Nuffnang Ads

Wednesday, May 29, 2013

Introducing new member of the family.....

Ala bucuk bucuk...



Ini penyejuk di depannya..
 P.s.: Ala tak yah bisik-bisik.. mesti korang tengah meneka-neka kat mana ni kan...?

Saturday, May 25, 2013

Stress sampai sakit belakang.... Possible kan? Betul kan Dr. Locum?

Sakit belakang ni memang mengganggu betul.  Nak kata buat aksi acrobatic rasanya takat lipat-lipat jari je...ala yang ketap-ketap jari tu.  Aksi-aksi badan takat berdiri duduk dan tido je. 

Hmmm ni mesti case kerja banyak.  Stress sungguh!.  Lepas sorang, sorang resign.  Tak tahan sangat so gi klinik.

Visit kali pertama:

Zombie:  Doctor, dah 3 hari saya sakit belakang.  Kasihani lah saya.

Dr. Permanent:  Mmm.  Angkat apa...? 

Zombie:  Entah.  Angkat berat kot dekat gym (uhukkk).  Atau stress tempat kerja.  Yang mana boleh dapat MC?. (maintain muka kesian sekesian mungkin).

Dr. Permanent:  Mmm.  Muscle pull kot.

Zombie:  *sigh* Ok.  Saya nak rest Doctor. *mc! mc!*

Dr. Permanent:  Mmm. Ok.

Zombie:  Hari ni hari khamis, kalau dapat 2 hari ok jugak Doctor.

Dr. Permanent: Satu hari je ! (senyum yang paling saya tak berkenan)

Zombie: Doctor tak nak check BP saya ke?

Dr. Permanent:  Meh saya check.

*pump* *dengar* *tunggu*

Dr. Permanent:  Hmm ada tinggi sket.  Sebab tahan sakit muscle ni.

Zombie:  So dapat ke 2 hari MC?

Dr. Permanent:  Satu hari je (senyum lagi).

Zombie:  Ooookkkk....

Next day MC dan badan penuh Yoko Yoko dan Salonpas....

-------------------------------------------------------------------------------------

Visit kali ke dua: (memang still sakit....sungguh!)

Zombie:  Saya sakit belakang la Doctor.

Dr. Locum: Muscle pull tu.  Stress ke?  Nak MC?

Zombie: :)

Dr. Locum: Nak cucuk pain killer ke nak makan je?

Zombie: Makan lah Doctor.

Dr. Locum : Baik!. Ambik supplement calcium sekali ye.  Nanti saya bagi MC just in case you nak rehat.

Zombie: Baik Doctor!!

-------------------------------------------------------------------------------------
 
4th day baru kurang sakit.

Hari Wesak, masa orang lain berjimba-jimba dengan family and friends, saya kena kerja.  So belakang ni dah sakit balik.

Lather, rinse and repeat.

P.s: Cerita ni cerita benar tapi bukan exact words.

P.p.s: Saya memang innocent dan sepatutnya dapat 2 hari MC!

P.p.p.s:  Muscle pull relieved sikit bila saya letak belakang saya bawah hot shower.  See Doctor?  Home remedy's the best.  So saya patut dapat 2 hari MC sebab baru la boleh buat hot shower treatment lama sket.

 

Thursday, May 23, 2013

Finally semua prosess beli rumah akan berakhir... ke semuanya bakal bermula? Entahlah... muahaha!!

Finally hal-hal pembelian rumah PKNS saya tu dah berakhir dengan penerimaan kunci rumah dan duit downpayment rumah hari tu balik.  Alhamdulillah sangat-sangat. 

Process yang bermula bulan November 2012 memang terasa lama betul.  Masa duk kumpul document untuk apply loan pun dah rasa jauh sangat ingatan tu.

Meh baca chronology yang saya lalui untuk hal-hal bab beli flat PKNS nih.

26 November 2012 - Nampak iklan ada Flat PKNS nak dijual.  Ooohhh menarik!!. Copy nombor phone penjual.  Excited excited!

27 November 2012 - Tengok rumah. Oo aaaa. Angguk-angguk tanda setuju.  Bagi duit bertunang (tangan ketaq oo).  Nasib baik penjual tu agree nak terima booking fee sebagai downpayment (orang kaya nih).  For black and white, owner tu produce satu surat yang mengatakan dia dah terima duit booking (merangkap downpayment) and both of us signed on it. 

28 November 2012 - Beli file, simpan document tu.  Prepare documentations (ic sendiri dan ic penjual).  Cari dan contact lawyer.  Pilih lawyer yang dekat dengan office sebab senang nak cilok jumpa lawyer time lunch.  Jauh-jauh kang kena ambik cuti or half day lak.  Psst, nanti tolong markup harga eh.  Penjual cakap okeh.

