Pages

Thursday, January 31, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Gold Coast Morib Resort Part 2

Jangan baca Part 2 kalau belum singgah di Part 1 :)

Ok, kita sambung cerita....

Lepas letak beg and rehat kejap kami terus ke water theme park. 

Untuk bilik Studio Suite ni, kami dapat 2 adult passes to the theme park. So untuk anak kena la bayar RM 20 untuk entry sampai check out day. Harganya ok gak la tapi lagi better bagi more discounts pada hotel guests kan?  Anyway, kami diberi tiket macam kat bawah ni and kena pakai dari hari start masuk theme park sampai la checkout. Tapi saya tak peduli, kena jugak bukak sebab rimas. Bila nak masuk balik pandai-pandai la tampal balik kan?.


Theme park ni bukak dari 8 am sharp until 7 pm sharp jugak.  Tempatnya tak la besar dan tak la kecik. Memang sesuai untuk kanak-kanak and untuk anak saya memang sesuai kat wading pool yang agak luas sebab anak kecik lagi. Saya pun tak risau kot-kot terlemas. Besides, each pool ada its own well trained life guards. Tak perlu describe banyak, just tengok gambar-gambar pun ok kan?



By the way, theme park ni tak provide towels tau although you are guests there.  Kalau nak, bawak la towel sendiri.  Tapi yang saya perhatikan, ramai guests yang tak bawak  (macam kitorang) and lantai akan basah dari theme park sampai la ke lifts.  Jenuh saya perhatikan pekerja diorang duk mop and pasang floor blower tu.

Kat luar entrance water theme park tu (but still in Block 1) ada few shops jual snacks and t-shirts and pelampung semua tu.

The next morning, breakfast!! My favourite meal of the day.  Breakfast is included in the room package. Banyak varieties of food. Masa kami pergi ni residents agak ramai so diorang buat kat tepi pantai untuk breakfast. Selesa and enjoy jugakla. Lepas breakfast boleh la repeat main air kat theme park sebelum check out. By the way, during peak time, kena check out cepat sebab kalau melebihi 12.30 pm nanti kena extra charge.

From my readings, if on weekdays, dinner is also included in the package.  Tapi sebab agak was-was halal or not, I rather go out to Pantai Morib which is just nearby and you can enjoy your dinner by the beach.

Overall tempat ni sesuai untuk bawak anak-anak main-main air. Anak-anak confirm akan suka sebab budak mana yang tak suka main air kan? Parents pun relax sebab they have ample seats for you to sit and watch your kids having fun.

So apa lagi? Boleh la terjah GCMR ni.. have fun! :)

Note to self: Kuruskan badan sebelum pakai baju renang a.k.a bikini...huhuhu..

Wednesday, January 30, 2013

Little things that made me smile 3

Restoran Hassan di RnR Awan Besar (KESAS).. hingga menjilat jari!

Tuesday, January 29, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Gold Coast Morib Resort Part 1

Masa 'lepaking' depan TV ngan husband hari Maulidur Rasul hari tu kitorang dapat idea macam bulb lampu menyala toinggg..hihi  Tetiba je decide nak gi Gold Coast Morib Resort.

Zaman sekarang ni segalanya dihujung jari kan?  So I terus la ke Agoda.  Tengok-tengok rezeki ada untuk Studio Suite.  Harga asal RM668 tapi dengan Agoda dapat RM290 nett.  So apa lagi boookkkk!.  Actually kalau book via website dia pun akan dapat price tu jugak... -_-

Jadi pagi Sabtu hari tu kami tiga beranak ni bergerak la ke Morib.  Macam mana ropanyer resort nih.. Ok ke tak ok?  Well, in terms of location, Morib ni memang ok kalau dari KL macam kami.  Tak terlalu jauh untuk satu short vacay.  Just nice.  Lagi pun saya memang suka lalu Banting ni sebab dapat la refresh memory kat Kolej masa study dulu.
 

