pergi tengok satu calon.  Kalau elok ingat nak bagi kakak yang ambik.  Sebab saya seorang yang baik hati, walaupun hakikatnya loan kena 70% je... so sangkut duit poset (deposit).  Tapi saya agak surprised sebab agent tu cakap owner dia boleh turunkan harga sampai harga yang saya nak tu.  Hmmm kenapa kah?  Dalam hati terfikir ni mesti ada family dispute sebab yang duduk situ pun ahli keluarga owner.  Tapi tak baik syak wasangka....kan..kan..?

Tapi sedih amat sedih, calon kali ni agak teruk keadaannya.  Dalam rumah tu ok lagi, not so bad.  Masalahnya paip yang menyalurkan bahan kumbahan kat ground floor lak tu bocor, tangga sangat kotor, barang-barang buangan yang bulky merata-rata daerah, baik di hall, atau pun tangga.    Ada antara barang-barang tu nampak macam dah jadi penghuni tetap tangga tu.  Macamana nak bagi sewa...

Maintenance fee pulak katanya kejap ada kejap tak de..ekk?  And lebih menguatkan andaian saya pasal family dispute tu, penyewa tu agak terkejut dengan visit kami.  Macam tak tau  yang rumah tu nak dijual.  Hmmm ...tapping my thinking hat.... Oleh yang demikian Yang Arif, kakak saya, selaku bakal pemilik, akan ada masalah untuk mintak vacant posession.  Nanti kena panggil polis bagai.. tak kuasa mak nak!  Nak suh penyewa sekarang sambung sewa macam agak tak memberansangkan je.


Exhibit lain, yang dalam bangunan dan atas tangga, tak boleh di disclose atas dasar perikemanusiaan.  On need to know basis only.  Dan jugak sebab angle ni je tak nampak 'foreigner'.

Maka dengan sedihnya terpaksa la direject.  Dan pencarian bermula kembali....lather, rinse, repeat.

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan dah datang.... bulan makan ke bulan posa...? Harap-harap diri ni tak akan confuse....

Mula-mula sempena bulan ramadhan kali ni, saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki pada yang mengenali dan membaca blog ni kot-kot ada tersilap terkasar bahasa...

Dah masuk bulan puasa ni kaum ibu memang masuk gear lima terus... mana nak siapkan sahur, siapkan berbuka, yang ada anak kecik, tetap kena masak time lunch kan...? Mencabar tuh....  Lepas tu stock makanan kena ready memanjang, yang beli pulak kena la readykan stock duit...


Anyway, saya tak perlu tulis panjang kali ni kot sebab semua orang dah masuk mode puasa.  So, Selamat Menjalani Ibadah Puasa (dan ibadah-ibadah lain)... dan sila kawal nafsu makan anda...(dan diri sendiri jugak..)


Ommm nomm nomm


Thursday, July 04, 2013

Pastikan korang buat ni...kalau tak, lempang diri sendiri.

10 cara untuk tunjukkan kita hormat kat zombie rakan sekerja.  Dan cara untuk mengelak dari jadi kurang ajar.

1. Say 'Thank you' or 'Well done' or 'Sorry'.  It will do wonders dan anda takkan jatuh maruah kalau puji rakan atau staff.  'Ular menyusur akar takkan hilang bisanya'.

2. Bila hantar email, tak payah la pakai font kaler merah, size 60, underline, bold dan tanda seru bagai.  Unless awak sendiri tak berapa clear mata.  Dan unless tanda seru tu dapat kuarkan suara menjerit kat speaker komputer, then go ahead.  But say sorry first..

3. Tegur/ sapa/ senyum la kat kawan/staff anda walaupun masa tu anda tak perlukan khidmat diorang.  Ni tak, bila nak mintak tolong, tight giler sampai berlaga bahu.  Bila tak nak apa-apa eye contact pun tak de.  2 words:  keji giler.

4. Kot ye pun benda tu urgent giler, respect time lunch/ break/ prayer time.  Bukan lama pun.. sejam je.

5. Mind your body language and facial expression.  Owh tapi kalau you dah suntik botox, then its ok.

6. Bercakap lah dalam bahasa yang semua orang didepan anda faham.  Kecualilah anda pelakon Hindi dan perlu menyanyi masa tu, then go ahead.  Tum paas aaye..yun muskraye... ha?? tak faham kan? Tapi ok la sebab tu lagu Hindustan.  (Rasa nak bawak 7 persalinan lak ke office ni..)

7. Bila bercakap dalam group, jangan refer kat orang di sebelah anda sebagai 'dia', 'he', 'him', 'she', 'her', 'dol', 'der'.  People have names, use it....lempang kang..!

8. Berbalik pada email, tak payah la hantar dan cc pada satu dunia bila orang tu buat salah tapi reply pada sender bila orang tu buat kerja bagus.  Nampak sangat Proud Of Your Own atau dengan bahasa lebih jelas poyo.  Kalau bcc? two words : keji giler.

9. Boleh tolong fill up? Heh...

10. Don't lie.  Enough said...kalau tak, rasa nak muntah dengan perangai orang macam ni.

Monday, July 01, 2013

Pernah bermain difikiran.....sampaila pada satu hari tu...

Sapa sini masa kecik suka buat own assumption or conclusion dan dengan confident ingat kita betul sampai la satu hari desyummm kita faced the real thing?

