Nuffnang Ads

Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya!

Ok, ok, saya faham.  Semua orang tengah busy nak balik kampung or at least nak siap-siap untuk Raya kan?  So saya akan tulis pendek je.


Tak kira apa jenis kenderaan yang korang naik, travel elok-elok.  Jangan tunjuk mengada kat kampung dengan plat keta W or B korang.  Macam saya, walaupun saya menetap je di KL, dalam hati tetap orang kampung.  Saya suka drive pelan-pelan macam cari nasi berlauk pagi-pagi.  Saya stress bila orang hon-hon macam la kereta-kereta mewah saya kat atas tu tak de hon. 

Sekarang ni tengah pening nak pilih kenderaan apa kat atas tu yang saya nak naik buat balik kampung.  Motor tu dah besar dari keta lak. Tak mau, nanti kaki tak sampai, barang pun tak leh angkut banyak-banyak.  Ferrary tu macam over sangat.  Kang riak dan takbur pulak.  Lori sangat sesuai nak angkut beras siam.  Jangan sangkut ngan UPP dah. 

Eh, kejap.



Patutnya entry ni pendek je. 



Huh!!

Ok, untuk pendekkan. Selamat Hari Raya semua,  ampun maaf zahir dan batin, saya pening nak pilih kenderaan.

Tq.


Wednesday, July 23, 2014

Hijab Pins / Shawl Pins/ Pin Tudung dari Miimocraft By Mia. Murah dan cantik!

http://elly-daily.blogspot.com/p/sekarang-ni-ramai-yang-mula-pakai-hijab.html

Thank you for dropping by.  Please click here to go to our Hijab Pin / Shawl Pin page :)



Terima kasih kerana berkunjung.  Sila klik disini untuk ke page Hijab Pin / Shawl Pin kami :)









Scientific solution untuk oven Butterfly

Walaupun dapur ku meletop dek oven Butterfly, kasih sayang pada oven Butterfly tetap utuh.

So solutionnya, saya beli nih.

I think I'm turning Japanese... Loving Daiso!!
So nampak tak scientific reason behind this solution.  Apabila ada haba panas masuk ke dalam oven tu, mesti ada haba yang kena keluar.  Jadi, jikalau oven tu dilekapkan ke atas dapur, pengeluaran haba panas adalah amat terhad.  Yang ada cuma lubang-lubang kecik dioven tu.  Maka, dengan meletakkan besi atas tungku dapur, dan barulah letak oven, pengeluaran haba panas adalah lebih effective.

Faham saya setakat ini?  Bagus!

Jadi, rupa bentuk susunan peralatan itu adalah seperti berikut.


Tadaa... Tak ada dalam gambar, tapi jari kelingking saya agak melentik masa letak grill dan ovent tu atas dapur... sebab... susunan saintifik ni agak classy.

 
P.s: Theory je. Practicalnya belum lagi.  Research masih dijalankan.

P.p.s:  Serahkan pada yang pakar - iaitu En. Suami, Ibu, Bapa, Kakak atau Abang anda untuk handle benda-benda panas.  Beringat sebelum menyesal!.

Tuesday, July 08, 2014

Jom petik buah durian.

Hari Sabtu hari tu sempat balik kampung En. Suami.  Kat Batu Gajah.

Tempat ni memang la terkenal ngan buah durian kan?  Buah durian ni tak de la special apa pun.  Tunggu jatuh bedebub, cari-cari, kutip, bukak, makan.

Tapi kali ni kitorang balik, buah-buah durian yang jatuh bedebub tu bila cari-cari asyik tak dee je.  Hilang gitu je.  Hmm 'ramai tuan' betul pokok durian mertua saya ni.

Geram punya pasal, (sambil dicampur rasa kempunan), En. Suami panjat je pokok durian tu.  Gi petik buah durian.  Panjat punya panjat, sambil ketaq lutut katanya sebab gayat, dapat la durian 3 bijik.  Sebelum korang tercari-cari logic macam mana En. Suami 'panjat' pokok durian, saya nak bagi tau pokok durian tu rendah je.  Pokok durian remaja gitu.

Anyway, cam ner rasa durian yang dipetik ni? Sedappp gilosss....  Manis sweet sweet je gitu and chewy and sedikit juicy.  Yang penting, tangan and mulut tak comot bila makan durian muda ni.  Buat masak lemak pun boleh tau.

So semalam and kelmarin dah habis 2 bijik.  Malam ni last lagi sebijik.  Tak sabar nih.


P.s.:  Durian muda ni tak berbau mulut.. Marvellous!!!

Wednesday, July 02, 2014

Ngantuknya baq hang! Dah la dapur lak meletop.

Tak tau le kenapa, lepas berbuka je mesti ngantuk sakan.  Baru pukul 9 mlm dah ngantuk gila cadbury.

So, sebab risau, I tanya la Mr. Google.  And here is what I found from WebMd:

Oooo patut la.  Bila bukak posa, first first sekali mesti minum air sirap segelas.  Tu dah berapa banyak gula.  Pas tu makan nasi berpinggan-pinggan ngan kari ngan gulai bagai.  Dah lepak kejap sambung kek buah, kuih-kuih lagi.  Heheh berapa banyak gula tu??

So malam semalam saya cuba kurang kan sket lah.  Minum air kosong je dulu time berbuka.  Nasi kurang sikit dari biasa ngan lauk-lauk, then itu je dulu.  Tengok-tengok kul 9.30 still ok, manageable.  Lega.

