Pages

Wednesday, February 27, 2013

Pekerja balik lewat = Pekerja rajin VS 9 to 5 = 4 working hours.

Sekarang ni sibuk pasal issue Malaysian are only working for 4 hours despite the actual 9 to 5 working hours.  Hmm ok.... tetapi saya nak jugak highlight yang tak kurang banyaknya juga culture di sesetengah company, local companies specifically yang melabelkan pekerja yang selalu balik lewat (overtime) ialah pekerja rajin.  Nampak tak contra kat situ?  Dan dilemma pekerja itu sendiri?

Mesti ramai pekerja yang baca pasal ni sedikit sebanyak terkena dengan dilemma situasi kat atas.

Ada sesetengah ‘school of thoughts’ yang kata stay back kat office tu maksudnya rajin bekerja.  Tak cukup company suruh kerja dari 9 – 5, they are willing to spend more than that at the office.  Rajinnya!  Tetapi statistic mengatakan cuma 4 jam sahaja yang berquality.  So selebihnya sampai balik lewat tu buat apa agaknya?

Ada the other side of group pulak kata, stay back at the office shows that you are not managing your 9-5 hours well enough and that you do not have quality life.  Hmm betul ke?.  This simple article says it well.  Di tambah pulak dengan statistic tu, sepatutnya kita memang boleh balik sharp 5 pm.

Pada sesiapa yang pernah baca buku Rich Dad Poor Dad, you may believe that both situations are neither wrong nor right.  As long as it is not for the company BUT for yourself.  Agak-agak faham tak?

Ikut faham saya, concept Rich Dad Poor Dad ni, kalau kerja keras untuk company, ada 2 parties yang akan untung.  The company itself and the government.  The company is of course for the obvious reason, the government pulak, the higher you earn, the more tax you have to pay.  Kan?  So adakah anda termasuk?  Hmm I don't think so.  Company mungkin bagi bonus setahun sekali with tax deducted... again.

Tetapi, kita memang kena kerja keras, secara bijak dan berkuality, untuk make sure hasilnya untuk diri kita sendiri.  Sebab apa? Sebab kalau untuk diri sendiri kita akan cepat dapat hasilnya dan dapat berhenti bila dah capai target yang kita nak.  Targetnya ialah apa?  Targetnya ialah bila duit yang kita dapat sebab kerja keras tu diinvest dan dapat generate more money on its own and dah boleh match or exceed the salary yang kita dapat sekarang.  (rezeki yang berkat lagi cepat).

Dengan kata lain, bagi saya, jangan kerja untuk orang sampai mati tapi biar duit tu kerja untuk kita sampai mati (wahh senangnya cakap).

Berbalik pada tajuk, certain companies, asian companies typically, reward their employees based on ‘kerajinan’ you stay back at office and not solely based on how well you deliver the tasks assigned.  Lagi lewat balik, lagi rajin la you (konon) sebab bos nampak you bersungguh-sungguh kerja untuk company tu.  Lagi sekali… konon.. kalau main Solitaire pun sapa tahu kan? so jadi la 9 to 5 equals 4.

Personally bagi saya, yang ni sangat merugikan.  2 pihak yang rugi sebenarnya.  Company tu rugi sebab duk bayar bil air, letrik, OT sebab sorang mamat ni still in the office tapi kerja tetap tak siap-siap.  Besok stay back lagi, lusa OT lagi, tulat balik lewat lagi.  Yang second person rugi ialah mamat tu sendiri sebab well, he missed a LOT of fun things outside the office.

Ini personal opinion saya saja tak bermaksud that I'm pro on one side or the other.

Note to self:  Bestnya kalau dapat kerja flexi hours.

Tuesday, February 26, 2013

Apa nak buat dengan RM10k?

Apa nak buat kalau you all dapat RM10k lump sum?  Waa best tak soklan?  Biasa la, sekarang kan time companies baru siap buat closing and maksudnya ramai orang tengah tunggu atau dah dapat bonus.
 
Banyak options sebenarnya.  Ada yang boleh menguntungkan, ada jugak yang merugikan, dan tak de dapat apa-apa cuma dapat pahala.  Wahh... deep gitu.
 
Options saya ada top of my head:

1.  Beli sebijik rumah flat.  Atau apa-apa rumah/property yang below 100k (plus minus la). Downpayment 10k (or maybe no downpayment ;).  Then bayar miscellanious ketung-ketang guna 10k tu.  Then viola! you are a proud owner of another property.  Sewakan, dapat cashflow bulan-bulan.