Macam saya memang banyak.  Antaranya masa kecik-kecik dulu zaman kat sekolah rendah, tiap kali nak masuk pintu pagar sekolah, saya mesti terfikir... kenapa orang yang selsema tak dibenarkan masuk kawasan sekolah...? Tapi bila dah masuk, saya terus lupa soalan tu walaupun kawan-kawan atau diri sendiri pun selsema time tu...  Ni gara-gara sign board depan pagar sekolah..'Salesman Tidak Dibenarkan Masuk'.


Masa tu mati-mati saya ingat 'salesman' tu ejaan salah untuk 'selsema'.  Tapi bukan salah saya sebab kenapa sign board tu campur English and Malay betul tak?  Saya yang otak Melayu ni mesti la baca in full Malay sentence.  (Nah engko, diri sendiri pun tulis rojak hahaha)



Pas tu pasal lagu Si Baju Hijau.  Alah yang lagu askar... si baju hijau, sedang bertugas.  Di perbatasan..bla bla..  Dulu saya ingatkan Si Baju Hijau sedang berputar.  Apahal orang pakai baju hijau duk berputar ni.  And I never thought si baju hijau tu ialah askar... #tepuk dahi# sampai la saya tanya kakak sendiri.


Masa kecik jugak saya selalu perati, nama-nama orang lama mesti nama klasik macam Dayang Senandung, Ummi Kalsom, Zaharah, Cik Nun (eh nama glamer mak sendiri lak..).  


Makanya, otak kecil saya masa tu pun ingat, bila kita dah besar, dah tua, kita kena la pakai nama klasik jugak... Masa tu duk ingat nama Elly tu macam tak sesuwaii la untuk orang tua-tua kan..? Iyerla.. 'Assalamualaikum Makcik Elly'... wahh kedengaran glamour dan vogue gitu...  So mesti la kena tukar pakai nama klasik kan... 'Assalamualaikum Mak Jah / Makcik Temah..'.. haaa.. tak gitu.


Sampai la satu hari, baru tau nama kita ni dicatat kat surat beranak dan IC yang tok sah harap nak tukar nama sewenang-wenang tanpa angkat sumpah bagai.  Hohoho naive giler... haih.. now I'm stuck with a glamour name for an old woman... (not old yet!!..sambil masuk bakul and muntah hijau...)


Alah..korang mesti ada jugak fikiran-fikiran syok sendiri cam ni kan..?  Nak tanya malas.. or takut malu..or memang kita confident giler apa yang kita pikir tu betul.. @_@.


Signed
Makcik Elly-Daily...(ok tak??)

Saturday, June 29, 2013

Memang kuat semangat....!!

Gara-gara Final Piala FA 2013 malam ni.  The Red Warrior bertemu Johor Darul Takzim, maka dapat la kita tengok scenario kat bawah ni....  On the way to Bukit Jalil I suppose.  Saya yang minat bola suam-suam kuku ni pun naik semangat tengok diorang!

Tak kira sapa you all kat dalam gambar kat bawah ni, saya salute semangat korang!  (jauh perjalanan tu..)... Sempat snap masa kat MRR2.




Friday, June 28, 2013

Tiga dah jatuh, satu lagi untuk pergi.

Memang tak cantik bila kata-kata English ditranslate direct jadi Melayu..  Habis tu apa yang molek untuk 'Three down, one more to go'?  'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit??', 'Air dicincang tak akan putus?', 'Sehari selembar benang lama-lama jadi kain?'... Haihhh I'm hopeless....English atau Bahasa Malaysia.

Anyway, cerita ni sebenarnya pasal hutang.  3 dah settle, tinggal satu je lagi bad debt.  Weehoo...  Ni azam tahun 2013 sebenarnya.  Jadi kalau betul dapat settlekan hutang-hutang tu by this year memang excited nih.

Tiga hutang yang dah 'jatuh' tu really were bad debts...credit cards.  Hari ni semua cards dah settle.  So tinggal satu je lagi hutang which is just a staff loan.  So not so bad lah sebab potong gaji and interest pun really low.

Harap-harap tak de la gatal tangan nak buat benda bodo ni lagi.  Tapi bukan boleh kira, time mood nak pekena 'retail therapy' je tangan ringan je swipe card.  Penat jugak nak membayar credit card nih.  Serik!

P.s Gatal tangan nak beli rumah lagi.....

Thursday, June 27, 2013

Amboi korang ni..... zombie? really? tapi totally expected sebab this is elly-daily...?

Bila dah lama tak buat entry, dah lama tak tengok apa kejadian dan status blog ni.  Alhamdulillah ada jugak orang masuk jengah-jengah walaupun tak banyak.  Ada antara you all yang mencari-cari dan terserempak blog ni sebab searching some words ... walaupun weird, I don't blame you.  Saya sangat faham..


Ada jugak yang mencari ubat ketagihan Candy Crush.  Well, nampaknya kawan-kawan, saya sendiri pun mencari jugak.  And still fail.  Bagitau la kalau korang dah jumpa ubat tu.  I'm listening.

By the way, sapa tengok The Apprentice Asia? Last Malaysian Nazril is fired...hmmm I rasa sebab Malaysian mostly lembut and terlalu bertoleransi...awww... and I'm proud to be Malaysian.  Kerja still jalan dan tak perlu tikam belakang or talk too loud ;).

Dalam perkara yang tidak berkaitan langsung, saya terdengar tips dari radio.. kalau u all nak look good, make sure you get good lightings at all times... what?? Ok, lepas ni kalau nak pegi kedai runcit, kena bawak spot light dan crew sekali..kalau tak, nampak muka suram.  Kapish?

P.s. I need a break.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...