Nuffnang Ads

Wednesday, November 06, 2013

Dua bulan....(lebih kurang)

Dah dekat dua bulan ... semua aman damai..

Siap dapat tuai dah 2 pasu sayur buat goreng mee.  Memang puas hati... dan bahagia.

Tapi dua tiga hari lepas semua terganggu....dek kerana burung.

Favourite dia anak pokok yang tak bersalah yang baru dua tiga inci tingginya.  Dah elok-elok baru lepas transfer masuk polybag besar, terus kena ngapp..

Percubaan kali kedua.... please bird, these are mine!

Next favourite burung ni ialah pucuk pegaga.  Dari rimbun terus kurang rimbun..  Ingatkan ulat makan, rupanya burung minah.  Muhibbah betul balcony rumah ni. 

Seminggu lepas rimbun je pasu ni... T_T
Even bila kitorang basuh sarung sofa, burung kelicap kuning pulak mesti datang.  Datang nak mengutip bulu burung yang jatuh-jatuh masa kitorang bukak or pasang sarung sofa.  Tu mesti pergi  kelentong or show off kat burung lain yang bulu dia cantik putih melepak macam bulu angsa.  Or maybe dia nak show off sarang dia paling cantik..all white.
Anyway, solutionnya, En. Suami tolong gantungkan CD.  Sebab saya baca kot internet, tips nak halau burung, gantung la cermin or CD.. janji ada reflection.  Nanti burung takut.

Huh! Takut la sangat.  Yang burung kelicap tu memang dah tak nampak singgah.  Tapi burung minah tu still lagi datang kutip daun pegaga.  Haih.. healthy eating nampaknya burung ni.
Anyway, nampaknya terpaksa jugak la saya hidup harmoni dengan unggas-unggas ni.  Tapi actually suka jugak bila burung-burung ni datang singgah. hehe.  Butterfly pun suka datang.. cari bunga kot.
Daun sup, pokok maman and sayur sawi :)


Pucuk ubi berkedut dah start bertunas.  yeay!!

Bila dah start ada pucuk, laju lak daun baru keluar..  Dulu ingatkan dah pengsan

Friday, October 25, 2013

Skincerity - From Skeptical to Confidence. Jom la try kulit cantik dari botol ni.

Masa mula-mula dengar pasal Skincerity ni saya agak skeptical.  Maklum lah.. orang yang mempunyai regime penjagaan kulit yang 'simple' macam saya - seketul sabun muka susu beras dari Siam RM 7 sebijik- agak skeptical nak pakai benda-benda 'fancy' macam ni.  Tapi berangan nak kulit secantik Siti Nurhaliza.

Tapi lepas satu demi satu kulit muka orang saya tengok berubah jadi licin depan mata saya sendiri, saya mula angkat kening sebelah.  Dan bila tengok adik and suaminya sendiri dah mula dapat kulit yang makin smooth saya angkat dua kening.  Impressed!  Kat bawah ni gambar diorang.




Tak nak ketinggalan, saya order sebotol.  Lepas baca ingredient dia, saya confident untuk cuba sendiri.  Sebab tak de unsur-unsur binatang dan dapat kelulusan KKM.  Lagipun dia jenis roll on macam deodorant gitu so laagi la saya suka.. tak menyusahkan untuk tepek sana sini.  Nak travel pun senang.  Bawak dia je sebotol dan complete dah.

Sebotol tu pulak boleh tahan sebulan untuk muka saja (tapi kalau ala-ala nak jimat, 2 bulan pun ok lagi... roll je 2-3 hari sekali).  Tapi product ni bukan takat muka je, macam-macam skin problem boleh dibantu selagi bukan luka fresh.

Haaa sukanya...!

P.s: Kalau nak sebotol, roger saya kat sini elieza.cob@gmail.com.

P.p.s:  Pada yang suka membaca sebelum mencuba (macam saya), korang boleh Google "Top 10 Skincare".  Mesti korang akan impressed jugak dengan product ni.

Saturday, October 19, 2013

Fareeda ooo Fareeda... warning: entry agak panjang.

