Pages

Monday, September 29, 2014

Family Day.... a.k.a Hari Berjemur

Hari Sabtu hari tu ada Family Day office.  Saya dapat pujuk En. Suami untuk berjemur sekali tengah-tengah panas di MAEP untuk Family day ni.  Hehe nasib baik En. Suami supportive!!.

So kami bergerak la dalam pukul 7.30 pagi dengan penuh semangat.  Sampai-sampai je maakkk aih.. ramai nyer orang...


Dibuat pulak kena 3 kali beratur... register la, ambik t-shirt la, cabutan bertuah la... On the bright side, ramainya orang penyabar kat company ni :D.

Dah beratur, dapat T-shirt, kitorang masuk and spend time with friends kat dalam tu.  Si Anak seronok dapat main mini golf.. hmm layan...

Si Anak tengah main hoki golf.



Kat dewan ni saya berangan dapat lucky draw.. tapi memandangkan hanya 14 hadiah untuk lebih kurang 7000 orang, you all buat la Maths sendiri.  Tapi berangan tetap berangan.... haha...

Tapi lepas kepanasan berjemur dan balik ngan tangan kosong, hati ni sejuk jugak bila berderu-deru message masuk bertanya dan mengorder pin tudung.  Alhamdulillah.  Rezeki dimana-mana.  Thank you all for your orders and your interest in my product :).

Semua orang dapat something 'FOC'.  Tak kira borong atau runcit.
P.s: Weekend korang ok tak? Share-share la .. kot boleh tiru untuk next weekend haha... Muahss...

Friday, September 26, 2014

Dah pun Jumaat. Cepatnya masa berlalu!

Hari Isnin hari tu nak pergi kerja pun malas.  Tak de mood dan macam-macam alasan ada kat kepala.  Hari ni dah pun Jumaat.  Cepatnya masa berlalu. Hmm.. seriau la pulak.  Makin pendek umur ku....

On the bright side, Alhamdulillah jualan pin tudung pun ok.  Terima kasih pada yang membeli.  Pada yang masih berkira-kira tu, cepat-cepat! nanti stock habis.  Kalau yang nak beli borong tu sekarang tengah ada 'hadiah' untuk setiap belian.  Yang beli runcit pun mungkin ada.. haha.. saya memang suka bagi hadiah sebab saya suka dapat hadiah!!  Hadiah untuk yang runcit ni rahsia!!.  Haa apa lagi.  Click la kat sini!.

Semua order dibuat dengan kasih sayang giteww!!.. Muaxx to my customers!!

P.s: Tengah berangan ni kot-kot bleh gi umrah ke dengan hasil jualan.... boleh ke??? Nama pun berangan kan.... ?
P.p.s:  Weekend ni ada Family Day!! Yeay!!

Monday, September 22, 2014

Kalau benda ni tak jadi, kena hire orang untuk rotan kot!

Saya ni memang liat nak minum air kosong.  Sejak kecik lagi.  Dah bermacam cara mak saya buat masa saya kecik untuk bagi saya minum air termasuk la letakkan buah kat dalam gelas.  Tapi saya tuang je air tu and ambik buah.

So bila dah besar ni, saya memang tahu KENA minum air kosong especially bila dah Single-Kidney ni.  So nak buang rasa liat tu, selain dari tenung parut kat perut bagi sedar diri sikit, saya buat ni kat botol air saya.



Tak tau la jalan ke tak... *sekarang pukul 4.30 and I'm still behind!*

P.s:  Nampak tak secretary saya tu? Muahaha

P.p.s: Sapa nak beli botol ber marking ni?  Harga kawan-kawan. :P

P.p.s:  Eh??? Kat sini ada promosi Raya la.. jom terjah!

Thursday, September 18, 2014

Cuti panjang ni naik motor (a.k.a scooter otai) ke KL pun best!

Hari Isnin ambik satu hari cuti, dapat 4 hari straight cuti.  Haven!  Dalam kepala dah plan, nak pergi tempat untuk anak dan untuk diri sendiri jugak.

Memandangkan nak keluar dari KL confirm jam, kitorang decide duk dalam KL je.  Nampaknya memang perfect choice!.

Hari Sabtu kami tak kemana-mana, cuma family gathering biasa-biasa sebab parents datang dari KB.  So activity nya mesti la menganyam ketupat >_< dan update progress family masing-masing pada Taiko hehe.

Hari Ahad, Isnin and Selasa kami mula ronda-ronda KL.  Gi Tugu Negara la, gi Taman Rama-rama la, gi Plaza GM la (activity ibu).  To make things interesting, kami ke KL naik motor je.  Really fun!!

Cerita pasal ke Tugu Negara ni.  Tujuan saya pergi tu sebab saya kan nak semai semangat cintakan Malaysia pada anak.  So Tugu Negara is a must!.  Lagi pun saya sendiri dah lama tak pergi, in fact saya dah lupa bila last saya pergi.  Yang pastinya time kecikkkkkk dulu. 

Cerita husband saya, bendera kat Tugu Negara tu akan diturunkan tiap-tiap petang.  Di iringi bunyi trumpet.  Kira macam mini ceremony.  Tapi kami tunggu punya tunggu tak deeee pun.

