![]() |
| Ibu doa kan segala yang terbaik untuk adik...Amin..! |
Sunday, November 30, 2014
Sunday, November 16, 2014
Jangan marah orang, sebab diri sendiri yang buat.
Kita selalu marah orang kalau orang buat something yang tak kena dimata kita. Tapi korang tau tak banyak benda yang korang sebenarnya patut marah diri sendiri.....
1. Tengah berjalan ke hulu ke hilir sambil fikir masalah dunia yang fana ni, tiba-tiba kaki tersadung kerusi or bendul or apa-apa je. Kena pulak jari kaki yang kelingking tu!.
2. Lupa letak handphone kat mana. Dan phone tu dah di-silent-kan.
3. Siku terhentak benda keras sampai sakit yang kebas-kebas jari tu.
4. Nak ambik ice, pusing ice-tray - kosong. Dan dalam rumah tu you sorang je pun.
5. Terpaksa menyorok bawah meja untuk ambik barang. Bila bangun terhantuk kepala baiikkk punya.
6. Bukak pintu laju-laju konon nak cepat. Tiba-tiba swing pintu terkena lak kaki. Kena pulak jari kelingking lagi!. &*^&^%##$&^@#@!!
7. Elokkk je jalan ke bilik sebab nak ambik barang. Sampai je bilik terlupa apa nak ambik.
8. Iron baju kesayangan... berlubang!!!
9. Nak buat air milo/teh/whatever. Scoop milo/teh/whatever, sudu terlanggar tepi gelas, tumpah. Demmm.
10. Bila nak tulis blog, tengah baik berkhayal, tiba-tiba reality snaps. K bai!
Wednesday, October 29, 2014
Cerita pasal "Pay It Forward" - Do Something Nice Week
Pada sapa-sapa yang pernah tengok citer ni...memang touching but yet full of pengajaran and motivation. Budak yang berlakon tu memang pandai betul.. ala yang berlakon citer "I see dead people" tu.. hehe..
Anyway, saya terdengar lak kat Mix.FM. Minggu ni diorang buat kempen "Do Something Nice Week" sempena Pay It Forward concept ni lah. It's great of them to do this. Because personally I think we intend to forget to do something nice sebab kita sibuk kaaannn... So antara contoh yang diorang bagi: bayarkan tol untuk kereta belakang kita, belikan coffee untuk stranger.. alah.. benda-benda kecik je.
So saya personally rasa benda ni memang bagus. Menggalakkan orang untuk menderma (don't start about donating to someone more deserving bla bla bla). Tak kisah pada sapa dan yang paling penting, ikhlas kerana Allah dan korang confirm akan buat orang lain feel good dan korang sendiri pun Insya Allah akan feel good.
So semalam dan hari ni saya lak make my move.. ahakss. Semalam saya bayarkan teh tarik untuk kawan-kawan. Dan hari ni, saya bayarkan tol untuk kereta belakang saya. Alah.. setakat 2-3 ringgit je.. tak luak kan? Tapi sememangnya kita akan feel good!!. Dan percaya lah, setiap derma akan ada 10 kali ganda balik kat kita. So why not kan? Lagipun orang kat belakang saya tu nak pergi kerja.. which is also a good thing.
Pas tu hari ni DJ radio tu The Rod, belikan 'designer coffee' untuk garbage man kat condo dia. Bagus nya!!. The garbage man tu cakap ni first time dia rasa 'designer coffee' tu.. :).
So apa kata hari ni you all buat something yang menggembirakan orang sekeliling anda. Alah.. tolong bayarkan teh tarik for a stranger pun bagus. Kalau yang lebih mampu maybe korang boleh tiru cerita ni: Ada seorang ni, dia orang susah. Bawak keta pun dengan tayar dah botak sebab tak mampu tukar. Tiba-tiba satu hari, ada orang letak kan nota kat keta dia. Nota tu tulis "sila ke kedai so and so, tunjukkan nota ni, dan akan ada orang tukarkan 4 tayar baru untuk keta anda"......kisah benar.....