2.  Buat business kecil-kecilan.  Yang ni pun tak susah, tambah pulak kalau buat secara online.  Business ideas terlalu banyak di Google sekarang ni.  Jual T-shirt, cermin mata hitam, baju budak, baju orang tua, baju plus size, Hijab Pins (ehh?? psst.. nak borong call i ye!), jual packed food untuk offices (this is current trend nih), buat service delivery, shopping services.. ehhh banyak lah... Bak kata Nike, Just Do It.

3. MLM.  Haaaa yang ni untuk yang ber'skill'.  Saya takkan comment banyak sebab saya memang tak de 'skill' tu.  But I know people yang resign sebab successful buat MLM.  It would not be my personal choice, but hey, it's your life kan..?

4. Beli keta.  Haa? Beli Keta?  Yang ni on the surface bagi saya macam liability je.  Tapi, kalau you all duk kat area students, macam Seri Iskandar ke, boleh sewakan and untung tersangat-sangat banyak!.
 
5. Beli Gold or invest dalam Gold Account.  Harga emas memang tengah rendah ni.  Dengan RM10k tu kalau kat Maybank Gold Account, boleh dapat lebih kurang 75gram sekarang.  Banyak tu.  Lagi pun harga emas eventually akan naik.  So beli, simpan dan enjoy later.  Kan?
6. Masuk unit trust.  Ni pun sama, elok simpan lama-lama untuk dapat compounding effect tu.  Dengan kata lain, simpan dan jangan keluarkan seberapa lama yang boleh.  Find a good agent ye!. 

7. Simpan ASB/Tabung Haji? Yang ni memang ok.  Tahun depan dah dapat around 500 to 800 profit.  Best-best!  Boleh jadi tabung emergency jugak tu.  Mana tahu kan, kot-kot nak kena service keta ke, nak beli alat exercise baru ke, beli je.. bukan pakai pun… @_@

8. Yang ni satu 'investment' yang akan bagi 16% immediate return.  Bayar hutang Credit Card!.  Tu pun kalau you all ada hutang credit card macam saya T_T. Tapi conceptnya bayar dan potong card. (concept yang saya tak mampu nak buat.. belum kuat iman).  Bayar habis je sedebuk, jangan tinggal balance satu sen pun, dan dan tu jugak dapat untung 16%.  Sebab apa? Tak perlu dah bayar interest dia yang 16% bulan-bulan tu. (psst, lagi pun bayar hutang kan harus dicepatkan.. dapat pahala!).

Disclaimer: Saya bukan pakar finance ye.  Semua suggestion kat atas adalah mengikut pengalaman saya sendiri.

Note to self:  Ada ke peluang dapat 10k tu? *perasan*

Monday, February 25, 2013

Ceragem - cawangan Bangi

Kali ni nak citer pasal Ceragem - tempat kami lepak take a break during lunch hour :).
 
Ceragem ni sebenarnya company yang jual thermal massage bed.  Katil ni menggunakan batu jed. Kalau nak tau lagi detail boleh google je pasal katil dari Korea ni.  Tapi yang nak ceritanya, benda ni kita boleh guna FOC je.  Betul! Free trial je and for as long as you like.  Kalau kat branch Bangi ni boleh kata everyday quite full jugak orang datang untuk massage.  Ada yang dah 2 tahun datang ke center ni.

Branch Bangi
Opening hours branch ni 8 pagi - 5.20 ptg and if on Satudays sampai 1.20 tgh.  Concept kat centre tu ialah, bila sampai kena register dulu untuk first timer.  Tak de benda pun takat nama, alamat and apa sakit kita.  Nanti kita akan dibagi kad kedatangan.  Pas tu ambil nombor giliran.  Bila next time datang, terus ambik nombor giliran je.


Attendance card..yang kiri tu baru.. yang kanan tu lama.
Nombor giliran ni sebenarnya ikut batch and ikut berapa banyak katil.  Let say masa tu katil ada 20, then 20 numbers akan diissue for each batch.  Maksudnya, bila habis first 20 numbers tu, the next 20 numbers pulak akan dikeluarkan.  Normally each batch is differentiated with color code.

Session tunggu batch.  Duduk la dikerusi ikut nombor yang diberi.  Kalau tak kena rotan!
Kalau turn batch tu belum sampai, tunggu la dulu sambil dengar 'cikgu-cikgi' dia duk membebel bercakap.  Kadang-kadang dipaksa nyanyi ramai-ramai, kadang-kadang tepuk tangan dengan kata-kata semangat... nak bagi lively sket tempat tu kot.  Tapi kadang-kadang diorang bagitau benda yang informative especially bab tulang belakang and its related diseases.  Ye la ni kan tempat penyembuhan, so biar la ceria kata diorang.

