Nuffnang Ads

Showing posts with label air. Show all posts
Showing posts with label air. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Kalau benda ni tak jadi, kena hire orang untuk rotan kot!

Saya ni memang liat nak minum air kosong.  Sejak kecik lagi.  Dah bermacam cara mak saya buat masa saya kecik untuk bagi saya minum air termasuk la letakkan buah kat dalam gelas.  Tapi saya tuang je air tu and ambik buah.

So bila dah besar ni, saya memang tahu KENA minum air kosong especially bila dah Single-Kidney ni.  So nak buang rasa liat tu, selain dari tenung parut kat perut bagi sedar diri sikit, saya buat ni kat botol air saya.



Tak tau la jalan ke tak... *sekarang pukul 4.30 and I'm still behind!*

P.s:  Nampak tak secretary saya tu? Muahaha

P.p.s: Sapa nak beli botol ber marking ni?  Harga kawan-kawan. :P

P.p.s:  Eh??? Kat sini ada promosi Raya la.. jom terjah!

Sunday, May 19, 2013

Hujan, boleh guna alat kawalan pengumpulan hujan tu lagi.. yeay!!

Beberapa hari ni hujan sekejap-sekejap, Alhamdulillah.

Cuaca panas memang terasa betul beberapa minggu ni kan? Tambah pulak KL ni asyik tak de airrrr je.  Kalau masuk Alamanda pun tak terasa aircondnya.  Makan kat food court pun berpeluh-peluh (time tak gaji la tu).  Shopping mall lain saya tak tahu sebab tak sempat nak terjah.  Saya agak sibuk kat pejabat. 

Tapi hujan kali ni tak de la lebat sangat.  Tapi cukupla untuk kami keluarkan Alat-Kawalan-Pengumpulan-Hujan-Jarak-Dekat© (AKPHJD©) kami tu.  Sepertimana engineer-engineer* berjaya yang lain, kami suka cipta alat-alat baru.  Latest invention kami ialah alat AKPHJD© ni lah.  Inventions lain masih dalam perbincangan.  Maklumlah saya agak sibuk di pejabat.

AKPHJD© ini memerlukan bahan mentah i.e. air hujan yang banyak.  Kalau tak, sure fail.  Menitik macam kencing kucing je jadinya dalam baldi tu.  Pas tu pulak tempat turunnya hujan dan baldi kena dalam jarak yang dekat.  Kalau tak, air hujan tu tak terkumpul.  Faham setakat ni?  Tak faham pun tak pelah.  Saya agak sibuk di pejabat.




You all mungkin tak nampak tapi jari kelinking saya melentik ketika ambik gambar ini sebab design alat ni sangat 'classy'.
 
Tujuan alat ni ialah untuk orang yang duk apartment macam kami ni.  Bila hujan lebat, bukannya dapat berlari ke porch untuk tadah air hujan (utk cuci lantai porch ke, siram pokok bunga ke).  So kumpul la air hujan dari balcony direct ke baldi.

* Disclaimer: Kami bukan engineer.
* Lagi disclaimer: Kami tak jual alat ni tapi kalau nak order boleh lah.  Harga kawan-kawan.


P.s.:  Argghhh! My back pain is killing me!  Apa petua selain pain killer?

Sunday, April 14, 2013

Weekend activity - Angkut air lagi.

Ish.. tak abis-abis masalah air kat KL ni.  Hari tu dah jadi, lama jugak la 'kering'.  Kali ni jadi lagi.  Tak sampai setahun.  Tiga hari jugak la kering.  Nasib baik hari ni dah ok.  Dulu sebab pam rosak.  Kali ni sebab paip pecah.


Sepanjang 'kering' tu lori air tak nampak bayang pun.  Nasib baik rumah adik-beradik ada boleh tumpang mandi dan ambik air.  Malas nak cakap banyak.  Cuma perlu berjaga-jaga nanti jadi lagi.

Sedia berkhidmat.

Mode:  Tengah sakit hati!.

Wednesday, January 09, 2013

Air Oh Air!


Captured from www.sinarharian.com.my
 Kat Ampang ni air dah on off dah dekat 3 minggu dah.  Geram memang geram tapi nak geram kat sapa pun tak tau lah. 

Politik ke?  Ramai yang cakap sebab politik.  Eii what ever it is jangan la menyusahkan kitorang rakyat marhein ni.  Korang nak bertekak macam mana pun rakyat kena jaga.  Kitorang jugak yang nak vote korang nanti.  Ingat kitorang ni kambing ke tak perlu mandi?  Ingat kitorang ni unta ke minum seminggu sekali??

Kalau berita kat TV cakap sebab pam rosak.  Kata lagi dah dibaiki 2 hb hari tu.  Ni dah 7hb still lagi air macam chipsmore kejap ada kejap tak de dan kaler pun dah macam air milo basi.  Stress!

Stress bila tak tau bila benda ni akan berakhir (walaupun dah dibagitau sampai Chinese New Year... saya dah tak percaya lagi dahhh).
Nak lagi stress rumah sekarang ada family datang dari kampung atau ada senior citizen.  Nak lagi stress rumah tu rumah flat.  Nak-nak pulak kalau tak de lift.
Nak lagi stress Syabas tak bagi jadual bila lori air datang.
Nak lagi stress lori air Syabas tak datang-datang.

Aduhhhh...

Betul kata orang baik tak de letrik dari tak de air.  Ya Allah, mudahkan lah urusan kami.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...