Nuffnang Ads

Thursday, February 07, 2013

Tips untuk dapat kerja - For fresh graduates.


Dapat masa alone at home today .. well at least for 4 hours till an appointment at 2.30 pm today.  Sambil duk sesaja teringat si kecik tu, tetiba je teringat time-time baru nak mintak kerja dulu.

Bila dikenangkan balik memang banyak pengalaman and alhamdulillah memang kebanyakkannya dapat offer sampaikan kena tolak offer diorang pun ada.  So terasa nak share tips-tips untuk adik-adik kita melalui pengalaman saya sendiri ni.  Kalau yang berkenan tu boleh la follow.  Kalau tak, ignore je la ye.  For me these little things did work.  Other 'standard' tips tu pun jangan dibiarkan.  Buat je.  Nak kerja ke tak nak? Kannn?

Ok adik-adik, mari kita mulakan... :D

Tips 1:  Make your resume/CV as colourful as possible.
Kalau nak kerja, kena mintak kerja kan?  Nak mintak kerja kena 'cerita' sket apa yang kita ada sampai diorang patut hire kita.  Caranya ialah melalui resume yang simple but comprehensive.  Senang sebut tapi susah nak buat kan?

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, selain dari bab  skills/knowledge/qualifications, bab pengalaman kerja tu yang ramai employer akan tengok. Tapi kalau kita ni fresh graduates, mana nak ada pengalaman kerja kan?  Bab ni ramai anak-anak muda (akak belum tua ok!) kita tak berapa creative.  Saya dulu pun tak pernah kerja sampai la graduate.  Tapi empoyers ni sebenarnya bukan nak tengok sangat berapa gaji kita pernah dapat or apa kerja kita pernah buat (remember, diorang tahu kita ni fresh grads) TETAPI diorang ni nak tengok kita ni creative, independent atau boleh buat decision atau pun tidak.  Dengan kata lain, kita ni ada otak ke tidak.  Itu sahaja.

Macam mana nak jadi creative dengan tiada pengalaman kerja?  Well, masa study mesti ada buat field work /assignment kan?  Tipulah kalau tak pernah buat assignments.   Pilih satu atau dua assignment yang kita score giler dan ceritakan pengalaman tu seolah-olah macam kita ni seorang pekerja yang buat field work tu/assignment tu.  Apa involvement kita dalam team tu.  Kalau tugas kita buat presentation, olahlah betapa 'terer'nya communication skills kita sampai field work tu berjaya.  Kalau tugas kita cari bahan untuk paperwork, cakap la kita expert bahagian research and have excellent writing skills sehinggakan assignment tu berjaya/berjalan lancar.  Be creative.  Tapi jangan meleret lak :) 

Kalau pernah kerja/buat part time lagi bagus.  Kalau pernah kerja kat kedai photostat, cerita pengalaman handle customer, macamana kita independently complete each customer's request with minimal/without supervision.  Kalau pernah kerja kilang, ceritakan pengalaman kita dalam production line.  Kalau kita tak de, barang tak siap (contoh).

Last but not least, (ni my own personal secret) print resume tu atas kertas kaler-kaler yang HIGH QUALITY sket.  Putih tu BORING.  Bakal employer kita akan dapat beratus-ratus atau beribu-ribu resumes.  Macamana cara nak suh diorang baca kita punya ialah dengan attract attention diorang pada resume kita.  Sebab tu cuba la kertas yang pastel kaler pink ke, biru ke hijau ke...tak ke menarik?  Remember, yang baca resume kita tu ialah MANUSIA.

Tips 2:  Get all the details!
Bila diorang dah baca resume kita, diorang akan nak jumpa kita.  So semasa dapat panggilan interview tu saya selalunya akan tanya dimana, pukul berapa, block mana, tingkat berapa, sapa yang saya patut cari bila sampai sana, ada apa-apa extra perlu bawa AND last but not least, saya akan tanya berapa RAMAI yang akan di interview dan siapa yang akan interview saya?  Bukan apa, kita kena tahu macamana competition tu nanti dan siapa kita nak impress.
On the background, buat la research sket pasal company tu.  Employer akan a bit impressed kalau kita quote something good about their company masa interview.  Percayalah.  Contoh: "Saya memang bersedia untuk ditransfer ke oversea.  Dengan kejayaan bank ni buka branch baru di Bangkok baru-baru ni memang satu peluang yang saya tak boleh tolak". 

Tips 3:  Be punctual!
Kata orang kalau appointment pukul 8.30 pagi, kita kena sampai kul 8.  Baru la dikatakan punctual.  Kalau sampai 8.30 tu dah dikira lewat.  Tolak ketepi rasa malas/ego/'malaysian' time tu.  Kita yang nak mintak kerja, jadi kita kena tunjuk yang kita betul-betul nak.

