Pages

Saturday, September 28, 2013

Orang Kelantan please take note....subtitle: "Oghey Kelate baco mmolek deh"

Orang Kelantan yang merantau di KL ni kena take note kedai ni.  Especially kalau korang mencari-cari kedai yang jual nasi berlauk yang sedap.

Kedai Kak Mah Selera Pantai Timur.  Lokasi kat bawah ni, memang terbaikkk di KL yang so far saya rasa.  Particularly nasi berlauk ikan tongkol dia.. perghh!!!! 
Walaupun 'customer service' nya kebanyakkan harinya di tahap paling corot, mengikut mood tokeynya, customer dia tetap ramai sebab nak layan nasi berlauk ni. 

Makanan Kelantan lain pun ada dia jual macam akok (sedap!), sira labu, nasi kerabu, laksam, sarey (yang ni pronounce kot Kelate deh), kuih cek mek (mengikut tekak saya, ada tempat lain yang lagi sedap.. tapi dia punya so so la), pulut pagi yang dengan kacang and kelapa tu, ermmm apa lagi ek.. alah! datang sendiri la kot kedai ni.
Hingga menjilat sudu..
P.s:  Macamana pun layanan yang korang dapat dari kedai ni, jangan cari saya..hehe.. saya cuma pelanggan biasa yang mengidam nasi berlauk macam korang.

P.p.s:  Environment medan selera ni banyak 'foreigner'.

P.p.p.s: Aarrghh nak nasi berlauk!!!

P.p.p.p.s: Korang perasan tak saya tak ambik gambar depan kedai or lauk-lauk yang ada kat kedai Kak Mah ni?  Takut nak snap sehhh!! Huahuahuahua...

Friday, September 27, 2013

Sayur den botingkek-tingkek...Penjimatan sebanyak RM3 (anggaran sebelum harga minyak naik..oppss)

Woot woot!! Berbudi pada tanah tak akan rugi.  Betul sangat-sangat.

Memandangkan tema rumah kami ni tema bertingkat-tingkat, maka saya buat la tanaman sayur secara bertingkat-tingkat jugak.

Sayur pak choy white stem on the way, yeehaaa!!
Kalau ada rezeki 2 minggu lagi boleh la dituai....kot.  Mana yang tak cukup ketinggian tu kita tuai jugaklah.. sedap jugak buat sayur goreng kicap....kan?

Kerja amatur...ada kecik ada besar...padahal sebaya...

Grow well my dear.. Baja tahi kambing banyak lagi ni...

Wednesday, September 25, 2013

Boleh dijadikan supporting document untuk buat loan rumah tak?

Jangan tanya macam mana saya terjumpa page ni....panjang ceritanya..

Tuesday, September 24, 2013

Mencari udang di D'Ombak Kolam Pancing Udang Harimau..nak buat masak.

UPDATE: Gambar tempat pancing tu guna instantstreetview so you all boleh imagine nak cari kolam tu macam mana :D




Memancing udang lagi!  Maklum lah, activity 'beriadah' disamping cari stock udang buat masak.
Kalau dulu pergi cari udang galah, kali ni nak try udang rimau lak.

Location dia kat Taman Rakan, Cheras.  Mmm nak cerita exactly kat mana tu tak berapa pandai (sebenarnya tertido masa on the way).  Tapi kalau ikut google map, tempat dia dekat arrow kat bawah ni.  Sila jangan cari arrow bila sampai kolam tu.  Tapi yang pasti dekat-dekat ngan masjid tu lah.


Preparation untuk pancing udang rimau sama je macam udang galah.  Tapi yang lagi best tempat ni, pergi bawak diri dan duit pun dah cukup.  Yang lain semua dah disediakan kat situ.  Dari joran, umpan, 'clip' (untuk balancing) sampaila ke tempat bakar udang sekali.


Customer pertama for the day.  Diorang  bukak lambat sket hari tu so pukul 4.25 baru start.

Tapi ada satu lagi benda korang kena bawak...skill.  Alah, kalau pompuan macam saya pun boleh dapat 4-5 ekor sambil makan mee goreng je takkan lelaki macho tak leh dapat sekilo sambil TAK hisap rokok...kan? (agak-agak tercabar tak? muehehe).  By the way, udang-udang dia besar so sekilo tu apa de hal...

