Nuffnang Ads

Wednesday, November 06, 2013

Dua bulan....(lebih kurang)

Dah dekat dua bulan ... semua aman damai..

Siap dapat tuai dah 2 pasu sayur buat goreng mee.  Memang puas hati... dan bahagia.

Tapi dua tiga hari lepas semua terganggu....dek kerana burung.

Favourite dia anak pokok yang tak bersalah yang baru dua tiga inci tingginya.  Dah elok-elok baru lepas transfer masuk polybag besar, terus kena ngapp..

Percubaan kali kedua.... please bird, these are mine!

Next favourite burung ni ialah pucuk pegaga.  Dari rimbun terus kurang rimbun..  Ingatkan ulat makan, rupanya burung minah.  Muhibbah betul balcony rumah ni. 

Seminggu lepas rimbun je pasu ni... T_T
Even bila kitorang basuh sarung sofa, burung kelicap kuning pulak mesti datang.  Datang nak mengutip bulu burung yang jatuh-jatuh masa kitorang bukak or pasang sarung sofa.  Tu mesti pergi  kelentong or show off kat burung lain yang bulu dia cantik putih melepak macam bulu angsa.  Or maybe dia nak show off sarang dia paling cantik..all white.
Anyway, solutionnya, En. Suami tolong gantungkan CD.  Sebab saya baca kot internet, tips nak halau burung, gantung la cermin or CD.. janji ada reflection.  Nanti burung takut.

Huh! Takut la sangat.  Yang burung kelicap tu memang dah tak nampak singgah.  Tapi burung minah tu still lagi datang kutip daun pegaga.  Haih.. healthy eating nampaknya burung ni.
Anyway, nampaknya terpaksa jugak la saya hidup harmoni dengan unggas-unggas ni.  Tapi actually suka jugak bila burung-burung ni datang singgah. hehe.  Butterfly pun suka datang.. cari bunga kot.
Daun sup, pokok maman and sayur sawi :)


Pucuk ubi berkedut dah start bertunas.  yeay!!

Bila dah start ada pucuk, laju lak daun baru keluar..  Dulu ingatkan dah pengsan

7 comments:

  1. Askum. Wah green fingers jugak elli nih. Saya penah tanam pegaga tapi x menjadi. Beli pegaga kat pasar tani utk buat ulam, yg lebih tu semai tapi cam bantut jer. Elli tanam mcm mana cantik jer jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmslm saya pun tak reti.. belasah je.. pas tu buat2 rajin siram hehe... suka tanam sbb tengok blog tanamsendiri.com tu... err x nak try skincerity? For clinical n cosmetics :) (sempat iklan)

      Delete
    2. Nak jugak tapi ni dah rabak beli colagen sweet 17 pastu member punya pasal rabak lagi beli double stem cell, sakit pala mikir cemaner x nak kasik hubby tau... Waaaaa... *mode melalak

      Delete
    3. Hehehe.. tak pe... nanti cantik hubby jugak yang suka ;)). Kalau nak cuba boleh la roger2 ek.

      Delete
  2. Berbudi pada tanah, bagus hasilnya..

    ReplyDelete
  3. x tau pulak burung makan daun. ingatkan makan serangga je. Tapi bess la tuai hasil pokok sendiri... lagi2 kalau tanam pokok tak letak racun.. lagi bess.

    ReplyDelete
  4. wah rajinnya bercucuk tanam kat rumah..burung pun tumpang dapat rezeki...bagus!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...