Adoiii la.... haa tu la ungkapan the best saya rasa untuk pengalaman membeli kat kedai tudung Fareeda kat Bandar Baru Bangi.  Makkk aihhh is another expression that suits my first impression.

Segala-galanya sebab nak ikut kawan cari tudung mak dia.  Dari tak de buat apa tu saya on je bila di ajak ke Fareeda.

Tapi bila sampai je depan kedai tu kitorang ni memang ternganga.  Bukan sebab tudung dia cantik sangat sebab masa tu tak masuk kedai pun lagi.  Kitorang ternganga-nganga dan terpinga-pinga sebab tengok ramai orang yng bertudung Fareeda duk berdiri-diri depan kedai.

Apahal lak diorang ni... tak nak masuk kedai ke?  Kitorang terus la ke pintu.. ooppppp kitorang brek.  Ada orang jaga pintu tak bagi masuk.  Rupanya kena ambik nombor.  Tapi dimana nak ambik nombor? Oo kena ketuk-ketuk pintu mintak nombor.  Amboii macam nak beli barang seludup lak.  Kemain!  Masa ni kitorang dah nak gelak pun ada.
Baru serving nombor 80?? Tapi kejap je sampai nombor 226 tu.
Bila dapat nombor kitorang tunggu je la walaupun tak faham lagi konsep kedai tudung terkenal ni.  Tanya orang kiri kanan yang dah ala-ala rupa Mawar  tu baru kitorang faham.  Ambik nombor, tunggu nombor dipanggil, masuk kedai bila dipanggil, pilih, try, bayar dalam masa 20 minit saja, then out you go and never come back! (for that day).
Tu kaki orang yang jaga pintu cum pemberi nombor.



So kitorang follow saja la rules tu.  Tiap kali panggil ada la dalam 40 orang rasanya.  So not too bad sebenarnya.

Tapi dalam pada tempoh menunggu tu kitorang dikacau!  Kitorang dikacau oleh peminat gila tudung Fareeda.  Meminta-minta kitorang tolong belikan tudung untuk dia.  'Yang printed kak!'.  Walaupun kitorang bagi pandangan macam memandang orang jiwa merana, dia tetap dengan arahan dia suruh kitorang belikan tudung 'printed' untuk dia.

'Tudung printed corak macamana???' kitorang saja nak test mental minah ni.  'Err, err err tak pe la kak!'  Pas tu dia blah... kitorang lega sekejap sambil kembali menikmati system kedai Fareeda yang ala-ala eksklusif sampai tak nak bagi orang masuk kedai tu.

Sampai turn kami masuk.  Diberi mini taklimat tentang pentingnya korang keluar dari kedai dalam masa 20 minit dan korang jangan memandai beli banyak-banyak.  

Kitorang follow lagi.  No hal lah.  Masa break lama lagi.  Cukup masa 20 minit kitorang beransur ke cashier.  Kawan nak membayar...saya tak beli apa-apa sebab tak sesuai ngan citarasa.

Tetiba...'Kak! Kak!!!!' Ada suara dari luar.  Aikkk minah gila tudung Fareeda ni lagi???.  Ingat dah blah.  'Tolong beli tudung macam ni kak!' sambik hayun-hayun tudung Fareeda yang dipinjam dari orang yang dah keluar.  Kawan saya reply 'Kejap, saya nak settlekan saya punya dulu'.  Tetiba minah gila tudung Fareeda ni mengomel kat orang sebelah dia.  Tak puas hati permintaan dia jatuh nombor 2 kot.  Siap bagi idea yang kitorang patut ambik dia punya dulu baru la bayar.  wtf!!?!?.

Tetiba je pandangan dia beralih kat saya 'Akak tudung hijau! Akak tudung hijau!!' Dia jerit dari luar kedai.  Berat betul masalah mental dia ni.  'Akak, tolong belikan tudung macam ni nanti saya bayar!'.  Serba salah sebab masa tu tengah melangut, saya ambik tudung yang dia nak tu, pergi mintak duit kat dia.  Tetiba masa tu dia buat terkejut-kejut lak and tanya saya 'Sehelai je kak?'.  Dengan muka haram jadah saya reply dengan suara agak tinggi 'Habis tu nak corak sama selai lagi??'.  Diam.