P.s.: Saya Insya Allah akan buat something nice jugak untuk pembeli pin tudung saya hujung tahun ni. Tungguuuuu... :))
Wednesday, October 15, 2014
Wordless Wednesday - 'Musim' dari tingkap office
Friday, October 10, 2014
Weekend Activity - Ke PD lagi and stay kat PNB Ilham
Weekend panjang... akal pun panjang... muehehe..
Tanya si Anak, nak pantai ke nak tempat sejuk? Nak pantai lepas tu nak tempat sejuk katanya. Pokai la kalau gitu. Hehe.. alah.. tempat sejuk tu Cameron Highland je untuk kami. Bukan oversea pun hehe.
So...kami ke PD lagi.
Tapi kali ni kami decide untuk stay overnight. Memandangkan kami suka pergi pantai kat Tanjung Biru tu, so kami decide untuk stay kat PNB Ilham. Bukan apa, diorang ada discount kalau booking kot internet. Kalau call, harga bilik hotel dia yang Deluxe Room RM320. Tapi bila book online, dapat RM280. So pilihan tu sangat obvious la kan.
PNB Ilham ni agak jauh dari pekan PD tu. Tapi takat 7-8 km je kot. Not too bad, tapi saya ni jenis yang tak suka spend time kat travel banyak-banyak bila dah check in kat satu-satu tempat (dalam Malaysia la hehe).
Kami sampai ngam-ngam pukul 3 - masa checkin. Receptionist dia ok je. Not too friendly tapi tak la unpleasant. So everything went well. Cuma take note ye kalau booking online, you all kena print reservation email tu sebab diorang nak refer. Hari tu saya malas nak print ingat nak tunjuk je email tu dengan phone. Diorang ok je.
Kami dapat bilik ground floor. Masuk-masuk bilik, scan-scan, memang spacious! Ni ha bilik nya dari pintu masuk. Not bad kan?
View dari bilik pun so-so je la. Kalau dapat tingkat 1 mesti lagi best. Tapi bilik ni pun best jugak.. bukak pintu je terus sampai kolam hehe.
Facility sangat simple. And bilik air tak la spotless clean, tapi still boleh terima.
Jarak dari bilik hotel ke pantai pun sangat-sangat la dekat. Dah la ground floor kan. So nak ke pantai tu rasanya 50 langkah pun tak sampai. Unless korang jalan kedek-kedek. Then mungkin 100 langkah.
Kitorang dinner malam tu pun kat cafe PNB Ilham ni. Kebetulan bulan 10 ni diorang buat promosi steamboat for 2 cuma RM50 nett. Memandangkan steamboat ni favourite En Suami, kitorang order la untuk malam tu. Masa kami ke cafe tu dah pukul 7.30 (promosi tulis 7 pm onwards). Tapi nampak staff-staff duk menyusun pinggan mangkuk lagi.
Kami terus je tanya. Boleh ke nak order steam boat ni. Dia macam teragak-agak, tapi senyum, cakap err boleh, tapi kena tunggu kejap. Dalam pukul 8 or 8.15 gitu. Kitorang dalam good mood, ok la tunggu kejap. Si Anak lak layan main pool kat tepi cafe tu. Suka sangat laa dia! (konon terer la).
8.15 diorang dah siapkan steamboat kami. The whole cafe is for us. Tak de orang lain. Makanan promosi steam boat ni Masya Allah banyaknya!!. Satu tray steamboat nyer items, satu tray nasi goreng, satu tray mee and meehoon, 3 jenis souce, satu jug sup tom yam (untuk tambah), satu jug air kosong dan satu jug air orange. Ni kalau makan 5 orang baru betul. Rasa bersalah lak order promo package ni.
![]() |
| Harga steamboat tu cuma RM50! |
Dah kenyang (dengan rasa bersalahnya banyak left over), balik bilik, tidur.