Bila sampai turn batch kita, terus je proceed ke katil yang bernombor sama dengan nombor yang kita dapat tu.  Pasang cadar (better bawak sendiri) then lie down and selimut (pun better bawak sendiri).  Cikgu-cikgi ada untuk kita tanya kalau first time datang.  Don't worry.  Bila dah ready tekan butang 'Auto' kat remote sebelah katil tu then enjoy your 40 minutes free massage!!. 

Sessi lepak time lunch... Baju putih for better result.
Jangan sampai tertidur plak sebab urutan katil ni memang best!.  Kenapa tak leh tido?  Sebab sambil badan diurut dengan roller kat katil tu, kita boleh guna side products dia macam Nine Balls dan Warm Pad.  Nine Balls ni elok jugak untuk letak diperut so boleh kempis kan or kat hidung if ada resdung.  Warm Pad tu elok jugak untuk perjalanan darah.  And in certain day macam on Thursdays di cawangan Bangi ni ada machine 3 Balls.  Yang ni bagus untuk contohnya buasir or prostate or cyst or fibroid problem etc.

Habis urut, sila la balik.  Tak boleh sambung ye!.  Nak sambung lagi, besok datang la lagi.  Tujuannya ialah untuk meramai kan orang pergi ke tempat diorang tu setiap hari.  Pergi banyak hari pun tak pe sebab FOC remember?  Each cawangan dengar kata ada target visitors a day.  So sebab tu jugak diorang encourage kita bawak geng bila pergi tempat ni.  The more the better (merrier tu mungkin la jugak).

So macam mana diorang ni buat duit bila asyik bagi free je???.  Tu jugak la soalan yang I tanya dulu.  Rupanya they give the free trials saaaampai la kita hooked or healed or tergedik-gedik tunggu bila boleh beli and letak kat rumah sendiri.  Then masa tu diorang akan buat Big Rush Sale.  Kenapa Big? sebab masa tu baaaanyak katil akan dijual.  Kenapa Rush? Sebab sale tu cuma untuk very limited time.  Kadang-kadang 5 hari je.   Kalau termiss the 'window' to buy, kena la tunggu diorang punya next sale which by the way we don't know when.  Even their staff pun tak tau.  Tunggu big boss diroang yang dari Korea tu instruct kot.  Entahlah.

Katil tu RM10,000 sebijik.......... -_-'

So dengan cara Big Rush Sale (I give this name ye :D) ni  diorang buat hugh money.  So boleh la diorang sustain cawangan tu. 

Sapa yang sakit-sakit belakang or apa-apa saja memang I recommend.  Ada saya tengok sendiri pakcik sorang ni yang pernah kena stroke (na'uzubillah).  First few times datang anak dia kena dukung dari kereta ke pusat ceragem ni.  Hari-hari untuk few months rasanya.  Tapi sekarang alhamdulillah dah boleh jalan and naik sendiri tangga ke ceragem ni dengan tongkat.  Tapi korang kalau demam-demam tak yah la pergi Ceragem, pergi la klinik.

Apa-apa pun sakit sembuh dengan kuasa Allah.  Bukan machine.  Jadi tepuk dada, tanya selera.  Saya pergi pun untuk massage dia yang memang best tu je.

P.s: Hanya demam K-pop je boleh ke Ceragem... eh?

Saturday, February 23, 2013

Weekend activity - Jom mancing udang galah!

Sapa sini suka memancing?  Sapa sini suka pancing.... udang?  Saya suka, saya suka (macam Mei Mei la pulok). 

Mula-mula terjebak ni sebab mengikut En. Suami la pun sebenarnya.  Kira family outing la ni time weekend yang belum bergaji..  At first jadi tukang tunggu dan cheerleader je.  Tapi bila tengok En. Suami ni asyik menarik udanggg je.. aisy tak boleh jadi nih! Nak merasa la jugak kan?  Haaa terus melekat.  Bukan apa best betul rasa bila udang tu tarik-tarik mata pancing tu... excited!.
 
Kitorang pergi kolam pancing "Kolam Rekreasi Tepian Rimba" kat Hulu Langat.  Tempatnya bersih dan selesa (as compared to most kolam pancing la kan).  Toilet, tempat sembahyang semua ada.  Kerusi untuk duduk-duduk dan untuk yang menunggu (kaum ibu la tu) pun selesa.  Cuma makan-makan je tak de... boleh la bawak bekal wat berkelah.


