![]() |
| Jawapannya layang-layang... Tengok anak dan suami happy main layang-layang......Priceless!! |
Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts
Sunday, August 31, 2014
Friday, August 29, 2014
SELAMAT HARI MERDEKA!
Hari Merdeka ke 57 dah makin hampir. Weekend ni je. Saya sebagai ibu memang terpanggil untuk semai semangat cintakan Malaysia pada anak saya.
So pagi ni saya sebelum ke office, saya kejutkan anak saya untuk semai semangat cintakan Malaysia di pagi hari...., "Adik, Ibu dah nak gi kerja ye"....
Tapi dia reply dengan keadaan tengah tidur, mata masih pejam "Ibu, adik nak bendera Malaysia". Ok.. so now I don't need to do anything then.
Selamat Hari Merdeka all!!
Sunday, May 12, 2013
10 benda yang berlaku masa weekend yang korang mungkin rasa macam sedikit nak tahu. Sedikit je.
1. Balik kampung hari tu first time naik flight dengan anak berdua je.. Rasa macam highly paid nanny... One happy expensive nanny. Ok, ni sebenarnya cerita weekend lepas..Dan saya dah sebut pun sebelum ni tapi still... just don't argue ok?. Dan first time jugak bawak anak naik KLIA express dan LRT. Ingatkan anak excited, rupa-rupanya takut bila LRT masuk terowong. "Kenapa ibu bawak Adik tengok depan? Ha? Kenapa? Ha?" (exact words bila bawak anak tengok depan LRT). Berpeluh nak jawab bila ramai orang pandang. Cepat-cepat bawak anak ke belakang sambil buat balancing takut terjatuh bila LRT goyang-goyang.
2. Dapat SMS dari CIMB. Saya bakal jadi penghutang yang berjaya. Tahniah Elly!
3. En. Suami masak nasi tomato, ayam kurma, udang sambal. Ye, memang En. Suami yang masak dan bukannya saya Pn. Isteri. Don't judge me!. Dan tak perlulah gambar makanan-makanan tu semua sebab article kat bawah ni.
![]() |
| Personally, saya tak percaya. Orang yang update status dalam FB setiap saat tu yang lebih mental!. |
4. Tak ada nombor 4.
5. Saya rasa jumlah jam masa weekend tak cukup 24 jam lah. Kejap-kejap tengok jam pukul 9 pagi. Kejap-kejap tengok lagi dah pukul 3 petang. Eh eh dah 9 malam?. Tak logic lah!! Kalau time kerja tu tengok jam pukul 8.45 pagi. Tengok lagi baru kul 8.50 pagi. Tenunggggg lagi lama, baru pukul 8.51 pagi. Seminit je?? Sangat lama.
6. First time dengar orang tengah ber*tut* dalam toilet kat office, then telephone dia berbunyi dan dia jawab dengan cubaan suara 'normal' "Assalamualaikum!"... WTF????? I will flush my toilet no matter what dan your caller akan dengar dengan jelas awak kat mana ok! Jangan salahkan saya for being clean. Ok, ni bukan cerita weekend tapi on Friday which is almost weekend. Don't argue!
7. Makan Nasi Berlauk lagi dekat AU5. Rasa dia ok ok saja la sebenarnya tapi teh kaw dia memang tip top!. Nasi berlauk dia tak boleh lawan yang kat Kelantan punya ataupun kat kedai Kak Mah Selera Pantai Timur kat Medan Selera Kg Pandan. Fuh! Marvellous betul kalau telinga ni dah kebal dengan 'ayat-ayat' kurang asam keping Kak Mah tu. Jangan argue dengan dia!
8. Ye saya lahir bulan lapan. Macam Barack Obama. Sila tanda calendar masing-masing.
9. Hari Ibu. Anak tak wish pun. Tunggu jugak kot-kot dia nak buat surprise bagi bunga ros 100 kuntum ke. Tu pun kalau dia tahu cara kuarkan duit dari account Tabung Haji dia. Dah dekat 4 tahun pun, dah banyak duit raya dalam account tu kot. Nasib baik Abahnya ada wish.
10. Saja nak cukupkan sampai no. 10. Tak de apa pun. Nak baring jap. Lagi pun besok dah start jadi zombie balik. Harap tak dengar orang bagi salam dalam toilet lagi.
Sunday, April 28, 2013
In case anyone is keeping score....
(Sambil lepak atas sofa depan tv).
Anak: Ibu, tengok tangan adik dah besar dah ni.
Ibu: ...(sambil compare tangan kami)... Eh! Betul la. Dah separuh tangan ibu dah.
Anak: Dah besar dah... dah boleh bawak keta nih.
Ibu: Cuba duduk atas sofa... kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...
Ibu: 1 - Anak: 0
Anak: Ibu, tengok adik dah besar (sambil diri tegak atas sofa, tangan mengepak dan hidung kembang kempis).
Ibu: Hmm...
Anak: Dah boleh bawak keta nih.
Abah: Cuba duduk atas sofa.. kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...
Ibu: 2 - Anak: 0
Anak: Ibu, keta abah besarrrr...
