Nuffnang Ads

Wednesday, October 07, 2015

Dah nak darjah satu - ibu yang stress

So my son akan masuk darjah 1 next year.  Walaupun masa tu dia baru turn 6, tapi it's ok.

So sebagai ibu, bila anak pertama, err the only child, nak masuk darjah satu memang la kelam kabut/ jiwa kacau.  

Bukan fikir pasal uniform, text books, yuran etc yang nak kena bayar atau beli, tapi more kepada sekolah mana, ok ke sekolah tu?  Boleh ke anak kita yang always seems to be so small and fragile ni nak beli makan kat kantin?  Tak kena tipu ke nanti?  Healthy ke?  Kalau bawak bekal (kalau dia nak bawak) tak kena paw ke nanti :D.

Budak-budak sekolah nanti ok ke?  Cikgu helpful ke?  Akan stress tak dia?  Bila nak join sukan-sukan lak?

How about sekolah agama, perlu ke? baru darjah satu kott, tak penat ke dia? tapi kalau tak hantar, tak ketinggalan ke dia nanti?  Dan sekolah-sekolah ni nanti dapat ke bantu dia jadi manusia yang berjaya/berguna?  All sorts of intangible items hehe..

Tapi walau pening macam mana pun tetap kena harung juga.

Kena bagi pendidikan pada anak juga.

Kena let go juga.

Sekolah kebangsaan dah settle, dapat yang dekat dengan rumah.  Although jauh dari office saya ni, abahnya ada untuk tolong uruskan.  

Sekolah agama pun insya allah akan settle dalam masa terdekat.  Walaupun berbelah bagi nak hantar ke tidak, sebab saya asal Kelantan, dan kat sana tak ada 'sekolah agama' per se.  Cuma ada kelas fardhu ain, which is totally not compulsory dan tak de exam bagai.  So saya tak boleh nak imagine anak saya ni going to 2 schools every day.

My personal justification untuk hantar ke sekolah agama cuma 2 point: 
1. saya tak nak dia ketinggalan, 
2. saya tak nak dia ada too much time yang menyebabkan dia get involved with something yang tak sepatutnya.  

Zaman dulu dengan zaman sekarang lain.  Dulu-dulu lepas balik sekolah, kami still ada dirumah, main dirumah, ajak kawan-kawan.  Tak ada exposure pada online games, or activity sosial yang menakutkan.  Tak de budak-budak kena culik.

And my husband and I insya allah akan cuba not to stress him with 'ambitious' or shall I say 'fictitious' exam results.  Let him have his childhood memory yang fun and full of life.  Sebab bagi saya, belajar tentang jati diri / self identity/ survival adalah lebih penting if not same as academic.


1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...