Habis bayar, saya keluar, tengok minah gila tudung Fareeda tu duk borak ngan orang lain.  Bukan nak tunggu hasil bantuan orang.  Saya hulur je beg, tak nak bercakap...terus pusing ke kereta.  Dari jauh dengar minah gila tudung Fareeda tu jerit terima kasih kak!.  Tak de daya usaha nak mintak maaf sebab menyusahkan kami.

Tamat.

P.s. Kalau minah tu jerit 'Akak tudung pasar malam!!'  Memang ada yang kena buku lima!  Sebab saya memang pakai tudung pasar malam je.

Saturday, October 12, 2013

Tuai sayur antara masak.. esok jangan layu lak... Kena jadi contoh untuk sayur-sayur lain okeh!

Sayur dah boleh tuai ni.  Kalau lama lagi nanti liat pulak daunnya.  Tapi sayang betul rasa nak cabut pokok yang cantik ni.  Rasanya dah sebulan setengah kot tempoh sejak semai benih.  Kalau tengok gambar lama pokok ni lagi la rasa sayang nak cabut... hehe emotionally attached la pulak.


Confirm organic.. kalau kat supermarket ni sah-sah kena bayar extra.
Mungkin esok lusa kena cabut jugak ni.  Nak bagi laluan pada new residents.  Kailan and Maman lak.
The real 'baby' kalian @_@

Yang ni benih maman baru bercambah.. selepas 'bertapa' kata mentua ku hehe... Memang takes time sikit benih maman ni nak bercambah rupanya.  About 10 hari baru ada cambahan.

Ni saya suspect anak maman.  Sebab banyak benih-benih maman yang terjatuh-jatuh tu saya kutip and campak dalam pasu kunyit ni.  Gaya-gaya dah macam maman.  Ada orang boleh verify?  Entah-entah rumput tak?
Pokok pandan pun nampak macam ada 'movement'.  Punya la lama, ingatkan dah pengsan pokok ni.  Tapi bila intai kat dalam nampak ada pucuk baru nak keluar dah.
 
Yang belah kiri tu pokok yang kitorang ambik dari kampong.. about 1 month plus ago.  Kanan tu baru nampak daun baru nak keluar dah...
Nampak gaya semangat bercucuk tanam secara bertingkat ni belum padam lagi ni.  Agak-agak nak tanam apa lak lepas ni... pucuk ubi?


Saturday, September 28, 2013

Orang Kelantan please take note....subtitle: "Oghey Kelate baco mmolek deh"

Orang Kelantan yang merantau di KL ni kena take note kedai ni.  Especially kalau korang mencari-cari kedai yang jual nasi berlauk yang sedap.

Kedai Kak Mah Selera Pantai Timur.  Lokasi kat bawah ni, memang terbaikkk di KL yang so far saya rasa.  Particularly nasi berlauk ikan tongkol dia.. perghh!!!! 
Walaupun 'customer service' nya kebanyakkan harinya di tahap paling corot, mengikut mood tokeynya, customer dia tetap ramai sebab nak layan nasi berlauk ni. 

Makanan Kelantan lain pun ada dia jual macam akok (sedap!), sira labu, nasi kerabu, laksam, sarey (yang ni pronounce kot Kelate deh), kuih cek mek (mengikut tekak saya, ada tempat lain yang lagi sedap.. tapi dia punya so so la), pulut pagi yang dengan kacang and kelapa tu, ermmm apa lagi ek.. alah! datang sendiri la kot kedai ni.
Hingga menjilat sudu..
P.s:  Macamana pun layanan yang korang dapat dari kedai ni, jangan cari saya..hehe.. saya cuma pelanggan biasa yang mengidam nasi berlauk macam korang.

P.p.s:  Environment medan selera ni banyak 'foreigner'.