Location; Sg. Serai Bt. 11, Hulu Langat.  Atas tu sign board boleh nampak dari main road.  Yang bawah tu the road to pancing :)
Sampai dalam akan nampak second sign board and boleh la start cari parking.  Parking space tak de sangat so pandai-pandai la parking tepi-tepi jalan...


To the main entrance and the opening hours.. sampai 2-3 pagi...Boleh pancing sampai lebam...
Dah sampai... boleh la register and cari tapak...
Untuk pancing udang bayaran dia as at todate RM14 sejam and minimum is 2 hours.  Kira sekali pergi RM28.  Bayaran ni ikut harga udang semasa...



Harga clearly stated kat counter (Kanak-kanak pun ada special price?)
 
This is serious busines...

Apa yang perlu untuk memancing ni mesti la joran with all the accesories, net nak masukkan udang (atau apa-apa bekas pun) and umpan.  Joran memang En Suami la yang prepare saya bukan reti pun.  Umpan ada jual kat situ.  Umpun-umpun.  Ada yang RM10 ada yang RM14.  The thing about umpun-umpun is you boleh simpan sampai seminggu pun dia tak mati.  Janji selut tu basah.  So worth the money la kan?



Udang ni punya pe-el suka duk melekat/lepak kat tepi-tepi dinding kolam tu.  So kebanyakkan pemancing akan aim kat tempat-tempat macam tu.  Tapi yang menyampahnya udang ni bila di makan umpan, dia akan mengundur masuk mana-mana lubang.  So mata pancing for sure melekat and tali sure putus (wahh macam expert je bercerita).  Tapi ada jugak udang yang saiz besar duduk tengah-tengah kolam.  So ikut nasib jugak.

Nak tahu macam mana udang ni makan umpan? mesti la kita dapat rasa tali pancing tu ditarik-tarik.  Ada orang guna pelampung kecik as indicator, ada jugak guna spring.  Either way sama je bagi saya.  Ikut suka diri sendiri nak pakai yang mana as long as boleh tahu bila udang tu tarik (ayat orang tak pandai/belasah je bila pancing).
 
Bila memancing udang galah ni, kalau dapat macam ni ok la... *sengih*

 
Tapi kalau dapat 4 ekor sejam jadi la udang yang mahal giler...(ini kisah benar..T_T)
 
So apa lagi, boleh la terjah ke kolam tu weekend ni :).. (eh chop weekend ni dah gaji weehuuu!!).

Monday, February 18, 2013

SnP dah sign!!

Friday baru-baru ni law firm dah call bagitau SnP flat PKNS tu dah ready untuk disign.  Lawyer tu sendiri pun dah call kata dia dah ready untuk kitorang (saya dan penjual) jumpa dan sign SnP tu depan dia.  Yeay!!

So tepat jam 12.15 pm tadi semua documents yang perlu dah kami sign.  Payments untuk lawyer pun dah settle (hopefully that is the only payment that I have to make for this investment). 

Just to share, rupanya RPGT (Real Property Gain Tax) tu government put lawyers to be in charge untuk isi borang, ambik info semua.  So there is a form that we both have to sign for RPGT purposes ni.  The vendor of course la need to sign sebab dia akan di charge RPGT ni.  As for me the purchaser, kena jugak sign, in case in future saya akan jual rumah ni.  Hmm.. it is news to me.  For more details on these documents, I guess kena interview lawyer tu balik nih.

One other thing, the vendor (penjual) pun ada jugak kena charge dek lawyer tu.  Tu pun procedure baru jugak lawyer tu cakap.  So pada sapa-sapa yang nak jual rumah tu rasanya kena tanya betul-betul bab ni.  Kot-kot banyak sangat benda terkejut... hehe...



Dalam hati memang nervous sebab this would be my first time being a landlord (Macam tak caya je??).  Boleh ke?  Mampu ke nak control pe-el penyewa ni?  Tapi sebab nak retire awal, ku redah lah jugak.  Dengan harapan semuanya berjalan lancar.

Owner lama rumah tu pun siap bagi advice, investment hartanah lah investment yang paling menguntungkan.  I have to agree.  Walaupun saya start lambat, saya bersyukur at least I have started it.

Now I shall wait, yet again, for Bank's turn.

Friday, February 15, 2013

Little things that made me smile 5


Menate Steak House, 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang, Selangor.
Restoran yang simple with EXCELLENT steak.


