Finally hal-hal pembelian rumah PKNS saya tu dah berakhir dengan penerimaan kunci rumah dan duit downpayment rumah hari tu balik. Alhamdulillah sangat-sangat.
Process yang bermula bulan November 2012 memang terasa lama betul. Masa duk kumpul document untuk apply loan pun dah rasa jauh sangat ingatan tu.
Meh baca chronology yang saya lalui untuk hal-hal bab beli flat PKNS nih.
26 November 2012 - Nampak iklan ada Flat PKNS nak dijual. Ooohhh menarik!!. Copy nombor phone penjual. Excited excited!
27 November 2012 - Tengok rumah. Oo aaaa. Angguk-angguk tanda setuju. Bagi duit bertunang (tangan ketaq oo). Nasib baik penjual tu agree nak terima booking fee sebagai downpayment (orang kaya nih). For black and white, owner tu produce satu surat yang mengatakan dia dah terima duit booking (merangkap downpayment) and both of us signed on it.
28 November 2012 - Beli file, simpan document tu. Prepare documentations (ic sendiri dan ic penjual). Cari dan contact lawyer. Pilih lawyer yang dekat dengan office sebab senang nak cilok jumpa lawyer time lunch. Jauh-jauh kang kena ambik cuti or half day lak. Psst, nanti tolong markup harga eh. Penjual cakap okeh.
29 November 2012 - Jumpa lawyer. Minta siapkan draft SnP dulu sebab nak bagi pada bank.
04 December 2012 - Dapat draft SnP.
5 December 2012 - Berpeluh cari document untuk apply loan. Click-click website bank request untuk cari banker. Semua senyap. So panjat jugak la tangga bank tu. Kecuali Maybank sebab credit officer dia duk ground floor jugak so tak de la panjat tangga.
10 December 2012 - Orang kata usaha tangga kejayaan.. dalam bab saya ni tangga menunjukkan usaha yang berhasil. Bank yang kena panjat tangga je reply iaitu CIMB dan Public Bank. Public bank pemenang sebab paling pantas reply.
9 January 2013 - Pilih CIMB (sorry Public) sebab interest lagi menarik. Terus sign letter offer. Then call lawyer untuk proceed buat kerja-kerja yang patut. Scan front page LO dan bagi pada lawyer.
18 January 2013 - Menunggu reply dari PKNS.
25 January 2013 - Masih menunggu reply dari PKNS.
05 February 2013 - Masih menunggu reply dari PKNS.
07 February 2013 - MC pergi check telinga. Masih menunggu reply dari PKNS.
11 February 2013 - Chinese New Year dah... masih menunggu reply dari PKNS...Zzzzz...
15 February 2013 - PKNS dah buka mulut (owh? ada beli rumah rupanya. Sampai terlupa). Semua ok. Sign SnP. Bagitau banker pasal SnP. Minta proceed dengan loan documentation guna lawyer yang sama. Scan call card lawyer dan bagi pada banker untuk check sama ada panel atau tak. Banker said yes, memang panel, and boleh dipakai lawyer tu.
18 February 2013 - Menunggu loan documentations lak. Dah lemau.
18 March 2013 - Sign loan documentations. Excited balik. Tunggu lawyer buat something-something.
02 April 2013 - Still tunggu lawyer buat something-something. Masa ni bila followup kerani lawyer tu akan inform document itu ini tak cukup (macam contoh latest quit rent dari penjual, Power of Attorney belum dapat dari High Court dan macam-macam lagi). Sorry I didn't have the complete list of what are the documents.
20 May 2013 - Lawyer call. Dapat balik duit yang buat booking dulu tu dan konci rumah. Weehooo!!!
25 May 2013 - Ni belum jadi lagi... Tapi this weekend nak jumpa balik penjual dan tenant sekali. Dan untuk dapatkan duit deposit sewa rumah.
Ok guys, it's a wrap!!
P.s - Macam menarik je harga sebijik rumah kat Mudah.my hari ni. Hmm kukus, grill, panggang... kukus, grill, panggang.... kukus, grill, panggang...
Kukus.... beli satu lagilah nampak gayanya...bulan 12 ni baru sign SnP lagi sekali Elly hehe
ReplyDeleteLama jugak processnya yeh Elly
Itu lah pasal... tapi best
ReplyDelete