Adoiii la.... haa tu la ungkapan the best saya rasa untuk pengalaman membeli kat kedai tudung Fareeda kat Bandar Baru Bangi. Makkk aihhh is another expression that suits my first impression.
Segala-galanya sebab nak ikut kawan cari tudung mak dia. Dari tak de buat apa tu saya on je bila di ajak ke Fareeda.
Tapi bila sampai je depan kedai tu kitorang ni memang ternganga. Bukan sebab tudung dia cantik sangat sebab masa tu tak masuk kedai pun lagi. Kitorang ternganga-nganga dan terpinga-pinga sebab tengok ramai orang yng bertudung Fareeda duk berdiri-diri depan kedai.
Apahal lak diorang ni... tak nak masuk kedai ke? Kitorang terus la ke pintu.. ooppppp kitorang brek. Ada orang jaga pintu tak bagi masuk. Rupanya kena ambik nombor. Tapi dimana nak ambik nombor? Oo kena ketuk-ketuk pintu mintak nombor. Amboii macam nak beli barang seludup lak. Kemain! Masa ni kitorang dah nak gelak pun ada.
Baru serving nombor 80?? Tapi kejap je sampai nombor 226 tu. |
Tu kaki orang yang jaga pintu cum pemberi nombor. |
Tapi dalam pada tempoh menunggu tu kitorang dikacau! Kitorang dikacau oleh peminat gila tudung Fareeda. Meminta-minta kitorang tolong belikan tudung untuk dia. 'Yang printed kak!'. Walaupun kitorang bagi pandangan macam memandang orang jiwa merana, dia tetap dengan arahan dia suruh kitorang belikan tudung 'printed' untuk dia.
'Tudung printed corak macamana???' kitorang saja nak test mental minah ni. 'Err, err err tak pe la kak!' Pas tu dia blah... kitorang lega sekejap sambil kembali menikmati system kedai Fareeda yang ala-ala eksklusif sampai tak nak bagi orang masuk kedai tu.
Sampai turn kami masuk. Diberi mini taklimat tentang pentingnya korang keluar dari kedai dalam masa 20 minit dan korang jangan memandai beli banyak-banyak.
Kitorang follow lagi. No hal lah. Masa break lama lagi. Cukup masa 20 minit kitorang beransur ke cashier. Kawan nak membayar...saya tak beli apa-apa sebab tak sesuai ngan citarasa.
Tetiba...'Kak! Kak!!!!' Ada suara dari luar. Aikkk minah gila tudung Fareeda ni lagi???. Ingat dah blah. 'Tolong beli tudung macam ni kak!' sambik hayun-hayun tudung Fareeda yang dipinjam dari orang yang dah keluar. Kawan saya reply 'Kejap, saya nak settlekan saya punya dulu'. Tetiba minah gila tudung Fareeda ni mengomel kat orang sebelah dia. Tak puas hati permintaan dia jatuh nombor 2 kot. Siap bagi idea yang kitorang patut ambik dia punya dulu baru la bayar. wtf!!?!?.
Tetiba je pandangan dia beralih kat saya 'Akak tudung hijau! Akak tudung hijau!!' Dia jerit dari luar kedai. Berat betul masalah mental dia ni. 'Akak, tolong belikan tudung macam ni nanti saya bayar!'. Serba salah sebab masa tu tengah melangut, saya ambik tudung yang dia nak tu, pergi mintak duit kat dia. Tetiba masa tu dia buat terkejut-kejut lak and tanya saya 'Sehelai je kak?'. Dengan muka haram jadah saya reply dengan suara agak tinggi 'Habis tu nak corak sama selai lagi??'. Diam.
Habis bayar, saya keluar, tengok minah gila tudung Fareeda tu duk borak ngan orang lain. Bukan nak tunggu hasil bantuan orang. Saya hulur je beg, tak nak bercakap...terus pusing ke kereta. Dari jauh dengar minah gila tudung Fareeda tu jerit terima kasih kak!. Tak de daya usaha nak mintak maaf sebab menyusahkan kami.
Tamat.
P.s. Kalau minah tu jerit 'Akak tudung pasar malam!!' Memang ada yang kena buku lima! Sebab saya memang pakai tudung pasar malam je.
Heheheh... Best la citer ni.... Klakar giler!!! Mmg la nak masuk kedai farida tu ikut turn tapi kalo bagi 20m .... Apa yg dapat.... Nasib x minat tudung blink blink nih..... Ekekeke....
ReplyDeleteRupa saya tak cukup 'Mawar' nak pakai tudung ni...
Deletekah kah sungguh klaka giler. tudung fareeda tu bukan murah. Ada gak org sampai mcm tu skali ye.
ReplyDeletek long
mmg power la penangan Fareeda ni.
ReplyDeleteSaya penah dengar tokey telekung bagi telekung untuk jemputan majlis kawin... agak2 kawin mawar n fizo akan bagi tudung tak? Hehehe...bukan saya dapat punnnn
DeleteGilo
ReplyDeleteCiter ni sgt2 klakar..sakit perut ak dok gelak.. Yg karang citer ni mmg spot an giler...hahaha..
ReplyDeleteGuy