Nuffnang Ads

Tuesday, February 07, 2017

*sniff* *yawn* *cough* waking up from slumber terus shopping kat Fashion Valet!

Lama betul tido dari dunia blog ye? 'Bangun' je terus pandai bukak website and nak cerita pasal Fashion Valet.  

Maklum la, first time shopping kat FV baru-baru ni.  Ye, memang saya ketinggalan :D.

Lagipun sekarang kan banyak weekend panjang, CNY la, next is Thaipusam.  Makanya ada la majlis wedding.  Kali ni belah shuben.  So terpaksa la cari proper attire.  Takkan la nak pakai baju kurung lusuh yang memang sehelai tu je yang muat.  Baju raya last year entah macam mana tailor tu pi buat terbesar lak.. goboh je rasa bila pakai.  Tak alter lagi sampai sekarang heh.

Anyway, since I ni sibuk sangat bekerja *cough*, maka mesti la saya lebih prefer beli online je.  Tapi beli baju online ni agak gamble skit la.  Satu, whether the size really fits us.  Kadang-kadang indah gambar dari rupa.  Second, is the seller can be trusted?.  Third, berapa lama it takes for the seller to ship our items sebab kadang-kadang dah last minute baru la decide nak beli baju.  Kalau ship within 7 days memang sorry la I'm not a fan.

Tapi shopping kat FV ni so far meet all my requirements.  It definitely is  a trusted seller, and they ship in 1 day!.  First timer pulak dapat RM10 off.




Sign up kat page ni free je and sangat simple.  Overall look of the page tu pulak sangat 'Vivy'.  Hehe I mean all white, simple but clear fonts, clean arrangement.  I like!!




So lepas sign up, you all akan dapat email confirmation dan welcoming email.  Lepas tu terus boleh start shopping!.  Apa yang saya cari? Of course la I cari Duck scarf heh.  Dah lama sangat berkenan tengok Vivy tu pakai.  Lagipun sesuai la untuk gi wedding kan. 

Nak cari barang kat FV page ni senang je.  Guna je search function dia.   Search function tu akan bagi recommended item names juga.  Simple.  Bila nak jumpa barang yang nak, terus add to Cart.  Cuma nak tegur sikit la, gambar untuk Duck scarf ni lighting dia terlebih sket kot so the actual colour that I got is slightly darker.  Sikit je.  Tak de la sampai nak hantar email complain. 

Anyway, from the Cart, boleh la fikir-fikir, then kalau confirm nak, terus je check out.  Cara bayaran lak credit card boleh, bayar online transfer pun boleh.  Senang!  Lepas tu acara menunggu...

...sampai budak delivery sampai kat muka pintu anda.

Satu lagi saya suka pasal FV ni, bila delivery tu dah on the way, which normally on the next day, diorang akan hantar message "Hi! Your FV order FV-XXX will be sent to you today".   Then after few hours "We are delivering your FV order FV-XXX now.  Approximately 9 KM away from you".  Haa.. masa ni kalau sisturss semua kat luar rumah cepat-cepat la balik.  Or kalau duk dalam tandas tu pandai-pandai la budget masa untuk bukak pintu.  Memang sangat convenient!.

Then the package comes.  Exciteddd sangat. Masa deliver tu, the delivery staff akan mintak sign and key in ic number.  Tu je.  Done.

*bukak package*
*sengih-sengih*
*perasan jadi Vivy*
*tengok cermin, pengsan!*
*terus jadi Duck addict*


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...