Wednesday, February 13, 2013

Cuti-cuti Malaysia - Philea Resort and Spa

Salam semua, kali ni saya nak share pengalaman cuti-cuti kat Philea Resort and Spa plak kat Ayer Keroh, Melaka.  Hmm.. banyak duk hotel yang dekat-dekat KL je rupanya saya ni huhu..

Actually 'cuti' kali ni bukan sebab bercuti sangat tapi department retreat sebenarnya.  Tapi sebab activitynya tak banyak maka rasa macam bercuti jugak la.

Perjalanan ke tempat ni tak susah dan tak jauh dari KL.  Cari je tol Ayer Keroh, confirm jumpa sebab location dia sebelah tol tu je.  Tapi be careful you might missed the entrance sebab entrance dia just after the tol.


Credit https://www.phileahotel.com.my

Sampai je tempat tu, memang kami impressed sebab very 'woody' and 'resort-y' (ada ke word ni?).  Terasa macam duk kat resort kat hutan kat pulau gitu.  Memang tak rasa yang kita ni sebenarnya duk sebelah highway je.

Saya dapat bilik Pavillion Room.  Bilik ni macam rumah semi-d tapi each with your own balcony.  Nak ke bilik tu kita akan dihantar guna buggy.  Nak jalan boleh tapi ala-ala malas gitu hehe.  Porter service memang excellent.  Masa naik buggy, the driver buat intro sket pasal tempat ni sebab memang cantik.  Cuma kita kena rajin bertanya la sket sebab bagi diorang tak semua visitor suka dengar introduction ni kan?.


Ni bilik saya duduk with another colleague.  Credit to my friends for the pictures.  This one taken masa naik buggy... kasi gegarr.
Masa mula-mula masuk bilik tu memang ternganga jugak la.  Although it has that peaceful woody resort feeling, amneties dan facilities dia memang state of the art gitu.  Dari door lock, internet access sampai la ke torch light dia semua modern.  Ala-ala ternganga gitu hehe (pen pun cantik!). Tapi lupa lak nak ambik gambar torch light dia sebab attached dalam lemari J.

Ni dalam bilik... It was all timber.  The first in Malaysia. 
Nampak tak bath scale tu?  Huh I hate it!.

Katil, dressing table and TV.  Barang-barang atas dressing table tu ala-ala leather taw.  Impressed!  Even kotak tissue pun cantik.  Boleh beli kalau nak.


Annnddd the toilet.  Cantik dan bersih!  Toiletries dia fuh.. memang complete and nicely placed.  Coffee,tea complete.  Noticed the door to the toilet pun dari timber.  Cantik!
Kat sini diorang siap-siap bagi bathrobe (with embroidery ye!) and slippers.  So kalau nak ke kolam senang la.  Yes, you can call their efficient buggy service to go about.

Cuma satu je kurengg bilik ni... kalau duk kat tingkat bawah, you'll get the foot steps thumping sound from people upstairs. Dreaming: tak leh imagine kalau dapat duk kat suites and villa dia.. sure best gilerr..*snap!*

Lepas buat activity company, kami ada our leisure time... so apa lagi.. ke kolam mandi la kan?  Macam saya ni segan la nak mandi sebab the whole department were there so I just enjoyed the beautiful landscape, which by the way kolam dia memanggg cantik!  Open air, besar and cantik giler lah surrounding (rugi tak leh mandi.. huh!).


Pool yang besar... drool. (Credit to my friend for the pics).


Scenery yang cantik... tak dapat mandi kolam pun tak pe lahhh (ayat frust).


Lepak kat sini pun ok.. cantik... (masih memujuk diri yang tak dapat terjun pool :( )
By the way, sapa-sapa yang rasa nak organize family day memang tempat ni recommended.  Memang banyak facilities dari banquet hall, karaoke, spa, snooker, ping pong, swimming pool and apa lagi.. aa kalau activity treasure hunt macam kami buat tu memang sesuai sangat la.  Scenery cantik and kawasan pun luas.

Food: Breakfast/lunch/dinner dia makes me a quiet eater.  Dengan kata lain maaakkaann je sampai tak nak bercakap.  It was that good! J.  Dari western (my fav) sampai la oriental dishes semua ada complete with deserts yang marvellous.  Tak perlu risau about your unique taste.


I can't say much about activities outside this resort sebab setahu saya nak ke Umbai pun tak berbaloi (dalam 15-20 km), nak ke Water Theme Park Ayer Keroh pun baik duk kat sana terus.  So this place is ideal for relaxing.  Check in, relax and check out refreshed.  Trust me, tempat ni memang relaxing.

