Kesahnya saya kan buat business online kecil-kecilan ni... So memang best la sebab buat benda yang kita minat then suddenly ramai orang minat nak beli.
So dalam memenuhi permintaan pelanggan ni banyak jugak la yang saya belajar. Kat bawah ni saya letak dalam point form, so senang you all nak refer masuk dalam thesis haha...
1. Dari lenggok bahasa, dapat cam si pemberi message tu dari mana. Kalau Sabah / Sarawak memang cute sangat!!!.. Saya - mostly tulis Sya, kalau Tiada mostly tulis Teada... awwww cute! Dan bila baca, saya bersungguh-sungguh baca kot slang diorang. Ala-ala Marsha Milan gitewww..
2. Dan, bila dapat tahu the buyer tu dari Sabah/Sarawak, saya memang suka sangat. Sebab you all memang serious buyer dan straight to the point beli terus banyak. I was lucky ada buyer yang baru nak buka butik dan saya dapat jual banyak pin secara borong untuk diletak kat butik tu. Sangat puas hati!
3. Melalui message jugak saya dapat sense pembeli tu serius orang nya, funny atau suka ber-negotiate. Haa... Ada yang serius buyer tu, ok, I want this 20 pieces, that 10 pieces, those 30 pieces.. So how much? Wahh I likeee.... Tapi ada jugak yang 'Kalau beli 50 pieces dapat hadiah tak?' Haa.. confirm la ada yang dapat hadiah misteri. Sya sukak!.
4. Belajar cara terima payment kot Western Union!. Excited sangat bila ada buyer dari Brunei. So dapat la belajar guna service Western Union ni. Mudah sangat! Next, belajar terima payment via Pay Pal. Ada yang nak ajar tak?
5. Ada jugak buyer yang tanya macam-macam tapi tak jadi beli. Tapi tak ramai yang macam tu. Kebanyakkan nya suka bertanya itu ini dan tiba-tiba beli dengan banyak!. Saya Insya Allah layan semuanya. Seronok!. Maklum la.. beli secara online memang kena details kan. Tapi kalau ada tersilap kata dan bahasa dari saya ampun maaf ye!.
6. Belajar cara kejar dan commit dateline. Haa yang ni memang physically dan mentally mencabar sikit. Kadang-kadang kerja kat office banyak, kita dah penat, tapi ada buyer dah buat bayaran. So kita kena jugak meet our SLA ha.. gitu. SLA saya day after payment terima, saya akan pos. Kecuali la kalau Pos Laju tutup. Tapi bila customer reply barang dah dapat dah sangat-sangat puas hati, haish... penat pun hilang.. :)
7. Belajar cara control stock, modal, untung, rugi. Duit masuk boleh enjoy terus ke, atau set aside untuk modal lagi ke. Macam-macam lah. Stock yang ada cukup tak untuk sebulan, or 2 minggu je boleh habis.
8. Belajar timing untuk buat marketing! Haa.. yang ni memang best. Kalau dekat gaji/ bonus/ or apa-apa sahaja berkaitan duit masuk poket, kita marketing sikit, Insya Allah orang notice. Masa tu kena siap siaga la bersengkang mata penuhi order hehehe... besttt!!
9. Belajar sabar, tidak terlalu high hope, tapi jangan limit diri sangat. The key word bagi saya ialah CUBA. Tak cuba tak tau.
10. Belajar guna Instagram. Sekian.
P.s.: Next, belajar register business dengan SSM. *ngee*.. 2015 here I come!.
P.s.s: Terus nak nyanyi lagu UTC....UTC... pusat pelbagai perkhidmataaaannn... :D
No comments:
Post a Comment