Nuffnang Ads

Friday, July 26, 2013

Diam diam ubi berisi, tapi nak tunggu berisi tu lama so makan je la pucuk dulu.

Hari tu cerita gelugur, kali ni... pasal tanaman lagi.  Hehe.. nak buat macam mana, minat bercucuk tanam.  Tapi sebab rumah atas langit, makanya terpendam la sikit minat tu.

Ok, sapa tak kenal pokok ubi kayu kan?  Nak tanam pun senang, cucuk je dalam tanah, settle.  Pas tu tunggu sampai berisi, korek, masak, makan.
 
Kalau tak korek, siap sedia la tunggu dinding berdekatan terbongkah.  Jangan main-main ngan ubi ni.  Hence the term diam ubi berisi.  Sedar tak sedar ubinya dah bawah lantai rumah.  Boleh retak dibuatnya.
 
Personally saya tak tau rupanya pokok ubi kayu ni ada banyak jenis.  Yang saya tau dulu yang tangkai merah.  Suka patah patahkan tangkai dia then buat rantai.  Nak pakai memang tak cool langsung, tapi gatai jugak buat tiap kali dapat peluang cabut daun dia.  Kalau ada peluang saya akan buat and post gambar.
 
Bila balik kampung Encik Suami baru-baru ni, laaaa banyak jenis rupanya pokok ubi kayu ni.  Ada daun kuning, tangkai merah, berkedut-kedut.  By the way, yang berkedut tu sedap buat ulam or goreng tumis.

Ni gambar-gambar yang sempat snap.
Ok tak watermark gini? Stylish! 

Same handwriting.  Banyak-banyak pucuk, pucuk yang ni saya rasa paling sedap sebab agak tebal tapi lembut.

Yang ni la tangkai merah.  Masa kecik-kecik dulu suka main yang ni lah.


Yang ni pakai make up kuning.

Yang ni all green.  Pun sedap buat ulam cicah budu doyan.

P.s. Saya pernah dengar orang buat rendang pucuk ubi...hmmm tak pernah makan.  Yang saya tau rendang haiwan je.

5 comments:

  1. dinie9:32 PM

    Rendang veggie. Rasa sedih masa mula2 tau ada org msk rendang pucuk ubi sebab rasa org tu kesempitan kewangan nk beli haiwan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom buat raya ni? hehehe

      Delete
  2. dinie4:13 PM

    Err... how about no? :p

    ReplyDelete
  3. Haha... Okje pun selalu makan rendang haiwan hhehe rendang reading tak pernah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...