Nuffnang Ads

Friday, October 25, 2013

Skincerity - From Skeptical to Confidence. Jom la try kulit cantik dari botol ni.

Masa mula-mula dengar pasal Skincerity ni saya agak skeptical.  Maklum lah.. orang yang mempunyai regime penjagaan kulit yang 'simple' macam saya - seketul sabun muka susu beras dari Siam RM 7 sebijik- agak skeptical nak pakai benda-benda 'fancy' macam ni.  Tapi berangan nak kulit secantik Siti Nurhaliza.

Tapi lepas satu demi satu kulit muka orang saya tengok berubah jadi licin depan mata saya sendiri, saya mula angkat kening sebelah.  Dan bila tengok adik and suaminya sendiri dah mula dapat kulit yang makin smooth saya angkat dua kening.  Impressed!  Kat bawah ni gambar diorang.




Tak nak ketinggalan, saya order sebotol.  Lepas baca ingredient dia, saya confident untuk cuba sendiri.  Sebab tak de unsur-unsur binatang dan dapat kelulusan KKM.  Lagipun dia jenis roll on macam deodorant gitu so laagi la saya suka.. tak menyusahkan untuk tepek sana sini.  Nak travel pun senang.  Bawak dia je sebotol dan complete dah.

Sebotol tu pulak boleh tahan sebulan untuk muka saja (tapi kalau ala-ala nak jimat, 2 bulan pun ok lagi... roll je 2-3 hari sekali).  Tapi product ni bukan takat muka je, macam-macam skin problem boleh dibantu selagi bukan luka fresh.

Haaa sukanya...!

P.s: Kalau nak sebotol, roger saya kat sini elieza.cob@gmail.com.

P.p.s:  Pada yang suka membaca sebelum mencuba (macam saya), korang boleh Google "Top 10 Skincare".  Mesti korang akan impressed jugak dengan product ni.

Saturday, October 19, 2013

Fareeda ooo Fareeda... warning: entry agak panjang.

Adoiii la.... haa tu la ungkapan the best saya rasa untuk pengalaman membeli kat kedai tudung Fareeda kat Bandar Baru Bangi.  Makkk aihhh is another expression that suits my first impression.

Segala-galanya sebab nak ikut kawan cari tudung mak dia.  Dari tak de buat apa tu saya on je bila di ajak ke Fareeda.

Tapi bila sampai je depan kedai tu kitorang ni memang ternganga.  Bukan sebab tudung dia cantik sangat sebab masa tu tak masuk kedai pun lagi.  Kitorang ternganga-nganga dan terpinga-pinga sebab tengok ramai orang yng bertudung Fareeda duk berdiri-diri depan kedai.

Apahal lak diorang ni... tak nak masuk kedai ke?  Kitorang terus la ke pintu.. ooppppp kitorang brek.  Ada orang jaga pintu tak bagi masuk.  Rupanya kena ambik nombor.  Tapi dimana nak ambik nombor? Oo kena ketuk-ketuk pintu mintak nombor.  Amboii macam nak beli barang seludup lak.  Kemain!  Masa ni kitorang dah nak gelak pun ada.
Baru serving nombor 80?? Tapi kejap je sampai nombor 226 tu.
Bila dapat nombor kitorang tunggu je la walaupun tak faham lagi konsep kedai tudung terkenal ni.  Tanya orang kiri kanan yang dah ala-ala rupa Mawar  tu baru kitorang faham.  Ambik nombor, tunggu nombor dipanggil, masuk kedai bila dipanggil, pilih, try, bayar dalam masa 20 minit saja, then out you go and never come back! (for that day).
Tu kaki orang yang jaga pintu cum pemberi nombor.



So kitorang follow saja la rules tu.  Tiap kali panggil ada la dalam 40 orang rasanya.  So not too bad sebenarnya.

Tapi dalam pada tempoh menunggu tu kitorang dikacau!  Kitorang dikacau oleh peminat gila tudung Fareeda.  Meminta-minta kitorang tolong belikan tudung untuk dia.  'Yang printed kak!'.  Walaupun kitorang bagi pandangan macam memandang orang jiwa merana, dia tetap dengan arahan dia suruh kitorang belikan tudung 'printed' untuk dia.