Tapi, nak dijadikan drama pulak, kaca stove top meletop la pulak.  Ala dapur yang jenis tempered glass top yang jenis slot in ke lubang kat atas kitchen counter tu (gambar tak sempat ambik, kalut duk cuci kaca).  Tapi kalau you all google je dapur kaca pecah sure nampak banyak gambar-gambar.  Lebih kurang gitu la gambaran nya. 

Dah la masa tu tengah guna oven Butterfly yang handsome tu atas dapur.  Masa dengar bunyi poppp tu ingatkan cermin oven yang pecah.  So bila berlari ke dapur tengok oven masih segak tapi dapur dah putih sebab kaca dah berderai.  Apa lagi, tutup api dapur, tutup gas dan cabut kepala gas terus dari tong gas.  Safety first!.

Next, tunggu En. Suami balik tarawikh hehe... tak larat nak angkat dapur tu sorang-sorang dengan parut panjang sekaki kat perut ni dek Nun!.

So hari ni EL half day untuk cari dapur ngan En. Suami.  Kalau tak, tak masak la untuk berbuka hari ni.

Monday, June 23, 2014

Orang kampung!!! Puasa nak dekat dah!

Puasa lagi seminggu! Cepatnya masa berlalu.  So apa first thing yang you all fikir bila Ramadhan dah nak sampai ni?

Girls:
1. Baju raya belum tempah.... Aaarrggghh!!!
2. Apa? Baju raya boleh tempah tapi tak boleh letak lip lap, dah tak sempat... Aaarrgghhh!!!
3. Puasa belum habis ganti... Aaarrgghhh!!
4. Biskut raya berapa jenis ni.  Nak buat? Aaarrrgghhh!!
5. Berat badan confirm akan turun.  Muehehe.
6. Nak kena beli emas ke? Orang kata ke kalau lengan tak bergelang, leher tak berantai?  Emas murah ke?
7. Nak masak apa hari-hari untuk berbuka? 
8. Sempat ke nak masak hari-hari untuk berbuka?
9. Kalau lauk tunjuk, nak tunjuk kat mana?  Semua orang sendat kat Param.
10. Gaji dapat on time macam biasa? Tak de lagi awal ke? Huh!
11. Baju melayu tak boleh beli dekat-dekat raya. Nanti tinggal yang errmmm tak cantik....
12. Anak sedara ramai dah bekerja. Lega! Kurang duit raya.
13. Apa kaler tema yang 'in' tahun ni?


Boys:
1. Nak makan apa? Alah, mak/bini/kakak/adik ada..diorang masak la tu kot.  Kot tak de apa kita berbuka kat surau/masjid.
2. Gaji dapat on time macam biasa? Tak de lagi awal ke? Huh!
3. Baju melayu beli dekat-dekat raya lah. Sekarang and bulan puasa mahal!
4. Anak sedara ramai dah bekerja. Lega! Kurang duit raya.
5. Kaler tema? Apa tema-tema? Pakai je la apa pun.

Kasut/selipar raya... ok ler..
Hehe.. saja je.. actually semua soalan kat atas tu ada kat kepala saya.  Tak kira lelaki ke perempuan.  Tu belum masuk bab tukar langsir, perabot bagai.  Tekan break sikit ke kakak-kakak, abang-abang.  Bulan puasa ni kita try la save banyak-banyak.  Boleh buat invest dalam Gold Account Maybank! Muahaha..(gelak orang kaya).

Saturday, June 14, 2014

Pembedahan buang buah pinggang - the aftermath.

Hari ni, dah dekat 2 bulan sejak pembedahan yang menghadiahkan parut sepanjang dekat sekaki kat perut saya.

Masa Doctor bagi permission untuk balik, selepas saya cakap saya dan boleh jalan slow-slow ke toilet, husband terus gi booking wheelchair.  Maklum la, memang boleh balik, tapi nak jalan all the way ke kereta tu belum larat.  By the way, urine confirm ok dan tempat tube yang disebelah pusat tu pun kering, baru doctor discharge.   Kalau tak, jangan harap!

Back track a bit.  Masa di spital, hari 1, 2, 3 saya baring je.  Tak larat nak bangun.  Hari 4 saya start duduk.  Masa ni doctor asyik monitor darah, urine dan flush yang tempat tebuk sebelah pusat tu.  Darah and urine kena reading cantik.  Yang flush tu pulak kena make sure tak de liquid keluar dari dalam perut.  

Masa hari ke 4 tu doctor suruh nurse cabut tube flush tu sebab dah kering.  Besar tube tu ada la besar kelingking.  Hari ke 5 cabut urine tube lak.  Rasa lega giler!.  Lagi la ligat saya practice bangun duduk dan jalan.  Last sekali cabut IV.  Terus rasa free and think I could fly haha.

Sampai dirumah, nak duduk disofa masih sakit.  Advice saya, elok pakai tummy support ala-ala bengkung tu.  So lebih selesa perut dan luka.  Sampai hari ni saya masih pakai.  Masa mula-mula balik rumah, saya lebih banyak baring.  Jalan ada la jugak dari bilik ke dapur, ke living room gitu je.  Nak tunduk sakit dan nak batuk jugak masih sakit. By the way, 2 hari lepas operation, saya dapat batuk sebab tekak kering sebab gas bius tu kot.  Sakit giler!!.