P.p.p.s: Aarrghh nak nasi berlauk!!!

P.p.p.p.s: Korang perasan tak saya tak ambik gambar depan kedai or lauk-lauk yang ada kat kedai Kak Mah ni?  Takut nak snap sehhh!! Huahuahuahua...

Friday, September 27, 2013

Sayur den botingkek-tingkek...Penjimatan sebanyak RM3 (anggaran sebelum harga minyak naik..oppss)

Woot woot!! Berbudi pada tanah tak akan rugi.  Betul sangat-sangat.

Memandangkan tema rumah kami ni tema bertingkat-tingkat, maka saya buat la tanaman sayur secara bertingkat-tingkat jugak.

Sayur pak choy white stem on the way, yeehaaa!!
Kalau ada rezeki 2 minggu lagi boleh la dituai....kot.  Mana yang tak cukup ketinggian tu kita tuai jugaklah.. sedap jugak buat sayur goreng kicap....kan?

Kerja amatur...ada kecik ada besar...padahal sebaya...

Grow well my dear.. Baja tahi kambing banyak lagi ni...

Wednesday, September 25, 2013

Boleh dijadikan supporting document untuk buat loan rumah tak?

Jangan tanya macam mana saya terjumpa page ni....panjang ceritanya..

Tuesday, September 24, 2013

Mencari udang di D'Ombak Kolam Pancing Udang Harimau..nak buat masak.

UPDATE: Gambar tempat pancing tu guna instantstreetview so you all boleh imagine nak cari kolam tu macam mana :D




Memancing udang lagi!  Maklum lah, activity 'beriadah' disamping cari stock udang buat masak.
Kalau dulu pergi cari udang galah, kali ni nak try udang rimau lak.

Location dia kat Taman Rakan, Cheras.  Mmm nak cerita exactly kat mana tu tak berapa pandai (sebenarnya tertido masa on the way).  Tapi kalau ikut google map, tempat dia dekat arrow kat bawah ni.  Sila jangan cari arrow bila sampai kolam tu.  Tapi yang pasti dekat-dekat ngan masjid tu lah.


Preparation untuk pancing udang rimau sama je macam udang galah.  Tapi yang lagi best tempat ni, pergi bawak diri dan duit pun dah cukup.  Yang lain semua dah disediakan kat situ.  Dari joran, umpan, 'clip' (untuk balancing) sampaila ke tempat bakar udang sekali.


Customer pertama for the day.  Diorang  bukak lambat sket hari tu so pukul 4.25 baru start.

Tapi ada satu lagi benda korang kena bawak...skill.  Alah, kalau pompuan macam saya pun boleh dapat 4-5 ekor sambil makan mee goreng je takkan lelaki macho tak leh dapat sekilo sambil TAK hisap rokok...kan? (agak-agak tercabar tak? muehehe).  By the way, udang-udang dia besar so sekilo tu apa de hal...

Ye, apa yang saya tulis tu betul, saya pancing sambil makan mee goreng.  Satu, sebab lapar.  Dua, sebab kat sebelah kolam ni ada kedai makan dan boleh order untuk makan/minum dikolam.  Ketiga, sebab boring berebut joran dengan anak 4 tahun... dari saya melangut, baik makannn.  Best ooo...sruttt teh tarik sambil tarik udang.


Nampak kan kedai makan kat belakang nun...  Kat white board tu pulak harga-harganya.. Pakej Mesra uuu..
Ambience tempat ni pun agak 'happening' sket sebab sound radio memang dipasang ke tahap yang agak best sampai korang terlupa yang korang sebenarnya tak dapat udang sebanyak saya..i.e 4 ekor.  Sebab duk layan lagu.  Kalau tak radio Era, radio Hot FM lah tu.. dah lupa.  Dan jugak mungkin korang tak perasan umpun-umpun yang buat umpan dah bergolek-golek masuk kolam....serah diri pada udang.  Kena beli lagi, dua ringgit je untuk sepanjang 2-3 inci.