Lari tajuk jap... Ahhh those old sweet memories #wiping tears#




Akhirnya sampai jua kat GCMR ni.  Tengok dari luar resort ni macam tak de anything special.  Check-in time pukul 3 pm and check-out time 12 noon.  Kami sampai about 2.30 pm macam tu then terus boleh check in.   Saya memang tak de mintak any special request so any room will do. 



Kami dapat bilik  number 1509.  Receptionist cuma cakap blok 1 which is keluar dari pintu lobby then ke kiri (after wards we happen to know that we can just walk from the lobby to the block 1 without going out the door).  Cerita pasal number 1509 ni.. Maksud dia ialah  Blok 1, tingkat 5 bilik 09 (receptionist tu tak ajar pun tapi boleh paham sendiri la kan.. kalo tak faham, marah receptionist tuh..).  Oh by the way, block ni tak dilabel pun 1 ke 2 ke 3 ke (unless saya tak nampak/perasan).  So main agak-agak je la.
Bilik dia ok saja bagi saya cuma bilik ni ada jacuzzi yang buat rasa best sket.  All suites have it. Pertama-tama kali masuk any hotel saya akan check toilet dia bersih ke tak.  Kalau tak bersih, tukar bilik!.  So bilik ni toilet dia bersih - lulus!.  Kami dapat double beds so ok untuk kami sebab bila cantum lebih besar dari king. 




Coffee tak de.. cuma teh.  Freebies terlalu simple.

View from the balcony is acceptable walaupun tak mengadap theme park (I didn't put any request so terima je la). 

Tapi bilik ni ada jugak yang spoiler nyer. Macam contoh kat bawah ni..


I wasn't purposely looking for the disconnected line tapi bila nak call room service tak de dialing tone T_T
Masa kami check in, towels tak ada, bila nak call room service phone lak tak de.  So kena la call ngan handphone.  Diorang inform nanti housekeeping hantar sebab diorang belum terima clean towels.  And bila I request for extra towel diorang cakap tak boleh sebab policy hanya 2 towels sahaja...lorr kedekutnya towel putih dia yang plain and tak de embroidery hapa pun tu...  Nasib baik satu malam je so not worth fighting for.

Nanti part 2 I'll put up pictures for the water theme park pulak.  Stay tune!

Friday, January 25, 2013

Little things that made me smile 2


Azan pertama sempena Maulidur Rasul.  Seronok tengok perkembangan dari start pembinaan sampai ke Azan pertama.  Semoga membawa keberkatan di kawasan sekeliling perumahan kami.

Sunday, January 20, 2013

Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 2

Sambungan dari entry ni

Satu lagi hotel yang kitorang pernah singgah ialah Casa De La Rossa. Biliknya ok ok saja la. Breakfast pun ok ok saja jugak. Better and tak la sebudget Villa Dahlia at least. Ada jugak spot-spot cantik untuk bergambar. And location dia sebelah je dengan Villa Dahlia and dekat je dengan Kea Farm, pasar malam and other tourist spots.


Tapi kalau nak tau (tak nak tau pun baca je la .. too late to turn back bebeh) my favourite is the boutique hotel Bala’s Chalet di Tanah Rata. Used to be a school complete with library and all. Pada yang selalu lalu-lalang Cameron ni mesti tak tertarik pun nak duk sini sebab nama tak commercial pun kan? Dah la kena drive ke dalam untuk jumpa hotel tu. Tapi ni front entrance nya.. Santikkk kan? Berbaloi drive jauh-jauh.


Dengan view macam ni dan cuaca yang sejuk who needs England? hihi. FYI the beautiful scenery is available all round the hotel garden/compound. Tak terkesima ke tengok?

Service dia tak ‘secantik’ chaletnya/gardennya but both my husband and I are ok with it. We stayed there twice sebab suka dia punya English feeling. Memang spacious gilerr bilik. Sadly breakfast is not that good but luckyly I got Strawberry Park’s brekkie J.