Anyway, dirumah batuk dah agak kurang.  Nak baring sakit, bila dah baring ok.  Nak bangun dari baring pun sakit, maklumla kat spital ada katil yang boleh gerak-gerak.  Nak mengiring pun sakit.  Duduk di sofa kena letak extra penyandar bagi tegak.

Lepas 3-4 hari di rumah, perut belah kanan sakit lak bila baring.  Kat tempat buah pinggang di buang tu.  Tanya doctor dia cakap maybe kat dalam tu still healing.  Bila baring je terus rasa menyucuk and bila tarik nafas dia makin sakit.  Tapi lepas 2-3 minit, sakit hilang.  Bila nak bangun (dengan kaki dan tangan terkial-kial nak control parut di perut lagi) dia sakit balik tapi bila dah diri ok balik.

Nak dekat 2 minggu dirumah sakit tu hilang gitu je.  Macam magic!.  Nak bangun duduk pun lebih ringan badan.  Bab makan saya tak berpantang langsung.  So far Alhamdulillah tak de masalah.  Luka diperut heals cepat jugak.  Tapi angkat berat memang tak boleh.  Memang terasa sakit.

Sekarang, nak masuk dua bulan, memang badan rasa ringan sikit.  Parut pun almost healing.  Cuma kadang-kadang tak selesa bila duk bersila lama-lama sebab perut mesti stretched.  Sakit di tempat buah pinggang dibuang pun dah tak ada.  Dan most importantly perut susut sikit dan boleh pakai balik baju-baju lama! woohoo!!!. 

Ok, sebenarnya tu second most important thing.  The most important thing is saya dah boleh tinggalkan beg ubat painkiller saya.  Kalau dulu kehulu ke hilir saya mesti bawak pain killer sebab bila ketumbuhan tu pecah, sakit!!.  Sekarang saya cuma bawak Gaviscon je. Hehehe.

Ok, pesanan diet untuk yang ada satu buah pinggang?  Less salt, less protein.  Tough! tapi try jugak la follow.  Air no less than 2 litters a day.  So sekarang saya habit bawak air kosong dari rumah walau ke mana saya pergi.  Medication? None!.  Dialysis?  None!

Exercise, still malas.  Tapi rasanya lepas 100 hari saya akan cuba cycle kat rumah.  Kenapa 100 hari? Mak saya cakap lepas 100 hari mesti badan akan rasa lagi ringan.  Ubat-ubat dalam badan pun dah hilang kot.  Entahlah.  Kita follow je pesanan-pesanan ibu-bapa betul tak?  Tak rugi pun.

P.s.  Kalau tahu badan rasa selesa macam ni, dah lama saya buat surgery ni.

P.p.s Doctor saya citer, masa operation tu, susah sangat nak korek ketumbuhan tu keluar.  Dia tempted nak toreh bentuk T kat perut saya.  Nasib baik tak buat walau pun nama saya memang start ngan huruf T!!.

P.p.p.s Jemput la click di gambar Hijab Pin tu.  Banyak pilihan pin yang cantik-cantik dan murah-murah!!

Tuesday, June 10, 2014

Day 3 - Dapat parut panjang sekaki... stress.. tapi semua dah selesai.

Hari yang dinanti-nanti dah tiba.  Nanti ke? Muahaha...dah bunyi drum roll dah dalam perut nih.  Bukan setakat butterfly in my stomach, tapi dinosaur dah ni.  Tapi, there's no turning back.  Sedari semalam buah pinggang kanan berdenyut-denyut dek salur darah kena potong.

Mak, ayah, suami, anak dan adik dah pagi-pagi datang hospital.  Pukul 9 nurse dah datang nak bawak saya ke bilik bedah.  Macam tak sabar-sabar nak belah orang pagi-pagi.  Hehe...

Nurse yang accompany saya untuk ke bilik surgery sangat sensitive dengan situation saya and family masa tu.  Siap remind saya jangan lupa salam dengan semua dan ajak anak saya "Cium pipi ibu ye...".  Alamak.. syahdu la pulak.

Anyway, bukan nak cerita pasal emotions, so lets move on.  Saya ditolak lagi sekali dengan katil-katil sekali ke bilik surgery.  Saya tak banyak fikir, cuma cuba-cuba berzikir untuk hilangkan panic dan berharap semua goes well.

Sampai kat satu area, saya nampak perkataan "Recovery" kat atas satu pintu bilik.  Katil saya di'park' kat depan bilik tu.  Then there is one lady, mungkin doctor, terangkan sedikit sebanyak pasal surgery dan mintak saya sign consent form.  Saya dipakai kan topi macam shower cap tu dan tak lama tu terus ditolak masuk bilik surgery.  Saya tak sempat fikir panjang pun.

Bilik tu kecik je.. tapi cerah sangat.  Dalam tu saya sempat tengok ada satu platform macam katil kat tengah-tengah.  Lampu penuh kat siling dan kat siling ada gambar awan satu panel dan satu panel lagi gambar pokok-pokok.  Nak kasi patient rileks ke apa gamaknya.

Ada satu nurse ke MA ke datang dan suruh saya depa tangan dan slot in metal plate bawah lengan kiri dan kanan.  Then doctor bius Dr Wee datang bagitau pasal nak bius then terus pekap hidung dan mulut saya ngan gas mask. 

Then I was out for almost 6 hours.