29 November 2012 - Jumpa lawyer.  Minta siapkan draft SnP dulu sebab nak bagi pada bank.

04 December 2012 -  Dapat draft SnP.

5 December 2012 - Berpeluh cari document untuk apply loan.  Click-click website bank request untuk cari banker.  Semua senyap.  So panjat jugak la tangga bank tu.  Kecuali Maybank sebab credit officer dia duk ground floor jugak so tak de la panjat tangga.

10 December 2012 - Orang kata usaha tangga kejayaan.. dalam bab saya ni tangga menunjukkan usaha yang berhasil.  Bank yang kena panjat tangga je reply iaitu CIMB dan Public Bank.  Public bank pemenang sebab paling pantas reply.

9 January 2013 - Pilih CIMB (sorry Public) sebab interest lagi menarik.  Terus sign letter offer.  Then call lawyer untuk proceed buat kerja-kerja yang patut.  Scan front page LO dan bagi pada lawyer.

18 January 2013 - Menunggu reply dari PKNS.

25 January 2013 - Masih menunggu reply dari PKNS.

05 February 2013 - Masih menunggu reply dari PKNS.

07 February 2013 - MC pergi check telinga.  Masih menunggu reply dari PKNS.

11 February 2013 - Chinese New Year dah... masih menunggu reply dari PKNS...Zzzzz...

15 February 2013 - PKNS dah buka mulut (owh? ada beli rumah rupanya.  Sampai terlupa).  Semua ok. Sign SnP.  Bagitau banker pasal SnP.  Minta proceed dengan loan documentation guna lawyer yang sama.  Scan call card lawyer dan bagi pada banker untuk check sama ada panel atau tak.  Banker said yes, memang panel, and boleh dipakai lawyer tu.

18 February 2013 - Menunggu loan documentations lak.  Dah lemau.

18 March 2013 - Sign loan documentations.  Excited balik.  Tunggu lawyer buat something-something.

02 April 2013 - Still tunggu lawyer buat something-something.  Masa ni bila followup kerani lawyer tu akan inform document itu ini tak cukup (macam contoh latest quit rent dari penjual, Power of Attorney belum dapat dari High Court dan macam-macam lagi).  Sorry I didn't have the complete list of what are the documents.

20 May 2013 - Lawyer call.  Dapat balik duit yang buat booking dulu tu dan konci rumah.  Weehooo!!!

25 May 2013 - Ni belum jadi lagi... Tapi this weekend nak jumpa balik penjual dan tenant sekali.  Dan untuk dapatkan duit deposit sewa rumah.

Ok guys, it's a wrap!!

P.s - Macam menarik je harga sebijik rumah kat Mudah.my hari ni.  Hmm kukus, grill, panggang... kukus, grill, panggang.... kukus, grill, panggang...


Sunday, May 19, 2013

Hujan, boleh guna alat kawalan pengumpulan hujan tu lagi.. yeay!!

Beberapa hari ni hujan sekejap-sekejap, Alhamdulillah.

Cuaca panas memang terasa betul beberapa minggu ni kan? Tambah pulak KL ni asyik tak de airrrr je.  Kalau masuk Alamanda pun tak terasa aircondnya.  Makan kat food court pun berpeluh-peluh (time tak gaji la tu).  Shopping mall lain saya tak tahu sebab tak sempat nak terjah.  Saya agak sibuk kat pejabat. 

Tapi hujan kali ni tak de la lebat sangat.  Tapi cukupla untuk kami keluarkan Alat-Kawalan-Pengumpulan-Hujan-Jarak-Dekat© (AKPHJD©) kami tu.  Sepertimana engineer-engineer* berjaya yang lain, kami suka cipta alat-alat baru.  Latest invention kami ialah alat AKPHJD© ni lah.  Inventions lain masih dalam perbincangan.  Maklumlah saya agak sibuk di pejabat.

AKPHJD© ini memerlukan bahan mentah i.e. air hujan yang banyak.  Kalau tak, sure fail.  Menitik macam kencing kucing je jadinya dalam baldi tu.  Pas tu pulak tempat turunnya hujan dan baldi kena dalam jarak yang dekat.  Kalau tak, air hujan tu tak terkumpul.  Faham setakat ni?  Tak faham pun tak pelah.  Saya agak sibuk di pejabat.




You all mungkin tak nampak tapi jari kelinking saya melentik ketika ambik gambar ini sebab design alat ni sangat 'classy'.
 
Tujuan alat ni ialah untuk orang yang duk apartment macam kami ni.  Bila hujan lebat, bukannya dapat berlari ke porch untuk tadah air hujan (utk cuci lantai porch ke, siram pokok bunga ke).  So kumpul la air hujan dari balcony direct ke baldi.