Besok pepagi bangun, belasah breakfast buffet dia. Not too bad, and not too great either. Ada kuey tiaw goreng, nasi goreng, baked beans, mee kari, porridge, breads, cereal, nasi lemak, roti telur. Boleh la.
Dah kenyang, terus ke pantai... lepak kejap. Seronok lak sejuk-sejuk pagi ni lepak kat pantai. Nikmat!.
Dah bersepah badan ngan pasir, kami terjun kolam lak hehe. Of course la bilas-bilas dulu pasir tu kat shower pool dia. Sampai la tiba masa nak checkout kul 12.
Overall, hotel ni memang best untuk weekend getaway. Kalau yang berkeluarga ramai lagi sesuai ambik apartment dia. Lagi jimat.
P.s: Kami pasti ke sini lagi!!. :)
Wednesday, October 01, 2014
Lucky my blood still downstairs... so I laugh only lah... hahaha
Rasa nak tergolek-golek baca blog sendiri yang di'google-translate' kan ke english. Haha!!!
How can english people want tu understang my blog if like dis? Cannot la Google. Plis do better-better la. Marketing my blog a bit. But you promote my pin tudung in english quite good also. So I give you one star lah.
P.s: My eye water a bit lah after laughing. T_T
Monday, September 29, 2014
Family Day.... a.k.a Hari Berjemur
Hari Sabtu hari tu ada Family Day office. Saya dapat pujuk En. Suami untuk berjemur sekali tengah-tengah panas di MAEP untuk Family day ni. Hehe nasib baik En. Suami supportive!!.
So kami bergerak la dalam pukul 7.30 pagi dengan penuh semangat. Sampai-sampai je maakkk aih.. ramai nyer orang...
Dibuat pulak kena 3 kali beratur... register la, ambik t-shirt la, cabutan bertuah la... On the bright side, ramainya orang penyabar kat company ni :D.
Dah beratur, dapat T-shirt, kitorang masuk and spend time with friends kat dalam tu. Si Anak seronok dapat main mini golf.. hmm layan...
![]() |
| Si Anak tengah main |
Kat dewan ni saya berangan dapat lucky draw.. tapi memandangkan hanya 14 hadiah untuk lebih kurang 7000 orang, you all buat la Maths sendiri. Tapi berangan tetap berangan.... haha...
Tapi lepas kepanasan berjemur dan balik ngan tangan kosong, hati ni sejuk jugak bila berderu-deru message masuk bertanya dan mengorder pin tudung. Alhamdulillah. Rezeki dimana-mana. Thank you all for your orders and your interest in my product :).
![]() |
| Semua orang dapat something 'FOC'. Tak kira borong atau runcit. |
Labels:
family,
family day,
order,
pin tudung,
shawl pin,
weekend
Friday, September 26, 2014
Dah pun Jumaat. Cepatnya masa berlalu!
Hari Isnin hari tu nak pergi kerja pun malas. Tak de mood dan macam-macam alasan ada kat kepala. Hari ni dah pun Jumaat. Cepatnya masa berlalu. Hmm.. seriau la pulak. Makin pendek umur ku....
On the bright side, Alhamdulillah jualan pin tudung pun ok. Terima kasih pada yang membeli. Pada yang masih berkira-kira tu, cepat-cepat! nanti stock habis. Kalau yang nak beli borong tu sekarang tengah ada 'hadiah' untuk setiap belian. Yang beli runcit pun mungkin ada.. haha.. saya memang suka bagi hadiah sebab saya suka dapat hadiah!! Hadiah untuk yang runcit ni rahsia!!. Haa apa lagi. Click la kat sini!.
![]() |
| Semua order dibuat dengan kasih sayang giteww!!.. Muaxx to my customers!! |
P.s: Tengah berangan ni kot-kot bleh gi umrah ke dengan hasil jualan.... boleh ke??? Nama pun berangan kan.... ?