Updated: Lupa lak nak letak gambar ni: The pool table (nampak tak tangan macam orang pro gitew), the dining hall dia (muka fresh semua baru lepas mandi) and satu lagi tu tengah curi-curi lepak masa kena buat treasure hunt keke..
Kalau ikut hati memang nak ulang lagi ke tempat ni.  Maybe for special occassions sebab harganya pun agak special jugak J.  Better surf their site for prices ye.  Kot ada corporate price ke...

Ok friends, THANKS for reading and jangan lupa cuti-cuti Malaysia!

P.s:  Next time nak tulis pasal cuti-cuti Malaysia kat Lang Tengah or Langkawi lak.. Kasi jauh skit.... J

Pergi tak kembali - Blogger Jejai

Al Fatihah.....

Saya tak mengenali arwah secara face-to-face tapi bila membaca blog rakan-rakan blogger arwah serta blog arwah sendiri (www.teratakarmo.com) sudah cukup untuk saya katakan beliau seorang insan dan sahabat yang baik buat rakan-rakannya dan keluarganya.

Saya tidak layak untuk bercerita tentang diri arwah, cuma saya terpanggil untuk mengajak rakan-rakan saya untuk sama-sama membantu isteri dan anak-anak kecil arwah dengan derma seikhlas hati.

Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife arwah Je JAI ,Mazliana Othman )

Nombor account tu saya dapat dari blog sahabat beliau yang memang selalu saya follow http://www.eyriqazz.com/2013/02/je-jai-perginya-seorang-sahabat.html

Note to self:  When my time is due, will I be ready to go?

Sunday, February 10, 2013

Balcony farming.

Happy Chinese New Ulala Year!


Pada yang tak celebrate, mari la kita celebrate the long weekend. 


Selalunya kalau ada cuti yang panjang macam ni my family and I suka buat mini projects kat rumah.  Macam spring clean ke, kemas bilik tetamu tu yang sentiasa bersepah macam dilanda tornado ke...  Tapi kali ni nak share ngan kawan-kawan satu project yang kami pernah buat dengan jayanya... huhu..


Projectnya ialahh.... berkebun di balcony rumah!


To tell the truth, gardening was my passion until we had a son.  These pictures pun mostly taken during our little projects masa The King masih kecik... when we still had a lot of leisure time...:) (bunyi macam alasaannn je...)

Most of our 'products' (ewahh) ialah edible plants.  Nak buat macam mana dah memang species kuat makan ambo nih..  En Suami pulak species suka bekerja... Sesuai la tuh... Sorang bercucuk tanam sorang tukang makan.


Yang ni solely En. Suami punya effort.  Start dari biji benih.  Kobisnya memang manis.
Daun kunyit, serai, pandan, daun kari, cili padi memang sah-sah kita pakai hari-hari kan?  So kitorang tanam gak la.  As of todate ada yang menjadi ada yang ala-ala degil.  Serai memang payah nak hidup.  At last kitorang beli je muaahahah.  Daun kari menjadi plak..

Yang belah kiri tu anak pokok kari kitorang ambik dari kampung.  Sekarang dah rimbun yang belah kanan tu :)
Daun kunyit dan daun pandan.  Dah arwah. :D  Sekarang beli je kat pasar tani then masuk peti sejuk sampai kering.  Boleh tahan sebulan...

Ada jugak project kitorang yang one off.  Macam bendi kat bawah ni.

Masa ni bendi dah ada putik.  On the bottom right tu Sabung Nyawa.

Bunga dan buah bendi.  Masa ni buah sulung.  Happy happy joy joy :D

Cili pun saya tak berapa pandai tanam.  Asik daun jadi macam terbakar la, kena attack dek serangga la.  Pernah berbuah, tapi tak tahan lama.

Dulu baja memang saya beli. especially baja tahi kambing tu.  Tapi sekarang guna air basuh ikan lagi menjadi pokok tu... Agak-agak pokok-pokok ni carnivore kot.. nak darah.

Tapi memang betul orang cakap, makan hasil usaha tangan sendiri memang kita akan puas hati.  Dan jugak berbudi pada tanah memang tak akan rugi.  So jom kita sama-sama?

Hmm.. apa nak tanam lepas ni..?

Note to self:  Shall I start gardening again?

Thursday, February 07, 2013

Tips untuk dapat kerja - For fresh graduates.


Dapat masa alone at home today .. well at least for 4 hours till an appointment at 2.30 pm today.  Sambil duk sesaja teringat si kecik tu, tetiba je teringat time-time baru nak mintak kerja dulu.

