Pages

Tuesday, September 09, 2014

Got me thinking, which I don't normally do at this hour......

Semalam lepas office saya shoot terus ke Post Office.  Cuma nak beli Prabayar Pos Laju tu.  Maklumla.. dapat orders...Alhamdulillah (excited giler).

Benda ni mesti dicipta sebab dah ramai yang buat online business.  Tapi benda ni boleh dibeli secara online tak?

Anyway, selalunya, kalau nak beli envelope prabayar tu saya terus ke kaunter, bagitau nak beli and diorang terus bagi je.  Tapi kali ni saya kena ambik nombor giliran lak.  Hmm bukan nak hantar pun lagi parcel tu.  Cuma nak beli je.  Pun kena ambik nombor?.  Serius tak faham.  Cari-cari special kaunter untuk beli benda-benda ni memang tak ada dalam tu.

So, saya ambik jugak la nombor.  Demi pelanggan-pelanggan terchenta.  Saya tunggu turn saya sambil tengok kiri-kanan.  Hmm, apa yang ramai-ramai orang buat kat Post Office ni?  Padahal dah pukul 6.30 pm.

Yang pegang parcel, saya boleh faham.  Yang tangan kosong pun saya boleh faham sebab mungkin macam saya, nak beli benda-benda prabayar je.  Tapi saya tengok ramai yang pegang bills.  Bill letrik, bil phone. Macam-macam.  Seriously?

Terus rasa nak buat khidmat masyarakat... bukak kaunter bergerak untuk service bayar bill secara online.  Tak payah charge apa-apa, just nak mudahkan orang ramai je.  Bergerak guna kereta and wireless broadband ke area-area taman perumahan.  So diorang boleh queue kot cermin kereta and hulur bills and saya tolong bayarkan.  No charge, FOC, just community service.  Agak-agak ada orang nak tak?

But then I guess, paying bills at Post Office is their personal preference and for own satisfaction.  Some people memang suka kesana-kemari untuk routine errands.  For past times kot.  We would never know kan?  Setengah tu pulak lebih berpuas hati bila nampak the word PAID printed on the bills.  So saya faham.. :)

P.p.s:  Post Office Malaysia, cadangan saya, buatkan satu kaunter khas untuk buat purchases macam stem ke, prabayar boxes or envelopes ke.  Sebab ramai pelanggan anda nak cepat untuk setakat beli benda-benda ni.  Plus, most branches tak de kaunter pertanyaan... asyik kena kacau queue orang je just untuk bertanya.

P.p.s: Sapa belum order pin tudung?  Come come pilih dan beli now!! :)

6 comments:

  1. di rumah Elly ada pusat poslaju terdekat?kalau kt ctu at least kita tak terserempak dgn org2 lain yg ada urusan bil dll..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye la.... x terfikir lak... tq tq....

      Delete
  2. Betul lah... Kenapa envalope poslaju tu x jual online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn...? Pos Malaysia, please take note.. this is new business for you. :)

      Delete
  3. kak elly, banyak jugak pej pos yang ada kaunter khas sebenarnye. from personal experience most of the time kalau setakat nak beli setem atau sampul pos laju tak perlu amik no, just beratur kalau ade org nak beli mende yang sama.

    tips : kat alamanda pun ade jual sampul ni kak elly, kt kedai courier tepi escalator tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke.. maybe pej post yang kat tesco ampang ni kecik.. so x de kaunter khas... gi alamanda je lah len kali.. :))

      Delete