Pas tu dengar suara adik duk mengomel pasal nak ambik gambar.  Then suara nurse reply suh ambik gambar dekat cahaya.  Then suara En. Suami nak ambik gambar jugak.  Hmm.. saya? Tido lagi best.

Sebenarnya adik saya and husband tengah ambik gambar ketumbuhan saya tu.  Nurse bawak just nak tunjuk sebelum benda tu dihantar ke lab.  I must admit, agak besar and total weight dia selepas di cut off from blood supply is about 2kg.



Another hour baru saya sedar.  Tapi betul-betul flat.  Tak penat, tapi tak de kederat.  Rasa terbaring and tak tau and tak nak buat apa-apa.  Tak fikir apa-apa pun.  Painless.  Kat tepi saya ada machine yang control morphine masuk for painkiller.  Kat tangan kanan dah ada IV line.  Pas tu saya notice ada urine tube.  Urine pun still warna coklat.

A few moment baru teringat nak check 'belah' di perut.  Raba-raba perut terasa satu straight line of gauze/cotton pad dari bahagian tengah dada (kat ulu hati) sampai 2 inci bawah pusat. Aaaaa! Panjangnya parut??!!!  Huh, stress.  Pas tu raba-raba perut hmm betul-betul dah flat perut.. hoho happy!.  Tapi ada satu extra tube yang keluar dari perut, lebih kurang 3 inci ke belah kanan dari pusat.  Eiissh memang tak selesa walaupun tak sakit.  Tube nak keluarkan excess liquid dari tempat bedah.  Liquid yang kuar pun warna merah-merah macam dalam gambar tu.


A few moment later... tidur.


Monday, May 26, 2014

Day 2 - Embolization untuk bunuh buah pinggang ku.

Hari ke dua - throwback post :) .

Pukul 9 pagi nurse datang bagitau, pakar radiology i.e. doctor la jugak cuma bahagian x-ray x-ray ni, dah ready untuk buat embolization.

Embolization ni satu procedure yang dibuat melalui x-ray, hence the radiologist.  Tujuan embolization ni nak tutup salur darah yang bagi makan pada buah pinggang kanan saya.  Doctor saya cakap bukan wajib buat cuma dia nak benda ni dibuat supaya nanti actual operation tu nanti tak de banyak hilang darah. 

So dari bilik ward saya ditolak dengan katil-katil sekali ke bilik procedure tu.  Rasa macam orang sakit sangat, padahal saya still boleh jalan sebenarnya.  Tapi layan je la dah orang nak tolak. Haha..

Sampai je ke bilik tu saya tengok bilik tu penuh dengan big machines with big arms and big screen.  Semua putih.  Then ada satu platform tempat untuk pesakit baring - saya la tu.  Platform ni kecik je, lebar dia just nice untuk badan saya.  Dan atas bahagian perut saya (dalam keadaan membaring) ada another plate.  I guess sebab ni procedure melalui x-ray, maka plate tu maybe play a roll in the x-ray-ing my body.

Procedure makan masa lebih kurang 2 - 3 jam tak berapa ingat dah.  Dan saya sedar sepanjang masa.  Siap tengok kat screen x-ray tu lagi.  And the best thing is doctor yang buat procedure tu siap boleh explain and show how it is done.

Nak kata tak sakit, procedure ni ada part sakitnya.  Mula-mula sakit sikit je la masa kena jab nak cucuk ubat kebas kat celah peha - tempat yang ditebuk untuk masukkan 'wire-wire' yang akan buat kerja untuk tutup salur darah (ni saya citer kot style orang kampung je la ye sebab saya pun tak tau medical term nih haha).  Masa 'wire' tu dimasukkan, memang rasa agak tak selesa tapi tak la sakit.

Bila 'wire' tu dah ditempat yang sepatutnya, doctor akan start masukkan coil ke salur darah untuk stopkan darah ke buah pinggang.  Macam kes saya, satu salur darah perlukan 5 coils dan satu salur lagi 4 coils.  Depending pada keadaan kot.  Satu coil nak masuk tu ambik masa jugak sebab lepas satu coil, diorang stop and study the blood flow.  Satu lagi masuk, tengok lagi.  Sampai la darah betul-betul stop.

Ok, backtrack a bit.  Masa doctor urologist saya cakap saya kena buat procedure embolization ni, saya bagitau dia, saya ni jenis yang tak boleh duduk diam bila baring.  So 2 jam tu agak payah untuk saya duk diam terlentang.  Nampaknya urologist saya ni take serious note pasal ni.  Dan mungkin dia inform doctor x-ray ni.

Jadi sepanjang 2 - 3 jam tu surprisingly saya boleh baring dengan tenang.  Dan staff-staff yang ada dalam bilik tu pun ok.  Bila saya genggam lepas dan genggam lepas tangan (nak jugak bergerak), diorang terus datang tanya ok ke tak.  Saya jawab ok, cuma tak leh duk diam hehe.  Pas tu saya tenang balik.

Then the actual pain comes.  Ada satu time tu doctor x-ray tu cakap dia akan tutup salur darah ke dua.  Dan bila yang kedua ni di tutup, buah pinggang tu tak akan dapat supply darah lagi.  Dan bila siap tutup, saya akan rasa sakit. Erk.. panic jap.  Tapi doctor tu siap mintak tolong jangan meronta bila sakit.  Just bagitau je nanti diorang akan jab ubat tahan sakit.