Kolam dan kawasan pancing memang di jaga bersih.  Diulangi, dijaga bersih.  Saya ulang sebab owner tu kadang-kadang berulang-ulang lap tepi kolam tempat pemancing letak tangan tu dan susun kerusi kosong 'as he goes'.  Memang selesa sampai korang lagi sekali tak perasan korang masih tak dapat udang sebanyak 4 ekor macam saya #hidung kembang#.

Bersih dan comfortable.  Jangan tanya macamana udang yang saya tarik boleh terbang dan tersangkut kat besi jaring kat dinding kolam nun...haih...#malu#
Sekali sekala dibuatnya 'ombak'.  So udang tu berjalan.  Tak de la sorang je dapat 'lubuk'nya kan?

Walaupun korang boleh tengok udang duk menari-nari depan korang macam nak suruh tangkap dengan tangan je.  Tapi awas, baca sign tu ok!


Amacam? Tempted tak?

Hari tu saya pergi dengan suami, dengan anak, kami dapat price Mesra RM 30 untuk 2 jam.  Kiranya isteri free la sebab kebanyakkan isteri bukan la terer kan..?  Tapi kalau isteri terer, suami yang dapat 4 ekor je, kira suami la yang dikira free fishing.. hehehe.  Kami bawak balik udang 800 gram.. almost sekilo.  Ok ler tu....Buat stock masuk peti sejuk.
Tapi jangan risau, korang confirm dapat bawak balik udang nyer.  Kalau dah tak terer sangat macam saya, tokey tu sendiri tolong pancing bagi kat korang.  Macam kasi markah kesian la kiranya.  Tapi kalau dia free la..dan kalau korang dah regular kat sini... kalau dia busy, sorry bebeh.

Kalau hujung minggu khabarnya (mengikut kata pemancing tegar kolam ni), bila kita dapat udang je boleh suruh budak jaga kolam tu tolong bakarkan.  Nak bakar sendiri pun boleh, tapi rugi la masa pancing tu.  So diorang start the fire, basuh, cucuk kat lidi, bakar ngan butter..nyumsss.  Amacam teruja tak?  Masa tu, yang ada gout pun boleh terlupa.

Kiter bakor ler yeop..
P.s  Encik-encik suami sekelian, bawak la wife and anak-anak memancing sekali... seronok!!  Tapi kalau tengah mengular dari office tak sempat la nak angkut anak bini kan? Ooppss!!

Diselubungi kerja....blog dah jadi hot hot chicken sh*t? Kena bertukar!!!!

Kisahnya team kami kat office ni ibarat highway north south masa cuti sekolah or cuti weekend yang panjang.  Dari 4 lanes jadi 2 lanes.  Ssumbakk.

Dari ada 4 staff down to 2 staff (bos not included).  Dari balik 5.45pm, dah terpaksa balik lewat.  Tak menarik langsung.

Blog pun sampai dah terpinggir.  Sedih.

Anyhow, life must go on.

Hope retiring at 45 is still a valid option.

P.s: Dah mula berkebun balik.  Pak choy on the way!  Weehuuu


Monday, August 26, 2013

Jangan ikut saya!!! Ke saya agent perisik terpilih? Uuuu...best tuh.

Dah cukup la mengadap benda ni kat office, kat rumah.  Takkan la nak kena ada setiap masa, setiap jejak langkah?

Nampak tak?

Nah close up.

Cuma saya kena cari kat mana screen/monitornya.  Atau pun kasut ni datang dengan cermin mata sebagai wireless monitor?

P.s:  Today is Monday.  Saya berjalan sebagai seorang perisik.  Mana James Bond nih, kena buat sesi suai kenal.  Shhh!
P.p.s:  Kedai yang jual ni kedai rahsia.  Ada dalam Spektrum Bandar Baru Ampang.

Friday, August 23, 2013

Travelling with Kereng

Best betul berehat balik kampung sambil cuti raya hari tu.  Makan tidur, tidur makan.  Kadang-kadang suap nasi dagang kat anak, selalu-selalu suap mulut sendiri.  Nikmat, nikmat.  Alhamdulillah.

