Kali ni saya nak share pengalaman personal sikit. Bukan nak mintak simpati tapi saya berharapan information ni dapat membantu kawan-kawan kat luar tu jugak sebab saya tak ada lagi jumpa orang tulis pasal pengalaman personal diorang dengan Angiomyolipoma ni (rupa CT scan dia macam kat bawah ni belah kiri, bawah).
Ok, seminggu lepas, segala-gala terhenti kejap dik kerana tuan rumah ni masuk sepital. Nak buat macam mana, dah nasib badan. Kerja terhenti, blog pun tak updated. Lepas seminggu ditahan dan 2 pint darah masuk, Alhamdulillah, I'm back in business.
Just untuk info semua, kita share-share information la kejap ye. Angiomyolipoma bagi saya secara personal, tak la bahaya. Dia ketumbuhan je sebenarnya, dan bukan cancer dan dia cuma sebijik benda yang penuh dengan salur darah, lemak dan muscle saja. Korang boleh google sendiri perangai penyakit ni kat tenet. Cuma yang tak bestnya, benda ni boleh membesar tanpa kita sedar. Dan bila dah besar, dia boleh pecah dan berdarah. Masa tu barula datang bahaya nya. Mungkin infection etc.
Apa yang trigger benda ni untuk tumbuh pun tak de orang tau dan yang peliknya tempat favourite dia ialah kat buah pinggang perempuan. Buah pinggang kanan lak tu. Bukan dalam buah pinggang, tapi diluar. Orang lelaki tak ramai lak yang menghidap. Hormon kah?
Macamana saya tahu saya ada 'extra bagasi' ni? Well, secara tak sengaja sebenarnya. Dan bila saya baca-baca pun, kebanyakkannya memang orang dapat tau dia ada benda ni secara tak sengaja. Masa tu tahun 2006 kalau tak silap, saya kena denggi dan ada sakit perut (gastric kot). So doctor buat ultrasound. Dan saya still ingat pakar ultrasound tu cakap 'Eh? You ada tumbuhan la'. Hehe masa tu memang saya sengih je la sebab duk pikir macam ada pokok dalam badan. Since then, saya asyik dimonitor je lah. Tapi dia tetap membesar.

Dan bila dah besar, selain boleh pecah macam saya cakap tadi, dia menyebabkan organ-organ lain dalam badan tu duduk sendat-sendat macam dalam tin sardin. Contohnya liver disqueeze tinggal separuh. Kidney yang menjadi tuan rumah tumor ni pun dah tak larat nak duduk ditempat dia, mungkin akan tertolak ke bawah. Perut kena himpit, diaphragm kena himpit. Sian. Tapi macam case saya, semua organ masih well function walaupun terhimpit. Alhamdulillah.
And at the point I'm writing, doctor tu cakap, rasanya saya hold the biggest size so far yang dia tahu. And he is actually the specialist that covers Ampang Puteri and GH jugak. Hmm tak tau nak bangga ke nak panic. Hehehe. The size I'm carrying right now, the biggest dimension, is 20cm. Ala-ala besar baby 6 bulan kott....

So, what happened was, benda tu tiba-tiba sakit gila hari tu. Maybe sebab tersalah angle masa angkat bakul kain yang berat kot or what ever reason sebab benda ni boleh sakit secara tiba-tiba ikut suka dia je. Maklum la, besar sangat. So end up ada bleeding, dapat infection, hemoglobin drop, blood pressure pun drop. Panic la kejap. Saya terus ke ever so unfriendly emergency department kat Ampang Puteri. Saya kena la ke Ampang Puteri sebab specialist yang rawat saya kat sana memang terbaik! walaupun saya tau service staff-staff Ampang Puteri memang menyakitkan hati je lebih.
So the most kind doctor - Dr. Mohammed kat Ampang Puteri, suggested untuk saya warded, masukkan darah 2 pint, put on antibiotic dan masukkan drip untuk naikkan balik Hemoglobin, put off the infection dan naikkan balik blood pressure.
Alhamdulillah, all went well.
Ok, solution untuk benda ni, untuk saiz yang saya ada ni, tak lain dan tak bukan melalui surgery. Tu yang lemah tu. Bukan sebabkan surgery tu sangat, tapi surgery tu melibatkan removal of my one lovely kidney. Buah pinggang yang dah dibalut dek tumbuhan ni. Dulu-dulu dah pernah buat embolization - blockkan salur darah yang feed the tumbuhan ni. Tapi tak jalan, besar jugak dia. So nampaknya tinggal surgery je lah pilihan saya. Lagipun dari bacaan saya, embolization ni ok kalau size tu 4cm and below je.
Sebelum ni saya susah nak agree dengan surgery tu (nephrectomy nama dia). Susah jugak rasanya nak decide. Macam mana agaknya nak hidup dengan satu kidney. Tapi bila dah kerap sangat bleeding, saya rasa no choice dah. Ada sapa-sapa ada pengalaman tak?
Sapa-sapa yang tahu ada orang yang ada growth macam ni, atau yang living with one kidney boleh la share-share ngan saya ye. Saya nak tau ada berubah tak lifestyle bila ada satu buah pinggang ni.
P.s. As much as I like the specialist, saya masih tak suka layanan ni Ampang Puteri. Pantai Pandan Indah, you still at the top of my chart.
P.p.s Tak pernah jumpa spital yang bila kita tekan butang untuk dapatkan bantuan nurse, diorang boleh tanya melalui intercom "Ye cik, boleh saya bantu?". Err ingat hotel ke apa? Ni orang sakit la!!
P.p.s Sekarang terfikir, masalah kesihatan saya ni kecik je compared dengan masalah orang lain. So it calms me a bit :).