And the pain slowly datang.  Macam sakit pinggang plus sakit luka bila ketumbuhan tu pecah.  Saya bagitau doctor.  And he actually happy that saya sakit sebab ini bermakna embolization tu successful.  Terus dia panggil nurse dan jab ubat tahan sakit.  So sakit tu boleh la tahan.  Tak hilang sangat pun.

Bila semua dah siap, doctor tu tarik keluar wire-wire.  And a nurse datang untuk tekan tempat yang ditebuk tu sebab tu antara salur darah utama.  Lama jugak ditekan.  About 10 minit kot.  Pas tu dia press gauze and tape dengan tebal macam rasa ditekan jugak.  And we are done.

Saya ditransfer ke katil balik and ditolak ke bilik ward semula.  Masa ni rasa mengantuk giler.  So saya bagitau doctor kenapa saya rasa mengantuk sangat.  Dia kata oo memang sebab masa procedure tadi kita masukkan sedative.  Lorrr patut la boleh duk diam je terbaring.  Kena ubat pelali rupernyer hehehe.

So sepanjang petang dan malam hingga ke pagi tu saya terpaksa tahan sakit yang sikit-sikit tu.  Ada gak time malam mintak nurse jab sekali sebab 'terasa' sangat sakit tu.

Sambung next entry lak... Nak kena bedah!.

Thanks for reading!! :)

Monday, April 21, 2014

Lebih nervous dari biasa.

Hari pertama.

Doktor dah datang visit di ward dan explain plan nya.  Untuk knowledge sharing, untuk perform nephrectomy (mengeluarkan buah pinggang) ni, saya kena lalui process embolization untuk tutup salur darah ke buah pinggang.  Tujuannya untuk elakkan banyak pendarahan semasa pembedahan.  Plannya nak buat esok dan mungkin makan masa 2 jam.  Doktor cakap, lepas salur darah ditutup, saya akan rasa sakit sebab buah pinggang tak dapat blood supply.  Nervous gak!


Katil ni akan bantu saya duduk dan bangun nanti.  So hari ni saya tak nak duk lama atas katil.  Nanti cepat boring.

Saya memang tak lepas peluang tanya doctor macam-macam bila jumpa.  Sib baik dapat doktor penyabar.  So pengalaman saya nanti saya akan cuba ceritakan untuk pengetahuan semua.  Sebab saya tak jumpa mana-mana blog yang ceritakan prosedur nephrectomy ni dari pengalaman orang kebanyakkan macam saya.  Harap-harap dapat membantu.

Perasaan saya takar ni sangat nervous.  Bila tanya-tanya pada doktor saya admit, saya lagi nervous bila doktor explain pasal kemungkinan complications.  Tapi at least saya mentally prepared.  Antara complications yang mungkin ialah bleeding sebab buah pinggang ni attached dengan main blood vessel.  Pas tu infection - yang ni biasa lah.  Dan last sekali other organs yang mungkin affected sebab organ-organ ni akan di move around untuk keluarkan ketumbuhan tu.  Tapi doktor cakap semua kita boleh monitor and control,  insya allah.

So perkataan hari ni...Nervous!!!

Wednesday, April 16, 2014

Saya perlu....

Lama rasanya berpikir.  Gerun, takut, lega, berdebar, geram, semua ada.  Tapi rasanya perlu.

Entry lepas saya ada tulis yang saya ada angiomyolipoma.  Atas nasihat doktor, saya perlu dibedah.  Lepas pikir punya pikir, rasanya perlu saya buang extra baggage saya ni.  The scar going to be nasty that's for sure.  Sedih rasanya nanti bila tengok parut di badan.  Tapi apa nak buat.  Tak payah pakai bikini lah #modemengada#.

Lagi satu, buah pinggang ku juga akan dibuang. Huaaaa T_T.  Haih, apa nak buat.  Dah tertulis nasib ku macam ni.  Macam mana nak survive hidup selepas ni dengan satu kidney? Saya pun tak tau.  Walaupun doctor cakap nothing's change, saya masih tak puas hati.  Risau yang amat!.

Bila flash back balik, last ketumbuhan ni bleeding, 2 tahun dulu rasanya.  Tapi akhir tahun lepas saya decide untuk ambik supplement Transfer Factor.  Harap-harap dapat shrink kan ketumbuhan.  Lepas 3 bulan makan, rasa sakit tu datang.  Mungkin secara kebetulan, atau mungkin TF ni trying to fix something.

Tapi yang peliknya, lepas incident sakit baru-baru ni, saya rasa makin ok.  Masih ambik TF jugak.  Berat badan mula turun.  Sebelum ni naik 3kg.  Dan sekarang turun pun 3 kg jugak.  Dalam hati ni, harap-harap la ketumbuhan tu yang shrink.  Kalau betul, tak de la perlu operate kan? Nanti bila discan baru dapat tahu. #wishfulthinking# #psychojekot#.

Saya bukan promote barang ni ye.  Cuma nak cerita pengalaman sendiri je.  Sebab angiomyolipoma ni tak de ubat.  Dan banyak-banyak product yang saya baca, cuma Transfer Factor je yang dapat convince kan saya untuk cuba.

Sekarang ni saya masih gi office macam biasa.  Tak de masalah.  Cuma kerja masih berlambak.  Date untuk operate pun dah move dari 14hb hari tu ke 21hb sebabkan kerja-kerja office ni.