P.p.s: Weekend ni ada Family Day!! Yeay!!
Monday, September 22, 2014
Kalau benda ni tak jadi, kena hire orang untuk rotan kot!
Saya ni memang liat nak minum air kosong. Sejak kecik lagi. Dah bermacam cara mak saya buat masa saya kecik untuk bagi saya minum air termasuk la letakkan buah kat dalam gelas. Tapi saya tuang je air tu and ambik buah.
So bila dah besar ni, saya memang tahu KENA minum air kosong especially bila dah Single-Kidney ni. So nak buang rasa liat tu, selain dari tenung parut kat perut bagi sedar diri sikit, saya buat ni kat botol air saya.
Tak tau la jalan ke tak... *sekarang pukul 4.30 and I'm still behind!*
P.s: Nampak tak secretary saya tu? Muahaha
P.p.s: Sapa nak beli botol ber marking ni? Harga kawan-kawan. :P
P.p.s: Eh??? Kat sini ada promosi Raya la.. jom terjah!
Thursday, September 18, 2014
Cuti panjang ni naik motor (a.k.a scooter otai) ke KL pun best!
Hari Isnin ambik satu hari cuti, dapat 4 hari straight cuti. Haven! Dalam kepala dah plan, nak pergi tempat untuk anak dan untuk diri sendiri jugak.
Memandangkan nak keluar dari KL confirm jam, kitorang decide duk dalam KL je. Nampaknya memang perfect choice!.
Hari Sabtu kami tak kemana-mana, cuma family gathering biasa-biasa sebab parents datang dari KB. So activity nya mesti la menganyam ketupat >_< dan update progress family masing-masing pada Taiko hehe.
Hari Ahad, Isnin and Selasa kami mula ronda-ronda KL. Gi Tugu Negara la, gi Taman Rama-rama la, gi Plaza GM la (activity ibu). To make things interesting, kami ke KL naik motor je. Really fun!!
Cerita pasal ke Tugu Negara ni. Tujuan saya pergi tu sebab saya kan nak semai semangat cintakan Malaysia pada anak. So Tugu Negara is a must!. Lagi pun saya sendiri dah lama tak pergi, in fact saya dah lupa bila last saya pergi. Yang pastinya time kecikkkkkk dulu.
Cerita husband saya, bendera kat Tugu Negara tu akan diturunkan tiap-tiap petang. Di iringi bunyi trumpet. Kira macam mini ceremony. Tapi kami tunggu punya tunggu tak deeee pun.
Kami tanya akak yang berniaga kat tepi Dataran Pahlawan tu ada tak lagi ceremony macam tu. Dia kata kadang-kadang je ada 'Yang ada bunyi trumpet tu' dia kata. Kebanyakkan nya dah tak ada and dia sendiri pun kata ada orang dah start complain. 'Kalau ada selalunya pukul berapa?' Dia kata around 6.30 gitu. Kami tunggu sampai pukul 7 still tak de apa. Huh!! Hangin betul! Macam mana ceremony yang kecik macam tu pun susah nak maintain? Ni yang rasa nak membebel nih! Kalau kat tempat mat saleh, changing of the guards tu boleh jadi tourist attaction tau! And they are proud of it.
Anyway, sempat la anak saya enjoy the view. Altho kalau ada ceremony menurunkan bendera tu will make him 'see more' than just a statue.
Memandangkan nak keluar dari KL confirm jam, kitorang decide duk dalam KL je. Nampaknya memang perfect choice!.
Hari Sabtu kami tak kemana-mana, cuma family gathering biasa-biasa sebab parents datang dari KB. So activity nya mesti la menganyam ketupat >_< dan update progress family masing-masing pada Taiko hehe.
Hari Ahad, Isnin and Selasa kami mula ronda-ronda KL. Gi Tugu Negara la, gi Taman Rama-rama la, gi Plaza GM la (activity ibu). To make things interesting, kami ke KL naik motor je. Really fun!!