Dapat bilik besar ni tak keluar bilik pun tak pe.. (Sikecik berpampers je janji ambik gambar sebelum bilik bersepah...huhu ibu apa la blogger ni hahah)

Rumor has it Scones kat Bala is the best.. Tapi rasa sama je ngan kat Boh/Bharatt's minus lalat huhu. (big smile bila makan! huh!)
Nah gambar toilet pun keluar kiki.. bersih. And the view from the balcony .. both sides.. (ok sikecik masih berpampers)

Itu je lah hotel-hotel yang pernah kami duduk. Ada satu lagi Equatorial tapi duduk half night je (ada jugak ke half night?). Atas sebab-sebab emergency kami terpaksa turun dari Cameron pukul 12 midnight and sampai KL in 2.5 hours je.. Terer tak? Emergency la katakan huhu... Sampai tak sempat bergambar apa pun.

Tapikan rasa-rasa lepas ni nak try hotel-hotel lain lak. Boleh la korang survey-survey hotel mana best.

Activity wajib.
Antara activity yang terkenal kat Cameron ni mesti la pasar malam dia, shopping bunga-bunga/cactus, shopping jagung dan sayur-sayur, minum-minum teh and makan scones kat Bharat’s or Boh plantations and of course melawat and petik strawberrys kan? Yang ni semua orang akan buat. Tapi kitorang lain sket.

Activity yang kitorang selalu buat and memang look forward to ialah cari rebung manis yang orang asli jual kat tepi-tepi jalan menurun ke Tapah. Kadang-kadang kitorang purposely balik time-time orang asli keluar dari hutan and dah setup gerai diorang which is around 2pm onwards. Kitorang tak de la ikut orang asli tu masuk hutan heheh... Rebung manis ni selalu dijual with skin on. Yang tak de skin tu bukan rebung manis. Kalau nak pilih, pilih yang gemuk tapi kontot baru sedap!.

Fuhh rebung manis ni kalau buat masak lemak yang agak-agak kering tu dengan udang basah besar-besar memang sedap!. Boleh tolak tepi nasik.. ratah macam tu je. Fiber dude! fiber!.

Lain-lain tempat yang kitorang selalu singgah; Mardi.. banyak pokok-pokok menarik yang boleh beli. Scenery pun cantik dan pada yang suka bergambar tu banyak spot-spot menarik. Pas tu air terjun dalam Kg Raja. Kalau tak silap Robinson Fall nama dia. Air dia macam air dari lemari es. Boleh beku dibuatnya. So confirm la takkan mandi.. Takat basuh-basuh kaki/muka boleh la.. Picnic memang best kat situ sebab siap ada surau and tapak khemah.

Bila dah boring-boring kat atas highland tu and on the way nak balik boleh singgah di Air Terjun Kuala Woh pulak.. air sejuk gak tapi dah kat bawah sket so tak sesejuk Fall kat Kg Raja tu.

Fuh panjang berjela dah entry ni. Better stop now before people stop reading J

Sorry kalau gambar-gambar tak menarik or tak complete. Budak baru blajar la katakan..

Note to self: Dah lama tak jejak Cameron nih… bila nak pergi ek?

Saturday, January 19, 2013

Cuti-cuti Malaysia Cameron Highland Part 1

Cameron Highland ni memang tempat percutian favourite my family and I.  Boleh kata at least 3 times a year.  Sama ada untuk bercuti atau just bermalam bila ulang-alik dari kampung – KL.  Dah macam rumah kedua.  Kadang-kadang tu saja-saja naik Cameron over the weekend, gamble cari hotel untuk semalam then balik.

Dari sebelum kahwin sampai anak dah 3 tahun ni memang saya dan husband memang suka ke sana.  Tapi kitorang tak akan pergi kalau cuti sekolah atau long weekends.  Sebabnya kat atas tu memang sendat kalau musim cuti panjang atau cuti sekolah. 

