Happy New Year semua!!.. Pejam celik sekarang dah pun 2015. Cepat masa berlalu kan? #mixedfeelings#.
2014 has not been a good year to Malaysia, with all the airplanes incidents, MRT, and the recent flood and the economy and so on and so on. But Alhamdulillah, kita dah harungi nya bersama. Proud to be Malaysian! :)
2015 please be good to us. Ameen...
Sebagai penutup 2014 kami sekeluarga ke Melaka. Jalan-jalan plan C sebab plan A nya nak gi ke pantai timur sambil balik kampung, tapi banjir. Plan B lak nak gi Cameron Highland tapi tanah runtuh, takut la pulak. So kitorang execute plan C.
So start cuti-cuti 2 hari ni kami ke Muar dulu. Visit anak cucu hehe.. dan of course cari Mee Bandung. Not my favourite dish tapi saya suka try makanan local. Dan tak rugi rupanya. Memang sedap!!
Location nya kat Muar. Exact location tak tau la pulak.. kalau nak cari boleh call number kat gambar tu kot. Udang galah besarrrrr. Sangat sedap!. |
Dah kenyang, kami gerak ke Melaka.
Disebab kan ni plan C, maka kami memang tak book hotel pun. Dan sampai Melaka, kami google mana hotel yang dekat ngan Jonker Street. Nampak Bayview Hotel quite close, kami call dan terus dapat bilik. Nasib baik gak la.
Hotel ni bagi saya so so je la. Maintenance tak tip top. Sekadar nak bermalam boleh la kot. Masuk bilik pun ada sedikit bau macam beer gitu. Entah la, I might be wrong. Facilities sangat basic. WIFI ada dan FnB dia masa breakfast pun so so jugak. Tak de la impressive.
Kolam kanak-kanak dan dewasa agak kecik. Tapi takat teman si anak main tu ok la.. |
Pas tu dah lapar, kami makan kat kedai dekat-dekat situ jugak. Purposely cari Asam Pedas Melaka.
Makanan nya biasa je. Agak sejuk sikit. Tapi asam pedas ikan parang dia boleh tahan sedap!. |
Lepas check out, mula-mula kami ke Jonker Street. Tapi entahla.. rasa macam tak de benda nak tengok, nak cuba makanan pun was-was pulak. Si Anak lak memang tak minat nak tengok-tengok barang window shopping. En Suami memang sporting! hehe.. ikut je la kerenah wife dia ni.
Terus kami ke Jam Besar tu, pekena Cendol Jam Besar then naik beca ke A Famosa. RM20 jugak la kena pusing dari Jam Besar tu, ke A Famosa then to Muzium Samudera tu. Tapi si Anak memang suka sangat lah.
Muzium tu kami masuk jugak kejap. Sampai lenguh kaki jugak lah memanjat tangga boat tu hehe. Hari ni pun tak hilang lagi. Bila dah lapar, kami decide terus ke Klebang cari Coconut Shake yang glamer tu.
Guna Waze tu sampai la jugak kami kat Coconut Shake Klebang ni. Dari luar nampak kereta je banyak. Ingatkan dah betul. Tapi hairan kenapa tak de orang makan-makan.
Rupa-rupanya ni untuk drive thru sahaja. So kami tengok ramai orang laju je masuk simpang sebelah, kami masuk je la. |
Ha.. baru nampak pintu gerbang dia. Parking pun banyak. Tapi mungkin sebab weekdays. |
Haaa nin diaa... Nasi lemak dia memang terbaikk... Simple tapi sedap! Confirm korang makan 2 bungkus jugak (ayat kantoi). |
Anyway, just for sharing, starting 01 Jan 2015, Elly-Daily dah jadi official vendor kat Butik El Houda Contemporary!. So warga Shah Alam, boleh la kesana ye untuk dapatkan Hijab Pins saya ye. Tapi kat sini retail sahaja lah.
Selalunya awal tahun jugak ramai akan set new year resolutions. Bagus sebenarnya, boleh tahu progress kita. Saya tak nak cerita pasal azam tahun baru saya, sebab dari kecik sampai besar tak pernah nya dapat hehe kurang usaha sebenarnya. Except for last year, saya usaha jugak untuk dapatkan satu rumah sewa. Hehe.. yang tu paling best. So tahun ni, harap-harap I can think of at least one resolution and try to make it happen. Hehe.. my resolution is to come up with one resolution. Ngeh ngeh..
Ok all, selamat tahun baru,.. Stay healthy, Be good, Wish us all the best!
No comments:
Post a Comment