Nuffnang Ads

Sunday, November 16, 2014

Jangan marah orang, sebab diri sendiri yang buat.

Kita selalu marah orang kalau orang buat something yang tak kena dimata kita.  Tapi korang tau tak banyak benda yang korang sebenarnya patut marah diri sendiri.....

1. Tengah berjalan ke hulu ke hilir sambil fikir masalah dunia yang fana ni, tiba-tiba kaki tersadung kerusi or bendul or apa-apa je.  Kena pulak jari kaki yang kelingking tu!.

2. Lupa letak handphone kat mana.  Dan phone tu dah di-silent-kan.

3. Siku terhentak benda keras sampai sakit yang kebas-kebas jari tu.

4. Nak ambik ice, pusing ice-tray - kosong.  Dan dalam rumah tu you sorang je pun.

5.  Terpaksa menyorok bawah meja untuk ambik barang. Bila bangun terhantuk kepala baiikkk punya.

6. Bukak pintu laju-laju konon nak cepat.  Tiba-tiba swing pintu terkena lak kaki.  Kena pulak jari kelingking lagi!. &*^&^%##$&^@#@!!

7. Elokkk je jalan ke bilik sebab nak ambik barang.  Sampai je bilik terlupa apa nak ambik.

8. Iron baju kesayangan... berlubang!!!

9. Nak buat air milo/teh/whatever.  Scoop milo/teh/whatever, sudu terlanggar tepi gelas, tumpah.  Demmm.

10. Bila nak tulis blog, tengah baik berkhayal, tiba-tiba reality snaps.  K bai!

By the way, this is my version of roti sarang lebah.  Yes, I'm very objective and result oriented!


1 comment:

  1. setuju..sila marahkan diri sendiri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...