Kami tanya akak yang berniaga kat tepi Dataran Pahlawan tu ada tak lagi ceremony macam tu.  Dia kata kadang-kadang je ada 'Yang ada bunyi trumpet tu' dia kata.  Kebanyakkan nya dah tak ada and dia sendiri pun kata ada orang dah start complain.  'Kalau ada selalunya pukul berapa?'  Dia kata around 6.30 gitu.  Kami tunggu sampai pukul 7 still tak de apa.  Huh!! Hangin betul! Macam mana ceremony yang kecik macam tu pun susah nak maintain?  Ni yang rasa nak membebel nih!  Kalau kat tempat mat saleh, changing of the guards tu boleh jadi tourist attaction tau!  And they are proud of it.

Anyway, sempat la anak saya enjoy the view.  Altho kalau ada ceremony menurunkan bendera tu will make him 'see more' than just a statue.

Wednesday, September 17, 2014

Wordless Wednessday - I leave it to your imagination!

That's my thumb, and itu salah satu kaki lipan yang tertanggal lepas kejadian pergaduhan antara lipan dan manusia.  Soalan... besar mana kah lipan itu?

Friday, September 12, 2014

Sneak Peak...

Design baru bakal tiba kat sini!! It's 1.7 cm x 1.2 cm.. Stay tuned!
.
.
.
Tak blur enough kan?
.
.
.
.
(Well,  I sucked at marketing T_T oh well....)

Tuesday, September 09, 2014

Got me thinking, which I don't normally do at this hour......

Semalam lepas office saya shoot terus ke Post Office.  Cuma nak beli Prabayar Pos Laju tu.  Maklumla.. dapat orders...Alhamdulillah (excited giler).

Benda ni mesti dicipta sebab dah ramai yang buat online business.  Tapi benda ni boleh dibeli secara online tak?

Anyway, selalunya, kalau nak beli envelope prabayar tu saya terus ke kaunter, bagitau nak beli and diorang terus bagi je.  Tapi kali ni saya kena ambik nombor giliran lak.  Hmm bukan nak hantar pun lagi parcel tu.  Cuma nak beli je.  Pun kena ambik nombor?.  Serius tak faham.  Cari-cari special kaunter untuk beli benda-benda ni memang tak ada dalam tu.

So, saya ambik jugak la nombor.  Demi pelanggan-pelanggan terchenta.  Saya tunggu turn saya sambil tengok kiri-kanan.  Hmm, apa yang ramai-ramai orang buat kat Post Office ni?  Padahal dah pukul 6.30 pm.

Yang pegang parcel, saya boleh faham.  Yang tangan kosong pun saya boleh faham sebab mungkin macam saya, nak beli benda-benda prabayar je.  Tapi saya tengok ramai yang pegang bills.  Bill letrik, bil phone. Macam-macam.  Seriously?

Terus rasa nak buat khidmat masyarakat... bukak kaunter bergerak untuk service bayar bill secara online.  Tak payah charge apa-apa, just nak mudahkan orang ramai je.  Bergerak guna kereta and wireless broadband ke area-area taman perumahan.  So diorang boleh queue kot cermin kereta and hulur bills and saya tolong bayarkan.  No charge, FOC, just community service.  Agak-agak ada orang nak tak?

But then I guess, paying bills at Post Office is their personal preference and for own satisfaction.  Some people memang suka kesana-kemari untuk routine errands.  For past times kot.  We would never know kan?  Setengah tu pulak lebih berpuas hati bila nampak the word PAID printed on the bills.  So saya faham.. :)

P.p.s:  Post Office Malaysia, cadangan saya, buatkan satu kaunter khas untuk buat purchases macam stem ke, prabayar boxes or envelopes ke.  Sebab ramai pelanggan anda nak cepat untuk setakat beli benda-benda ni.  Plus, most branches tak de kaunter pertanyaan... asyik kena kacau queue orang je just untuk bertanya.

P.p.s: Sapa belum order pin tudung?  Come come pilih dan beli now!! :)

Friday, September 05, 2014

Bila orang kampung ke Duchess Place..

Orang kampung macam saya ni memang jarang ke tempat grand-grand ni.  So bila ada kesempatan tu memang saya seronok sangat!.

Tambah pulak ni adalah wedding family sendiri dan saya terpilih untuk menepung tawar - maklum la 'mak' pengantin.  Hehe excited tuh!

Duchess Place ni memang convenient giler kalau nak buat majlis-majlis macam ni.  Dari pihak pengurusan, hiasan, hingga ke makanan dia pun saya puas hati.  Dapat free door gift lagi.

Hiasan pulak memang menepati citarasa pengantin.  Kira nya pengantin amat puas hati lah!.

Pengantin pun boleh bersiap and make-up kat bilik khas yang disediakan.  Jadi tak payah la siap tempat lain then travel nak ke sini. 

Parking space pun memang cukup.  Tetamu yang datang senang cari dan senang dapat parking.

Jom layan gambar-gambar dia. Saya sempat snap sebelum tetamu datang.  So kalau sapa-sapa yang tengah mencari-cari tempat untuk wedding, boleh la consider tempat ni.  Totally worth it!

Location: Jalan Ampang.  Memang dah banyak map about this location.  So happy googling ye!





P.s: Saya banyak nganga bila masuk sini...
P.p.s: First time tengok En. Suami hilang macho sebab sebak nak 'lepaskan' pengantin perempuan. :)