Nuffnang Ads

Wednesday, October 29, 2014

Cerita pasal "Pay It Forward" - Do Something Nice Week

Pada sapa-sapa yang pernah tengok citer ni...memang touching but yet full of pengajaran and motivation. Budak yang berlakon tu memang pandai betul.. ala yang berlakon citer "I see dead people" tu.. hehe..

Anyway, saya terdengar lak kat Mix.FM. Minggu ni diorang buat kempen "Do Something Nice Week" sempena Pay It Forward concept ni lah.  It's great of them to do this.  Because personally I think we intend to forget to do something nice sebab kita sibuk kaaannn...  So antara contoh yang diorang bagi: bayarkan tol untuk kereta belakang kita, belikan coffee untuk stranger.. alah.. benda-benda kecik je.

So saya personally rasa benda ni memang bagus.  Menggalakkan orang untuk menderma (don't start about donating to someone more deserving bla bla bla).  Tak kisah pada sapa dan yang paling penting, ikhlas kerana Allah dan korang confirm akan buat orang lain feel good dan korang sendiri pun Insya Allah akan feel good.

So semalam dan hari ni saya lak make my move.. ahakss.  Semalam saya bayarkan teh tarik untuk kawan-kawan.  Dan hari ni, saya bayarkan tol untuk kereta belakang saya.  Alah.. setakat 2-3 ringgit je.. tak luak kan?  Tapi sememangnya kita akan feel good!!.  Dan percaya lah, setiap derma akan ada 10 kali ganda balik kat kita.  So why not kan?  Lagipun orang kat belakang saya tu nak pergi kerja.. which is also a good thing.

Pas tu hari ni DJ radio tu The Rod, belikan 'designer coffee' untuk garbage man kat condo dia.  Bagus nya!!.  The garbage man tu cakap ni first time dia rasa 'designer coffee' tu.. :).

So apa kata hari ni you all buat something yang menggembirakan orang sekeliling anda.  Alah.. tolong bayarkan teh tarik for a stranger pun bagus.  Kalau yang lebih mampu maybe korang boleh tiru cerita ni:  Ada seorang ni, dia orang susah.  Bawak keta pun dengan tayar dah botak sebab tak mampu tukar.  Tiba-tiba satu hari, ada orang letak kan nota kat keta dia.  Nota tu tulis "sila ke kedai so and so, tunjukkan nota ni, dan akan ada orang tukarkan 4 tayar baru untuk keta anda"......kisah benar.....

P.s.:  Saya Insya Allah akan buat something nice jugak untuk pembeli pin tudung saya hujung tahun ni.  Tungguuuuu... :))

4 comments:

  1. Wah bagus nya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn... sangat!! Boleh buat selalu :)

      Delete
  2. terasa nak buat jugak kak .. hehe .. yg biasa di amalkan letak makanan kucing di luar rumah utk kucing terbiar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You should listen to mix.fm.. pandai betul si the rod tu cakap sampai rasa nak buat baikkk je hahhaa

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...