P.s:  Harap kawan-kawan dapat doakan semoga operation saya dan recovery saya nanti akan berjalan lancar.  Terima kasih, dan hanya Allah dapat membalas niat murni kawan-kawan.

P.p.s:  Kita bersiaran lagi post-op :)

P.p.p.s: Redha...

Wednesday, March 26, 2014

Rancangan tergendala sebentar dek kerana Angiomyolipoma. Entry serius...kot.

Kali ni saya nak share pengalaman personal sikit.  Bukan nak mintak simpati tapi saya berharapan information ni dapat membantu kawan-kawan kat luar tu jugak sebab saya tak ada lagi jumpa orang tulis pasal pengalaman personal diorang dengan Angiomyolipoma ni (rupa CT scan dia macam kat bawah ni belah kiri, bawah).


Ok, seminggu lepas, segala-gala terhenti kejap dik kerana tuan rumah ni masuk sepital.  Nak buat macam mana, dah nasib badan.  Kerja terhenti, blog pun tak updated.  Lepas seminggu ditahan dan 2 pint darah masuk, Alhamdulillah, I'm back in business.

Just untuk info semua, kita share-share information la kejap ye.  Angiomyolipoma bagi saya secara personal, tak la bahaya.  Dia ketumbuhan je sebenarnya, dan bukan cancer dan dia cuma sebijik benda yang penuh dengan salur darah, lemak dan muscle saja.  Korang boleh google sendiri perangai penyakit ni kat tenet. Cuma yang tak bestnya, benda ni boleh membesar tanpa kita sedar.  Dan bila dah besar, dia boleh pecah dan berdarah.  Masa tu barula datang bahaya nya.  Mungkin infection etc.

Apa yang trigger benda ni untuk tumbuh pun tak de orang tau dan yang peliknya tempat favourite dia ialah kat buah pinggang perempuan.  Buah pinggang kanan lak tu.  Bukan dalam buah pinggang, tapi diluar.  Orang lelaki tak ramai lak yang menghidap.  Hormon kah?

Macamana saya tahu saya ada 'extra bagasi' ni?  Well, secara tak sengaja sebenarnya.  Dan bila saya baca-baca pun, kebanyakkannya memang orang dapat tau dia ada benda ni secara tak sengaja.  Masa tu tahun 2006 kalau tak silap, saya kena denggi dan ada sakit perut (gastric kot).  So doctor buat ultrasound.  Dan saya still ingat pakar ultrasound tu cakap 'Eh? You ada tumbuhan la'.  Hehe masa tu memang saya sengih je la sebab duk pikir macam ada pokok dalam badan.  Since then, saya asyik dimonitor je lah.  Tapi dia tetap membesar.

Dan bila dah besar, selain boleh pecah macam saya cakap tadi, dia menyebabkan organ-organ lain dalam badan tu duduk sendat-sendat macam dalam tin sardin.  Contohnya liver disqueeze tinggal separuh.  Kidney yang menjadi tuan rumah tumor ni pun dah tak larat nak duduk ditempat dia, mungkin akan tertolak ke bawah.  Perut kena himpit, diaphragm kena himpit.  Sian.  Tapi macam case saya, semua organ masih well function walaupun terhimpit.  Alhamdulillah.

And at the point I'm writing, doctor tu cakap, rasanya saya hold the biggest size so far yang dia tahu.  And he is actually the specialist that covers Ampang Puteri and GH jugak.  Hmm tak tau nak bangga ke nak panic. Hehehe.  The size I'm carrying right now, the biggest dimension, is 20cm.  Ala-ala besar baby 6 bulan kott....

So, what happened was, benda tu tiba-tiba sakit gila hari tu.  Maybe sebab tersalah angle masa angkat bakul kain yang berat kot or what ever reason sebab benda ni boleh sakit secara tiba-tiba ikut suka dia je.  Maklum la, besar sangat.  So end up ada bleeding, dapat infection, hemoglobin drop, blood pressure pun drop.  Panic la kejap.  Saya terus ke ever so unfriendly emergency department kat Ampang Puteri.  Saya kena la ke Ampang Puteri sebab specialist yang rawat saya kat sana memang terbaik! walaupun saya tau service staff-staff Ampang Puteri memang menyakitkan hati je lebih.

So the most kind doctor - Dr. Mohammed kat Ampang Puteri, suggested untuk saya warded, masukkan darah 2 pint, put on antibiotic dan masukkan drip untuk naikkan balik Hemoglobin, put off the infection dan naikkan balik blood pressure.

Alhamdulillah, all went well.

Ok, solution untuk benda ni, untuk saiz yang saya ada ni, tak lain dan tak bukan melalui surgery.  Tu yang lemah tu.  Bukan sebabkan surgery tu sangat, tapi surgery tu melibatkan removal of my one lovely kidney.  Buah pinggang yang dah dibalut dek tumbuhan ni.  Dulu-dulu dah pernah buat embolization - blockkan salur darah yang feed the tumbuhan ni.  Tapi tak jalan, besar jugak dia.  So nampaknya tinggal surgery je lah pilihan saya.  Lagipun dari bacaan saya, embolization ni ok kalau size tu 4cm and below je.

Sebelum ni saya susah nak agree dengan surgery tu (nephrectomy nama dia).  Susah jugak rasanya nak decide.  Macam mana agaknya nak hidup dengan satu kidney.  Tapi bila dah kerap sangat bleeding, saya rasa no choice dah.  Ada sapa-sapa ada pengalaman tak?

