Pages

Friday, May 10, 2013

Kawan resign, bos bercuti oversea 2 minggu, dapat assignment yang alien, dateline berlambak, berat badan makin naik.... Selain dari itu, saya ok.

...(panjang gak boleh key in title ni ye... boleh dapat award tak?)...

Lama tak update blog.... zombie ni agak busy ...

Hari tu kawan merangkap pakar/architect untuk team kitorang kat office ni dah resign.  Lepas cubit-cubit lengan untuk make sure benda ni bukan mimpi, baru lah sedar bila ada orang resign, kerja-kerja dia mesti la orang lain kena siapkan..ye lah, life goes on kan?  Tapi bila nak take up kerja dari orang yang merangkap 'pakar' ni, aduhh, tepuk dahi!.  Susah macam budak tingkatan 3 cuba buat soklan tingkatan 4 tuuu.  Terkebil-kebil mata tengok.

You get the idea.
Nak laaagi best, bos pulak pergi bercuti 2 minggu, pada hari yang sama dengan last day kawan yang resign tu.  Dah la kena ambik kerja kawan tu, kerja bos pun kitorang kena cover.  Haihh... being a 37 yo, kerut di muka ni tak bagus.  I need facial treatment.  Tak pun collagen, or whatever!

Rasa nak nyanyi lagu 5 budak hitam je... 5 budak hitam, main kerja-kerja, satu kena lamar tinggal lagi 4. 4 budak hitam, memang sudah pening, satu jalan-jalan tinggal lagi 3.

Tiga budak hitam yang pening lalat.

Ok, nak baring jap.

Anyway, hari tu sempat balik kampung sempena mengundi.  Ho ho ho zombie ni sangat happy.  Mesti la sebab dapat jumpa parents dan jauh dari kerja-kerja yang berlambak tu.  Tambah pulak Mok tercinta masak makanan favourite - Nasi Dagang Mok.  Bukan nasi dagang orang lain ye.  Nasi Dagang Mok!.

Nasi Dagang Mok - Combo meal terbaik - dengan petai, timun dan cili padi.
Dan disebabkan nasi dagang di top up dalam perut 3 kali dalam sehari, makanya berat badan dah ala-ala hmm malas nak cakap.  Stressed!  Maybe saya patut start pindahkan hanger-hanger baju yang tergantung kat mesin exercise tu...
 
Tapi hari balik KL saya tak stress dah (tak perlu exercise???).  Hu hu sebabbb...  Ni dia!!!
 
 
 
 
Dapat naik flight yang ada TV!! Plus, leather seat!!! Woo hoo! Plus sayap yang extra melentik!! Double woo hoo!!!.
 
Ok, I'm freaking out.  Nak baring jap.
 
By the way, selain dari itu, I'm perfectly ok.
 
Thank you!

6 comments:

  1. Hehe.. Sayap yang extra melentik tak tahan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap-harap tak de engineer kapal terbang baca....

      Delete
  2. balik mengundi naik kapal terbang ni, macam menteri lah...heeeee
    nasi dagang tu nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohhh ho ho ho (gelak menteri)..

      Delete
  3. phewww.......syoknye naik flight..
    tak rasa la sesak kat jalan raya sempena pilihan raya hari tu..
    :)

    ReplyDelete
  4. Teringinlah pulak nak makan nasi dagang!

    ReplyDelete