Masa 'lepaking' depan TV ngan husband hari Maulidur Rasul hari tu kitorang dapat idea macam bulb lampu menyala toinggg..hihi Tetiba je decide nak gi Gold Coast Morib Resort.
Zaman sekarang ni segalanya dihujung jari kan? So I terus la ke Agoda. Tengok-tengok rezeki ada untuk Studio Suite. Harga asal RM668 tapi dengan Agoda dapat RM290 nett. So apa lagi boookkkk!. Actually kalau book via website dia pun akan dapat price tu jugak... -_-
Jadi pagi Sabtu hari tu kami tiga beranak ni bergerak la ke Morib. Macam mana ropanyer resort nih.. Ok ke tak ok? Well, in terms of location, Morib ni memang ok kalau dari KL macam kami. Tak terlalu jauh untuk satu short vacay. Just nice. Lagi pun saya memang suka lalu Banting ni sebab dapat la refresh memory kat Kolej masa study dulu.
Akhirnya sampai jua kat GCMR ni. Tengok dari luar resort ni macam tak de anything special. Check-in time pukul 3 pm and check-out time 12 noon. Kami sampai about 2.30 pm macam tu then terus boleh check in. Saya memang tak de mintak any special request so any room will do.
Kami dapat bilik number 1509. Receptionist cuma cakap blok 1 which is keluar dari pintu lobby then ke kiri (after wards we happen to know that we can just walk from the lobby to the block 1 without going out the door). Cerita pasal number 1509 ni.. Maksud dia ialah Blok 1, tingkat 5 bilik 09 (receptionist tu tak ajar pun tapi boleh paham sendiri la kan.. kalo tak faham, marah receptionist tuh..). Oh by the way, block ni tak dilabel pun 1 ke 2 ke 3 ke (unless saya tak nampak/perasan). So main agak-agak je la.
Bilik dia ok saja bagi saya cuma bilik ni ada jacuzzi yang buat rasa best sket. All suites have it. Pertama-tama kali masuk any hotel saya akan check toilet dia bersih ke tak. Kalau tak bersih, tukar bilik!. So bilik ni toilet dia bersih - lulus!. Kami dapat double beds so ok untuk kami sebab bila cantum lebih besar dari king.
Coffee tak de.. cuma teh. Freebies terlalu simple. |
View from the balcony is acceptable walaupun tak mengadap theme park (I didn't put any request so terima je la).
Tapi bilik ni ada jugak yang spoiler nyer. Macam contoh kat bawah ni..
I wasn't purposely looking for the disconnected line tapi bila nak call room service tak de dialing tone T_T |
Masa kami check in, towels tak ada, bila nak call room service phone lak tak de. So kena la call ngan handphone. Diorang inform nanti housekeeping hantar sebab diorang belum terima clean towels. And bila I request for extra towel diorang cakap tak boleh sebab policy hanya 2 towels sahaja...lorr kedekutnya towel putih dia yang plain and tak de embroidery hapa pun tu... Nasib baik satu malam je so not worth fighting for.
Nanti part 2 I'll put up pictures for the water theme park pulak. Stay tune!
No comments:
Post a Comment