Pas tu masuk kerja dah lemau.

Nak tulis blog pun slow sebab fikiran lebih tertumpu pada perut (selain dari cermin keta pecah &$%%^^&*!@#!).

Dan kerja-kerja unpacking yang sangat-sangat tak minat.  

Maybe saya patut biar je barang-barang dalam bag tu sampai next trip.  Good idea!  Tapi maybe saya patut keluarkan air mata contact lense, berus gigi dan pencuci muka dari bag tu sebab kena guna jugak hari-hari.  

And keluarkan pakaian kecik, and baju berjalan sebab baju berjalan tak banyak dan lagipun nak pakai gi office.  Hoh?? Beg dah kosong? -_-. Kena packing lagi la nampak gayanya Raya Haji ni..

Balik kampung jugak maksudnya shopping beras siam hohoho.
Cappucino tu dari Cameron. Tasty!
Kudap-kudap pun ada jugak.  Maklumla travel balik KL lalu jalan lama.. kena la ngunyah-ngunyah sambil borak-borak dalam keta... baru best.  Semua beli kat Pengkalan Kubor.  Kalo korang tak pernah sampai, rugi besar.


Duty Ferr You.  Sapa tahu benda bulat-bulat on a stick tu memang terer.  Hint: bukan binatang.
Tapi perjalanan kitorang KL-KB-Bota-KL kali ni agak smooth.  Thanks to Waze and our entertainer Kereng.  Kereng froze bila kena aircond tapi at least dia try to entertain us dengan lagu Learn to Love Again splendidly.


Kereng dan 'stage'nya sponsored by Ambi Pur.


P.s Sadly Kereng retired early.

Thursday, August 22, 2013

Pecah kaca pecah gelas (gambar sebenar)

sikit pun tak cantik!

Tuesday, July 30, 2013

Suka buat tapi tak suka makan...macam tu la peel dengan biskut raya. Tapi yang ni exception..

Gara-gara malas dan tak reti nak buat saya pernah beli sampai RM40 sebalang.  Tu pun ada dalam 25 ketul je.  Bila beli 2 balang, tangan dah ketar nak bayar.  Tu baru satu jenis, bila sampai 4, 5 jenis?  Tapi redha je lah sebab dah gatal mengorder.
 
Raya tahun ni dah niat, order kerepek bawang je sebab kerepek orang tu buat memang sedap.  Jadi temptation tu terlalu tinggi.  Mok pun memang siap order suh bawak balik kampung kerepek ni.  Biskut raya, kita buat je dengan oven yang segak bergaya tu.
 
Dan hasilnya, dengan bantuan pemain import (adik), menjadilah  Frambozen Kenari yang tekak saya kata memang lazat!  Bila rupa ditolak tepi, makan dengan keadaan mata tertutup, memang sebijik macam yang saya beli RM40 sebalang dulu tu.  Hahaha..gelak besar puas hati sebab biskut 'mahal' ada banyak.
 
Cuba cari 7 perbezaan antara 2 gambar kat atas ni.

Terus masuk bekas takut habis sebelum raya.  Tapi sebalang dah allocate untuk kudapan lepas berbuka.
 
Modalnya baru berapa je pun.  Paling mahal telur je.  Oven segak bergaya tu pulak pakai gas je.  Tak save giler namanya tu?
 
Actually ni second try buat biskut ni.  Dua tahun lepas ada gak pernah try tapi tak menjadi.  Dengan kata lain, tak sedap langsung!.  So saya agak trauma dengan kejadian tu.  Tapi orang Kelantan kata kena hold the bull by its horn.  So saya hadap lagi sekali resipi tu dan cuba buat lagi.  Nasib baik kali ni menjadi.  Kalau tak, mesti oven tu tak nampak segak bergaya sebab kena balingan biskut.
 
Tak tau kenapa tekak ni suka sangat biskut yang berjem-jem.  Saja cari pasal nak membakar dua kali.  Maybe sebab ada crunchy and chewy at the same time kot.  Plus, biskut ni pulak ada ala-ala mini pavlova (meringue) kat atas tu and tak manis sangat.  So memang sedap.  Resipi saya ambik kat internet je pun.  Lupa dah kat web mana sebab 2 tahun lepas saya siap-siap print.
 
