Nuffnang Ads

Thursday, July 11, 2013

Kena pastikan yang lebih baik kalau tak sama taraf pun......

Pencarian adik pada yang ni bermula kembali.  Bukan dalam keadaan desperate macam dulu yang mana saya sangat tergedik-gedik nak cari satu.  Kali ni lebih relax dan negotiation pun lebih mengada-ngada.  Click website Mudah.my pun lebih tertib.  Tak macam dulu sampai nak tercabut mouse.

Kalau dulu asal jumpa je satu calon, set appointment nak jumpa dan nak bercakap pun segan-segan.  Kali ni, saya ada terbaca iklan yang best, dan belum saya set appointment lagi, saya dah nego at least 25% lower.  Garang gitu....

Jadi, pada 6 July hari tu saya pergi tengok satu calon.  Kalau elok ingat nak bagi kakak yang ambik.  Sebab saya seorang yang baik hati, walaupun hakikatnya loan kena 70% je... so sangkut duit poset (deposit).  Tapi saya agak surprised sebab agent tu cakap owner dia boleh turunkan harga sampai harga yang saya nak tu.  Hmmm kenapa kah?  Dalam hati terfikir ni mesti ada family dispute sebab yang duduk situ pun ahli keluarga owner.  Tapi tak baik syak wasangka....kan..kan..?

Tapi sedih amat sedih, calon kali ni agak teruk keadaannya.  Dalam rumah tu ok lagi, not so bad.  Masalahnya paip yang menyalurkan bahan kumbahan kat ground floor lak tu bocor, tangga sangat kotor, barang-barang buangan yang bulky merata-rata daerah, baik di hall, atau pun tangga.    Ada antara barang-barang tu nampak macam dah jadi penghuni tetap tangga tu.  Macamana nak bagi sewa...

Maintenance fee pulak katanya kejap ada kejap tak de..ekk?  And lebih menguatkan andaian saya pasal family dispute tu, penyewa tu agak terkejut dengan visit kami.  Macam tak tau  yang rumah tu nak dijual.  Hmmm ...tapping my thinking hat.... Oleh yang demikian Yang Arif, kakak saya, selaku bakal pemilik, akan ada masalah untuk mintak vacant posession.  Nanti kena panggil polis bagai.. tak kuasa mak nak!  Nak suh penyewa sekarang sambung sewa macam agak tak memberansangkan je.


Exhibit lain, yang dalam bangunan dan atas tangga, tak boleh di disclose atas dasar perikemanusiaan.  On need to know basis only.  Dan jugak sebab angle ni je tak nampak 'foreigner'.

Maka dengan sedihnya terpaksa la direject.  Dan pencarian bermula kembali....lather, rinse, repeat.

2 comments:

  1. Hehehe.. Lame tak dtg sini...
    Good luck untuk pencarian yang seterusnya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena singgah selalu tu... ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...