The very first time kami pergi Cameron kami bermalam di Villa Dahlia di Berinchang.  Service apartment yang decent saja.  Tak cantik dan tak luxury compared to most other apartments kat sini.  Apartment lama.  Tapi kami suka kat sini sebab apartmentnya memang spacious.  Murah dan if you are lucky you can get a golf course view.  Memang cantik dan sesuai untuk bawa family yang besar.
Golf view from our apartment and the front entrance.  Gambar dalam bilik tak leh siar atas reason 'aurat' hehehe. You all boleh google je ye..tq!
Kami pernah jugak menginap di Strawberry Park.  Also at Berinchang.  Sebelum renovation dulu.  Kami menginap di studio room.  Memang cantik dan cozy.  Bilik besar, bathroom besar and design pun memang English style.  Sorry lah tak de lak gambar dalam bilik.. cari-cari gambar lama tak jumpa lak.  Anyway, yang paling best ialah breakfast dia.  Fuhhh melelehhh…  Besides I’m a big fan of western breakfast.  So bila dapat breakfast macam tu di balcony mengadap banjaran Titiwangsa dengan suasana yang sejuk nyaman fuhhh memang heaven!.  We even had breakfast at Strawberry Park even though we did not stay there.
The view from the balcony and sample of their breakfast.. aduhh meleleh...
Wait for my next entry and I’ll show you my favorite hotel… toodlooo.

Wednesday, January 16, 2013

Addicted to iHerb.com

Being a lazy bum, I love online shopping!.  And so far I only bought items from very trusted sites, of course, and prices should not be more than RM 300 - that's my personal limit. 

Ada banyak online shops yang saya minat.  Dari barang-barang baby (Little Whiz etc) sampai la buku-buku (MPH.com).  Even supplements pun saya beli online and one of my favorite sites is iHerb.com.  Saya dapat tahu website ni masa duk cari-cari apa brand fish oil yang paling bagus.  Google punya google ramai yang recommend brand Nordic Naturals.  Tapi bila tanya kat farmasi yang saya biasa pergi, tak de yang jual brand ni dan ramai yang tak pernah dengar pun brand ni.

Frustrated, I google for the fish oil that can be purchased online.  iHerb.com is the best web that I found so far. 
  • The website is simple and easy for you to search for products.  You’ll have huge selections of brands for your supplements and other health products.
  • Payment is easy – I paid with credit card.  The currency used is USD.
  • Delivery is fast! Given the 'shop' is in US.  Also, you can choose which courier service you want.  I prefer DHL Express - International where I can track where my parcel is.  Tapi bila masuk Malaysia diorang guna Pos Laju lak.


 
My recent purchase.

Happy!!





For my loved ones.  Berus gigi iHerb tu dapat free.  I love freebies!
  • They’ll give you discounts for purchase more than $40 (if I’m not mistaken).  That’s why I’m their repeated customer.  I would not say their price is cheap but they are not expensive either.  For a good quality fish oil I'm paying $16.11 (about RM50) for 60 caps.
Sapa-sapa yang first time nak beli kat iHerb.com ni boleh guna link ni http://www.iherb.com?rcode=TZQ694 where you can get first timer discounts sampai 5-10 dollar tau! :)

Thanks for reading and enjoy shopping!.


Note to self:  I was not paid for this entry J

Monday, January 14, 2013

Call it stormy Monday!!


Bangun dah terlewat... pukul 7.. rushing bersiap ke office dah dekat pukul 8.  Bila sampai bawah kat parking apa lagi pecut la ke kereta.  Kat tangan duk pegang staff tag.  Pegang kuat-kuat takut jatuh nanti token Citrix pun jatuh hancur pulak.  Tapi mulut ku memang masin walaupun belum breakfast.  Tag tu betul-betul terlepas dari tangan dan token tu betul-betul jatuh dan rosak!! *huuu nangis!* 

Untuk orang IT, diorang mesti familiar dengan token nak securely access office PC dari rumah ni.
Dah sampai office cari-cari parking Owh cun! ada parking bagus.  Tapi still kena rush untuk thumb print untuk sign in attendance.  Dah thumb print tengok-tengok chessss lewat 2 minit.  Dalam hati, hmmm Tak pe lah.. so far dah dekat setahun system ni tak de lak keluar reminder pun pasal kedatangan lewat nih.