Bila dikenangkan balik memang banyak pengalaman and alhamdulillah memang kebanyakkannya dapat offer sampaikan kena tolak offer diorang pun ada.  So terasa nak share tips-tips untuk adik-adik kita melalui pengalaman saya sendiri ni.  Kalau yang berkenan tu boleh la follow.  Kalau tak, ignore je la ye.  For me these little things did work.  Other 'standard' tips tu pun jangan dibiarkan.  Buat je.  Nak kerja ke tak nak? Kannn?

Ok adik-adik, mari kita mulakan... :D

Tips 1:  Make your resume/CV as colourful as possible.
Kalau nak kerja, kena mintak kerja kan?  Nak mintak kerja kena 'cerita' sket apa yang kita ada sampai diorang patut hire kita.  Caranya ialah melalui resume yang simple but comprehensive.  Senang sebut tapi susah nak buat kan?

Kalau ikut pengalaman saya sendiri, selain dari bab  skills/knowledge/qualifications, bab pengalaman kerja tu yang ramai employer akan tengok. Tapi kalau kita ni fresh graduates, mana nak ada pengalaman kerja kan?  Bab ni ramai anak-anak muda (akak belum tua ok!) kita tak berapa creative.  Saya dulu pun tak pernah kerja sampai la graduate.  Tapi empoyers ni sebenarnya bukan nak tengok sangat berapa gaji kita pernah dapat or apa kerja kita pernah buat (remember, diorang tahu kita ni fresh grads) TETAPI diorang ni nak tengok kita ni creative, independent atau boleh buat decision atau pun tidak.  Dengan kata lain, kita ni ada otak ke tidak.  Itu sahaja.

Macam mana nak jadi creative dengan tiada pengalaman kerja?  Well, masa study mesti ada buat field work /assignment kan?  Tipulah kalau tak pernah buat assignments.   Pilih satu atau dua assignment yang kita score giler dan ceritakan pengalaman tu seolah-olah macam kita ni seorang pekerja yang buat field work tu/assignment tu.  Apa involvement kita dalam team tu.  Kalau tugas kita buat presentation, olahlah betapa 'terer'nya communication skills kita sampai field work tu berjaya.  Kalau tugas kita cari bahan untuk paperwork, cakap la kita expert bahagian research and have excellent writing skills sehinggakan assignment tu berjaya/berjalan lancar.  Be creative.  Tapi jangan meleret lak :) 

Kalau pernah kerja/buat part time lagi bagus.  Kalau pernah kerja kat kedai photostat, cerita pengalaman handle customer, macamana kita independently complete each customer's request with minimal/without supervision.  Kalau pernah kerja kilang, ceritakan pengalaman kita dalam production line.  Kalau kita tak de, barang tak siap (contoh).

Last but not least, (ni my own personal secret) print resume tu atas kertas kaler-kaler yang HIGH QUALITY sket.  Putih tu BORING.  Bakal employer kita akan dapat beratus-ratus atau beribu-ribu resumes.  Macamana cara nak suh diorang baca kita punya ialah dengan attract attention diorang pada resume kita.  Sebab tu cuba la kertas yang pastel kaler pink ke, biru ke hijau ke...tak ke menarik?  Remember, yang baca resume kita tu ialah MANUSIA.

Tips 2:  Get all the details!
Bila diorang dah baca resume kita, diorang akan nak jumpa kita.  So semasa dapat panggilan interview tu saya selalunya akan tanya dimana, pukul berapa, block mana, tingkat berapa, sapa yang saya patut cari bila sampai sana, ada apa-apa extra perlu bawa AND last but not least, saya akan tanya berapa RAMAI yang akan di interview dan siapa yang akan interview saya?  Bukan apa, kita kena tahu macamana competition tu nanti dan siapa kita nak impress.
On the background, buat la research sket pasal company tu.  Employer akan a bit impressed kalau kita quote something good about their company masa interview.  Percayalah.  Contoh: "Saya memang bersedia untuk ditransfer ke oversea.  Dengan kejayaan bank ni buka branch baru di Bangkok baru-baru ni memang satu peluang yang saya tak boleh tolak". 

Tips 3:  Be punctual!
Kata orang kalau appointment pukul 8.30 pagi, kita kena sampai kul 8.  Baru la dikatakan punctual.  Kalau sampai 8.30 tu dah dikira lewat.  Tolak ketepi rasa malas/ego/'malaysian' time tu.  Kita yang nak mintak kerja, jadi kita kena tunjuk yang kita betul-betul nak.