Tips 4: Bawak semua documents.
Bawak segala mak bapak documents yang korang ada untuk support semua benda yang bakal korang 'goreng' dalam interview tu nanti.  Make sure yang original.  Kalau pernah buat website, tunjuk gambar-gambar website.  Sekarang ada ipad, bawak ipad tunjuk web tu.
Tips 5:  Dress to kill eh? Dress for work.
Tak kira apa bentuk badan, cuba la berpakaian yang sesuai.  Yang pompuan,  tolongla jangan la seksi.  Yang lelaki, gelang, rantai, subang, tanggalkan la.  Dari image korporat jadi image keparat nanti huhuhu.  Jangan lupa 'pakaikan' senyuman.  My personal secret?  Suits (walaupun waktu tu untuk jadi programmer cikai).
Tips 6:  Interview bukan untuk menipu.
Goreng, goreng jugak tapi jangan menipu.  Kita manusia boleh tau orang menipu ke tidak kan?  My personal secret: masa di interview tu, kita for sure gugup kan?  (Kalau yang confident tu, cuba kawal confident anda jangan sampai terover)  Untuk yang gugup macam saya, cuba tanamkan dalam kepala, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.  Lepas tu, bercakap la macam kita ni memang sah-sah akan dipilih untuk kerja kat situ dan kita nak tahu apa kerja kita tu nanti.  Be serious but pleasant.  Jangan tersengih-sengih macam kerang busuk.
Masa interviewer cakap ada apa-apa soklan?  Jangan cakap 'tak de la encik' TTEEEKKKKK!!! wrong answer.  Tanya, jangan tak tanya!  Tapi kalau interviewer tu in a rush jangan la tanya panjang2. Contoh: "Nanti bila saya kerja sini, berapa ramai dalam team saya?  Saya akan report pada siapa?  Sekarang project apa yang going on dan apa bahagian yang saya akan involve?"... Nampak tak macam kita ni sah-sah akan dipilih?
Tips 7:  Mind your language.
Kalau interviewer cakap English, reply la in English.  Kalau diorang cakap Bahasa Melayu, balas la dalam Bahasa Melayu jugak.  Janji bunyi confident dan POLITE.
Ok, so that's it!  My personal experience saja.  And so far they worked like wonders.
P.s: My favourite personal secret, while on the way out, jokingly tanya 'Harap-harap kita jumpa lagi nanti saya report duty.  Agak-agak bila boleh report duty?"... Works every time!.

12 comments:

  1. eca da praktik semua ne,cuma mungkin belum rezeki..btw,pasal resume tu,mmg patut kot tukar kaler lain...nak tukar gak la,kot2 bila dorg nmpk resume eca,dorg ingat eca.hahaha.

    btw,masa interview eca...eca ckp pasal eca ne blogger..dia berminat dgn blog eca.kuikuikui~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah ada tu... masa belum sampai :)

      Delete
  2. boleh tak nak tengok resume akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama dah akak jadi fresh grad ni dik.... yg pasti akak guna kertas kaler pink... hehe

      Delete
  3. Adik....kalau tak dapat kerja jom try bisnes..tanpa modal....perlukan usaha gigih ...manatau jadi sumber pendapatan tetap...berminat whatsapp 0138397082

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:21 AM

    Akk nk tnya, kalo job tu dia post dekat jobstreet contohnya, perlu tak saya tunjuk effort hantar melalui pos juga akk?.thanks akk kalo sudi jawab ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut pengalaman saya, kalau apply via Jobstreet dah tak perlu hantar melalui pos... :) tapi ada jugak company yang nak simpan our resume for own record.. kot-kot ada vacancy.. so mungkin boleh cuba (ini adalah mengikut pengalaman saya... dan bukan professional advice ye :))

      Delete
  5. Akak, nk tanya pendapat, sebenarnya, utk apply kerja kena hnatr resume or cv? Saya keliru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normally setau saya kalau fresh grad better CV sebab you mesti nak lebih detailkan your academics results tapi kalau yang pernah bekerja mungkin guna resume sebab you may need to alter everytime u nak mintak kerja2 yang lain scopenya tapi selalunya saya combine je.. academic ada, perenggan untuk pengalaman pun ada :)

      Delete
  6. PEMBANTU KIOSK di BANGI GATEWAY

    1.Perempuan
    2.Ada transport
    3.Boleh membaca.mengira.menulis dengan baik
    4.Fasih bertutur Bahasa Melayu(Bahasa English lebih diutamakan)
    5.Rajin.jujur.amanah.kemas.sopan
    6.Masa kerja 10pagi ke 10mlm( rehat 2jam mengikut kesesuaian)
    7.Mahir menggunakan komputer

    Tugas keja
    1.Iron
    2.Kemas stok/kiosk sapu mop lantai
    3.Promote barang
    4.Layan customer
    5.Edar flyers
    6.Urus barang poslaju
    7.Kira stok
    8.Urus kerja online di komputer

    Gaji RM1000-RM1200

    Berminat hubungi 0139201910

    ReplyDelete
  7. Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan. Kami tawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 3%, Hubungi kami melalui EMAIL:ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523


    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    ushafinance735@gmail.com
    Whatsapp +447918234523

    ReplyDelete
  8. Adakah anda sedang mencari kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menyelesaikan bil anda, seperti pinjaman peribadi, isu kewangan, pinjaman perniagaan untuk menyediakan perniagaan anda sendiri atau pengembangan perniagaan, pembiayaan projek dan skor kewangan anda sangat rendah, saya dapat membiayai anda dengan jumlah yang anda perlukan mulai dari $1000-$50J dan kadar Faedah yang sesuai 3% yang akan menjadikan hidup anda lebih mudah. maklumat lanjut Sila hubungi saya melalui e-mel:adamfinancialloanservicess@gmail.com atau masih di whatsapp sahaja +917458095182

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...