Duk office, nak start buat kerja toinggg masuk email “Daily Exception Clock In Status for 14-Jan-2013”  Damnnnnnnnn!!



Note to self: Rushing is no good!

Friday, January 11, 2013

CIMB it is then....


Lepas bincang dengan kawan-kawan, suami dan parents, saya decide nak ambik loan dari CIMB.  The interest is lower, banker pun helpful, tempat parking branch pun ok (penting nih sebab nak merempit dari office so tak nak masa terbuang cari parking).  Besides, boleh la start a new relationship with this bank.  Public Bank dah banyak dah.

Another reason ialah sebab saya tak nak keluarkan duit lagi untuk legal fees etc tu.  Kalau dikira-kira legal fees semua tu kena bayar about RM 2k++.  Sedangkan MRTA tu cuma RM 500++ je.  Selagi boleh saya tak nak keluarkan duit banyak sangat.  Baik simpan kat Tabung Haji je.



Duit sewa nanti pun still akan dapat positive cash flow.

Signed, sealed, delivered.

Apa-apa pun decision ni mengikut my gut feeling saja.  Decision ni mungkin betul dan mungkin jugak salah.  Hanya yang pakar lebih mengetahui :)

So lepas ni acara menunggu dan menunggu dan menunggu dan menunggu process dengan PKNS pulak.

Note to self: Trying to be patient with PKNS.

Wednesday, January 09, 2013

Air Oh Air!


Captured from www.sinarharian.com.my
 Kat Ampang ni air dah on off dah dekat 3 minggu dah.  Geram memang geram tapi nak geram kat sapa pun tak tau lah. 

Politik ke?  Ramai yang cakap sebab politik.  Eii what ever it is jangan la menyusahkan kitorang rakyat marhein ni.  Korang nak bertekak macam mana pun rakyat kena jaga.  Kitorang jugak yang nak vote korang nanti.  Ingat kitorang ni kambing ke tak perlu mandi?  Ingat kitorang ni unta ke minum seminggu sekali??

Kalau berita kat TV cakap sebab pam rosak.  Kata lagi dah dibaiki 2 hb hari tu.  Ni dah 7hb still lagi air macam chipsmore kejap ada kejap tak de dan kaler pun dah macam air milo basi.  Stress!

Stress bila tak tau bila benda ni akan berakhir (walaupun dah dibagitau sampai Chinese New Year... saya dah tak percaya lagi dahhh).
Nak lagi stress rumah sekarang ada family datang dari kampung atau ada senior citizen.  Nak lagi stress rumah tu rumah flat.  Nak-nak pulak kalau tak de lift.
Nak lagi stress Syabas tak bagi jadual bila lori air datang.
Nak lagi stress lori air Syabas tak datang-datang.

Aduhhhh...

Betul kata orang baik tak de letrik dari tak de air.  Ya Allah, mudahkan lah urusan kami.

Monday, January 07, 2013

2 Letter Offers - Yang mana nak pilih??

CIMB kata LO dah approve @ BLR-1.70. 
Public Bank kata LO dah ready untuk di’sign’ dengan offer BLR-1.60. 
Maybank kata…mm Maybank tak kata apa-apa…sonyap jo… hampeh.

Tapi satu pun belum saya pilih dan sign.  Sejak husband hospitalized hari tu investment yang satu ni has been on hold physically and mentally.

Now that everything is settling, I need to catch up.  Yang mana satu nanti pilihan hati?  CIMB ke Public? Kalau ikutkan nasihat-nasihat dari pakar kita takkan di’block listed’ kalau tolak LO dari bank yang offered the least preferred.  Cuma kita orang Asia ni ada adab-adabnya maka tolak la as gentle as possible.  Mana tahu kita akan perlukan mereka lagi.  Anyway they have done something for us however small.

Tapi the BIG question is which one?

Public Bank:
Interest : BLR – 1.60%
Loan covers : 90%
MRTA included.
Legal fees and documentations NOT included.
Monthly installment : RM 395

CIMB Bank:
Interest : BLR – 1.70%
Loan covers : 90%
MRTA NOT included.
Legal fees and documentations included.
Monthly installment : RM 400.