Ibu: Hmm...
Anak: Ibu, keta ibu kecik saja kan?
Ibu: Hmm...
Anak: Adik boleh bawak keta ibu..
Ibu: Ye?
Anak: Ha ah... kecikkk saja.
Ibu: Cuba duduk atas sofa... kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...
Ibu: 3 - Anak: 0
(Depan nursery nak balik rumah)
Anak: Ibuu!!! (suara excited).
Ibu: Addikkkk!! (suara buat-buat excited..lepas ngadap jam).
Anak: Ibu, nak kunci keta.
Ibu: (sibuk ambik beg, cari selipar, nak masuk beg dalam keta).. Nah nah... Adik tolong bukak keta ye..
Engine keta start..
Ibu: Eh! Adik!!! Jangan!!... Isshh, bahaya la!
Ibu: 0 - Anak: 3 (markah tambahan sebab berjaya buat Ibu panic)
P.s: Jangan under estimate anak 3 tahun...
P.s.s: Maybe I should let him drive... with foot extension.. and extra high car seat.. Agak-agak boleh masuk Malaysia Book of Records tak?
Anak: Ibu, tengok tangan adik dah besar dah ni.
Ibu: ...(sambil compare tangan kami)... Eh! Betul la. Dah separuh tangan ibu dah.
Anak: Dah besar dah... dah boleh bawak keta nih.
Ibu: Cuba duduk atas sofa... kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...
Ibu: 1 - Anak: 0
Anak: Ibu, tengok adik dah besar (sambil diri tegak atas sofa, tangan mengepak dan hidung kembang kempis).
Ibu: Hmm...
Anak: Dah boleh bawak keta nih.
Abah: Cuba duduk atas sofa.. kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...
Ibu: 2 - Anak: 0
Anak: Ibu, keta abah besarrrr...
Ibu: Hmm...
Anak: Ibu, keta ibu kecik saja kan?
Ibu: Hmm...
Anak: Adik boleh bawak keta ibu..
Ibu: Ye?
Anak: Ha ah... kecikkk saja.
Ibu: Cuba duduk atas sofa... kalau kaki tak sampai lantai tak leh bawak keta.
Anak: Alaaa...
Ibu: 3 - Anak: 0
(Depan nursery nak balik rumah)
Anak: Ibuu!!! (suara excited).
Ibu: Addikkkk!! (suara buat-buat excited..lepas ngadap jam).
Anak: Ibu, nak kunci keta.
Ibu: (sibuk ambik beg, cari selipar, nak masuk beg dalam keta).. Nah nah... Adik tolong bukak keta ye..
Engine keta start..
Ibu: Eh! Adik!!! Jangan!!... Isshh, bahaya la!
Ibu: 0 - Anak: 3 (markah tambahan sebab berjaya buat Ibu panic)
P.s: Jangan under estimate anak 3 tahun...
P.s.s: Maybe I should let him drive... with foot extension.. and extra high car seat.. Agak-agak boleh masuk Malaysia Book of Records tak?
Saturday, April 06, 2013
Weekend activity - Kisah benar budak 3 tahun setengah.
Situasi pukul 10.30 malam. Ibu dalam toilet master bedroom buat 'benda-benda' biasa dalam toilet. Anak kat luar toilet sebab ibu dah dengar bunyi kelepap-kelepap tapak kaki Si 3 tahun masuk bilik tadi.
Tiba-tiba dengar suara kecik..'Ibuuuuuuu! Cepat la..!' Ibu balas 'Kejap la, kenapa dik?'.. kot kot Si 3 tahun ni nak terkencing or terberrr. Haru nanti. 'Cepat la... nanti adik nak tido'...balas Si 3 tahun.
Ok fine... Ibu terpaksa rushing tanpa rela... dan keluar toilet. (bersih tau!).
Aik? Kedudukan katil Si 3tahun ni dah berubah? Dari sedikit jauh dari katil ibu dengan bersandarkan dinding dan ada penghadang, ala yang takut budak jatuh katil tu, di sebelah kiri katil. Dah berubah jauh dari dinding dan jadi rapat dengan katil ibu dan penghadang berubah ke belah kanan?
Ibu (garu kepala).... (dalam hati) sapa yang ubah ni.. especially penghadang tu sebab agak susah nak cabut dan pasang balik. 'Adik, adik buat ke katil ni?'
Anak, sambil cekak pinggang, muka sombong bangga giler dan nafas didada tercungap-cungap sebagai bukti, 'Ye la.. ibu dalam toilet lama sangat!'. Setelah diconfirm dengan En Suami, kot kot la Si 3 tahun ni take kredit keja abah dia, memang kredit 100% boleh dibagi pada Si 3 tahun ni sebab abah dia duk layan Arsenal kat living room.
Note to self: Seriously Si 3 tahun dah boleh susun dan alih penghadang katil tu? Okeh kalau macam tu, ibu nak test letak mop dan baldi lak.. mana tau bila keluar dari toilet, bilik ibu dah bersih termop!. Ala mop kan lagi senang... tak gitu Dik?
Subscribe to:
Posts (Atom)