Ye, apa yang saya tulis tu betul, saya pancing sambil makan mee goreng.  Satu, sebab lapar.  Dua, sebab kat sebelah kolam ni ada kedai makan dan boleh order untuk makan/minum dikolam.  Ketiga, sebab boring berebut joran dengan anak 4 tahun... dari saya melangut, baik makannn.  Best ooo...sruttt teh tarik sambil tarik udang.


Nampak kan kedai makan kat belakang nun...  Kat white board tu pulak harga-harganya.. Pakej Mesra uuu..
Ambience tempat ni pun agak 'happening' sket sebab sound radio memang dipasang ke tahap yang agak best sampai korang terlupa yang korang sebenarnya tak dapat udang sebanyak saya..i.e 4 ekor.  Sebab duk layan lagu.  Kalau tak radio Era, radio Hot FM lah tu.. dah lupa.  Dan jugak mungkin korang tak perasan umpun-umpun yang buat umpan dah bergolek-golek masuk kolam....serah diri pada udang.  Kena beli lagi, dua ringgit je untuk sepanjang 2-3 inci.


Kolam dan kawasan pancing memang di jaga bersih.  Diulangi, dijaga bersih.  Saya ulang sebab owner tu kadang-kadang berulang-ulang lap tepi kolam tempat pemancing letak tangan tu dan susun kerusi kosong 'as he goes'.  Memang selesa sampai korang lagi sekali tak perasan korang masih tak dapat udang sebanyak 4 ekor macam saya #hidung kembang#.

Bersih dan comfortable.  Jangan tanya macamana udang yang saya tarik boleh terbang dan tersangkut kat besi jaring kat dinding kolam nun...haih...#malu#
Sekali sekala dibuatnya 'ombak'.  So udang tu berjalan.  Tak de la sorang je dapat 'lubuk'nya kan?

Walaupun korang boleh tengok udang duk menari-nari depan korang macam nak suruh tangkap dengan tangan je.  Tapi awas, baca sign tu ok!


Amacam? Tempted tak?

Hari tu saya pergi dengan suami, dengan anak, kami dapat price Mesra RM 30 untuk 2 jam.  Kiranya isteri free la sebab kebanyakkan isteri bukan la terer kan..?  Tapi kalau isteri terer, suami yang dapat 4 ekor je, kira suami la yang dikira free fishing.. hehehe.  Kami bawak balik udang 800 gram.. almost sekilo.  Ok ler tu....Buat stock masuk peti sejuk.
Tapi jangan risau, korang confirm dapat bawak balik udang nyer.  Kalau dah tak terer sangat macam saya, tokey tu sendiri tolong pancing bagi kat korang.  Macam kasi markah kesian la kiranya.  Tapi kalau dia free la..dan kalau korang dah regular kat sini... kalau dia busy, sorry bebeh.

Kalau hujung minggu khabarnya (mengikut kata pemancing tegar kolam ni), bila kita dapat udang je boleh suruh budak jaga kolam tu tolong bakarkan.  Nak bakar sendiri pun boleh, tapi rugi la masa pancing tu.  So diorang start the fire, basuh, cucuk kat lidi, bakar ngan butter..nyumsss.  Amacam teruja tak?  Masa tu, yang ada gout pun boleh terlupa.

Kiter bakor ler yeop..
P.s  Encik-encik suami sekelian, bawak la wife and anak-anak memancing sekali... seronok!!  Tapi kalau tengah mengular dari office tak sempat la nak angkut anak bini kan? Ooppss!!

Diselubungi kerja....blog dah jadi hot hot chicken sh*t? Kena bertukar!!!!

Kisahnya team kami kat office ni ibarat highway north south masa cuti sekolah or cuti weekend yang panjang.  Dari 4 lanes jadi 2 lanes.  Ssumbakk.

Dari ada 4 staff down to 2 staff (bos not included).  Dari balik 5.45pm, dah terpaksa balik lewat.  Tak menarik langsung.

Blog pun sampai dah terpinggir.  Sedih.

Anyhow, life must go on.

Hope retiring at 45 is still a valid option.

P.s: Dah mula berkebun balik.  Pak choy on the way!  Weehuuu