Beza dua ni cuma RM5.

Ada sapa-sapa yang baca boleh bagi pendapat which one is the best option? 

Note to self: Tempted for CIMB.

Friday, January 04, 2013

Pengalaman bercanda di 'Pantai'.

Masuk hari ni, dah 3 hari husband di hospital Pantai Ampang.  Dah nampak banyak improvement.  Tak teruk macam 3 hari lepas which is lembik semacam je.  Semalam dan hari ni dah ada selera makan sikit (especially Prosperity Burger Mc D tu).  Doctor cakap pneumonia.  Tak teruk, so tak perlu risau.  Harap besok dapat discharge.  Dapat la 3 of us spend weekend together.  In shaa Allah.

Pengalaman saya sendiri memang banyak di Hospital Pantai Ampang ni, dan memang saya prefer Hospital Pantai Ampang ni berbanding Ampang Puteri dan PPUM.  Hospital lain saya tak berani nak comment sebab tak pernah masuk.  Baik dari segi layanan di Emergency Department, urusan nak warded, urusan semasa 'menginap' dan jugak urusan masa nak discharge, semua pantas dan I would say very pleasant. 

Di Emergency Department dia contohnya, masuk je kat sliding door, register di kaunter dan tak sampai 5-10 minit, kita akan di panggil masuk untuk dapat rawatan.  Diorang masih guna concept triage tu tapi tetap pantas.

One time I was here in Pantai Ampang ni sebab muntah-muntah dan macam sesak nafas.  Siap naik ambulance bagai!.  Tapi bila dah naik ambulance ni memang la layanan dapat pantas.  So tak aci la kan.

Another time ke Emergency dept ni sebab sakit dada.  Bangun pagi dada sakit gila.  Cepat-cepat drive sendiri ke hospital sebab husband dah ke ofis masa tu.  Dalam hati duk pikir, dari mati kat dalam apartment ni, baik rebah kat luar rumah, at least ada orang tahu dan tolong.  So rushing macam gila ke spital.  Warded la jugak.  End up ulcer perut je sebenarnya.  Tak banyak dan tak besar tapi pada sapa-sapa yang mengalami gastric and stomach ulcer ni tau la macam mana rasanya.  Sakit laaaa.. Anyway, the 'stay' was pleasant, urusan discharge semua kat bilik/katil sendiri je. Tak perlu kehulu kehilir nak bayar, nak sign. Memang professional.

#hint, my gastric and ulcer dah kurang/hilang significantly. sapa nak tau macam mana sila angkat tangan huhu#

Even bersalin pun saya kat Pantai ni jugak.  Tak mahal dan tak murah.  Doctor dan nurse sangat professional. Doctor lelaki Islam dan advice dia memang factual yang tak over friendly dan memang tak sombong.  Yang paling best, bila anak dah 3 tahun ni pun Doctor tu masih ingat dan usap kepala everytime terserempak.

Ampang Puteri pulak bagus sekadar di nama saja la...  Ikut pengalaman di Emergency dept dia saya betul-betul turned off bila saya yang pada masa tu masih lagi berwheel chair dan masih belum dapat treatment (after 15 minutes menahan sakit and after seeing one after another foreigner came after me got treated first) dia dah tanya dengan muka tanpa sedikit empathy:"Nak bayar cash ke macam mana?".  Hangin tak???

Bila dah warded, dapat pulak cadar yang penuh bulu! Eeiii ni memang betul-betul kejadian dan pengalaman saya dan bukan cerita rekaan.  Nurse memang cepat-cepat minta maaf dan cakap ni kedai dobi ni yang tak cuci betul-betul.  Memang la, tapi masa pasangkan cadar tu takkan tak nampak bulu-bulu tu?

