Nuffnang Ads

Sunday, May 12, 2013

10 benda yang berlaku masa weekend yang korang mungkin rasa macam sedikit nak tahu. Sedikit je.

1. Balik kampung hari tu first time naik flight dengan anak berdua je.. Rasa macam highly paid nanny... One happy expensive nanny.  Ok, ni sebenarnya cerita weekend lepas..Dan saya dah sebut pun sebelum ni tapi still... just don't argue ok?.  Dan first time jugak bawak anak naik KLIA express dan LRT.  Ingatkan anak excited, rupa-rupanya takut bila LRT masuk terowong.  "Kenapa ibu bawak Adik tengok depan?  Ha? Kenapa? Ha?"  (exact words bila bawak anak tengok depan LRT).  Berpeluh nak jawab bila ramai orang pandang.  Cepat-cepat bawak anak ke belakang sambil buat balancing takut terjatuh bila LRT goyang-goyang.
 
2. Dapat SMS dari CIMB.  Saya bakal jadi penghutang yang berjaya.  Tahniah Elly!
 
3. En. Suami masak nasi tomato, ayam kurma, udang sambal.  Ye, memang En. Suami yang masak dan bukannya saya Pn. Isteri.  Don't judge me!.  Dan tak perlulah gambar makanan-makanan tu semua sebab article kat bawah ni. 
Personally, saya tak percaya.   Orang yang update status dalam FB setiap saat tu yang lebih mental!.
4. Tak ada nombor 4.
 
5. Saya rasa jumlah jam masa weekend tak cukup 24 jam lah.  Kejap-kejap tengok jam pukul 9 pagi.  Kejap-kejap tengok lagi dah pukul 3 petang.  Eh eh dah 9 malam?.  Tak logic lah!!  Kalau time kerja tu tengok jam pukul 8.45 pagi.  Tengok lagi baru kul 8.50 pagi.  Tenunggggg lagi lama, baru pukul 8.51 pagi.  Seminit je?? Sangat lama.
 
6.  First time dengar orang tengah ber*tut* dalam toilet kat office, then telephone dia berbunyi dan dia jawab dengan cubaan suara 'normal' "Assalamualaikum!"... WTF?????  I will flush my toilet no matter what dan your caller akan dengar dengan jelas awak kat mana ok!  Jangan salahkan saya for being clean.  Ok, ni bukan cerita weekend tapi on Friday which is almost weekend.  Don't argue!
 
7.  Makan Nasi Berlauk lagi dekat AU5.  Rasa dia ok ok saja la sebenarnya tapi teh kaw dia memang tip top!.  Nasi berlauk dia tak boleh lawan yang kat Kelantan punya ataupun kat kedai Kak Mah Selera Pantai Timur kat Medan Selera Kg Pandan.  Fuh! Marvellous betul kalau telinga ni dah kebal dengan 'ayat-ayat' kurang asam keping Kak Mah tu.  Jangan argue dengan dia!
 
8.  Ye saya lahir bulan lapan.  Macam Barack Obama.  Sila tanda calendar masing-masing.
 
9.  Hari Ibu.  Anak tak wish pun.  Tunggu jugak kot-kot dia nak buat surprise bagi bunga ros 100 kuntum ke.  Tu pun kalau dia tahu cara kuarkan duit dari account Tabung Haji dia.  Dah dekat 4 tahun pun, dah banyak duit raya dalam account tu kot.  Nasib baik Abahnya ada wish.
 
10.  Saja nak cukupkan sampai no. 10.  Tak de apa pun.  Nak baring jap.  Lagi pun besok dah start jadi zombie balik.  Harap tak dengar orang bagi salam dalam toilet lagi.

5 comments:

  1. hahahaha. banyak betul yang berlaku ye. siap ada yang kosong lagi.haha

    ReplyDelete
  2. No 8 yg tak tahan tuuuu... Hehehehe...btw apa yg tut kat toilet tu? !!!

    ReplyDelete
  3. haha yg tak tahan tu bab jwb call dlm toilet n yg suruh tanda kalender tu hihihi

    ReplyDelete
  4. Tak senonoh betul bagi salam dalam toilet masa tengah 'membuang'. Siap jawab call lagi tu.

    ReplyDelete
  5. Best jugak baca cerita hari Minggu U ni elly hehe....benda best mmg cepat je berlalu! hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...