Cerita pasal ke Tugu Negara ni. Tujuan saya pergi tu sebab saya kan nak semai semangat cintakan Malaysia pada anak. So Tugu Negara is a must!. Lagi pun saya sendiri dah lama tak pergi, in fact saya dah lupa bila last saya pergi. Yang pastinya time kecikkkkkk dulu.
Cerita husband saya, bendera kat Tugu Negara tu akan diturunkan tiap-tiap petang. Di iringi bunyi trumpet. Kira macam mini ceremony. Tapi kami tunggu punya tunggu tak deeee pun.
Kami tanya akak yang berniaga kat tepi Dataran Pahlawan tu ada tak lagi ceremony macam tu. Dia kata kadang-kadang je ada 'Yang ada bunyi trumpet tu' dia kata. Kebanyakkan nya dah tak ada and dia sendiri pun kata ada orang dah start complain. 'Kalau ada selalunya pukul berapa?' Dia kata around 6.30 gitu. Kami tunggu sampai pukul 7 still tak de apa. Huh!! Hangin betul! Macam mana ceremony yang kecik macam tu pun susah nak maintain? Ni yang rasa nak membebel nih! Kalau kat tempat mat saleh, changing of the guards tu boleh jadi tourist attaction tau! And they are proud of it.
Anyway, sempat la anak saya enjoy the view. Altho kalau ada ceremony menurunkan bendera tu will make him 'see more' than just a statue.
Wednesday, September 17, 2014
Wordless Wednessday - I leave it to your imagination!
![]() |
| That's my thumb, and itu salah satu kaki lipan yang tertanggal lepas kejadian pergaduhan antara lipan dan manusia. Soalan... besar mana kah lipan itu? |
Friday, September 12, 2014
Sneak Peak...
Design baru bakal tiba kat sini!! It's 1.7 cm x 1.2 cm.. Stay tuned!
.
.
.
Tak blur enough kan?
.
.
.
.
(Well, I sucked at marketing T_T oh well....)
Tuesday, September 09, 2014
Got me thinking, which I don't normally do at this hour......
Semalam lepas office saya shoot terus ke Post Office. Cuma nak beli Prabayar Pos Laju tu. Maklumla.. dapat orders...Alhamdulillah (excited giler).
Benda ni mesti dicipta sebab dah ramai yang buat online business. Tapi benda ni boleh dibeli secara online tak?
Anyway, selalunya, kalau nak beli envelope prabayar tu saya terus ke kaunter, bagitau nak beli and diorang terus bagi je. Tapi kali ni saya kena ambik nombor giliran lak. Hmm bukan nak hantar pun lagi parcel tu. Cuma nak beli je. Pun kena ambik nombor?. Serius tak faham. Cari-cari special kaunter untuk beli benda-benda ni memang tak ada dalam tu.
So, saya ambik jugak la nombor. Demi pelanggan-pelanggan terchenta. Saya tunggu turn saya sambil tengok kiri-kanan. Hmm, apa yang ramai-ramai orang buat kat Post Office ni? Padahal dah pukul 6.30 pm.
Yang pegang parcel, saya boleh faham. Yang tangan kosong pun saya boleh faham sebab mungkin macam saya, nak beli benda-benda prabayar je. Tapi saya tengok ramai yang pegang bills. Bill letrik, bil phone. Macam-macam. Seriously?
Terus rasa nak buat khidmat masyarakat... bukak kaunter bergerak untuk service bayar bill secara online. Tak payah charge apa-apa, just nak mudahkan orang ramai je. Bergerak guna kereta and wireless broadband ke area-area taman perumahan. So diorang boleh queue kot cermin kereta and hulur bills and saya tolong bayarkan. No charge, FOC, just community service. Agak-agak ada orang nak tak?