* Disclaimer: Kami bukan engineer.
* Lagi disclaimer: Kami tak jual alat ni tapi kalau nak order boleh lah.  Harga kawan-kawan.


P.s.:  Argghhh! My back pain is killing me!  Apa petua selain pain killer?

Wednesday, May 15, 2013

Tipulah kalau korang tak pernah buat ni. Saya buat sebab saya tak de kerja. Or sebab stress banyak kerja... either way sama je.

Kalau you all yang ada blog mesti pernah buat ni kan?  Google nama blog sendiri.  Tak pernah?  Ok sad.  Pergi la cuba.  Pergi, pergi.


Kalau tak nampak you all boleh try google 'daily elly' or 'elly daily' sendiri.  Tapi yang tak puas hati tu apsal la result tu pergi cerita yang En. Suami pergi masak semua benda tu?  Hish!  At least keluarkan la cerita pasal investment flat saya tu ke.  Or pasal cerita putus bekalan air ke.  Or iherb ke.  Nampak la sikit some 'intellectual' stuff dalam blog ni.

Lepas ni kalau saya memasak, saya kena post lah dalam blog ni so that result kat atas tu boleh la di'replace' dengan cerita saya pandai memasak.  Walaupun sebenarnya kalau saya memasak, masa kat dapur tu habis sebab duk baca resipi banyak-banyak kali.  Kecuali kalau buat kek pisang, saya baca resipi tu 2 - 3 kali je.

Anyway, another teammate is resigning.  I'm stressed!! Help!

Wordless Wednesday - Carry on then

.
.
.
.
.
Nothing to see here... It's wordless.  Now go.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
P.s. Terharu anda masih disini. :')

Sunday, May 12, 2013

10 benda yang berlaku masa weekend yang korang mungkin rasa macam sedikit nak tahu. Sedikit je.

1. Balik kampung hari tu first time naik flight dengan anak berdua je.. Rasa macam highly paid nanny... One happy expensive nanny.  Ok, ni sebenarnya cerita weekend lepas..Dan saya dah sebut pun sebelum ni tapi still... just don't argue ok?.  Dan first time jugak bawak anak naik KLIA express dan LRT.  Ingatkan anak excited, rupa-rupanya takut bila LRT masuk terowong.  "Kenapa ibu bawak Adik tengok depan?  Ha? Kenapa? Ha?"  (exact words bila bawak anak tengok depan LRT).  Berpeluh nak jawab bila ramai orang pandang.  Cepat-cepat bawak anak ke belakang sambil buat balancing takut terjatuh bila LRT goyang-goyang.
 
2. Dapat SMS dari CIMB.  Saya bakal jadi penghutang yang berjaya.  Tahniah Elly!
 
3. En. Suami masak nasi tomato, ayam kurma, udang sambal.  Ye, memang En. Suami yang masak dan bukannya saya Pn. Isteri.  Don't judge me!.  Dan tak perlulah gambar makanan-makanan tu semua sebab article kat bawah ni. 
Personally, saya tak percaya.   Orang yang update status dalam FB setiap saat tu yang lebih mental!.
4. Tak ada nombor 4.
 
5. Saya rasa jumlah jam masa weekend tak cukup 24 jam lah.  Kejap-kejap tengok jam pukul 9 pagi.  Kejap-kejap tengok lagi dah pukul 3 petang.  Eh eh dah 9 malam?.  Tak logic lah!!  Kalau time kerja tu tengok jam pukul 8.45 pagi.  Tengok lagi baru kul 8.50 pagi.  Tenunggggg lagi lama, baru pukul 8.51 pagi.  Seminit je?? Sangat lama.
 
6.  First time dengar orang tengah ber*tut* dalam toilet kat office, then telephone dia berbunyi dan dia jawab dengan cubaan suara 'normal' "Assalamualaikum!"... WTF?????  I will flush my toilet no matter what dan your caller akan dengar dengan jelas awak kat mana ok!  Jangan salahkan saya for being clean.  Ok, ni bukan cerita weekend tapi on Friday which is almost weekend.  Don't argue!
 
7.  Makan Nasi Berlauk lagi dekat AU5.  Rasa dia ok ok saja la sebenarnya tapi teh kaw dia memang tip top!.  Nasi berlauk dia tak boleh lawan yang kat Kelantan punya ataupun kat kedai Kak Mah Selera Pantai Timur kat Medan Selera Kg Pandan.  Fuh! Marvellous betul kalau telinga ni dah kebal dengan 'ayat-ayat' kurang asam keping Kak Mah tu.  Jangan argue dengan dia!
 