Tips 4: Bawak semua documents.
Bawak segala mak bapak documents yang korang ada untuk support semua benda yang bakal korang 'goreng' dalam interview tu nanti.  Make sure yang original.  Kalau pernah buat website, tunjuk gambar-gambar website.  Sekarang ada ipad, bawak ipad tunjuk web tu.
Tips 5:  Dress to kill eh? Dress for work.
Tak kira apa bentuk badan, cuba la berpakaian yang sesuai.  Yang pompuan,  tolongla jangan la seksi.  Yang lelaki, gelang, rantai, subang, tanggalkan la.  Dari image korporat jadi image keparat nanti huhuhu.  Jangan lupa 'pakaikan' senyuman.  My personal secret?  Suits (walaupun waktu tu untuk jadi programmer cikai).
Tips 6:  Interview bukan untuk menipu.
Goreng, goreng jugak tapi jangan menipu.  Kita manusia boleh tau orang menipu ke tidak kan?  My personal secret: masa di interview tu, kita for sure gugup kan?  (Kalau yang confident tu, cuba kawal confident anda jangan sampai terover)  Untuk yang gugup macam saya, cuba tanamkan dalam kepala, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.  Lepas tu, bercakap la macam kita ni memang sah-sah akan dipilih untuk kerja kat situ dan kita nak tahu apa kerja kita tu nanti.  Be serious but pleasant.  Jangan tersengih-sengih macam kerang busuk.
Masa interviewer cakap ada apa-apa soklan?  Jangan cakap 'tak de la encik' TTEEEKKKKK!!! wrong answer.  Tanya, jangan tak tanya!  Tapi kalau interviewer tu in a rush jangan la tanya panjang2. Contoh: "Nanti bila saya kerja sini, berapa ramai dalam team saya?  Saya akan report pada siapa?  Sekarang project apa yang going on dan apa bahagian yang saya akan involve?"... Nampak tak macam kita ni sah-sah akan dipilih?
Tips 7:  Mind your language.
Kalau interviewer cakap English, reply la in English.  Kalau diorang cakap Bahasa Melayu, balas la dalam Bahasa Melayu jugak.  Janji bunyi confident dan POLITE.
Ok, so that's it!  My personal experience saja.  And so far they worked like wonders.
P.s: My favourite personal secret, while on the way out, jokingly tanya 'Harap-harap kita jumpa lagi nanti saya report duty.  Agak-agak bila boleh report duty?"... Works every time!.

Wednesday, February 06, 2013

Why me?

Why do I always bumped into these kind of stuff?  Irritated la sebab for sure tergelak sorang-sorang meh meh meh... (click to view larger image)


Boleh sapa-sapa tolong tunjuk caranya?


Tuesday, February 05, 2013

Little things that made me smile 4


Err rasanya saya bayar RM355 untuk washing machine, kenapa dapat curry?


Sunday, February 03, 2013

Weekend yang blur... BB@40 Yeay!

Practically hibernating this weekend and I 'practically' read the whole of this blog ;)


Friday, February 01, 2013

PKNS - yang ditunggu dah tiba.

Dalam entry ni saya dah pilih CIMB dan patiently waiting for PKNS to 'say something'. 

Finally last week PKNS did say something to my lawyer.  So far tak de masalah apa-apa dan owner lama dah pun settlekan bayaran PKNS yang tertunggak pada lawyer dan masalah bil elektrik pun dah settled.  Law firm pun dah confirm pasal ni dan diorang tengah tunggu PKNS untuk keluarkan official receipt untuk bayaran tu.
So next step I guess wait (menunggu lagi) for the law firm untuk prepare SnP dan finally sign the agreement la kan?... in exchange with money of course i.e. lawyer's fee...  Hopefully lepas ni tak de dah masa menunggu yang lama.  But then how long bank nak disburse loan pulak ye?  Ya Allah mudahkanlah urusan ku dan murahkan rezeki dan berkatilah usaha hambaMu ini... Amin...
Come to think of it, ni rasanya second time buat house purchase without downpayment.  Tak sangka lak dah terbuat tanpa sedar huhu.  The first time sebab guna account 2 KWSP.  Kali ni mark up SnP.  Kali ketiga nanti apa cerrr lak.  Tapi bakal rumah ketiga pun belum jumpa lagi... hui hui hui dah berangan jauh lak.

Note to self:  Harap rezeki diberkati.  No matter how much money earned.  Retire at 45 here I come! (chewahhh).