'Tudung printed corak macamana???' kitorang saja nak test mental minah ni.  'Err, err err tak pe la kak!'  Pas tu dia blah... kitorang lega sekejap sambil kembali menikmati system kedai Fareeda yang ala-ala eksklusif sampai tak nak bagi orang masuk kedai tu.

Sampai turn kami masuk.  Diberi mini taklimat tentang pentingnya korang keluar dari kedai dalam masa 20 minit dan korang jangan memandai beli banyak-banyak.  

Kitorang follow lagi.  No hal lah.  Masa break lama lagi.  Cukup masa 20 minit kitorang beransur ke cashier.  Kawan nak membayar...saya tak beli apa-apa sebab tak sesuai ngan citarasa.

Tetiba...'Kak! Kak!!!!' Ada suara dari luar.  Aikkk minah gila tudung Fareeda ni lagi???.  Ingat dah blah.  'Tolong beli tudung macam ni kak!' sambik hayun-hayun tudung Fareeda yang dipinjam dari orang yang dah keluar.  Kawan saya reply 'Kejap, saya nak settlekan saya punya dulu'.  Tetiba minah gila tudung Fareeda ni mengomel kat orang sebelah dia.  Tak puas hati permintaan dia jatuh nombor 2 kot.  Siap bagi idea yang kitorang patut ambik dia punya dulu baru la bayar.  wtf!!?!?.

Tetiba je pandangan dia beralih kat saya 'Akak tudung hijau! Akak tudung hijau!!' Dia jerit dari luar kedai.  Berat betul masalah mental dia ni.  'Akak, tolong belikan tudung macam ni nanti saya bayar!'.  Serba salah sebab masa tu tengah melangut, saya ambik tudung yang dia nak tu, pergi mintak duit kat dia.  Tetiba masa tu dia buat terkejut-kejut lak and tanya saya 'Sehelai je kak?'.  Dengan muka haram jadah saya reply dengan suara agak tinggi 'Habis tu nak corak sama selai lagi??'.  Diam.

Habis bayar, saya keluar, tengok minah gila tudung Fareeda tu duk borak ngan orang lain.  Bukan nak tunggu hasil bantuan orang.  Saya hulur je beg, tak nak bercakap...terus pusing ke kereta.  Dari jauh dengar minah gila tudung Fareeda tu jerit terima kasih kak!.  Tak de daya usaha nak mintak maaf sebab menyusahkan kami.

Tamat.

P.s. Kalau minah tu jerit 'Akak tudung pasar malam!!'  Memang ada yang kena buku lima!  Sebab saya memang pakai tudung pasar malam je.

Saturday, October 12, 2013

Tuai sayur antara masak.. esok jangan layu lak... Kena jadi contoh untuk sayur-sayur lain okeh!

Sayur dah boleh tuai ni.  Kalau lama lagi nanti liat pulak daunnya.  Tapi sayang betul rasa nak cabut pokok yang cantik ni.  Rasanya dah sebulan setengah kot tempoh sejak semai benih.  Kalau tengok gambar lama pokok ni lagi la rasa sayang nak cabut... hehe emotionally attached la pulak.


Confirm organic.. kalau kat supermarket ni sah-sah kena bayar extra.
Mungkin esok lusa kena cabut jugak ni.  Nak bagi laluan pada new residents.  Kailan and Maman lak.
The real 'baby' kalian @_@

Yang ni benih maman baru bercambah.. selepas 'bertapa' kata mentua ku hehe... Memang takes time sikit benih maman ni nak bercambah rupanya.  About 10 hari baru ada cambahan.

Ni saya suspect anak maman.  Sebab banyak benih-benih maman yang terjatuh-jatuh tu saya kutip and campak dalam pasu kunyit ni.  Gaya-gaya dah macam maman.  Ada orang boleh verify?  Entah-entah rumput tak?
Pokok pandan pun nampak macam ada 'movement'.  Punya la lama, ingatkan dah pengsan pokok ni.  Tapi bila intai kat dalam nampak ada pucuk baru nak keluar dah.
 
Yang belah kiri tu pokok yang kitorang ambik dari kampong.. about 1 month plus ago.  Kanan tu baru nampak daun baru nak keluar dah...
Nampak gaya semangat bercucuk tanam secara bertingkat ni belum padam lagi ni.  Agak-agak nak tanam apa lak lepas ni... pucuk ubi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...