Sapa-sapa yang tahu ada orang yang ada growth macam ni, atau yang living with one kidney boleh la share-share ngan saya ye.  Saya nak tau ada berubah tak lifestyle bila ada satu buah pinggang ni.

P.s.  As much as I like the specialist, saya masih tak suka layanan ni Ampang Puteri.  Pantai Pandan Indah, you still at the top of my chart.

P.p.s  Tak pernah jumpa spital yang bila kita tekan butang untuk dapatkan bantuan nurse, diorang boleh tanya melalui intercom "Ye cik, boleh saya bantu?".  Err ingat hotel ke apa?  Ni orang sakit la!!

P.p.s  Sekarang terfikir, masalah kesihatan saya ni kecik je compared dengan masalah orang lain.  So it calms me a bit :).


Wednesday, February 19, 2014

Wordless Wednesday - AFC channel punya pasal


Avocado milkshake, oyster and lemon... #penangan AFC channel# They've never mention how 'easy' it is to open the oyster, have they?

Thursday, February 13, 2014

Jual, jual! Nak save ruang rumah 1 square foot.

Saya nak jual si Sanggul ni. Ada sapa-sapa nak tak? Murah-murah RM100 je boleh nego dan mesti pickup sendiri ye dan kalau langkah kanan, saya mungkin bagi discount kalau bayar cash-on-pickup.

Condition masih bagus tapi dah hilang remote tanpa dapat dikesan.. #misteri#.

Bukan apa, ruang rumah kecik aje, so bila ada Si Sanggul ni atas lantai, memang pembaziran space la nama nya.  Kami memang tak pakai pun.

Elok ni kalau you all nak letak kat rumah-rumah sewa.  Penyewa pasti suka!.  Kan...?  Or maybe nak letak dalam bilik sendiri ke as a second TV at home.



Brand Hitachi, saya beli tahun 2000, saiz 21 inci is now officially open for sale.  Kalau berminat email saya kat elieza.cob@gmail.com ye.

P.s. Sib baik saya bukan dalam bidang marketing.

P.p.s.  Thank you for reading :)

Wednesday, February 12, 2014

Minum

Dragon fruit + Orange = Healthy delicious drink.


Tuesday, February 11, 2014

10 exercise yang saya buat.. tapi kenapa tak kurus??

I must say, saya memang buat exercise. Antaranya:

1. Jari-jari saya cukup exercise bila tekan keyboard di pejabat.
2. Kaki saya berjalan dari parking lot tepi bangunan ke ground floor ofis saya.
3. Perut saya cukup exercise pagi, tengah hari dan malam.  Kadang-kadang extra exercise pukul 4 petang.
4. Mata saya cukup exercise bila balik rumah tengok sayup kehijauan kebun mini saya di balkoni apartment.
5. Saya buat weight lifting dengan angkat pasu-pasu atau angkat air dari toilet ke balkoni untuk siram kebun sayur saya.  Jarak toilet ke balkoni adalah 10 langkah!.  Activity ni dilakukan 2 hari seminggu waktu weekend.
6. Saya menuai sayur.  Kerja amat berat tapi amat berpuas hati.  Dan saya rela.
Sawi cute.

Jeruk maman homemade

Dah selamat dah.. kailan dalam pasu
 7. Lengan saya cukup exercise dengan buat regangan memandu 30 km pergi, 30 km balik.
8. Exercise untuk tenangkan fikiran pun saya buat bila balik office tengok muka Anak dan Suami, hati tenang.
9. Saya jaga pemakanan dengan tidak makan fast food sebab En. Suami memang pandai masak sedap-sedap!.

This is how I keep my recipe. Tapi saya jarang masak, so... hmm...ok.
10. Saya berfikir malam dan siang untuk activity weekend contohnya kat mana nak breakfast, kat mana nak spend masa dengan keluarga dan apa nak masak untuk lunch, dinner.  Jadi otak saya cukup exercise.  Ni tak masuk nak pikir nak pakai baju apa and tudung mana nak match tiap-tiap hari.  Makeup lagi.

The question is, kenapa masih tak kurus???

Friday, February 07, 2014

Weekend Activity : Berkelah kat PD... bajet bajet!

Weekend panjang macam Chinese New Year hari tu memang best kalau dapat pergi bercuti kemana-mana.  Tapi disebabkan belum gaji, so otak mesti la kena fikir untuk nak bercuti secara budget.

Memandangkan saya ni dari pantai timur, mesti la dapat idea nak ke pantai.  Lagipun saya tengok si Anak ni macam tak pernah main pasir pantai. 

Jadi planning punya planning, kami decide nak pergi PD lah.  Nak buat lagi best, bawak bekal nasi dengan lauk pauk, kita makan kat tepi pantai.  Fuhh.. best!

So pagi lepas breakfast, kami ke pasar tani Melawati.  Beli ikan kering, ayam, ulam-ulam sikit, pas tu nanti En. Suami nak masak kari daging.  Balik rumah, kami bertungkus lumus masak.  Alah, kari daging je yang makan masa sikit, yang lain tu goreng-goreng je.  Nak lagi kaw, kami tumbuk sekali sambal tempoyak.  Ngeh ngeh..


Priceless

Ok jugak activity gini.  At least I walked 100 meters sebab nak gi shee shee.  Wait, 200 meters la sebab to and fro.  Huh.. sayang calorie.

