Pages

Saturday, June 14, 2014

Pembedahan buang buah pinggang - the aftermath.

Hari ni, dah dekat 2 bulan sejak pembedahan yang menghadiahkan parut sepanjang dekat sekaki kat perut saya.

Masa Doctor bagi permission untuk balik, selepas saya cakap saya dan boleh jalan slow-slow ke toilet, husband terus gi booking wheelchair.  Maklum la, memang boleh balik, tapi nak jalan all the way ke kereta tu belum larat.  By the way, urine confirm ok dan tempat tube yang disebelah pusat tu pun kering, baru doctor discharge.   Kalau tak, jangan harap!

Back track a bit.  Masa di spital, hari 1, 2, 3 saya baring je.  Tak larat nak bangun.  Hari 4 saya start duduk.  Masa ni doctor asyik monitor darah, urine dan flush yang tempat tebuk sebelah pusat tu.  Darah and urine kena reading cantik.  Yang flush tu pulak kena make sure tak de liquid keluar dari dalam perut.  

Masa hari ke 4 tu doctor suruh nurse cabut tube flush tu sebab dah kering.  Besar tube tu ada la besar kelingking.  Hari ke 5 cabut urine tube lak.  Rasa lega giler!.  Lagi la ligat saya practice bangun duduk dan jalan.  Last sekali cabut IV.  Terus rasa free and think I could fly haha.

Sampai dirumah, nak duduk disofa masih sakit.  Advice saya, elok pakai tummy support ala-ala bengkung tu.  So lebih selesa perut dan luka.  Sampai hari ni saya masih pakai.  Masa mula-mula balik rumah, saya lebih banyak baring.  Jalan ada la jugak dari bilik ke dapur, ke living room gitu je.  Nak tunduk sakit dan nak batuk jugak masih sakit. By the way, 2 hari lepas operation, saya dapat batuk sebab tekak kering sebab gas bius tu kot.  Sakit giler!!.

Anyway, dirumah batuk dah agak kurang.  Nak baring sakit, bila dah baring ok.  Nak bangun dari baring pun sakit, maklumla kat spital ada katil yang boleh gerak-gerak.  Nak mengiring pun sakit.  Duduk di sofa kena letak extra penyandar bagi tegak.

Lepas 3-4 hari di rumah, perut belah kanan sakit lak bila baring.  Kat tempat buah pinggang di buang tu.  Tanya doctor dia cakap maybe kat dalam tu still healing.  Bila baring je terus rasa menyucuk and bila tarik nafas dia makin sakit.  Tapi lepas 2-3 minit, sakit hilang.  Bila nak bangun (dengan kaki dan tangan terkial-kial nak control parut di perut lagi) dia sakit balik tapi bila dah diri ok balik.

Nak dekat 2 minggu dirumah sakit tu hilang gitu je.  Macam magic!.  Nak bangun duduk pun lebih ringan badan.  Bab makan saya tak berpantang langsung.  So far Alhamdulillah tak de masalah.  Luka diperut heals cepat jugak.  Tapi angkat berat memang tak boleh.  Memang terasa sakit.

Sekarang, nak masuk dua bulan, memang badan rasa ringan sikit.  Parut pun almost healing.  Cuma kadang-kadang tak selesa bila duk bersila lama-lama sebab perut mesti stretched.  Sakit di tempat buah pinggang dibuang pun dah tak ada.  Dan most importantly perut susut sikit dan boleh pakai balik baju-baju lama! woohoo!!!. 

Ok, sebenarnya tu second most important thing.  The most important thing is saya dah boleh tinggalkan beg ubat painkiller saya.  Kalau dulu kehulu ke hilir saya mesti bawak pain killer sebab bila ketumbuhan tu pecah, sakit!!.  Sekarang saya cuma bawak Gaviscon je. Hehehe.

Ok, pesanan diet untuk yang ada satu buah pinggang?  Less salt, less protein.  Tough! tapi try jugak la follow.  Air no less than 2 litters a day.  So sekarang saya habit bawak air kosong dari rumah walau ke mana saya pergi.  Medication? None!.  Dialysis?  None!

Exercise, still malas.  Tapi rasanya lepas 100 hari saya akan cuba cycle kat rumah.  Kenapa 100 hari? Mak saya cakap lepas 100 hari mesti badan akan rasa lagi ringan.  Ubat-ubat dalam badan pun dah hilang kot.  Entahlah.  Kita follow je pesanan-pesanan ibu-bapa betul tak?  Tak rugi pun.

P.s.  Kalau tahu badan rasa selesa macam ni, dah lama saya buat surgery ni.

P.p.s Doctor saya citer, masa operation tu, susah sangat nak korek ketumbuhan tu keluar.  Dia tempted nak toreh bentuk T kat perut saya.  Nasib baik tak buat walau pun nama saya memang start ngan huruf T!!.

P.p.p.s Jemput la click di gambar Hijab Pin tu.  Banyak pilihan pin yang cantik-cantik dan murah-murah!!

7 comments:

  1. Mmg sakit Elly....okje beranak 3 kali ceaser 3x jugak mcm rasa nak pengsan balik bila first time bangun lepas operate.. Mmg sakit gila...
    Ni nak tanya apa tanda tanda dia Elly....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak de tanda... jumpa by accident. :)

      Delete
  2. saya pun sama, sudah mula amalkan minum air masak banyak2 dah sekarang.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,semoga Allah permudahkan proses penyembuhan puan. Terima kasih untuk info yang sangat bermakna ni.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:54 PM

    Assalamualaikum puan, puan sakit ketumbuhan buah pinggang ke?

    ReplyDelete
  6. Anonymous6:58 PM

    Rasanya tiada ubat utk kecutkan ketumbuhan di buah pinggang.. Doc suggest jalani pembedahan. You

    ReplyDelete