Nuffnang Ads

Sunday, May 19, 2013

Hujan, boleh guna alat kawalan pengumpulan hujan tu lagi.. yeay!!

Beberapa hari ni hujan sekejap-sekejap, Alhamdulillah.

Cuaca panas memang terasa betul beberapa minggu ni kan? Tambah pulak KL ni asyik tak de airrrr je.  Kalau masuk Alamanda pun tak terasa aircondnya.  Makan kat food court pun berpeluh-peluh (time tak gaji la tu).  Shopping mall lain saya tak tahu sebab tak sempat nak terjah.  Saya agak sibuk kat pejabat. 

Tapi hujan kali ni tak de la lebat sangat.  Tapi cukupla untuk kami keluarkan Alat-Kawalan-Pengumpulan-Hujan-Jarak-Dekat© (AKPHJD©) kami tu.  Sepertimana engineer-engineer* berjaya yang lain, kami suka cipta alat-alat baru.  Latest invention kami ialah alat AKPHJD© ni lah.  Inventions lain masih dalam perbincangan.  Maklumlah saya agak sibuk di pejabat.

AKPHJD© ini memerlukan bahan mentah i.e. air hujan yang banyak.  Kalau tak, sure fail.  Menitik macam kencing kucing je jadinya dalam baldi tu.  Pas tu pulak tempat turunnya hujan dan baldi kena dalam jarak yang dekat.  Kalau tak, air hujan tu tak terkumpul.  Faham setakat ni?  Tak faham pun tak pelah.  Saya agak sibuk di pejabat.




You all mungkin tak nampak tapi jari kelinking saya melentik ketika ambik gambar ini sebab design alat ni sangat 'classy'.
 
Tujuan alat ni ialah untuk orang yang duk apartment macam kami ni.  Bila hujan lebat, bukannya dapat berlari ke porch untuk tadah air hujan (utk cuci lantai porch ke, siram pokok bunga ke).  So kumpul la air hujan dari balcony direct ke baldi.

* Disclaimer: Kami bukan engineer.
* Lagi disclaimer: Kami tak jual alat ni tapi kalau nak order boleh lah.  Harga kawan-kawan.


P.s.:  Argghhh! My back pain is killing me!  Apa petua selain pain killer?

5 comments:

  1. Errr, err, ni mesin penadah air hujan ke?

    ReplyDelete
  2. haha...tabik spring!!! sangat kreatiflah elly awak ni walaupun bukan engineer....
    orang yg duk rumah bawah ni....kalau dah dasar M... hujan lebat macamana sekali pun tak bertadah hehe

    ReplyDelete
  3. dinie6:29 PM

    Haloh.. sakit perut weh..

    ReplyDelete
  4. Apsal x de orang order?

    ReplyDelete
  5. Keh keh. Bakpo kecik sgt kecopong tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...