8.  Ye saya lahir bulan lapan.  Macam Barack Obama.  Sila tanda calendar masing-masing.
 
9.  Hari Ibu.  Anak tak wish pun.  Tunggu jugak kot-kot dia nak buat surprise bagi bunga ros 100 kuntum ke.  Tu pun kalau dia tahu cara kuarkan duit dari account Tabung Haji dia.  Dah dekat 4 tahun pun, dah banyak duit raya dalam account tu kot.  Nasib baik Abahnya ada wish.
 
10.  Saja nak cukupkan sampai no. 10.  Tak de apa pun.  Nak baring jap.  Lagi pun besok dah start jadi zombie balik.  Harap tak dengar orang bagi salam dalam toilet lagi.

Friday, May 10, 2013

Kawan resign, bos bercuti oversea 2 minggu, dapat assignment yang alien, dateline berlambak, berat badan makin naik.... Selain dari itu, saya ok.

...(panjang gak boleh key in title ni ye... boleh dapat award tak?)...

Lama tak update blog.... zombie ni agak busy ...

Hari tu kawan merangkap pakar/architect untuk team kitorang kat office ni dah resign.  Lepas cubit-cubit lengan untuk make sure benda ni bukan mimpi, baru lah sedar bila ada orang resign, kerja-kerja dia mesti la orang lain kena siapkan..ye lah, life goes on kan?  Tapi bila nak take up kerja dari orang yang merangkap 'pakar' ni, aduhh, tepuk dahi!.  Susah macam budak tingkatan 3 cuba buat soklan tingkatan 4 tuuu.  Terkebil-kebil mata tengok.

You get the idea.
Nak laaagi best, bos pulak pergi bercuti 2 minggu, pada hari yang sama dengan last day kawan yang resign tu.  Dah la kena ambik kerja kawan tu, kerja bos pun kitorang kena cover.  Haihh... being a 37 yo, kerut di muka ni tak bagus.  I need facial treatment.  Tak pun collagen, or whatever!

Rasa nak nyanyi lagu 5 budak hitam je... 5 budak hitam, main kerja-kerja, satu kena lamar tinggal lagi 4. 4 budak hitam, memang sudah pening, satu jalan-jalan tinggal lagi 3.

Tiga budak hitam yang pening lalat.

Ok, nak baring jap.

Anyway, hari tu sempat balik kampung sempena mengundi.  Ho ho ho zombie ni sangat happy.  Mesti la sebab dapat jumpa parents dan jauh dari kerja-kerja yang berlambak tu.  Tambah pulak Mok tercinta masak makanan favourite - Nasi Dagang Mok.  Bukan nasi dagang orang lain ye.  Nasi Dagang Mok!.

Nasi Dagang Mok - Combo meal terbaik - dengan petai, timun dan cili padi.
Dan disebabkan nasi dagang di top up dalam perut 3 kali dalam sehari, makanya berat badan dah ala-ala hmm malas nak cakap.  Stressed!  Maybe saya patut start pindahkan hanger-hanger baju yang tergantung kat mesin exercise tu...
 
Tapi hari balik KL saya tak stress dah (tak perlu exercise???).  Hu hu sebabbb...  Ni dia!!!
 
 
 
 
Dapat naik flight yang ada TV!! Plus, leather seat!!! Woo hoo! Plus sayap yang extra melentik!! Double woo hoo!!!.
 
Ok, I'm freaking out.  Nak baring jap.
 
By the way, selain dari itu, I'm perfectly ok.
 
Thank you!

Wednesday, May 01, 2013

Warning - entry ni sesuai untuk diary. Mungkin tak sesuai kalau zombie yang baca.

25 Apr - Last entry untuk blog sebelum dapat writer's block.  Writer?  Ok, apa-apa lah.
26 Apr - Eh dah Friday?
27 Apr - Jadi couch potato.
28 Apr - Timbang berat... nyaris nak tembak penimbang tu. 
          - Jadi couch potato balik sambil lipat kain.
29 Apr - Kerja macam zombie.
30 Apr - Kerja macam zombie.
1 May - Hari Buruh untuk buruh zombie macam saya. 

Tu je?  Kenapa rasa yakin betul macam banyak dah accomplished.. Tapi bila list down, itu je?

Hmm..

*duduk balik kat sofa*

Nampak surat atas meja.  Dari lawyer rumah.  Baca surat....  Yes!! Semua documents dah complete.  Sekarang menunggu cheque dari bank saja.  Ho ho.. made my day(s).

Rasa muda.  Riang gembira.

*senyum*

By the way, kalau zombie tiba-tiba wujud, jangan buat benda-benda kat bawah ni.  Lagi bagus kalau dapat print poster ni dan tampal kat tempat-tempat yang selalu nampak.  Orang kelate kata better be prepared.


P.s.  Bila dah tampal, sila post comment anda... Unless kalau you all pun zombie... Mungkin saya akan rasa sedikit takut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...