But then I guess, paying bills at Post Office is their personal preference and for own satisfaction. Some people memang suka kesana-kemari untuk routine errands. For past times kot. We would never know kan? Setengah tu pulak lebih berpuas hati bila nampak the word PAID printed on the bills. So saya faham.. :)
P.p.s: Post Office Malaysia, cadangan saya, buatkan satu kaunter khas untuk buat purchases macam stem ke, prabayar boxes or envelopes ke. Sebab ramai pelanggan anda nak cepat untuk setakat beli benda-benda ni. Plus, most branches tak de kaunter pertanyaan... asyik kena kacau queue orang je just untuk bertanya.
P.p.s: Sapa belum order pin tudung? Come come pilih dan beli now!! :)
Friday, September 05, 2014
Bila orang kampung ke Duchess Place..
Orang kampung macam saya ni memang jarang ke tempat grand-grand ni. So bila ada kesempatan tu memang saya seronok sangat!.
Tambah pulak ni adalah wedding family sendiri dan saya terpilih untuk menepung tawar - maklum la 'mak' pengantin. Hehe excited tuh!
Duchess Place ni memang convenient giler kalau nak buat majlis-majlis macam ni. Dari pihak pengurusan, hiasan, hingga ke makanan dia pun saya puas hati. Dapat free door gift lagi.
Hiasan pulak memang menepati citarasa pengantin. Kira nya pengantin amat puas hati lah!.
Pengantin pun boleh bersiap and make-up kat bilik khas yang disediakan. Jadi tak payah la siap tempat lain then travel nak ke sini.
Parking space pun memang cukup. Tetamu yang datang senang cari dan senang dapat parking.
Jom layan gambar-gambar dia. Saya sempat snap sebelum tetamu datang. So kalau sapa-sapa yang tengah mencari-cari tempat untuk wedding, boleh la consider tempat ni. Totally worth it!
Location: Jalan Ampang. Memang dah banyak map about this location. So happy googling ye!
P.s: Saya banyak nganga bila masuk sini...
P.p.s: First time tengok En. Suami hilang macho sebab sebak nak 'lepaskan' pengantin perempuan. :)
P.p.s: First time tengok En. Suami hilang macho sebab sebak nak 'lepaskan' pengantin perempuan. :)
Sunday, August 31, 2014
Friday, August 29, 2014
SELAMAT HARI MERDEKA!
Hari Merdeka ke 57 dah makin hampir. Weekend ni je. Saya sebagai ibu memang terpanggil untuk semai semangat cintakan Malaysia pada anak saya.
So pagi ni saya sebelum ke office, saya kejutkan anak saya untuk semai semangat cintakan Malaysia di pagi hari...., "Adik, Ibu dah nak gi kerja ye"....
Tapi dia reply dengan keadaan tengah tidur, mata masih pejam "Ibu, adik nak bendera Malaysia". Ok.. so now I don't need to do anything then.
Selamat Hari Merdeka all!!
Tuesday, August 26, 2014
Secretary pendiam, so saya bayar RM5 je.
Saya ni memang busy business woman pekerja yang busy sikit. Memang kadang-kadang saya ter-over-look sesetengah benda. Especially kalau tak de orang follow up. Orang buat senyap kita pun tersenyap sama.
Memang irritating sebab benda tu akan creeping back up.
Untuk mengelak lupa, saya kena ada secretary.
Tapi saya ni bukan la bos. Jangan berangan la nak ada secretary.
So saya kena beli secretary sendiri. Memperkenalkan.....
![]() |
| Cik Secretary saya a.k.a Ipad Manual Rub. Tempat duduk nak warna pink. Tapi dia pendiam, tak banyak songeh, so saya ok. |
Bayar gaji tak mahal. And dia akan remind saya pasal benda-benda yang saya kena buat hari-hari sampai la kena padam --> right on my face!.
On another occassion, hari tu pergi seminar kat hotel kat tengah-tengah KL. Masuk-masuk je dewan, terkejut sebab nampak ketumbuhan saya tergantung kat tengah-tengah ceiling dewan tu. Ni ha....