Dah abis dapat treatment, nak kena bayar la kan?.  Memang la saya dah di-discharge tapi masih tak fit sebab baru kena tebuk #panjangcerita#.  Tapi saya disuruh turun sampai bawah, tunggu turn untuk sign dikaunter sebab bayar dengan insurance.  Bila nak sign dia kata ada benda yang insurance tak cover dan saya kena bayar sendiri.  Saya tanya apa benda tu?  Dia cakap Hot and Cold pack.  Bila masa plak pakai Hot Cold pack tu??  SAYA yang masih sakit ni disuruh pulak naik atas ke ward (bukan diorang yang naik yer!) untuk tanya nurse yang incharge.  Dah settle memang diorang silap (selepas keluar ayat-ayat laser), kena turun balik ke kaunter bayaran.

Doctors di Ampang Puteri bukan tak bagus.  Memang bagus dan memang saya pun masih follow up kat situ.  Cuma memang kena laser banyak sket kat kakitangan yang lain-lain yang kerja macam buruh paksa je (in a way memang diorang buruh paksa kan?).  Especially back office staff, macam yang in charge GL, payment etc. Geram!!

What can I say about PPUM?.  Memang pakar kat situ banyak dan bagus-bagus.  Tapi itu saja la yang bagusnya... yang lain, hmm tak payah citer banyak lah.  Bila sakit perut sebab tumor pecah dia kata gastric, saya tak tau nak cakap apa dah.

Korang ada pengalaman cam ni tak kat hospital?

Note to self:  Teringat scene Adam dan Hawa bila Adam (Aaron si kacak anak pak Aziz tuu) jalan kat depan Hospital Pantai Ampang ni.  I'm walking where he walked you! hehehe... gedikss.




Thursday, January 03, 2013

Well, hello there 2013.

Happy new year all!!!. 

Mana-mana yang dah ada azam baru tu bagus lah.  Congratulations for having a dream :).  Mine's already set.  Hopefully semua akan berjalan lancar dan saya harap kita akan dapat apa yang kita idamkan.

Anyhow, hari ni sepatutnya dah masuk kerja.  Tapi terpaksa la ambik compassionate leave.  En. Suami demam, dah masuk hari ke - 4.  Biasala bila dah namanya lelaki, degil itu wajib.  Ajak ke hospital tak nak.  So sekarang dah 4 hari masih belum kebah betul-betul.  Hari ni saya buat degil saya pulak.  Paksa En Suami ke hospital.  Harap-harap nothing serious.  Amin...

Recapping 2012, I would say it was a great year in general. 

In terms of health, anak tak banyak sakit demam, husband pun sama.  I myself tak de MC yang panjang macam tahun-tahun sebelumnya.  Kalau tak, at least once a year I would definitely be warded for at least two or three days. 

I would say investment for your health is the best investment ever.  Fish oil and Vit C is great, you can google on it.  Pada yang berminat nak beli dan masih tercari-cari, make sure you get the best and halal brand.  iHerb.com is one good place for you to buy supplements online.  The service is very professional and the delivery is fast even though the product is shipped from US.  My personal favourite brand for fish oil is Nordic Naturals Lemon flavoured fish oil in fish gel.  Satu sebab rasa lemon so you won't get that fishy after taste.  Satu lagi dia guna fish gel made from fish gelatin (ikan tilapia) specially for Pesco Vegetarian.  So I'm pretty convinced on the halal part.



In terms of money, duit bonus yang dapat tahun lepas has been put to good use.  Hope it grows for good use too.  Bayar booking for the flat, invest kat gold account dan simpan kat Tabung Haji.  Online shopping was moderate and under control (pheww).

In terms of things to improve, mesti la nak kurangkan hutang yang ribu riban tu.  Tak tahan mak nak!.  Bulan-bulan tengok seribu seribu duit keluar nak bayar hutang.  Sakit hati!.  I guess I made some wrong moves tahun-tahun sebelum ni.  That has to stop.

#I am tempted to write that I need to improve my weight but I hate the idea hahaha#

Final words for today, I wish to wish all of you to have a great year ahead, good health, keep blogging, read (my blog especially :D), have fun, and above all may God bless us all!

Note to self:  2012 made me say 'Alhamdulillah!'.