P.s: Actually ada beli satu lagi.. kuih batang buruk terbaik dan tersedap yang tak mungkin saya mampu buat.
 
P.p.s: Dan ada jugak terbeli lagi satu kat PKNS Shah Alam nun (gambar kat bawah).  Rupa menarik, rasa sedikit kureng untuk tekak saya.  Maybe sedap untuk orang lain.
 
 
P.p.p.s: Kenapa buat biskut time raya je?

Saturday, July 27, 2013

Tak, saya tak kedekut. Tak de la selalu. Tapi benda ni reminds me of simpler time...

** UPDATE: Lokasi kedai yang saya gi beli...

Saya beli oven butterfly ni kat Jalan Ipoh... since dah ada instantstreeview ni, ni lah gambar kedai nya...

Bas tu kacau je...

Kat map dia kat situ yang ada toyol oren tu hehe..
---------------------------------------------------------------------------------

Ingat tak dulu zaman handphone Alcatel, Startec, Nokia 3310?  Satu lagi phone Motorola yang boleh baling anjing disaat kecemasan? Dan bila charge atau on the phone terus jadi panas giler?  Function dia cuma call, message dan main game ular..?  Simple.

Ingat tak dulu tak de internet dan bila nak buat research for homework kena pergi library dan fotostat articles.  Lepas tu copy sana copy sini dan campur-campur dan type atau tulis balik.  So tak de la cikgu tau yang kita plagiat sebab cikgu sendiri pun tak pernah baca buku yang kita copy tu?  Simple.

No, I'm not talking to you Gen Y kids.

Ingat tak kalau dulu, bila nak buat biskut sebab nak makan kuih raya kena berguru dengan mak, dengan pen dan buku untuk tulis resepi atau fotostat buku resepi mak (kalau ada), dan tiba-tiba rasa malas nak buat, then mintak mak yang buatkan sebab lagi sedap?  Ingat tak mak masak biskut raya tu guna apa?  Oven Butterfly.  Simple.

Jadi, untuk mengingat kembali zaman simple-simple, maka saya beli oven ni.  Thank you En. Suami yang sememangnya selalu ikut idea-idea saya yang kadang-kadang off track.  Dan buat saya lagi sayang sebab bila saya sebut Oven Butterfly, dia tahu je kat mana nak cari benda ni.

Untuk yang tak tahu macam mana rupa oven butterfly ni sebab korang dilahirkan dizaman sains dan technology macam saya, tapi bezanya saya suka barang-barang lama, maka saya display kat sini oven 'baru tapi lama' saya.  RM 90 tapi dapat diskaun 5 hinggit.  Mahal? Ye betul.  I blamed the economy and the green house effects.  Tapi at least I got to save on the electricity. 

Ta daa...! cantik tak oven ni.  Tapi yang ni dah bracket B.. i.e bersara.  Masih segak!


Yang saya beli datang dengan kotak ni.

Dan masih berkilat....Tombol pun tak pasang lagi.

Agak was-was dengan accuracy benda ni.  Tapi nanti kita buat alignment sendiri lah.

Warna kuning tak ada.  Biru pun tak de.  Putih pun tak de.  Merah pun tak de.  Magenta, cyan, turquoise pun tak de.  Stuck with the black.

So this weekend, masak cake marble je dulu for testing and temperature alignment.  Wish me luck!  And kalau ada tips nak pakai oven ni, share-share la ye! 

Disclaimer: Mak saya tak pakai oven Butterfly.  Mak saya pakai oven gas yang come with stove tu.  Lagi best!  Tapi sekarang dah mahal.

Disclaimer: Saya tak tahu pun macam mana nak guna oven tu.  Saya keluarkan dari kotak untuk ambik gambar je.  Lepas tu simpan balik dalam kotak untuk tatapan generasi akan datang.  Or at least sampai weekend ni for marble cake testing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...