Soooo awkward. Macam jumpa boyfriend lama yang sangat parasite yang you dah berusaha untuk get rid of him sampai masuk hospital 10 hari and yet he is now hanging on the ceiling. Dan you kena tengok dia for the whole day!. Awkwarddd!!
Yes, ketumbuhan saya tu kaler and rupa macam tu la. Eewww!. Size tak de la sebesar ceiling.
Feel sorry for the hotel. Kurang satu prospect. Other than that the food is awesome!!!!
P.s. Secretary tu saya beli kat Daiso!
P.p.s. Dah beli pin tudung saya ke belum? To kat atas tu ada page dia. Kbai!.
Friday, August 22, 2014
Wednesday, August 20, 2014
Kemaruk Pin Tudung
Pada yang selalu baca blog ni mesti korang nampak saya sekarang tengah kemaruk Pin Tudung / Shawl Pin. Maklum la, side income yang tak seberapa. Agak kemaruk la kejap.
Bila masuk office pun, mula-mula saya check, if there is any email from the supplier. Ok ke tak barang-barang yang saya order. Nak kena baca betul-betul and fahamkan betul-betul sebab kebanyakkan supplier tu bukan dari Malaysia. Nanti lost in translation laks hehe. Tapi so far alhamdulillah.
Pas tu lak, kemaruk fikir, apa la design yang sesuai nak diorder. Kalau ikutkan dua kali adik saya Miimocraft tu join bazaar fest, ramai yang minat motif kiut-miut, flower la, butterfly la. Yang saya ni pulak personally suka yang pelik sikit, katak la, tengkorak la, so agak conflict personality sikit masa nak pikir design tu.
Tapi sapa la saya tanpa customer, so saya ikutkan dengan suka hatinya. :)
Sales so far alhamdulillah, ye lah saya jual tak mahal, so tak de la masyuk sampai boleh resign dari jadi zombie ni, tapi harap-harap dapat la seringgit dua buat beli breakfast hari-hari hehe. Yang penting customer puas hati, dan saya seronok menjual.
Pada customer saya, saya berterima kasih from the bottom of my heart!. Harap puas hati dan sila la datang lagi ke kedai online saya ni.
Pada yang masih belum beli lagi tu, jom la jemput tengok-tengok design-design yang ada. Sekarang ni saya dalam process menambah design yang ada. (tu yang kemaruk tu). So keep coming ye!
Wednesday, August 13, 2014
Kita perlu de-stress supaya tidak depressed....
Agak mengejutkan bila dengar news comedian Robin Williams meninggal. Suicide sebab depress mengikut berita.
Saya memang minat dengan lakonan Robin Williams ni. Especially dalam Good Will Hunting. Memang touching dengan cara yang sangat genius.
Siapa sangka beliau mengalami depression / kemurungan yang serious.
Memang hidup didunia ni penuh dengan dugaan. No doubt about that.
Meh saya nak kongsi satu cerita kisah benar. Pasal seorang lelaki yang saya pernah kenal. Beliau diduga dengan masalah duniawi. Kalau tak silap saya masalah hutang yang bukan berpunca dari dia tapi entah macam mana dia terpaksa tanggung dan sememangnya dia tak mampu nak bayar balik. Dia tak berkongsi masalah ni dengan orang sekeliling. Dapat tau dia ada masalah pun sebab berhari-hari tak masuk office. Tanya wife dia pun wife dia tak tau dia dimana. Huru-hara jadinya.
Kawan-kawan dioffice makin risau, start la buat search and rescue. Cari punya cari, di masjid rupanya. Berhari-hari dia disitu. Tak bercakap. Selalu termenung dan menangis dalam masjid. Kawan-kawan office dia makin risau. Sebab nampak sangat dia ni depressed. Bila diajak berbincang, baru la dia kongsi cerita.
And surprisingly, lepas berkongsi cerita, dia nampak lebih relieved.
