Kalau sesiapa yang pernah buat loan ni mesti tahu macamana seronoknya tuai hasil tiap-tiap bulan January. Kalau yang berdisiplin (kuat iman) mungkin tengok je hasil tuaian tu and terus menyimpan. Macam saya ni tuai, tengok dan belanja terus.
Memang dah lama saya buat loan ASB ni. Masa mula-mula start kerja lagi selepas di’lecture’ oleh my dear aunty. Amountnya pun tak banyak, 10k je. Maklumla masa tu gaji baru 2k and spending pun tak pandai nak control. Asyik nak enjoy je.
Kalau diikutkan jadual ASB loan saya tu sepatutnya habis tahun 2015. Tapi lately ni terfikir jugak nak settlekan loan tu terus. Kalau nak settlekan rasanya dalam 2k++ je lagi tinggal. Tapi husband cakap biarkan je la kat situ sebab tinggal 2k++ je lagi. Aduh dilemma. Kalau settlekan boleh buat loan baru yang lagi tinggi yang bermaksud lagi tinggi hasil tuaian nanti. Tak pe… sabar…
Kalau di’study’ pasal ASB loan ni, sapa yang mampu ambik loan atau simpan 200k, dan sustain cukup 10 tahun, profit ASB tu dah boleh ambik sebagai gaji dekat 3k sebulan! Without touching the principal! Tak enjoys ke tu? Ikutkan hati nak jugak jadikan ini sebagai retirement plan saya. Would you?