P.s.  Miss the time masa kecik kecik dulu.  Selalu pergi breakfast kat pantai sambil kena paksa tengok sunrise hehe.

P.s. Sekarang dapat sun set.

Wednesday, January 29, 2014

Makan

Wednesday, January 15, 2014

Panggilan penyelamat pertama. Tuan rumah to the rescue.

Selawat dan salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Ahad lepas dapat call dari penyewa.  Katanya kat flat tu asyik tak de air tanpa notis apa-apa dan secara surprise.  Dan dekat rumah tu pulak ada kolah air je tapi dah leaking tak leh pakai.  Kesian la pulak.  Rasa macam adik-adik kita je.  So kalau adik kita susah macam tu sure kita tolong cepat-cepat kan?  Walaupun kalau saya la jadi diorang, saya akan beli tong je untuk simpan air.  Tapi tak pe lah...

So petang tu jugak saya dan suami ke sana.  Ala ala menjadi penyelamat gitew.  Tengok-tengok apa yang boleh buat.  So kami investigate kolah tu.  Memang bukan leaking lagi dah.  Dah berlubang terus dekat tempat penyumbat dia tu.  Ok... noted.  Memang kena baiki.

Lepas tu, kami nampak la satu benda ni.  Pada saya agak misteri sebab first time seumur hidup tengok benda alah nih.  Tanya budak-budak rumah tu, diorang pun tak tau.  Diorang tutup je.  Uuu.. tambah misteri.

Benda ni macam dibina untuk store something.  Top portion tu bila bukak ada ruang kosong dan penuh dengan habuk-habuk.  Pas tu finishing dalam tu pun mengarut sangat sampai nampak bata block dalam tu.

So lepas tengok-tengok tu kami beransur balik untuk berfikir, beli barang dan will come back nanti cuti Maulud untuk fix kan.  Misteri tu pulak saya biarkan pada En. Suami untuk investigate further (ewahh).  

Lepas 2 hari iaitu hari ni, saya dapat jawapan selepas En. Suami tanya sekeliling (ask around).  Baru la saya tau rupanya ni tapak tangki air.  Owhhh... first time tengok.  Good info pada saya yang kurang fasih bab-bab rumah ni.  Selalunya tangki yang saya tau letak kat siling.  Tapi rumah flat intermediate ni tak ada siling so macam ni la diorang buat tempat tangki.

So saya dan suami berkira-kira, ada eloknya kalau kami letak tangki baru dan buatkan piping masuk air dalam tangki tu.  So, untuk save budget and for interim solution, lubang kat kolah tu kami akan seal full guna silicon dulu.  Tak payah penyumbat-penyumbat.. sebab nanti crack balik.  Dan lepas tu bila ada masa dan budget, terus buat tangki dan settlekan masalah tiada tempat isi air rumah tu.  Tak tau la betul ke tak strategy kami ni.

So tadi sealing settled.  Hopefully boleh pakai untuk sebulan dua ni.

P.s:  Segan nak jumpa adik-adik penyewa tu.  Maklum la diorang ber-Master n ber-Phd, saya ni banyak kurangnya.

P.p.s:  Thank you so much En. Suami.  :)

P.p.p.s:  Air buat surprise...really not funny.. lawak kering.



Monday, January 13, 2014

Di musim Chinese New Year ni, aku MeNgaku.

Bila tiba time Chinese New Year mesti korang perasan kaum Cina berebut-rebut beli ubi ni kat supermarket.  Kadang-kadang stock yang dikeluarkan berkotak-kotak tapi tak sempat apa-apa pun confirm habis dibeli orang.

Kenapa ek?

Saya pernah tanya kawan, kenapa semua berebut beli ubi Ngaku / Arrowhead ni?  Rupa-rupa nya ubi ni hanya available masa Chinese New Year je.  Bulan-bulan lain takkan jumpa punya.  Agaknya macam err entah la, tak boleh nak compare dengan perayaan Melayu.  Nak kata lemang, sepanjang tahun ada jual kat Jalan Ulu Kelang.  Nak kata ketupat, ketupat instant Nona pun dah ada.  Entah.

Pas tu saya tanya lagi, masak or makan macam mana?  Yang diajar pada saya masa tu cuma buat kerepek.  Macam kat bawah ni.  Cara yang saya buat kikis kulit luar tu then hiris nipis-nipis sebab malas nak bukak kotak benda sagat tu.  Lepas tu goreng macam goreng ubi tu.  Sedap kalau tabur garam sikit.  Rasa dia macam ubi goreng tapi lagi lemak dan manis. 




Ada jugak orang masak stir fry dengan daging.  Rasa dia macam ubi kentang tapi lebih manis dan lemak.

Jadinya, sempena Chinese New Year 2014 Tahun Kuda ni, saya ikut sama berebut beli ubi Ngaku ni.  Hahaha, kalau tak berebut, tak feel la shopping raya kan?

I know this is early but HAPPY CHINESE NEW YEAR ALL!.  Have a great Horsey year.

P.s.  Agaknya bila makan ubi ni, korang mesti mengaku kesalahan-kesalahan korang kan?  Ala-ala truth potion.....well, no harm trying.

P.p.s.  Banyaknya 'New Year' celebration kat Malaysia ni.  Tapi Awal Muharram tetap dihati. Muaxx.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...