Saya tak tau macam mana dia handle masalah tu. Tapi dia handle it well dan sekarang ni saya dengar dia dah kaya-raya. Tanah dan rumah banyak.
Alhamdulillah.
Dugaan kita masing-masing berbeza-beza. Cara kita de-stress pun berbeza-beza. Ada yang jerit kuat-kuat, ada yang kena masuk 'gua', ada yang membebel, ada yang buat physical activity untuk release tension.
Tapi bagi saya, if all else fail, TALK!, to someone you trust. Wife ke, adik kakak or kawan-kawan ke. Bukan untuk cari penyelesaian pada masalah, tapi untuk legakan beban di dada. Ada yang suggest Helpline. To me, it should help. Google it and banyak nombor-nombor telefon yang keluar. Saya tak akan letak nombor-nombor telefon tu kat sini. CUMA, untuk yang beragama Islam, cari lah bantuan helpline dari orang islam. Kalau tak ada? Buat macam kawan saya tu. Pergi ke masjid, bertafakurlah, insya allah, orang-orang surau sangat-sangat membantu. :)
P.s: Go out and de-stress people!
P.p.s: Eh eh.... apa tu? Menariknya Shawl Pin yang awak pakai tu. Beli kat mana ek?
Saya memang minat dengan lakonan Robin Williams ni. Especially dalam Good Will Hunting. Memang touching dengan cara yang sangat genius.
Siapa sangka beliau mengalami depression / kemurungan yang serious.
Memang hidup didunia ni penuh dengan dugaan. No doubt about that.
Meh saya nak kongsi satu cerita kisah benar. Pasal seorang lelaki yang saya pernah kenal. Beliau diduga dengan masalah duniawi. Kalau tak silap saya masalah hutang yang bukan berpunca dari dia tapi entah macam mana dia terpaksa tanggung dan sememangnya dia tak mampu nak bayar balik. Dia tak berkongsi masalah ni dengan orang sekeliling. Dapat tau dia ada masalah pun sebab berhari-hari tak masuk office. Tanya wife dia pun wife dia tak tau dia dimana. Huru-hara jadinya.
Kawan-kawan dioffice makin risau, start la buat search and rescue. Cari punya cari, di masjid rupanya. Berhari-hari dia disitu. Tak bercakap. Selalu termenung dan menangis dalam masjid. Kawan-kawan office dia makin risau. Sebab nampak sangat dia ni depressed. Bila diajak berbincang, baru la dia kongsi cerita.
And surprisingly, lepas berkongsi cerita, dia nampak lebih relieved.
Saya tak tau macam mana dia handle masalah tu. Tapi dia handle it well dan sekarang ni saya dengar dia dah kaya-raya. Tanah dan rumah banyak.
Alhamdulillah.
Dugaan kita masing-masing berbeza-beza. Cara kita de-stress pun berbeza-beza. Ada yang jerit kuat-kuat, ada yang kena masuk 'gua', ada yang membebel, ada yang buat physical activity untuk release tension.
Tapi bagi saya, if all else fail, TALK!, to someone you trust. Wife ke, adik kakak or kawan-kawan ke. Bukan untuk cari penyelesaian pada masalah, tapi untuk legakan beban di dada. Ada yang suggest Helpline. To me, it should help. Google it and banyak nombor-nombor telefon yang keluar. Saya tak akan letak nombor-nombor telefon tu kat sini. CUMA, untuk yang beragama Islam, cari lah bantuan helpline dari orang islam. Kalau tak ada? Buat macam kawan saya tu. Pergi ke masjid, bertafakurlah, insya allah, orang-orang surau sangat-sangat membantu. :)
P.s: Go out and de-stress people!
P.p.s: Eh eh.... apa tu? Menariknya Shawl Pin yang awak pakai tu. Beli kat mana ek?
Beli kat sini!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)

































