Lama rasanya berpikir. Gerun, takut, lega, berdebar, geram, semua ada. Tapi rasanya perlu.
Entry lepas saya ada tulis yang saya ada angiomyolipoma. Atas nasihat doktor, saya perlu dibedah. Lepas pikir punya pikir, rasanya perlu saya buang extra baggage saya ni. The scar going to be nasty that's for sure. Sedih rasanya nanti bila tengok parut di badan. Tapi apa nak buat. Tak payah pakai bikini lah #modemengada#.
Lagi satu, buah pinggang ku juga akan dibuang. Huaaaa T_T. Haih, apa nak buat. Dah tertulis nasib ku macam ni. Macam mana nak survive hidup selepas ni dengan satu kidney? Saya pun tak tau. Walaupun doctor cakap nothing's change, saya masih tak puas hati. Risau yang amat!.
Bila flash back balik, last ketumbuhan ni bleeding, 2 tahun dulu rasanya. Tapi akhir tahun lepas saya decide untuk ambik supplement Transfer Factor. Harap-harap dapat shrink kan ketumbuhan. Lepas 3 bulan makan, rasa sakit tu datang. Mungkin secara kebetulan, atau mungkin TF ni trying to fix something.
Tapi yang peliknya, lepas incident sakit baru-baru ni, saya rasa makin ok. Masih ambik TF jugak. Berat badan mula turun. Sebelum ni naik 3kg. Dan sekarang turun pun 3 kg jugak. Dalam hati ni, harap-harap la ketumbuhan tu yang shrink. Kalau betul, tak de la perlu operate kan? Nanti bila discan baru dapat tahu. #wishfulthinking# #psychojekot#.
Saya bukan promote barang ni ye. Cuma nak cerita pengalaman sendiri je. Sebab angiomyolipoma ni tak de ubat. Dan banyak-banyak product yang saya baca, cuma Transfer Factor je yang dapat convince kan saya untuk cuba.
Sekarang ni saya masih gi office macam biasa. Tak de masalah. Cuma kerja masih berlambak. Date untuk operate pun dah move dari 14hb hari tu ke 21hb sebabkan kerja-kerja office ni.
P.s: Harap kawan-kawan dapat doakan semoga operation saya dan recovery saya nanti akan berjalan lancar. Terima kasih, dan hanya Allah dapat membalas niat murni kawan-kawan.
P.p.s: Kita bersiaran lagi post-op :)
P.p.p.s: Redha...
No comments:
Post a Comment