Nuffnang Ads

Saturday, May 25, 2013

Stress sampai sakit belakang.... Possible kan? Betul kan Dr. Locum?

Sakit belakang ni memang mengganggu betul.  Nak kata buat aksi acrobatic rasanya takat lipat-lipat jari je...ala yang ketap-ketap jari tu.  Aksi-aksi badan takat berdiri duduk dan tido je. 

Hmmm ni mesti case kerja banyak.  Stress sungguh!.  Lepas sorang, sorang resign.  Tak tahan sangat so gi klinik.

Visit kali pertama:

Zombie:  Doctor, dah 3 hari saya sakit belakang.  Kasihani lah saya.

Dr. Permanent:  Mmm.  Angkat apa...? 

Zombie:  Entah.  Angkat berat kot dekat gym (uhukkk).  Atau stress tempat kerja.  Yang mana boleh dapat MC?. (maintain muka kesian sekesian mungkin).

Dr. Permanent:  Mmm.  Muscle pull kot.

Zombie:  *sigh* Ok.  Saya nak rest Doctor. *mc! mc!*

Dr. Permanent:  Mmm. Ok.

Zombie:  Hari ni hari khamis, kalau dapat 2 hari ok jugak Doctor.

Dr. Permanent: Satu hari je ! (senyum yang paling saya tak berkenan)

Zombie: Doctor tak nak check BP saya ke?

Dr. Permanent:  Meh saya check.

*pump* *dengar* *tunggu*

Dr. Permanent:  Hmm ada tinggi sket.  Sebab tahan sakit muscle ni.

Zombie:  So dapat ke 2 hari MC?

Dr. Permanent:  Satu hari je (senyum lagi).

Zombie:  Ooookkkk....

Next day MC dan badan penuh Yoko Yoko dan Salonpas....

-------------------------------------------------------------------------------------

Visit kali ke dua: (memang still sakit....sungguh!)

Zombie:  Saya sakit belakang la Doctor.

Dr. Locum: Muscle pull tu.  Stress ke?  Nak MC?

Zombie: :)

Dr. Locum: Nak cucuk pain killer ke nak makan je?

Zombie: Makan lah Doctor.

Dr. Locum : Baik!. Ambik supplement calcium sekali ye.  Nanti saya bagi MC just in case you nak rehat.

Zombie: Baik Doctor!!

-------------------------------------------------------------------------------------
 
4th day baru kurang sakit.

Hari Wesak, masa orang lain berjimba-jimba dengan family and friends, saya kena kerja.  So belakang ni dah sakit balik.

Lather, rinse and repeat.

P.s: Cerita ni cerita benar tapi bukan exact words.

P.p.s: Saya memang innocent dan sepatutnya dapat 2 hari MC!

P.p.p.s:  Muscle pull relieved sikit bila saya letak belakang saya bawah hot shower.  See Doctor?  Home remedy's the best.  So saya patut dapat 2 hari MC sebab baru la boleh buat hot shower treatment lama sket.

 

2 comments:

  1. betul tu ...memang bila stress , mcm2 penyakit datang...try to relax ye...take agood rest b always think positif

    ReplyDelete
  2. alasan nak MC lew tue! hehe....
    My hubby selalu gak sakit belakang ni...berkemungkinan stress jugakkan tu elly...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...