Pages

Friday, January 04, 2013

Pengalaman bercanda di 'Pantai'.

Masuk hari ni, dah 3 hari husband di hospital Pantai Ampang.  Dah nampak banyak improvement.  Tak teruk macam 3 hari lepas which is lembik semacam je.  Semalam dan hari ni dah ada selera makan sikit (especially Prosperity Burger Mc D tu).  Doctor cakap pneumonia.  Tak teruk, so tak perlu risau.  Harap besok dapat discharge.  Dapat la 3 of us spend weekend together.  In shaa Allah.

Pengalaman saya sendiri memang banyak di Hospital Pantai Ampang ni, dan memang saya prefer Hospital Pantai Ampang ni berbanding Ampang Puteri dan PPUM.  Hospital lain saya tak berani nak comment sebab tak pernah masuk.  Baik dari segi layanan di Emergency Department, urusan nak warded, urusan semasa 'menginap' dan jugak urusan masa nak discharge, semua pantas dan I would say very pleasant. 

Di Emergency Department dia contohnya, masuk je kat sliding door, register di kaunter dan tak sampai 5-10 minit, kita akan di panggil masuk untuk dapat rawatan.  Diorang masih guna concept triage tu tapi tetap pantas.

One time I was here in Pantai Ampang ni sebab muntah-muntah dan macam sesak nafas.  Siap naik ambulance bagai!.  Tapi bila dah naik ambulance ni memang la layanan dapat pantas.  So tak aci la kan.

Another time ke Emergency dept ni sebab sakit dada.  Bangun pagi dada sakit gila.  Cepat-cepat drive sendiri ke hospital sebab husband dah ke ofis masa tu.  Dalam hati duk pikir, dari mati kat dalam apartment ni, baik rebah kat luar rumah, at least ada orang tahu dan tolong.  So rushing macam gila ke spital.  Warded la jugak.  End up ulcer perut je sebenarnya.  Tak banyak dan tak besar tapi pada sapa-sapa yang mengalami gastric and stomach ulcer ni tau la macam mana rasanya.  Sakit laaaa.. Anyway, the 'stay' was pleasant, urusan discharge semua kat bilik/katil sendiri je. Tak perlu kehulu kehilir nak bayar, nak sign. Memang professional.

#hint, my gastric and ulcer dah kurang/hilang significantly. sapa nak tau macam mana sila angkat tangan huhu#

Even bersalin pun saya kat Pantai ni jugak.  Tak mahal dan tak murah.  Doctor dan nurse sangat professional. Doctor lelaki Islam dan advice dia memang factual yang tak over friendly dan memang tak sombong.  Yang paling best, bila anak dah 3 tahun ni pun Doctor tu masih ingat dan usap kepala everytime terserempak.

Ampang Puteri pulak bagus sekadar di nama saja la...  Ikut pengalaman di Emergency dept dia saya betul-betul turned off bila saya yang pada masa tu masih lagi berwheel chair dan masih belum dapat treatment (after 15 minutes menahan sakit and after seeing one after another foreigner came after me got treated first) dia dah tanya dengan muka tanpa sedikit empathy:"Nak bayar cash ke macam mana?".  Hangin tak???

Bila dah warded, dapat pulak cadar yang penuh bulu! Eeiii ni memang betul-betul kejadian dan pengalaman saya dan bukan cerita rekaan.  Nurse memang cepat-cepat minta maaf dan cakap ni kedai dobi ni yang tak cuci betul-betul.  Memang la, tapi masa pasangkan cadar tu takkan tak nampak bulu-bulu tu?

Dah abis dapat treatment, nak kena bayar la kan?.  Memang la saya dah di-discharge tapi masih tak fit sebab baru kena tebuk #panjangcerita#.  Tapi saya disuruh turun sampai bawah, tunggu turn untuk sign dikaunter sebab bayar dengan insurance.  Bila nak sign dia kata ada benda yang insurance tak cover dan saya kena bayar sendiri.  Saya tanya apa benda tu?  Dia cakap Hot and Cold pack.  Bila masa plak pakai Hot Cold pack tu??  SAYA yang masih sakit ni disuruh pulak naik atas ke ward (bukan diorang yang naik yer!) untuk tanya nurse yang incharge.  Dah settle memang diorang silap (selepas keluar ayat-ayat laser), kena turun balik ke kaunter bayaran.

Doctors di Ampang Puteri bukan tak bagus.  Memang bagus dan memang saya pun masih follow up kat situ.  Cuma memang kena laser banyak sket kat kakitangan yang lain-lain yang kerja macam buruh paksa je (in a way memang diorang buruh paksa kan?).  Especially back office staff, macam yang in charge GL, payment etc. Geram!!

What can I say about PPUM?.  Memang pakar kat situ banyak dan bagus-bagus.  Tapi itu saja la yang bagusnya... yang lain, hmm tak payah citer banyak lah.  Bila sakit perut sebab tumor pecah dia kata gastric, saya tak tau nak cakap apa dah.

Korang ada pengalaman cam ni tak kat hospital?

Note to self:  Teringat scene Adam dan Hawa bila Adam (Aaron si kacak anak pak Aziz tuu) jalan kat depan Hospital Pantai Ampang ni.  I'm walking where he walked you! hehehe... gedikss.




No comments:

Post a Comment